Aku jadi pengguna OPPO since 24 Disember 2015. Apa pengalaman aku? Ok. 1st aku kena bagitau la OPPO ni my 2nd phone dan aku ada another phone yang aku consider as my main. Dalam 9 bulan aku pakai si POPO, a name i gave the phone, dah 2 kali masuk hospital henpon tu. 1st due to batery probs dan yang kedua which happen kali ni, due to lense camera kotor yang xble hilang walaupun dah cuba pelbagai cara.
Walaupun cengitu alkisahnya, aku masih berusaha mengekalkan hubungan aku dengan si POPO sebab takde phone yang dapat ganti tempat dia dari segi kamera. 13MP selfie camera, mana ble lepas cam tu je beb! Sayang ohw. Aku taw, pixel boleh cari. Tak mesti pixel besar gambar ko cantik tapi POPO, memang superb. Sejak ada POPO, dslr aku yang berega 4K & camera Samseng berega RM2k aku pandang sepi je. Yang aku bawa ke hulu ke hilir masa melancong cuma si POPO sorang yang ringan, nipis dan tak susah2 nak bawak.
Since aku da tak sanggup nak tunggu lama, makanya aku gagahkan juga ke Berjaya Plaza tuk ke service centre. Aku suka g OPPO service center ni. Layanan superb, as long under warranty dorang tak banyak songeh. Kalau tadak waranty, melayang juga la RM 200 hengget untuk tukar the whole set rotating camera.
Back tu si POPO. Kalau nak jadikan as main phone, aku tak la rekemen sangat. Mungkin kau akan rasa kecewa sebab ramai lagi phone murah yang pintar dan lebih bijak dari si POPO. POPO ni aktuali sama jugak bijaknya dengan smartphone android yang lain cuma ada subjek2 yang dia lembam. Antaranya kalau masa bateri dia tengah charge, toksah la nak taip bagai sebab keyboard dia akan lagging dan tak paham apa ko tekan. Lain dari tu aku xde masalah sangat. Acceptable la sebab kalau in normal dia tak mengalami masalah lembam ni. Hapen bila masa cas je. Tapi masalah2 lain cam hang etc tak de la pulak.
It is up to you la nak pakai ke tak. Pada aku ok je sebab aku bukanlah hantu meseg or cakap tefon. Tepon pada aku cuma tu membaca & bergambar. Kalau orang tak dapat msg or call aku, nasib kau la kan. Ahakssss