Tuesday 29 September 2015

Dating Day


Antara aktiviti lepas kerja yang aku ngan si kecik buat especially on Friday is  g dating. Sometimea just pegi window shopping or makan2 or bawa dia pegi main. How i wish i am housewife so that i can go anywhere i like or do whatever i.like at my own leisure.

Monday 28 September 2015

Terjebak Korean Product



Tiga kali ke Seoul, tiga kali gak aku tak miss berpeleseran dekat Myeongdong yang memang terkenal dengan kedai kosmetik like The Face Shop, Tony Moly, Holika Holika, Nature Republic, Skinfood, Etude House, Missha, It's Skin, innisfree etc.. tak pernah aku terhengen nak jenguk kedai depa, apa lagi nak try the product. Tapi masa jalan2 dekat Sunway Putra Mall hari tu tersinggah plak dekat Tony Moly. Tercuba pulak snail moisturizer dan lipstik dia, maka terbekenan la pulak. Tapi since cream yang aku berkenan tu sebotol RM49.90 dan lipstik plak RM79.90, maka aku pujuk2 hati g tengok kat kedai lain kot2 ada produk yang lebih kurang sama cam tu. Since dekat Berjaya Times Square ada almost semua brand kosmetik dari korea, aku pun g la lawat setiap kedai dan akhirnya tertawan dengan this product, Damyang Bamboo Moisturizing Cream dengan harga RM25 hengget je sebotol.

Ok tak? Bukan takat ok,tapi suka sangat. Siang malam pagi petang aku tepek. Lembab muka wa cakap lu!

Saturday 26 September 2015

Garden On Gril

So, akhirnya hajat aku untuk menanam rumput ditingkap tercapai.. ahakssss. Since pemaju yang bina umah aku ni tak berapa bijak bina umah dekat2, once buka tingkap je tak aman sebab orang blok depan ble ngintai. Walaupun tingkap umah aku ni dah dipasangkan dengan black-out curtain & view-blocked sticker pada sliding door, tapi takkanlah aku tak buka tingkap kan! So, yeah.. now dah ditumbuhkan dedaunan. Tak fully tutup tp boleh la...

Friday 25 September 2015

Demam Satu Hari

Patutnya hari ni aku kerja, tapi since semalam badan panas gila + cirit makanya aku off le hari ni. Entah di mana pulak silapnya aku ngan si Chemba duk CB dan demam. Nak kata kena kat umah aku, my sis ok jek & kalau nak kata kena dekat umah in law dorang ok jugak. Heghan tol.

So hari ni off la lagi aku nampaknya. Tahun ni tak tau la tinggal berapa hari lagi cuti aku. Rerasa cam da sikit.. huhu

Thursday 24 September 2015

Mancing Di Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Haji..

Pagi tadi aku beraya dekat my in law. Memandangkan esok kerja while si dadde jek cuti so aku balik la KL dengan my sis. My sis ni kebetulan bercuti dekat KL, since tadak tempat dia nak bermanja makanya aku hangkut sekali balik ke umah my in law.

Around kol 4 kot kitaorang bertolak tadi. Drive laju2 sampai 140km/hr, dalam 45 minit sampai KL. Huntung oke kawin dengan orang dekat2 ni, tak yah sisah payah meredah jem balik kampung. Eiii.. tak sanggup oi. Sebab itu masa pilih2 bakal dulu aku dah siap2 tapis. Mana yang utara selatan timur barat tu aku memang reject la awal-awal. Yang ada dalam list, paling jauh pun Perak. Hahahahahah...

Nak dijadikan cerita, tadi dapat mesej si Chemba. Ghupanya si Hannah chan da kena hangkut g memancing. Bukan main lagi anak aku ni.. adoiii la Hannah.

Wednesday 23 September 2015

Review TheFaceShop Cushion Screen Cell

1st impression. I like it.

Lepas guna, not so suka.

Ok. Kenapa tak suka? For my face yang tak selicin artis2 korea dengan pori2 yang besar dan kulit yang agak kering here and there, selain berwarna gelap2 manis.. this product dont suit me. Kalau tengok drama korea, bukan main kilat kan kulit2 dorang. It will happen kalau kulit kome licin bak kulit telur. Tapi kalau kulit kome idok rupe itu macam kulit aku ni, lupakan je lah. Becapuk oke!

This product tak provide full cover. Ala2 cam tepek mosturizer jek walaupun ada color, tak cover sangat the huduhness. Lasting? I am not sure. Aku rasa cam tak last sangat pun. Maybe sebab aku pakai solely dia, tak tepek bedak langsung lepas tu kot.

What about yang positive? The best thing about this product dia ada SPF 50. So, sun sun go away. Selain tu, masa apply rasa best sebab dia dalam bentuk cream tapi apply dengan span. Imagine!

Kesimpulan?

After usage, I dont like it for my skin. I guess the product sesuai for those yang kulit cerah dan licin sebab you'll look macam tak apply anything on ur face, natural and fresh but not for me lah. Apart rom that, produk ni jugak agak mahal oke. Full set RM138 kot yang new packaging, refill RM81. But masa aku beli ada promosi buy 1 free 1 refill. Mine yang nak habiskan stok due to change of packaging, so I got it for RM65.



Tuesday 22 September 2015

POPO In Kayangan

Ok, i told ya yang si POPO masuk shepital kan. So.. inilah keadaan si POPO. Gambar2 yang beliau tangkap bagaikan dalam kayangan gitu. So, tadi aku gagahkan diri berjalan dari ofis ke lrt then tukar monorel semata2 tuk collect si POPO. Finally everything back to normal.

Sunday 20 September 2015

Pengalaman Pakai Oppo N1 Mini

Aku jadi pengguna OPPO since 24 Disember 2015. Apa pengalaman aku? Ok. 1st aku kena bagitau la OPPO ni my 2nd phone dan aku ada another phone yang aku consider as my main. Dalam 9 bulan aku pakai si POPO, a name i gave the phone, dah 2 kali masuk hospital henpon tu. 1st due to batery probs dan yang kedua which happen kali ni, due to lense camera kotor yang xble hilang walaupun dah cuba pelbagai cara.

Walaupun cengitu alkisahnya, aku masih berusaha mengekalkan hubungan aku dengan si POPO sebab takde phone yang dapat ganti tempat dia dari segi kamera. 13MP selfie camera, mana ble lepas cam tu je beb! Sayang ohw. Aku taw, pixel boleh cari. Tak mesti pixel besar gambar ko cantik tapi POPO, memang superb. Sejak ada POPO, dslr aku yang berega 4K & camera Samseng berega RM2k aku pandang sepi je. Yang aku bawa ke hulu ke hilir masa melancong cuma si POPO sorang yang ringan, nipis dan tak susah2 nak bawak.

Since aku da tak sanggup nak tunggu lama, makanya aku gagahkan juga ke Berjaya Plaza tuk ke service centre. Aku suka g OPPO service center ni. Layanan superb, as long under warranty dorang tak banyak songeh. Kalau tadak waranty, melayang juga la RM 200 hengget untuk tukar the whole set rotating camera.

Back tu si POPO. Kalau nak jadikan as main phone, aku tak la rekemen sangat. Mungkin kau akan rasa kecewa sebab ramai lagi phone murah yang pintar dan lebih bijak dari si POPO. POPO ni aktuali sama jugak bijaknya dengan smartphone android yang lain cuma ada subjek2 yang dia lembam. Antaranya kalau masa bateri dia tengah charge, toksah la nak taip bagai sebab keyboard dia akan lagging dan tak paham apa ko tekan. Lain dari tu aku xde masalah sangat. Acceptable la sebab kalau in normal dia tak mengalami masalah lembam ni. Hapen bila masa cas je. Tapi masalah2 lain cam hang etc tak de la pulak.

It is up to you la nak pakai ke tak. Pada aku ok je sebab aku bukanlah hantu meseg or cakap tefon. Tepon pada aku cuma tu membaca & bergambar. Kalau orang tak dapat msg or call aku, nasib kau la kan. Ahakssss

Saturday 19 September 2015

Installed Finally

Last khamis aku sanggup cuti dan menghangkut si Hannah ke Ikea demi meja ni. Meja yang telah mengikis RM179 dari bajet ciput aku. Tapi tak pe, janji puas hati. Makanya aku make sure si Chemba pasang juga meja ni by hook or by crook, today.

So, hasil nagging aku.. tadaaaaaaaaa. Lepas ni da boleh la aku menikmati pemandangan luar sambil2 minum kopi di petang hari.

Friday 18 September 2015

Aktiviti Lompat

Ini adalah one of si tecit punya favorite place sebab ble lompat selompat-lompatnya.. ahakssss. Sekali masuk RM5, weekend RM6.

Thursday 17 September 2015

My Story Of Mount Of Namsan

Kalau ditanya apa peveret spot aku kat Seoul,my answer will be Mount Namsan. Kalau Hong Kong aku suka Victoria Peak, kat Seoul pulak ini lah dia. Kalau nak naik ke mount ni boleh la pilih nak mengah jalan kaki, naik bas or naik kabel car. I choosed naik cable car jek la. Kalau nak kemari naik cable car memula kena amik subway, turun dekat Hoehyeon or Myeongdong Station. Kitaorang hari tu turun dekat Myeongdong, keluar exit 4, straight ke depan sampai jumpa jalan besar, belok kiri then jalan sampai nampak satu slanted lift dekat tepi jalan. Orang Korea panggil Namsan Oerumi. Lift ni tak naik menegak tapi menyenget ok. Dia akan bawa sampai dekat cable car station, dalam 2 minit. From there boleh naik cable ke top of the mount. Masa 1 st aku pegi, masa tu tak perasan ada oerumi ni. Mengah la jugak berjalan sampai ke cable car station tu. Idok la jauh bebenor tapi jalan berbukit so quite tiring.

Nak naik cable car tu dalam 8500KRW kalau tak silap untuk 2 way. Kat atas mount tu ada N Seoul Tower, a communication & observation tower. Kalau nak g dating memang la romantik amat. Kalau rerasa nak mengikat love lock, boleh la join those yang dah letak their lock. Dah alang2 naik atas, naik la sampai observation deck dekat top of the tower. Around 9000 KRW kot entry fee per person. From top, boleh la enjoy a 360 view of Seoul yang boleh dikatakan agak cantik sebab padat dan kat tengah2 ada sungai while sekeliling pula gunung.

Kalau kesini, aku suka sangat singgah dekat restoran The Best Burger In Town. Never try the burger, tapi suka sangat the fries yang sangat ranggup tapi still dapat rasa isi kentang for 3 KRW. Berdepan dengan this restaurant ada restaurant yang jual fish & chips. Maybe boleh try next time. Ada ke? Hahahaha. I dont think so after our last trip hari tu sebab I declared I hated Incheon as much as I hate Heathrow. We'll see..

Wednesday 16 September 2015

Old Town.. finally

Setelah agak lama tak berkunjung ke Old Town since gst implementation & OT stick to 10% service charga, hari ni aku bawa Hannah bersarapan di OT belakang umah aku. Kat KL ni antara makan kegemaran yang bertukar menjadi xgemor due to xjumpa yang sedap is nasi lemak. Makanya OT jek la satu2 tempat yang aku rasa ok la kalau nak makan nasi lemak.
Hari ni cuti hari mesia kan.. tapi malas nak kuar jejauh sebab esok pun aku cuti lagi. Ayayayayaya... esok cadangnya nak p Ikea beli meja lipat yang aku dah idam2 lama. Tungguuuuu

Tuesday 15 September 2015

Sesat Di Laut?

Ok.. see the guy yang baju putih tu. Tats my boss. Time ni dia duk interview mamat yang bawa kapal after dia sedar yang kitaorang ni dah sesat while on the way balik dari Pulau Ketam ke PK. Panik dia katanya.. hahaha. Aku sedar kitaorang sesat bila dengar dorng duk kira chart. Tapi tak la cam saspen sangat since kitaorang naik bot gomen.

Gilos.. perjalanan pegi tadi cuma sejam setengah tapi perjalanan balik sampai 2 jam setengah. Maknanya sejam jugak la aku sesat dekat laut tu. Siap langgar jaring orang oke. Nasib la tak sampai indon. Sepanjang keje ngan jabatan, ini pengalaman unik la ni apart from kena tahan samseng masa meeting. Hahaha.. sukurrr tah nak

Monday 14 September 2015

Pulau Ketam Ada Ketam?

Jerebu tebal 

Ok. Aku aktuali tak sure ada ke tidak ketam dekat Pulau Ketam ni. All I know is Pulau Ketam ni merupakan sebuah perkampungan nelayan cina. Kalau nak ke sini, kena naik ferry dengan rega RM7 hengget one way or naik speed boat RM10. Kalau nak laju naik speed boat la op kos, 20 mint sampai.

Antara yang aku nampak ada dekat sini during my short trip, balai polis, pos, bank, sekolah dan kedai2 la op kos. If you are a moslem, memang tadak warung melayu ka apa ka rasanya. Yang aku nampak antaranya restoran seefood with No Pork sign.

Kalau melancong? I dont think this place is for tourism tapi kalau curious, sila la lawat. Dekat Pulau ni tadak keta langsung dan bangunan built atas tanah air. Memang rasa macam bukan dekat Mesia la kalau kemari.

Sunday 13 September 2015

Lelong Pun Mahal!

Tadi aku ternampak fliers ni. Tersaspen n bengkek jugak la tengok rega umah ni. The same blok dengan our house, now lelong pun dah 290k. Gilos! Harga lelong tu kiranya dah serendah2 harga oke tapi almost 100k lagi mahal dari masa kitaorang beli back at 2013. 2 taun je beza pun.
Tapi apartment kitaorang ni memang macam goreng pisang panas esp fo those yang nak sewakan instead of duduk sendiri. 790sqft, 3 bilik tidor, proper parking n ada guard just a start of the story. Dengan jarak 8 to 10km from midvalley, KLCC dan city center memang agak dekat la kan. Dengan amnities such as hospital, taman tasik, kedai & bank pusing keliling n nanti ada shopping complex dekat belakang op kos la hot stuff kan. Selain tu, kalau nak naik lrt jalan kaki jek & kalau rajin lebih sket komuter station pun ada dekat bawah nun. Kejiranan yang sangat selesa & syukur tah nak kitaorang dah beli walaupun agak mahal for 790 sqft.

Thursday 10 September 2015

Experience Tokyo In KL

Antara cara kita boleh experience Tokyo in KL yeklah

1. Masuk kedai serbaneka like Daiso, kedai 100 yen dan Komonoya
A shop of Japan, walaupon barang dia made in China. Kat Japan depa jual barang suma 100 yen + tax. Barang dia sama jek dengan yang kat mesia ni so takyah la sampai ke Tokyo takat nak berkunjung ke Daiso.

2. Masuk Uniqlo
Kalau nak lagi Jipun, beli Kimono. Tapi Kimono ni jual at selected Uniqlo outlet je kot..

3. Masuk Japanese Owned Mall macam Aeon, Sogo, Isetan
Jangan takat masuk. P lawat sekali section food yang jual makanan jipun beli wasabi ka, oknomyaki ka..

4. Berkunjung Ke Pavillion
Tingkat berapa aku tak hengat sangat, cari Tokyo street. Ada special area dedicated to kedai2 yang ala2 di Jipun gitue.

5. Enjoy makanan Jepun, terutamanya sushi dekat Shushi King or Sushi Zanmae

6. Pakai make-up brand Kate
Brand ni kalau tengok dekat the packaging memang made in Japan oke!

7. P 7-Eleven

8.Pakai keta Jipun, barang letrik Jipun dan yang seangkatan

Ok. Enough for now.

Monday 7 September 2015

Bila Malas

Biasa kalau malas, pasta la jawabnya selain roti bakar. Aku kalau masak pasta, yang penting ada pasta, cheese & kuah bolognese. Goreng bawang putih, ayam kisar or udang, lada botol, campak cheese & tuang kuah. Siappp!

Masakan orang malas gila, inilah dia.

Thursday 3 September 2015

Eiifel To Ma Homie


If i can't go to you, i'll bring you here to me. Maka dengan itu adalah si eiffel ni in my house now. Walau hanya sekeder gambar di shower curtain, jadik laa labu

Tuesday 1 September 2015

My Story Of Hong Hostel, Jongno, Seoul

My fren sibuk orderkan ikan bakar
Main door


Inilah hotel yang kitaorang tinggal masa berkunjung ke Seoul 14 - 17 Mei yang lepas . Hotel ni terletak berhampiran dengan station Jong-no 3, to be exact di 57, Gwansu-dong, Jongno-Gu, 110-420 Seoul, South Korea. By berdekatan I mean memang dekat sangat la. Tapi nak cari this hotel agak mencabar sebab you wont see the whole building from the road due to the building terletak compressed among kedai2. By compressed I mean too compress. Jalan masuk ke mari kocik je. The building betul2 berdepan dengan kedai2 jual ikan bakar, so memang meriah la.

Hotel ni kecik jek, ada dalam 20 buah bilik. Ada 4 tingkat kalau tak silap, without lift. Masa kitaorang pegi tu dorang tengah sibuk renovation gak. Pada aku dengan price @183000 KRW which is lebih kurang RM200+ semalam for Seoul rate, still ok la. Lagipun the location memang sangat superb. Selesa tak? pada aku acceptable dan kalau datang Seoul lagi next time, will consider this hotel. Masa tu tukaran matawang dalam 3.4. Won ni dulu masa 1st time aku g baru 2.7 jek.. now dah mahal.. huhu.

Daripada hotel ni, boleh jalan kaki jek g melepak dekat Cheonggyecheon stream. Kalau rajin berjalan, g Insadong pun boleh jalan kaki.