Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, 16 June 2021

Pengalaman Beli Laptop Online

Aku actually tengah sakit hati ni.. happy tapi sakit hati at the same time. Hari tu aku mencari laptop dengan spesifikasi —> foldable & ada pen. I happened to jumpa this one model from Lenovo, Ideapad Flex 5 yang menepati kehendak dan op kos budget juga. So aku pun place order through Shopee. Aku sebelum tu ada mesej seller tapi seller tak balas. Husnuzon saja, sibuk kot seller tu. Ye lah, authorized Lenovo seller katanya. Pula tu kedai komputer yang quite famous juga. Dua seller aku mesej, both xreply pm aku. Aku think positif, place je order. After few days menunggu, nampak macam seller masih belum sahkan order sebab kalau dah sahkan kita dah tak boleh cancel order tu unless dapat consent seller. A day before last day kena pos barang, aku mesej tanya seller boleh ke fullfill order aku. Xde respond. Haremmm! 

Aku cancel order sebab terjumpa pula this one kedai dalam Shopee juga. Aku pm, ada balas. Stok ada. Kedai fizikal ada & less thn 10km dari rumah. Cantekk!! Tapi seller ni skema sangat. Aku tanya boleh tak self collect. Katanya xboleh. Aku suggest, boleh x kalau aku self collect & seller proceed je hantar courier dummy barang aku tu.. ye lah.. kot2 dia kena audit Shoppee ke apa ke. Tak boleh juga kata seller tu. Bukan ada implikasi kos pun. Aku sungguh harap seller tu cerdik la sket. Bukan apa, dekat je kot. Kalau courier kompom 2 3 hari baru sampai. As aku jangka la, dari collection point di J&T Taman Connought ke J&T Taman Midah 2 hari dah. Ate sampai Salak Selatan nak kena tunggu 2 hari lagi la kot. Itu pun kalau nasib baik. Taman Connought ke Taman Midah tu jalan kaki pun sampai la takat 4km. Pastu nak ke area rumah aku dlm 4km lagi. Maka menunggu la aku dengan penuh sakit hati pada kedai flagship Lenovo dalam Shopee yang tak layan PM aku, pada seller yang  fullfill order aku tapi kurang cerdik dan op kos.. pada J&T. Sabo! Sabo! Sambil2 tu aku berdoa moga2 laptop tu selamat dan tak kena campak2 😭

Friday, 14 May 2021

Raya by MO


Pagi ni sarapan puas2.. lepas tu begambar jap.. mandi2, makan, rilex dan makan lagi.. macam tu lah aktiviti kami hari ni. Last time late check out sampai jam 1 tapi kali ni MO bagi sampai jam 2 petang. Maybe sebab orang tak ramai kot.. tak tahu la. Thanks MO.. we’ll sure to visit again. Since pkp la pkpu la.. tak pegi pun tengok pool & enjoy all the facilities. Even restaurant pun tak boleh dine in. Huhu..

Thursday, 13 May 2021

Raya Rumah Raya MO

Pagi tadi 1st time aku bangun awal sebelum subuh nak readykan bahan tuk memasak oke. Biasanya half hidangan macam rendang daging dan nasi impit yang boleh tahah lama aku akan masak malam dan half lagi lepas solat macam mee kari, laksa dan rendang ayam. Tapi malam tadi aku letih sangat sampai tak larat nak masak so kenalah bangun awal. Since yang ada dalam peti cuma udang, daging dan sikit ayam.. dapatlah masak rendang daging, nasi impit, kuah kacang dengan mee kari. Kuah kacang tu pun nasib ada balance kacang yang aku goreng masa teringin makan rojak hari tu. Nasi impit pun balance2 lepas masak hari tu juga. Adoiiii... 

Before jam 9 aku siap masak, pas tu mandi dan solat raya berjemaah. Hari ni dengar khutbah raya dari pacik saja la since pacik tak boleh g masjid. 

Lepas kenyang melantak.. kitaorang rehat-rehat. Tetiba rasa macam takde apa pulak nak buat. Takkan nak tidur makan je sepanjang hari maka aku puk buat kerja gila revive balik plan asal raya di Hotel Mandarin Oriental. Tengok harga untuk bilik menghadap twin tower masih ok so kami proceed je la. Maka selepas mengira duit raya aku plus duit raya si kakak adalah mencukupi untuk menampung kos penginapan kami di MO, tanpa berlengah terus packing. Dah siap packing baru book.. macam tu pun boleh.. hahaha. 

Wednesday, 12 May 2021

Day Before Raya

Belum pernah lagi rasanya a day before raya aku masih bekerja.. huhu.. hari ni pecah rekod. Ye lah.. nak balik kampung tak boleh, nak jemput orang datang raya pun tak boleh maka ala kadar saja lah. Dekat jam 3 di Chemba call bagitau taska ada call dia tanya bila nak ambik adik sebab hari ni taska last pukul 2. Kelam kabut la kami anak beranak balik pegi ambik adik. Lepas ambik adik, pegi la ronda nak beli ayam. Ingat nak oder grab tapi tengok ayam dekat Hero Market dah sold out. Singgah Ayamas, pun habis juga. Nampaknya tak de la rendang ayam si Chemba pagi raya sok. Aku suh p beli before ni dia duk kata peti penuh. Nasib laa.. 

Lepas tu pegi pula cari lemang. Ada 10 gerai lemang area rumah aku ni tapi semua pun untuk yang tempah je. Nasib baik ada 1 gerai yang jual.. kalau tak menagis la laki aku tu. Sapa suruh suka sangat buat benda last minit. 

Tuk berbuka hari ni aku goreng mee, buat coleslow dengan rojak buah.. tu pun nasib baik baik aku paksa dia beli juga mee masa ke Cold Storage tadi. Kalau ikut laki aku balik koje baru dia nak beli. Popia pun balance yang tak goreng semalam. 

Sunday, 28 February 2021

Sampan Bayi


Hari tu masa ronda dekat Aeon dah nampak dah benda alah ni. Masa tu malas nak beli dulu sebab kaler tak cantik tapi since di adik ni tidur agak lasak sampai ble jatuh dari tilam dia dan kami plak badan dah macam gajah.. takut terhimpit maka kami decide beli je lah. Harga kalau beli dekat Aeon dalam RM139 tapi online Shoppee boleh dapat dalam RM99. Tilamnya nipis, seswai la kalau nak co sleep. Datang sekali dengan kelambu.. kalau rumah banyak nyamuk memang seswaiii

Saturday, 27 February 2021

Mata Siapa Lebih Bulat

Hero aku yang sorang ni agak bulat matanya.. kalau kakak anak adih yang ini memang geng aku. Muhuhahaha.. orang bilang berbaloi kena putung sebab yang keluar ikut muka mama πŸ˜… dia ni bukan takat mata je sama.. itam bawah mata tu pun  nak juga sama dengan mamme. 

Friday, 19 February 2021

Set Makeup Baru


Ini hasil pancingan dekat Estee Lauder semalam. RM200 dapat lipstick, lip gloss, mini mascara, mini eyeliner, mini serum, mini eye cream & set makeup yang ada 2 blusher dengan 6 eyeshadow. Pastu dapat la beg pink tu. Aku ni bukanlah spesis pakai makeup pun tapi suka nak membeli makeup ;p

Saturday, 30 January 2021

Barang Free

Apakah? Ini yeklah collection pen free yang kami dapat bila pegi hotel. Siapa yangs tak suka barang free kan! Muhuhahaha.. antara banyak2 ni pen dari Pullman paling best sebab boleh guna untuk screen phone. Mostly pen murah je.. paling dekut hotel yang bagi pensel je macam LH πŸ˜‚

Thursday, 21 January 2021

Officially Habis Pantang


Semalam genap 90 hari lepas melahirkan. Maka hari ni aku da mula bekerja dan kerja pertama aku, meeting yaww! Since sekarang ni PKP haruslah aku set home office untuk BDR. Inilah opis aku.. sanggihkan?! πŸ‘»πŸ‘» siap ada android tv dan musim autumn oke

Friday, 15 January 2021

Ibu Fashion

Hari tu anak aku buat hal. Selalu kalau nak buat apa dia pandai je minta izin tapi part gunting baju Barbie tetiba pandai pulak dia buat senyap-senyap. Aku punya mengamuk bila tau dia gunting yang pakai baju pink 2 ekor tu. Itu da la mahal.. eiiii! Kalau yang 3 lagi tu tak pe la.. aku redho. Aku punya amuk dah macam hantu gamaknya.. anak aku punya takut sampai di gamnya la balik baju tu dekat patung guna gam kertas. Lagi la aku mengamuk.. melekit pulak dibuatnya.. adoiii..

Dari menyakitkan mata aku tengok patung bogel, terpaksa la aku meng'kreatifkan diri yang tak kreatif ni. Godek baju lama si kecik yang dah tak pakai.. akhirnya berbaju la semula yang 2 ekor pink tu. Yang baju biru dengan kelabu tu memang dari last PKP tukar baju baru.. aku modified sket kasi lawa baju dorang. Yang baju merah tu pun dapat baju baru jugak sebab kesian pulak dia sorang je pakai baju lama πŸ‘»πŸ‘» Nasib la aku ni cuma beli Barbie time sale je dekat ToysRUs. RM29 pada aku berbaloi sangat sebab memang berkualiti. Baju dorang tu mau dekat RM30 selai kalau beli dekat kedai. Nasib skill menjahit aku masih ada.. takde la melayang RM RM 

Sunday, 10 January 2021

Goodbye Watches

Kalau last Sunday aku ucap goodbye dekat Samsung Galaxy Note 9, hari ni aku goodbye dekat 2 lagi device Samsung. Kali ni Samsung Galaxy Watch Active dan Samsung Gear Fit2 Pro. Kenapa aku jual? Sebab aku dah pakai Apple watch to match dengan iphong aku. Sayang oii 2 jam ni masih cantik terjaga dan pakai pun kejap je.. huhu.

Saturday, 9 January 2021

Penjarakan Sosial Di Rumah Gue

Sekarang ni kes cobit dah makin menggila. Ura-ura nak PKP semula katanya maka kami pun menyahut la saranan penjarakan sosial dengan install divider dekat meja makan πŸ‘»πŸ‘»

Thursday, 7 January 2021

Cobit Menggila

Seram ke tidak tengok kes cobit dekat apartment kami ni? Dah ada 10 kes hoii.. banyak tuuuu. Yang dalam status menunggu pun ramai juga. Bertambah seram kalau semua positif. Sekarang ni kat lift da kena install sanitising equipment. Aku pula kalau keluar ke bawah tu ambik barang rupa da ala game among us πŸ‘»

Wednesday, 6 January 2021

Adidas Pemakan Duitku



Apakah ini? Ini yekla hasil tuaian masa kami singgah ke Mitsui Outlet sebelum balik KL semalam. Konon nak singgah lunch skali habis duit ke kedai Adidas je. Hasil tuaian aku ni harga asal dekat RM700 tapi cuba ko tengok gambar paling jahat kat atas tu. Kalau beli lebih 5 item dapat less 51% on top of less sedia ada. Cam kasut tu harga asal RM330, less sedia ada RM289 pastu sebab aku beli lebih dari 5 item dapat lagi less 51% hoiii! Berbaloi-baloi. Aku beli semua tuk budak-budak ni dan kasut tu je la hadiah tuk diri sendiri. Set baju dengan seluar tu harga asalnya RM220 dan less sedia ada RM109.. lepas off lagi 51% harga seluar dan baju tu jatuh dalam RM26+ je selai. Gelak la beli Adidas harga RM26. Kalau beli harga normal stokin pun silap-silap tak lepas RM26 tu. Baju baby lagi mahal dari baju si Chemba oke!

Sunday, 3 January 2021

Goodbye Note 9

Hari ni hari terakhir si Samsung Galaxy Note 9 bersama aku.. goodbye Note 9 yang banyak berjasa. Aku dapat phone ni for free. Masa tu Celcom ada buat campaign if ko sign up untuk pelan RM190 dorang bagi free Note 9 oke! Padahal masa tu phone ni baru jugak la keluar di pasaran. Kalau tak kerana tak happy dengan performance battery, phone ni kira one of the best phone juga aku pernah pakai. Camera memang lawa dan tak nampak selfie ko fake, saiz dan thickness pun cun, spek dan performance pun ok. Dan yang paling best pada aku personally op kos la S-Pen dan S-Translator. 

So, as of jam 6.45 petang maka rasmi sudahlah phone ni bertukar tangan kepada pemilik baru.

Friday, 1 January 2021

Happy 2021

Happy new year 2021! Walaupun 2020 da cancel.. hopefully tahun ni lebih baik dan cepat-cepat la cobit pergi. Sempena new year ni kami duduk rumah je la. Nak keluar pun takde tempat nak pegi. Kalau tak mesti dah duduk hotel semalam sebab nak tengok bunga api.. huhu

Monday, 30 November 2020

Anak Fruit Hari Jadi

Sabtu hari tu anak fruit aku datang melawat. Since si abang punya birthday baru je lepas 15 Nov tu, aku arrange la beli cake dari Coffee Bean, pastu beli kopi dari GG Coffee & donut dari Dunkin Donuts tuk celebrate kecik-kecik. Btw kek cekelat Coffee Bean tu sedap oke!

Tengok anak fruit aku yang no.2 tu.. adui geram tengok pipi dia. Beza dengan anak aku ngam sebulan.. dia lahir 22 Sept, si kecik 23 Okt tapi beza badan dia.. aduii jauh beza.

Saturday, 28 November 2020

Roti Boi Sedap Kembali


Apakah ini? Ini yeklah Roti Boi yang aku beli semalam. Biasa kalau roti ni tak dimakan habis time panas memang tak lalu dah nak jamah tapi ini kali takde masalah dah. Makan sejuk, masuk je air fryer.. settle! Rasa dia macam baru keluar kedai oiii.. berbaloi-baloi beli air fryer ni. Ini pula gambar masak ayam goreng. 



Thursday, 12 November 2020

Order Dari Shopee Missing


Hari tu aku ada oder 5 set background cloth ni.. konon nak buat sesi fotografi la dengan si kecik. Punya main happy dan berkobar-kobar aku buka parcel dari Shenzen, China only to find out one of my order is missing. Adoiiii.. sepanjang menjadi pengguna tegar Shopee, ini kali kedua happened. Memang la boleh refund tapi kecewa oke bila benda yang ko nak tu tak dapat. Yang 4 lagi design aku terima tu, kain dia memang good kualiti. Actually sangat puas hati except for the part yang order tak sampai tu 😭

Monday, 19 October 2020