Yang tak best dekat sini terasa ko macam orang terbuang. Wad ni actually bukan wad covid so paham-paham je la. Baju anak pun kena minta baru dorang bagi. Baju ibu pula tak disediakan, tak macam dekat bawah bebas ambil baju selimut anytime. Kat sini nak air panas kena minta dan tunggu, kat bawah boleh ambil sendiri dekat pantry. Tp bilik selesa la sebab ada sinki dan toilet sendiri. Ada tv juga tapi takde remote.. kena panjat.. hahaha. Sejuk memang sejuk.. kalau malam memang tak tahan. Air panas untuk mandi ada.
“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts
Friday, 17 June 2022
Adik Warded Covid Day 3
Inilah wad kami dekat level 9, wad perubatan 9D. Kalau view dari aras 5 pun cantik, dari atas ni view lagi cantik. So far adik ok je cuma makan dia agak kurang sebab dorang tukar diet dia dari bubur ke menu kanak-kanak. Menu kat bawah semua bubur, semangkuk tu memang habis tapi kat sini menunya macam menu aku cuma tak de pedas. Antara menu dia nasi & ikan masak lemak, ayam masak lemak, roti, bihun. Sikit je la dia makan.
Monday, 13 June 2022
My Covid Time
Day 1
Tekak perit, kepala sakit, badan lesu, sakit otot esp kaki sampai ke tulang punggung. Sapu minyak panas dekat kaki baru dapat tidur.
Terpaling sakit. Tekak perit panas rasa macam terbakar, batuk, sakit kepala teruk, sakit otot dan lesu. Malam tak dapat tidur sebab sakit kaki. Demam.
Day 3
Sama macm day 2 cuma x demam. Pagi bangun tekak pun dah tak sakit sangat macam semalam sebab da kumur air garam sebelum tidur. Paling la mujarab.
Day 4
Better dari day 3. Sakit kaki kurang. Lain2 masih intense
Day 5
Pagi rasa ok. By tengahari mual, muntah dan cirit. Kepala sakit teruk. Batuk kuat & rasa gelap je kalau batuk kuat sangat.
Day 6
Sama day 5 except mual, muntah dan cirit dah xde
Day 7
Better. Sakit kepala masih ada tapi ok.
Saturday, 5 December 2020
Param, Tapel, Pilis Tu Apa Barang?
For those yang tercari-cari set untuk berpantang especially first timer mesti tak sure apa set pantang yang nak digunakan. Lain brand set pantang lain barang yang ada dalam set tu tapi yang paling biasa dengan is param, pilis, tungku, tapel.. nama pun pelik kan so apa barangggg tu?
Ini antara barang yang aku beli tuk pantang. Selain tu ada juga tungku batu sungai, herba untuk mandi dan calming lotion. Guna ke idok, itu yang aku nak highlight. Apa guna each of item tu dan perlu ke tak? Aku explain secara ringkas la ea..
- Pilis. Ini untuk elak dan buang angin kat kepala so sapu di kepala. Kalau set Sari Ayu tu sama macam calming lotion. Perlu ke ada? Yang ni elok la ada especially kalau ko tak de minyak lain nak sapu kat kepala sebab kepala akan rasa best kalau sapu pilis. Aku guna yang brand Air Mancur tu. Brand Sari Ayu tu aku rasa cam takde apa-apa efek je. Kadang aku sapu minyak yuye je.. terbaikkkk!
- Param. Yang ini untuk sapu seluruh badan kecuali breast dengan perut. Katanya nak bantu lancar peredaran darah. Kalau set Sari Ayu tu sama macam warming herbal tu. Perlu tak? Yang ini elok ada. Macam aku badan rasa sejuk lain maciam masa pantang so aku memang akan letak cream ni. Spesis lotion ni tak de cooling efek lepas pakai so rasa selesa. Aku tak pakai yang Air Mancur tu sebab leceh nak bancuh dan takut pula air bancuhan tu mengalir ke tempat luka.
- Tapel. Ini untuk sapu dekat perut. Boleh buang angin dan bantu penyembuhan perut.. sama je macam body contour herbal. Perlu ke? Aku guna yang lotion tu tapi aku tak suka sebab ada rasa sejuk-sejuk lepas sapu. Dah la badan memang da sedia sejuk so tak best.
- Tungku batu sungai. Ini memang tak ble nafi kena ada la. Tak semestinya guna batu sungai, boleh je guna tungku spesis lain macam yang botol air panas tu ke, heat pack ke. Lepas tungku badan akan rasa selesa. Paling malas aku guna je botol isi air panas dan guling2 kat perut, peha dan seuruh badan. Selesa amat lepas tu!
- Mandian herba. Aku beli yang serbuk. Perlu ke tidak? Tak yah la. Pada aku x de apa efek yang significant sangat pun.. tak tahu la kome kan.
- Jamu. Yang ni aku tak amik. Aku continue Obimin je dan make sure amii balance diet especially buah dan sayur plus air yang mencukupi.
- Bengkung. Aku pakai juga tapi nak kata perlu sangat tu tak la pun. Terpulang la. Pada aku pakai bengkung ni lebih kepada efek psikologi sebab nanti rasa macam bengkung tu bantu kempiskan perut dan bahagian yang mengelebeh padahal badan ko memang dah designed tuk self recovery. Kalau ko memang kurus dan disiplin jaga makan dan kesihatan masa pantang plus buat senaman, inshaAllah akan kembali la pre pregnancy body ko tu tapi kalau dah memang gemuk plus disiplin pun kelaut.. jangan harap la. Pakai bengkung ni elok untuk support badan especially yang czer kata orang.
- Stokin. Oke ini wajib!
Wednesday, 24 June 2020
Review Bacaan Gula
Hari ni aku ke PPUKM untuk review bacaan gula. Appointment jam 9.00 pagi. Ingatkan kena follow macam appointment biasa rupanya aku kena jumpa O&G Daycare je. Tak payah amik nombor just pegi ke bilik 10 bagi reference letter.
Thank god doktor kata bacaan gula aku chantek so monitor je. Next appointment in one month.. weeeeeee. Makanya urusan aku hari ni selesai lebih awal sebab aku sorang je yang jumpa daycare masa aku sampai tu.
Tuesday, 11 June 2019
Samsung Galaxy Active
Apa Amacam? Comey kan face watch tu.. Survey punya survey aku jatuh hati dengan Samsung Galaxy Active ni. Antara yang menarik is market apps untuk watch ni agak meriah jugak la compare to first watch yang aku ada dulu which is Samsung Gear Fit Pro. In term of design both aku suka actually tapi yang ini lebih gegel 😀
Kecik bukan sebarang kecik oke watch ni.. siap bole layan YouTube.. hahaha. Cumanya dia xde speaker so kena pakai Bluetooth headphones kalau nak dengar. Selain tu, boleh juga transfer lagu ke phone so tak perlu da bawak phone kalau takat nak dengar lagu.. boleh stream direct je dari watch. Yang lain2 tu function fitness dan smart watch macam biasa la like heart rate sensor, fall detection dan sebagainya.
Thursday, 13 December 2018
Masuk Wad Day 4
Ko nampak kaki aku tu? Tu kaki orang yang nak kena buat endoscopy. Apa kaitan kaki dengan endoscopy? Mestilah takde.. muhuhahahahaha. Actually ini kali kedua aku buat endoscopy. The first time tu aku buat as outpatient tapi kali ni aku buat as in patient. Kalau sebelum ni pengalaman endoscopy aku agak seram walaupun cuma setakat sedar dalam tak sedar, kali ni aku langsung tak sedar. Tau-tau je dah balik ke wad balik.
Semalam juga aku dah buat sleep study. Macamana buat sleep study? Kena pakai alat yang dipanggil EEG monitor. Alat tu boleh disewa dari agent sebab hospital tak supply dengan harga RM240. Mesin ni akan dipasangkan di badan dan ada hos ke hidung. Aku buat untuk semalam je. Lepas test tu akan keluarlah report tidur ko lena ke idok, hear rate, breathing & reading oksigen sepanjang malam tu. Kalau ko ada sleep apnea, antara tandanya reading oksigen tu boleh turun ke 80% which is bahaya tuk kesihatan kita dimana sepatutnya pada 95% ke atas. Untuk aku, bacaan tak cantik tapi kadar oksigen acceptable so tak payah pakai CPAP machine. Apakah CPAP machine ni? Dalam bahasa ringkasnya mesin ni bantu pernafasan dan tingkatkan bacaan oksigen untuk orang yang ada sleep apnea.
So inilah muka budak 20-an tu.. muhuhahahaha. Yeayyy hari ni aku keluar wad. Walaupun lambat discharge tapi takpe. As long keluar!
Wednesday, 12 December 2018
Masuk Wad Day 3
Tadi doktor pakaikan branula. Doktor tu harap muka je hensem tapi eq fail, udah macam robot gayanya. Esok baru buat endoscopy dan sleep study. Tengok ubat aku tu, meriah kan! Aku kena ambik ubat tuk perut, ubat tuk hati, tuk kencing manis dan cair darah. Macam tu lah bila da sakit.. hohohoi
Tuesday, 11 December 2018
Masuk Wad Day 2
Bila yang masuk wad tu orang sihat, makan saja la kerjanya. Dekat wad ni meriah juga. Semua yang ada ni sihat agaknya so masing-masing rajin bersosial. Paling kelakar masa aku masuk dorang bergosip. Masa aku nak ke toiler geng yang sama-sama kat wad ni panggil tanya umur aku berapa. Bila aku cakap 37, dorang masing-masing tak caya. Dorang kata mati-mati dorang ingat aku lewat 20-an. Kalau lelaki yang cakap ko muda dari usia sebenerr mesti ingat sebab ada udang di balik mee kan tapi yang ni since hakak-hakak yang cakap. I guess betul la tu kot.. muhuhahahaha.
Geng-geng kat wad ni ada yang sama macam aku, nak buat sleep study dan ada juga yang operation macam jiran sebla katil aku. Jiran aku ni friendly ya amat jadi tak la aku sunyi dalam wad ni sebab dia pun akan stay lama lagi sebab nak buat sleep study dan terus operate. Dia pun ada hernia juga cuma bezanya hernia dia dekat bahagian abdomen dan menonjol keluar unlike aku yang hernianya di bahagian sambungan perut dan tak nampak dengan mata kasar.
Monday, 10 December 2018
Masuk Wad Day 1
Tibalah hari yang dinanti, hari masuk wad! As per scheduled, hari ni aku kena masuk wad untuk buat sleep study dan test before proceed dengan pembedahan 2-in-1 aku which is laparoscopic fundoplication untui hiatus hernia dan laparoscopic sleeve gastrevtomy untuk obesiti.. yesss.. obesiti oke! Hahahaha. Aku yang masui wad, si kecik tu yang happy makan makanan hospital. Sedap agaknya pada dia.. ahaha
Macamana boleh detected ada hernia tu? Asalnya aku batuk tak henti selama sebulan. Masa tu takut la kalau kalau kena tibi so I went for check up dekat KK Tanglin. Lepas dah disahkan clear takde tibi, tapi still jugak so batuk I was advised to refer to ENT. After a year dengan ENT dan condition aku masih sama which is swollen tonsil on and off walaupun da pakai spray hidung, I was discharged sebab doktor ENT kata maybe the cause is not dari saluran atas which is hidung instead dari bawah, salur pemakanan. It could be acid reflux so kena refer pula ke Klinik Surgery. Aku bagitau doktor aku memang gastrik so I was suggested to undergo endoscopy examination, yektu masuk camera through mulut tuk tengok condition perut aku. Dari situ la nampak ada hiatal hernia. Doktor kata kena buat pembedahan so aku ikut je la. Since aku gemuk dan obes, doktor dari Klinik Obesiti suggest pula aku buat skali tuk perut so itu lah alkisahnya.
How to qualify untuk buat sleeve gastractomy ni? Untuk qualify bukan la suka-suka je untuk yang nak kurus. There were parameters yang kena ambik kira such as BMI dan lifestyle ko. Kalau BMI exceed 30, ada sakit due to kegemukan ko yang melampau tapi body ko still ok & boleh go through operation dan ko dah exercise plus diet tapi still tak turun berat, than ko layak la.
Friday, 19 October 2018
VIP Patient
Hari ni aku ada meeting dekat putrajaya. Since meeting habis time lunch aku pun pegi la meronda-ronda ke IOI Mall. Kalau kemari aku suka makan dekat foodcourt. Dari hujung ke hujung aku explore, da bosan baru aku gerak keluar dari IOI. Petang tu lepas kerja aku singgah ke PPUKM untuk ambik ubat. Thank god farmasi utama buka sampai jam 6.30.
So ini la keadaan dekat farmasi PPUKM masa aku datang tadi. Kira rare juga la pemandangan kosong ni sebab kalau biasanya memang penuh orang dan it took > setengah jam untuk amik ubat saja. Thank god orang tak ramai!
Tuesday, 10 April 2018
Demammmmm
Result darah pun tak de show yang pelik-pelik walaupun ada reading yang tak cantik. Tm
Monday, 9 April 2018
Demam Lagi
Alkisah hari ni, si kecik demam lagi. Adoiiiiiii!!!!
Ayah dia takde, g kursus so tinggal le kami berdua. Petang tu aku bawa dia g makan dekat SVM. Dia mengadu sejuk so aku belikan le jaket pink tu. Kebetulan pula aku memang dah lama nak belikan dia jaket. Sampai umah je badan dia start panas.. padahal baru je sangat demam T_T
Friday, 30 March 2018
Demam Laagi
Wednesday, 28 March 2018
Demam Lagi
4 hari ni si Chemba p outstation. Dalam keadaan si Hannah demam ni, aku berdoa-doa la moga takde apa-apa. Tadi time si Hannah nak susu, baru perasan susu dia habis & laki aku tak beli stok plak dah. Arghhh stresss!! Kalau sihat budak ni boleh je p bejalan.. huhu. Nasib baik la sekarang ni semua pun boleh shopping online, order je lah suh Happy Fresh hantar.
Wednesday, 21 March 2018
Si Kecik Demam
Tadi skool call si Chemba, si kecik demam. Alahaiii.. kesian si kecik. Makanya tengahari tu kitaorang balik p ambik dia. Pastu singgah farmasi beli ubat, then bawak je la p opis. Kalau nak p klinik pun kompom2 doktor pun just bagi ubat bagi turun demam je. Harap-harap demam dia kali ni kejap je la.. huhu
Thursday, 22 February 2018
Hospital Daaaa
Bagi menjalani prosidur endoskopi, aku kena puasa. Kalau tak puasa kang penuh makanan dalam perut mana nak nampak cause of the problem kan. Sampai klinik op kos la kena register.. lepas register aku kena ‘soal siasat’ why aku nak kena buat endoskopi. Lepas tu dorang pasangkan branula kat tangan untuk masuk ubat katanya. I think tuk sedate la kot. Dah letih menunggun pas pasang branula, aku kena panggil & suh baring dekat katil. Pastu aku cam samar- samar apa berlaku. Aku sedar cam ada benda dalam perut aku dan aku mengerang sebab macam ada rasa sakit. Aku sedar ada ramai orang bercakap2 tepi aku tapi dalam keadaan yang samar dan aku tak berdaya. Maybe kesan sedate la kot. Sakit ke hos masuk kat tekak? Tak sakit sebab aku actually tak sedar pun cuma ‘masih boleh merasa’ walaupun cam samar-samar dan antara sedar tak sedar. Sampai habis kot procesure tu aku masih ‘sedikit sedar’. Lepas tu aku kena tolak ke waiting area.. nak tunggu jaga kot. Rasa sekejap je kot aku hilang mamai tapi orang kat seblah katil aku tidur cam sedap je. Bila jaga dia tanya, dah sudah ke? Dia tak sedar langsung kot masa kena masuk hos tu? Muskeel plak aku tapi takde la aku bother nak tanya, menyibuk je!
Doktor kata aku ada hiatal hernia type 1 dalam perut yang dah tertolak or menolak perut aku and cause perut aku longgar. ‘Longgar tu la yang menyebabkan cecair perut naik sampai tekak and efek tekak. So aku ditegah dari minum kopi dan seangkatan. Gila kau tak boleh minum kopi.. adoiiii!
So apa komen aku untuk endo? As for me aku masih rasa endo ni waaaayyy better than kena buat ultrasound leher. Dengar ultrasound jangan ingat dia buat ala-ala cek perut orang pregnant ye. Yang itu dia golek-golek je tapi kalau ko kena kat leher.. tau le tinggi rendah langit betapa sakit dan tak selesanya.
Tuesday, 13 February 2018
Hospital Note
Since masuk wad tu bukan le hari-hari kita buat macam masuk pejabat, op kos le lupa kan apa yang nak kena bawa. Makanya untuk memudahkan si Chemba uruskan keperluan ke wad kalau le kena masuk wad, aku pun tulis la surat cinta ni sebagai ingatan. Tahu le umur dah meningkat ni.. kena la ada persediaan.
Tuesday, 6 February 2018
Ke PPUKM Kita
Pagi ni aku laki bini ke PPUKM. Si Chemba kena buat CT Scan whilst aku pula g amik ubat yang dah nak habis. Bukan nak tunggu masuk bilik doktor je ramai orang, nak amik ubat pun umangg aii.. No sekarang 0390, nombor aku 0473.. ramai tu! Udah le tu, nak amik no giliran pun kena beratur panjang. Tapi pada aku kaunter ubat dorang ni agak efisen juga sebab dorang buka banyak kaunter.
Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa am setup restoran.. keep it up PPUKM!
Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa am setup restoran.. keep it up PPUKM!
Friday, 2 February 2018
Dentist Visit Dan Jalan Midvali
Pagi ni ke Klinik Pegigian Tanglin.. dah kalau laki bini gigi sakit, sini le tempatnya. Masa sampai tadi agak payah gak nak dapat parking.. kena jalan jauh sket. Oke la menapak dari tak dapat parking langsung. Klinik gigi dia kat belakang sket.. aku dapat masuk cepat walaupun nombor lewat dari si Chemba.. miahahahaha. Maybe sebab aku ni masuk kategori geng Young Stroke Patient so dapat le cepat. Masa sampai tu doktor tanya aku ada makan ubat ke or ada sakit ke.. tu yang tahu tu. Urusan aku kejap je tapi nak kena menunggu si Chemba.. tengahari la juga selesai.
Tengahari tu g amek si Hannah bawa g office.. petang terus g jalan-jalan Midvalley. Sempena tahun baru cina ni, kena la lawat shopping complex tuk enjoy deco yang dibina sempena CNY. As expected, deco di Midvalley adalah cantik. Apart from enjoying the view.. aku dapat bunga dari someone tadi. Etttt!!! Bunga tu orang kedai bunga bagi for free.. marketing purpose la kot. Apa2 lah.. janji free.. ye dok!
Wednesday, 31 January 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)