Masa aku kecik, parents aku selalu biasakan aku dengan buku. Sebagai anak sulung, duduknya pula di London masa tu makanya op kos la ai punya mainan semua imported. By imported masa tu means tahan lama lagi berkualiti. So, yes.. memang tahan sangat lama la. I remember I have a keyboard, small piano, small music box, a xylophone, a giant teddy bear, a motorcycle, a bicycle yang last puluh tahun. Yang paling legend, basikal tu masih ada sampai sekarang & masih elok lagi. Yang lain-lain tu pun actually masih elok till the last day of their life. Contohnya teddy bear tu, kitaorang buang je sebab takut hama etc sebab dah lama sangat. Yang kejap jangka hayatnya cuma motosikal tu je sebab uncle aku terpijak.
Since mainan aku imported katanya, makanya aku tak banyak mainan.. mahal kan! Muhuhahahaha... so buku adalah umpama mainan pada aku. Perasaan bila ke kedai buku, apa lagi kalau dapat beli buku memang indah sangat lah. Sampai sekarang la aku masih begitu. Satu hari duduk dekat kedai buku pun aku boleh. Lagi-lagi kalau ada kopi! Setiap kali ke mana-mana mesti singgah kedai buku, mesti keluar ada la buku yang dibeli. Since selalu sangat ke kedai buku, si Hannah pun terjebak. Dapat buku lagi happy dari dapat mainan.. haha
Semalam masa makan dekat mamak, her dad gave her his phone dengan harapan dapat content her curiosity wandering around dalam kedai tu tapi berjaya untuk sekejap je. So hari ni aku tukar startegi, I brought her book. Terus behave sepanjang kitaorang makan! See!
Dah namanaya hidup dalam zaman teknologi, I never stop my kid from using ipad, phone, tablet, phablet etc. Pada aku bila kita dah ke depan kenapa mahu kembali kebelakang dan bukankah itu satu kerugian. Kita berpeluang untuk merasa kemodenan teknologi, so we shall use it to our advantage. Macam anak aku, before the age of 3 dia dah kenal 1 to 10, kenal ABC. Thanks to apps for kids yang aku download dari apps store dan google market. Mula-mula ingat she just remember the game itself, bukan the number or ABC sebab selalu sangat main. Bila diuji, walau tunggang langgang pun the word she still recognize them.
But we must remember, dalam hidup kita perlu tahu dimana limit. Tidak semua perkara buruk itu buruk kerana kerana daripada keburukan itu kita belajar sesuatu dan menjadi pengajaran. Begitu juga kebaikan, sesuatu perkara yang baik jika dibuat berlebihan juga ada kalanya mendatangkan mudarat, kecuali amal ibadat. Contoh yang paling dekat makanan, makan buah dalam kuantiti yang bersesuaian akan memberi kebaikan kepada badan tapi jika diambil berlebihan penyakit pun datang! Begitu juga gadjet. Why I didn't stop my kid from using them padahal banyak juga berita negatif kerana penggunaan gadjet contohnya ada this budak addicted sangat dengan gadjet sampai motor skill x develop, ada yang siap cam sawan sebab banyak sangat main ipad, ada yang jadi anti sosial dsb. But I didn't sebab she is my kid! I knew my kid limit, I knew my limit. Lain anak lain sifat dan sikapnya. Lain-lain anak lain-lain sifat dan sikapnya walaupun adik beradik. You must 'read' dan know your kid before you allow something, itu benda paling basic sebagai ibu bapa.
I gave my kid gadjet but I also gave them pen & book. Bawa ke kedai buku, always! For the sake of nak tanamkan dalam diri dia to love and live books! My point is, dalam hidup ni bersederhana la dalam setiap perkara walau apa pun ia.