Tuesday, 31 January 2012

Tadi pas product talk.. pakcik paksa ahkak p klinik.. so ahkak pun dengan patuhnya pegila ke klinik. Konon nak cuba g klinik kerajaan.. well.. walopun kerja ahkak buat klinik, kira ini first time la aftere 3 years ahkak bergelar pegawai kerajaan ni. Sampai2 kat Tangling, klinik tutup sebab lunch time. Memandangkan ada lagi stengah jam nak kol 2.. pakcik bawa ahkak p klinik swasta kat area rumah ahkak. Skalik tutup gak sebab lunch.. n kena tunggu dalam 20 minit lagi baru klinik tu bukak.

Siyan pakcik.. ahkak taw dia geram tapi sebab ahkak ni sakit.. dia senyum jek. Sorry yang :( Last2 pakcik decide balik g Tangling.. lepas sejam.. ahkak dapat la ubat batuk, antibiotik, ubat slesema &ubat demam dengan bermodalkan seringgit je.. kira macam puas n berbaloi la sebab murah.. kalau g swasta maw2 30 hengget gak.. wahahaha.. dekut kan ahkak! Tapi siyan pakcik.. dah la tensen.. spanjang jalan dia kena picit pale ahkak sambil memandu. Bukan takat kali ni jek.. tiap2 ari rasanya pakcik picit pala ahkak.. lagi kali.. sitan pakcik ahkak..

Wednesday, 25 January 2012

Tetiba ahkak teringat back at the day i used to classify my jejaka idaman would be someone yang chubby. I so love lelaki berisi.. maybe because of the perut part.. wahahahaha. And that never change till today.. weird eh? hehe. But the unimagine and the most tak bule blah part was, ahkak memang cukup gemar lelaki yang lemah lembut, gemalai lagi beradab sopan ala2 wanita melayu terakhir.. muhuhahahaha. Verangan kan ahkak.. xsepadan taste ahkak tu dengan keganasan diriku ini ;p

Tuesday, 24 January 2012

Monday, 23 January 2012

As usual, chinese new year is the best time for us to opt to stay at home, rather than jalan2 cari hal as most of kedai tutup, termasuklah kedai peveret ahkak mrDiy. Nasib baik kedai pevret ahkak yang lagi satu buka, maka habes gak lah duit ahkak hari ni.. huwaaaa

The whole day ahkak layan c shawn n gus dalam Psych. This is one of my favorite series.. repeat banyak kali pun takkan bosan.

Saturday, 21 January 2012

Ahkak tak sehat hari ni.. walaupun pale berat idung sumbat tapi tak berjaya stopkan plan pi jalan2 cari baju kat jalan TAR dengan pakcik. Tapi jalan2 cari baju time badan naik ni bukanlah idea yang baik. Huwaaaaaaa.. bilalah agaknya hantu raya yang menumpang badan ahkak ni nak lari. Jahat hantu 2, selama ni bukan ahkak taw yang makan banyak, tapi si hantu oke! ;P

Pas sesi jalan2 cari baju, kitaorg marathon movie kat midvali. Tengok citer The Awakening ngan Journey 2.. nasib baik dua2 citer ni ok.

Friday, 20 January 2012

Gara2 konsaltang ngan subkon ahkak siput datang lambat, ahkak kena la gagahkan diri ronda site sorang2. Kalau pakcik tahu ni.. mesti ahkak kena tazkirah pendek.. n kalau bos ahak tahu plak, konpem kena ceramah.. hohoho. Padahal time keje kat swasta dulu ahkak rilek je ronda sorg2 site yang jauh lebey dengeres n mencabar dr site2 ahkak skarang nih.

Bosan tahap gaban dah ngan projek klinik-tak-berjaya nih. Projek ciput je tapi masalah mengalahkan projek yang ratus juta. Bla sebut je projek ni, mula la terflash kat pala ahkak perkataan GAGAL! GAGAL! GAGAL! Presserr ahkak oke!!!

Wednesday, 18 January 2012

Limaw nenet
Hari ni ahkak attend miting. Orang lain semua sibuk berdiskusi dalam miting, ahkak plak sibuk mengisi penuh perut ahkak dengan buah-buahan tempatan kat belakang. Nyammmm... buah limau ni nimang sedap & tak berbijik.
Selatut yenn ooo..
Semalam lepas hiburkan hati ahkak p makan durian.. pakcik bawa ahkak berkunjung kat kedai 100 yen. Kat kedai ni jual macam2 barang dari jipun yang kiut2 belako. As expected, kuar2 kedai.. ada la dalam 30 hengget duit ahkak melayang. Itu pun sebab pakcik ada.. kalau pakcik takder memang habis semua barang kat kedai tu ahkak borong esp barang2 yang stroberi related.. ngeheheh. Ahkak pon tak paham sejak bila pulak ahkak suka dengan stroberi. Yang pastinya kat bilik ahkak da penuh dengan benda alah tu.

Tuesday, 17 January 2012

For this week, today je la satu2nya hari ahkak ble duduk dengan aman kat opis. Smlam g evaluation dekat KL, lusa ada miting kat Hq, tulat ada miting kat HKL.. Friday lak kena g evaluation kat putrajaya. Kat meja ahkak ni da setinggi 2 kaki da dokumen2 yang pending..

Inilah jadiknya bila staf2 pindah tak berganti, tak menang tanganlah nak buat macam2. Ahkak pun tak paham la kat sektor gabermen nih.. human resource management hancus. Kalau swasta, tak de sapa yang dioverlook smpai dapat makan gaji buta tapi kat gabermen.. ramai! n sometimes bukan salah dorang pun.. dah management wat agihan tenaga kerja tak betul. Sunggoh la ahkak x paham memang! Apa2 pun.. nasib baik ahkak ada pakcik yang sungguh pandai menghibur hati ahkak.. kali ni dia bawak ahkak p... tadaaaaaaa



Monday, 16 January 2012

Hari isnin kalau kena turun site rasa macam nak mengaum je.. xseswai taw memandangkan peoples usually akan ter'menghidap' syndrom monday blues! Nasib site ahkak dekat KL ni je.. n nasib gak lift kat site dah ble guna.. kalau tak, mau ahkak jadi harimau jadian hari ni.. grrr! aummmm! meoww!

Sunday, 15 January 2012

Finally.. da boleh blog dari phone balik.. yeayyy.. dont know what happened before, tetiba tak bley blog dari phone. Since now dah boleh, hopefully ahkak rajin la memblog lagi.

Hari ni takde buat apa selain duk melangut memikirkan saiz badan yang tak pernahnya nak kurang. Actually ahkak sedar je badan makin naik lately, tapi saja buat tak tahu until la dapat big reminder which is semua baju dah tak muat. Tensih! Sambil2 menambah saiz badan tadi.. ahkak dah berjaya siapkan checklist untuk majlis2 ahkak nanti. Walaupun lama lagi.. kena plan awal. Bila fikir2, banyak sangat benda nak buat. Mula la terasa macam malas je nak kawen.. muhuhahahahah. Dan nanti ahkak bakal mencipta sejarah jadi satu2nya pengantin yang akan p berbulan madu dengan kawan dan meninggalkan inchik suami tatkala inai masih merah d jari... eshhhhh! feninnnn

Saturday, 14 January 2012

Ronda-ronda Golden Triangle

YEloow Lambho.. encomm!!
Yellow hydrant.. kawaiii!!

Friday, 13 January 2012

Hari yang tensih dah berakhir... kecian pakcik sebab kena layan kerenah ahkak yang bad mood. 3 ari tak jumpa, op kos la pakcik excited nak citer macam2 kan.. tapi ahkak plak fikiran asyik merewang ntah mana2 ntah.. siyann dia.

Petang ahkak g jalan2 cari hal kat area Bukit Bintang. Pakcik bawa ahkak pegi tengok deco tahun baru cina dekat Pavilion. Walaupun poket dah nipis.. sempat juga ahkak p rembat dress kat BTS.. weeeeee.. next month ahkak dah kena start berbelanja dengan berhemah. Ikat tangan ikat perut lah ahkak pasni T_T


Tuesday, 10 January 2012

Ahkak telah mengalami hari yang menyuspenkan hari ni bilamana ahkak ingat purse ahkak ilang. Ahkak da rasa macam nak fingsan bila mengenangkan kena bayar 400 + maybe pulis siasat ahkak sebab da ilangkan ic 4 kali. Ye! 4 kali oke!!

Pas ahkak dah call bank tuk terminate credit card ahkak yang tak ble pakai pun lagi.. ahkak terjumpa la purse ahkak tu kat dalam keta, inside beg yang lagi satu. Eiiilaaaahaiiii! gegham je dengan kecuaian diri sendiri.. nasib ahkak tak g report pulis lagi. Dahlah ahkak da susahkan pakcik tadi.. pakcik kata dia punya risaukan ahkak sampai da tak denga da orang discuss apa dalam miting, dalam tak sampai stengah jam ada 3 4 kali gak dia kuar g call ahkak.. hehehe. Ampunnn yang... Well, makanya ahkak rugi 112 hengget tu ganti kad2 ahkak yang dah diterminate earlier. Still, oke la daripada ahkak bayar 400 kalau ic hilang.. eee... Apa2 pun.. syukur pada Tuhan..

Arwah kad...

Monday, 9 January 2012

Petang tadi baru ahkak tahu yang ahkak ada meeting dekat romping rupanya esok.. eiiiilahaiiiii.. bos ahkak simpan surat panggil meeting buat pekasam la pulak. Nasib gak la pakcik pun g Saba minggu ni.. so adalah juga drive tuk ahkak gagah nak outstesen.

Hari ni hantar pakcik g komuter... rasa pelik jek sebab bulan lepas sebulan dia amek n hantar ahkak pegi n balik.. and walked me home every nite :( Well, nak dipanjangkan story, tengah kitaorang borak jap dalam keta sementara tunggu komuter..2 orang abang pulis datang suluh. Ahlamak.. abg pulis tu tegur kitaorang, tak elok duk dalam gelap. Stesen komuter tu agak terpencil, abg pulis tu kata takut2 la ada samun.. lagipun tak manis. Ahkak baru perasan rupanya tempat yang kitaorang selalu park tu tak de lampu malam tu.. aiyoookkk.. macamana ble tak sedar. Nasib tak kena tangkap basah kannn.. kalaulah kena, patutnya kitaorang buat apa2... baru berbaloi kena tangkap! muhahahahahha...

Friday, 6 January 2012

Bulum!! sa bulum mo kawennn!! hahaha..

Smalam pas abis kerja, ahkak ajak la my daling c pakcik g cari branch kedai Kaison yang kunun2nya ada di KL. Satu2nya branch yang dorang open dekat semenanjung ni, located somewhere dekat Danau Toba.. eh! Danau Kota.. heheh.. So, melilaulah kitaorang cari jalan ke sana dengan bantuan PapaGo c android.

Sampai2 je kedai tu.. mulalah ahkak bagai nak meroyan. Semua barang ahkak nak beli.. termasuklah payung ngan beg kertas kat atas nun. Apa matsam? santik kan. Masam2 sa bili, start dari kipas tangan kici yang liplap sampailah ke pokok bambu! Semua si laling yang bayar... wahahahahahah. Kiranya.. sa dapat hadiah lagi la ni hari.. wah! manada orang yang dapat hadiah 3 kali dalam satu minggu oh!

Wednesday, 4 January 2012

This is one of the best gift ever!!!!!!!!
Entah apa mimpi pakcik, dari tengahari dia ajak ahkak p Borders. Dia kata nak belikan ahkak buku TunM & SteveJ yang dah lama ahkak idam2kan. Baru tak sampai seminggu lepas ahkak dapat hadiah, dah ble dapat hadiah lagi.. sukaaaaaaaaaaa.. saaaayanggg pakcik ;P jangan muntah!

Ahkak memang sangat gemar akan buku.. sampaikan ahkak kata buku mesti ada dalam dulang hantaran ahkak nanti.. wajib!! ngeheheh. Ahkak akan gelabah macam cacing kepanasan kalau tiada sumber bacaan. Walaupun hakikatnya tak semua pun yang ahkak baca tu masuk dalam otak..

Sunday, 1 January 2012

 
Walopun pelan asal pakcik mo bawa ahkak dinner kat klcc sempena tahun baru tak menjadi.. tahun baru tetap disambut dengan romantik.. ewahhh! Pas rewang2 dalam sesak lagi jem dekat area Pavillion.. pakcik bawa ahkak p mid valley. Ya! Ya! Ya! sa paham.. ari kerja sa di midvali.. hari suti pun p midvali. Tapi.. ada sa kisah! Muhuhahaha.. siuk ba tu midvali. Tambah2 lagi sa parking pree, any timer bule pigi

Fire bom bom!
Pas tengok bunga api.. kitaorang g tengok mid night.. citer Darkest Hour. Thenkiu yang.. May 2012 bring us joy and happiness. And may all our plans going well and may God permit us to stay together till the end.