Showing posts with label Baby Talk. Show all posts
Showing posts with label Baby Talk. Show all posts

Tuesday, 12 December 2017

Rancangan Pevret Si Hannah

Aku belajar sampai dapat degree, koje injiniur pun tak dapek duit banyak ini Ryan oi! Ini la budak yang Hannah duk tengok hari-hari.. nak muntah mak melayannya.

Koje budak ni main je 24jam! Pastu main sepah-sepah tak reti kemas. Pastu jadi role model si Hannah, dia pun sama nak baling mainan dia then tanak kemas. 

Monday, 11 December 2017

Hannah Muslimah

Ini hadiah ayah si Hannah balik umrah.. lucu ada, comel pun ada. Hehehe.. Tengok je la muka si comel yang terbakar sebab mandi kolam weekend tu.

Berapa lama tudung ni tahan dekat kepala dia? Hmm.. dari hotel, g makan then sampai rumah masih melekat lagi dekat kepala.. kira lama la kan? hahaha. Kalau pakai reben dan ikat rambut dia memang langsung tak mahu, pakai tudung elok je.. kelazzz kau nak, muslimah sejati. Amin!

Wednesday, 29 November 2017

Wednesday, 15 November 2017

I cook


 Lama gila periuk baby aku ni tak beraksi. Now since si Hannah da kuat makan maka berbaloi la keluarkan periuk ni. Ini kali nak masak bihun. Senang gila nak masak dalam ni.. on je.. buh minyak sket then terus masuk bawang putih dengan udang kering. Pastu agak2 masak, campak je bihun yang dah cuci dalam tu. Then tuang sos tiram, sos tomato dengan air secawan.. settle! Tak payah pening-pening nak lembutkan mee bagai.

Periuk ni nak kata slow sangat masak, tak la juga tapi slower la dari kalau ko guna api. Tapi takat nak masak tuk budak, tak sampai la kot setengah jam ko tunggu diam-diam.. masak la dia.

Wednesday, 20 September 2017

Toys R Us Bankrap?

Baru-baru ni terbaca somewhere kat news Toys R Us filing for bankruptcy. Omo! Jadi teda la dapat beli menan lepas ni.. teda la boleh guna ini kad tuk beli menan murah???

Tapi semalam keluar paper yang Toys R Us mesia tak teribat dalam plan tu. Izit? Really? Chincha???




Friday, 28 July 2017

Akhirnya Beli Juga

Lama dah aku teringin nak beli track ni. Kat umah dah ada 2 jenis track tapi yang jenis motorized belum ada. Since adik aku racun2 sket, bagitau harga murah.. aku punnnnn... balik koje terus la ke Parkson SVM angkut benda ni dengan rega RMN159.90 satu. Yang gumbira op kos la si Hannah chan!

Wednesday, 10 May 2017

Bumblebee Kembar

Hari tu masa Happy Meal McD ada Bummble Bee.. aku pun beli Happy Meal. Tapi aku beli 3 Happy Meal so aku dapat 3 Bumbble Bee... hahaha. Ait.. mana sekoq lagi.. ini kesti si Hannah dah kerjain ni..

Tuesday, 14 March 2017

Collect Jangan Tak Collect

 Amacam... banyak tak patung ahkak? walaupun ahkak dah bagi corner ni tuk si Hannah dan barang-barangnya dan walaupun bener toys tu toy si Hannah tapi ahkak tak bagi dia main. Takat perhiasan je... ahakss!!!

Friday, 10 February 2017

Child Not Labour

Terharu gila tengok si tecit dah pandai basuh pinggan.. alahaii.. tak di suruh tak di apa, dengar2 ada bunyi air kat sinki. Sekali si tecit tengah basuh pinggan. Pandai pula tu pasang air slow je. Alahaiii nak.. dah besar dah dia

Thursday, 15 December 2016

Pokit Stroller




Inilah hasil tuaian dekat Mother Care Pavillion senin baru-baru ni, pockit stroller katanya. Rega asal RM900++, less dapat la RM800++. Napa beli? teringin nak bawa stroller kecik kononnya. Ahaksssss.. tapi memang best stroller ni sebab ringan dan ble angkat macam beg. Cumanya kalau ko goyang rasa la cam gegar compare to stroller biasa. Sangat seswai kalau kome ada keta kecik.

Thursday, 17 November 2016

Otormen In Shoe

Inilah jadiknya kalau anak pompuan main otromen!

Saturday, 12 November 2016

Weekend Di Rumah Gue

Inilah aktivitisi tecit sempena weekend ni. Main je kerjanya. Pas main pandai study oke! Sampai tetidur la main buku.

Sunday, 30 October 2016

Weekend Di Rumah

Hari ini dalam sejarah hakak sekeluarga tak keluar rumah langsung. Semalam tidak, hari ni pun tidak. Ini kali baru berbaloi cantikkan rumah sebab memang duk umah je. Tengokla anak aku sorang ni, orang tengok tv dia study oke! Kalau orang main gejet, anak aku ni neutral. Gejet ok, tv pun ok. kalau dulu dia suka main kaler2, now dia start suka tracing huruf2 & nombor. Kalau suh tulis nombor, dia dah pandai dah walaupun ada yang terbalik. Aku dulu umur 3 tahun lebih apa pun tak pandai lagi kot.

Wednesday, 5 October 2016

Rambang Daging


Inilah kekdahnya bila mata rambang. Berbelah bagi nak masak daging masak kari or masak kicap.. last2 ahkak masak dua-dua. Puas ati!

Tuesday, 23 August 2016

Book Lover

Masa aku kecik, parents aku selalu biasakan aku dengan buku. Sebagai anak sulung, duduknya pula di London masa tu makanya op kos la ai punya mainan semua imported. By imported masa tu means tahan lama lagi berkualiti. So, yes.. memang tahan sangat lama la. I remember I have a keyboard, small piano, small music box, a xylophone, a giant teddy bear, a motorcycle, a bicycle yang last puluh tahun. Yang paling legend, basikal tu masih ada sampai sekarang & masih elok lagi. Yang lain-lain tu pun actually masih elok till the last day of their life. Contohnya teddy bear tu, kitaorang buang je sebab takut hama etc sebab dah lama sangat. Yang kejap jangka hayatnya cuma motosikal tu je sebab uncle aku terpijak.

Since mainan aku imported katanya, makanya aku tak banyak mainan.. mahal kan! Muhuhahahaha... so buku adalah umpama mainan pada aku. Perasaan bila ke kedai buku, apa lagi kalau dapat beli buku memang indah sangat lah. Sampai sekarang la aku masih begitu. Satu hari duduk dekat kedai buku pun aku boleh. Lagi-lagi kalau ada kopi! Setiap kali ke mana-mana mesti singgah kedai buku, mesti keluar ada la buku yang dibeli. Since selalu sangat ke kedai buku, si Hannah pun terjebak. Dapat buku lagi happy dari dapat mainan.. haha

Semalam masa makan dekat mamak, her dad gave her his phone dengan harapan dapat content her curiosity wandering around dalam kedai tu tapi berjaya untuk sekejap je. So hari ni aku tukar startegi, I brought her book. Terus behave sepanjang kitaorang makan! See!

Dah namanaya hidup dalam zaman teknologi, I never stop my kid from using ipad, phone, tablet, phablet etc. Pada aku bila kita dah ke depan kenapa mahu kembali kebelakang dan bukankah itu satu kerugian. Kita berpeluang untuk merasa kemodenan teknologi, so we shall use it to our advantage. Macam anak aku, before the age of 3 dia dah kenal 1 to 10, kenal ABC. Thanks to apps for kids yang aku download dari apps store dan google market. Mula-mula ingat she just remember the game itself, bukan the number or ABC sebab selalu sangat main. Bila diuji, walau tunggang langgang pun the word she still recognize them.

But we must remember, dalam hidup kita perlu tahu dimana limit. Tidak semua perkara buruk itu buruk kerana kerana daripada keburukan itu kita belajar sesuatu dan menjadi pengajaran. Begitu juga kebaikan, sesuatu perkara yang baik jika dibuat berlebihan juga ada kalanya mendatangkan mudarat, kecuali amal ibadat. Contoh yang paling dekat makanan, makan buah dalam kuantiti yang bersesuaian akan memberi kebaikan kepada badan tapi jika diambil berlebihan penyakit pun datang! Begitu juga gadjet. Why I didn't stop my kid from using them padahal banyak juga berita negatif kerana penggunaan gadjet contohnya ada this budak addicted sangat dengan gadjet sampai motor skill x develop, ada yang siap cam sawan sebab banyak sangat main ipad, ada yang jadi anti sosial dsb. But I didn't sebab she is my kid! I knew my kid limit, I knew my limit. Lain anak lain sifat dan sikapnya. Lain-lain anak lain-lain sifat dan sikapnya walaupun adik beradik. You must 'read' dan know your kid before you allow something, itu benda paling basic sebagai ibu bapa.

I gave my kid gadjet but I also gave them pen & book. Bawa ke kedai buku, always! For the sake of nak tanamkan dalam diri dia to love and live books! My point is, dalam hidup ni bersederhana la dalam setiap perkara walau apa pun ia.

Sunday, 31 July 2016

Hannah Stroller

Dulu kocik2 tanak naik stroller, la ni bila da pandai guna dan tahun betapa nikmatnya duk stroller.. tak mahu pulak di turun.Siap tido dengan kaki kat atas lagi, lama plak tu dia tidur. Adui la anak!

Sunday, 24 April 2016

Vokab Hannah

Animals
Fish, cat, dog, dolphin, rooster, chicken, whale, lion, tiger, shrimp, monkey, snake, bear, butterfly, bird, turtle, kitty cat, mouse, caterpillar, bee, penguin, cow, frog, pig, goat, sheep, snail, rabbit, spider, parrot, kangaroo, giraffe, camel, crocodile, deer, hippo, horse, pigeon, cockroach

Colour
Red, Orange, White, Green, Blue, Yellow, Brown, Black, purple, pink

Number
One, Two, Three, four, Five, Six, Seven, Eight, Nine, Ten

Shape
Triangle, Circle, Oval, Square

Vehicle
Truck, mixer, crane, car, motorcycle, bicycle, van, train, airplane, ship, yacht, tractor, fire truck, excavato, snow mow

Body
Nose, eyes, hair, leg, hand, ears

Other
Snow, star, moon, mum, daddy, milk, book, bucket, hat, ball, eggs, shoe, glasses, cake, baby, bag, balloons, boots, camera, chair, table, clock, watch, coffee, cookies, hammer, house, ice cream, maybe, boat, yarn

Action
Jump, hop, stop, go, sleep, higher, fly, look, swing, spin

Instruments
Guitar, Drums, violins, trumpet, piano,

Clothes
Shirt, pants, hat

Flower, Fruits & Vegetables
Carrot, flower, tree, strawberry, apple, pear, banana, orange, fruits

Monday, 25 January 2016

Mainan Mamme

Anak aku nak kata suka main, memang suka la. Tapi dia cuma suka main lompat2, main tali beg dan jarang2 la dia nak menunggang her bicycle ke, membelai her stuff animal ke. Tapi ini lah kejadiannya bila dapat emak yang suka beli mainan. Sedar tak sedar dah setimbun. Ini baru half je ni... ada lagi saudara mara mainan ni bersepah merata.

Untung sangat la ada anak kecil, ada alasan nak beli mainan!

Monday, 9 November 2015

Lobang!!!


Stress oke tengok puting si Hannah ni. Baru dua bulan kot beli, dah gini jadiknya. Tah hmana plak datang habit baru dia mengiggit puting. Satu set puting ni 30++. Pengsan kalau tiap2 bupan kena beli baru oii! Biasa aku akan tukar puting 3 bulan ke 4 bulan sekali. Kalau tiap2 bulan la.. alahaiiii!!!

Thursday, 24 September 2015

Mancing Di Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Haji..

Pagi tadi aku beraya dekat my in law. Memandangkan esok kerja while si dadde jek cuti so aku balik la KL dengan my sis. My sis ni kebetulan bercuti dekat KL, since tadak tempat dia nak bermanja makanya aku hangkut sekali balik ke umah my in law.

Around kol 4 kot kitaorang bertolak tadi. Drive laju2 sampai 140km/hr, dalam 45 minit sampai KL. Huntung oke kawin dengan orang dekat2 ni, tak yah sisah payah meredah jem balik kampung. Eiii.. tak sanggup oi. Sebab itu masa pilih2 bakal dulu aku dah siap2 tapis. Mana yang utara selatan timur barat tu aku memang reject la awal-awal. Yang ada dalam list, paling jauh pun Perak. Hahahahahah...

Nak dijadikan cerita, tadi dapat mesej si Chemba. Ghupanya si Hannah chan da kena hangkut g memancing. Bukan main lagi anak aku ni.. adoiii la Hannah.