Thursday, 13 May 2021

Raya Rumah Raya MO

Pagi tadi 1st time aku bangun awal sebelum subuh nak readykan bahan tuk memasak oke. Biasanya half hidangan macam rendang daging dan nasi impit yang boleh tahah lama aku akan masak malam dan half lagi lepas solat macam mee kari, laksa dan rendang ayam. Tapi malam tadi aku letih sangat sampai tak larat nak masak so kenalah bangun awal. Since yang ada dalam peti cuma udang, daging dan sikit ayam.. dapatlah masak rendang daging, nasi impit, kuah kacang dengan mee kari. Kuah kacang tu pun nasib ada balance kacang yang aku goreng masa teringin makan rojak hari tu. Nasi impit pun balance2 lepas masak hari tu juga. Adoiiii... 

Before jam 9 aku siap masak, pas tu mandi dan solat raya berjemaah. Hari ni dengar khutbah raya dari pacik saja la since pacik tak boleh g masjid. 

Lepas kenyang melantak.. kitaorang rehat-rehat. Tetiba rasa macam takde apa pulak nak buat. Takkan nak tidur makan je sepanjang hari maka aku puk buat kerja gila revive balik plan asal raya di Hotel Mandarin Oriental. Tengok harga untuk bilik menghadap twin tower masih ok so kami proceed je la. Maka selepas mengira duit raya aku plus duit raya si kakak adalah mencukupi untuk menampung kos penginapan kami di MO, tanpa berlengah terus packing. Dah siap packing baru book.. macam tu pun boleh.. hahaha.