Saturday 27 September 2014

Installed finally!

Setelah beberapa bulan mengidam sejak2 si kecik dah pandai berjalan.. makanya terbentanglah jua pagar  kat dapur ahkak. Akhirnya! Kalau tak sebelum ni risau jek benda2 kat dapur tu jatuh terkena kat si kecik, especially yang panas2. Alkisahnya tengahari tadi g intai2 dekat Jusco, harga asal RM159 tapi ada 20% off so dapatle sebijik ngan rega RM127.20 sen. Since dah ada off, ahkak topup sekali extension 7cm & 14cm Ahkak rasa tak yah beli pun tak pe extension tu tapi bila pk2 balik cam xpe la. Beli jek.. So, yes.. berbaloi beli extra extension tu sebab dipakai jua akhirnya. Tadaaaa...




Friday 26 September 2014

Si Comel The Hiker

Mentang2 dah hebat, asalkan ada jek tempat tuk memanjat.. habis di naiknya. Tengok le gaya2 tu.. siap goyang2 munggung lagi naik atas meja lepas buat sepah.

Anak yang manis, pandai bawak diri. Kalau dekat rumah pandailah dia tengok tv sendiri or main sendiri2. Yang penting kat taman permainan a.k.a bilik tidur ekon on. Kalau tidur, nak berbantalkan lengan mamme or dadde.. kalau xde kejap je la lenanya. Suka kena peluk & cium.. dan pandai dah joget kalau mamme nyanyi lagi Hi5. Terasa cam baru jek dak kici ni lahir.. now dah pandai belari dah dia :)

Thursday 25 September 2014

Bila Mak Teringin Nak Main Mainan Anak

Tadi masa g miting dekat Putrajaya, happen 'terserempak' dengan pasar tani. Terserempak plak kat pasar tu ahkak jual menan, makanya ahkak pun borong la. Sampai-sampai umah terusss bekobar2 main.. hahahahaha

Tuesday 23 September 2014

My First Time Kuantan

Oke.. it has been 33 years of me, dah almost 15 tahun kot duk kat tanah semenanjung nih tapinya tak pernah sekali pun ahkak jejak ke Kuantan. So, today is the first day la ni kiranya. Ini pun sebab ada miting.

Monday 22 September 2014

Si Meera Kena Langgar Lagi

Setelah sekian lama tak jejak kaki ke Shah Alam, hari ni kena la pegi sebab ada miting la pulak dekat UiTM. Nasib baik ada inchik asben sudi drive hantar dan amek ahkak. Jenuh jugak le pusing2 carik kat mana la tempat miting, masa dah almost nak give-up.. time tu le terjumpa. Huhu

Lepas miting terus ke Putrajaya.. hantar dokumen dekat treasury. Apa malang la hari ni, kalau sebelum ni pintu sebla kanan ada orang langgar & calar teruk gila.. hari ni sebla kanan pulak yang jadi mangsa. Apa lagi nak kata.. huhu. Cumanya setiap kali nampak jek kesan langgar tu ahkak doakan semoga orang yang melanggar tu ditimpa kesukaran dan menjadi susah selagi mana dia tak minta maaf pada ahkak. So, pandai buat salah pandai la tanggung kan. Sekadar nota minta maaf pun xde so.. xpeh!

Saturday 20 September 2014

Paris : Yang Halal

Masa ke London & Paghi hari tu, itulah trip 1st aku dan si Chemba yang paling panjang. Biasa kami cuma akan pegi 4 or 5 hari tapi that trip took 10 days. Aku memang tak suka pegi trip yang lama2 sebab sudahnya kita akan jadi penat. Sudahnya kita tak enjoy the trip. Selain tu, rasa tak selesa sebab duk tempat orang la katakan.

Salah satu yang jadi masalah juga, makanan halal. Masa kitaorang pergi tu, macam biasalah mesti ada makanan tin dan mee segera menemani. Itu wajib. Kalau ke Tokyo & Seoul tak perlu risau pasal nasi sebab depa ada jual ada nasi segera, kat Paris kitaorang bawak beras dan periuk nasik kecil. Tapi kat Paris sebenaqnya senang juga nak cari kedai halal. Contohnya one of this kedai yang kitaorang jumpa dekat Centre De Pompidou.


Apart from that, ada juga kedai yang jual roti halal so bole la buat roti sadap untuk dibawa berjalan2. Cuma beli sayur jek & tepek tuna yang di bawa dari mesia. Nyammmm!!! Since makan bukanlah masalah pada kitaorang sebab kitaorang jenis makan benda yg sama pun tak kesah janji kenyang, tak de la tanya inchik google kat mana ada makan halal sebelum pegi hari tu. Rasanya website ni boleh kot bantu kalau nak cari makanan halal di paris @ www.paris-halal.com.

Friday 19 September 2014

Modem Mifi

Memandangkan skrin hape pink gue udah retak seribu, makanya ahkak hanya ada 1 hape untuk bergantung tenet. Sudahnya ahkak decide untuk tambah lagi satu line untuk interrnet dan ini menjadikan kuota internet ahkak sebamyak 15Gb peak dan 10G off-peak. 5G dari DiGi dan yang selebihnya ahkak menyumbang kepada U-mobile.

Hari tu masa ambil first line tak terfikir la nak ambil modem ni. Mana la tahu rupanya mahal jugak modem MiFi ni.. paling murah la kot kalau dapat bawah RM200. Tadi pegi dekat kedai yang ahkak daftar first U-mobile line hari tu. Mamat cino tu kata "modem suda tadak woo kak. Bukan tak mau kasij, suda tanya sama U-mobile pun, stok sula habis woo!" Oke! Sedih ahkak! Dalam hati kenalah g intai dekat Maxis kat belakang umah nun sebab ahkak dah tak sabar dan malas nak tunggu esok2. Dalam usaha mencarik Maxis centre, terlalu pulak depan kedai yang besar2 tulis U-Mobile. Harapan ahkak mula berbunga kembali. Masuk2 dalam kedai tu terus tanya ahpek bboleh daftar U-Mobile ka. Apek tu kata mesti la boleh, kan da tulis kat sign board besar2. Cheh! Hati dah berkobar-kobar, terus tanya modem ada ka.. bila apek tu kata ada jek.. terusssss apply satu lagi no.

So ini lah menda alahnya. Dengan menda alah ni takyah dah bawak 2 hape ke hulu kehilir tuk wifi hotspot. Just buh simkad dalam tu, on button.. tadaaaa.. dah ada wifi hotspot dan boleh share sampai 5 device dalam satu masa kalau x silap. Modem jenis ni tak yah install or cucuk dekat komputer sebab dia ada internal bateri, kalau bateri mati boleh la cas kat usb port. So senang!

Lupa pula nak story kenapa ahkak tak guna 1 line jek so tak yah susah2 nak guna another device tuk tenet. Kalau ikutkan tenet Digi ahkak dah 5GB tapi tak cukup. Nak upgrade rasa tak berbaloi sebab Digi mahal & pelan digi yang 6 GB depa limit 3 GB untuk tenet dan 3GB lagi tuk smart apps. Survey2 yang lain, mahal. Untuk U-mobile, depa bagi 10GB. 5GB peak (8am - 2am) dan selebihnya off peak. Bayar RM68 ringgit sebulan tapi untuk the first 10 month ada rebate RM10 ringgit so bayar RM58 ringgit jek bulan2. Masa daftar cuma perlu bayar RM150 jek kalau nak modem. Yang penting tak de kontrak, any time ble terminate! Kalau nak tukar terus ke U-mobile.. sayang plak pelan Digi ahkak tu sebab call murah dan tenet pun unlimited.

Thursday 18 September 2014

Tapau Duit

Apa yang ahkak nak tunjuk ni bukankah duit yang banyak tapi ini adalah cara untuk menampung harga tiket si anak untuk ikut omma appa dia p melancung. Sikit-sikit lama-lama jadik bukit. Walaupun yang ni belum jadik bukit tapi dah lebih dari cukup le tuk bawak si Hannah ke Tokyo.. weee heee!!!

Tuesday 16 September 2014

London : The View From The Shard



Hari ni ahkak nak review building kat London yang kitaorang visit 30 April 2014, The Shard aka Shard Of Glass or Shard Bridge Tower. Kalau kome pegi London before 1 Februari 2013, kome memang idakla dapat nak nengok pemandangan kota London dari sini sebab bangunan ni cuma siap dibina pada November 2012 dan open deck yang depa panggil The View From The Shard start in operation masa 1 Februari 2013.

Dengan ketinggian 309 meter kata si wiki, bangunan ni terletak di 32 London Bridge Street, London SE1 9SG, UK berhampiran dengan City Hall. Across the sungai yekla Tower Of London. Kata si wiki juga, this building adalah bangunan tertinggi diseluruh European Union yang terdiri daripada 28 buah negara termasuk UK, France, Germany, Ireland, Italy etc. So, we've been there... yeayyyy! Itupun selepas membayar £ 49.90 or lebey kurang RM279.84 hengget untuk 2 orang barulah kitaorang dapat naik ke atas.

Ahkak beli tiket online dekat www.the-shard.com & boleh pilih masa untuk naik tapi masa berada di atas tu is unlimited.  Kitaorang pilih naik kol 7- 7.30 sebab nak nengok sunset. Kat atas tu takde apa2 pun, solely hanya observation deck kaca. It offers 360 view of London.

Below are some of pictures yang kitaorang ambil masa melawat tu. Kitaorang ke sini naik London Big Bus. Kalau nak naik tube bole la turun dekat London Bridge Station. Masa 30hb April tu tube2 depa semua mogok. Nasib baik la Jubilee line yang connect dengan Waterloo Station in operation, so dapatlah kitaorang balik hotel dengan gumbira.

Nak datang sini lagi tak?

Hmm.. rasanya cukupla once in a life time experience sebab London itself takla cantik sangat pemandangannya. Tapi kalau free, memang ahkak nak le pegi lagi... ahahahaha

The Shardddd!!! view from London Big Bus
Dadde yang eksaited
Kat dalam
Punck The Shard
Balik2 view ini
Yang ramai dekat atas ni yekla eksekutif2
Hannah pun eksaited
Bosan la mamme. I nak rangkak jap

Monday 15 September 2014

80cm Baby

Hari ni bawak si kecik g check-up kat klinik kesihatan. As of today berat dah cecah 8.9 kg & panjang 80cm. Kalau ikut geraf, weight masih normal walaupun di bawah berat ideal tapi panjang dia atas paras ideal. Kiranya anak ahkak ni panjang dan kurus ler. Siyan dia... suh makan tanak. Sebok belari ke hulu ke hilir.Paling tak tahan, kalau bagi makan makanan khas tuk dia.. dia tanak. Yang dimaunya apa yang kita makan, terutamanya eskrem dan spegeti oke! So anak emak!

Sunday 14 September 2014

London : The Story Of London Eye

Hari ni saja la nak review pasal London Eye. Nama benda alah ni Londo Eye pun dia, Millenium Wheel pun dia, The EDF Energy London pun dia jugak. Apsal banyak sangat nama, aku pun tak paham. Masa kitaorang pegi ari tu nama dia The EDF London Eye tapi yang terkini depa panggil London Eye jek.

Dengan ketinggian 135 m & diameter 120m, masa mula dibina 1999 kononnya this is the tallest ferris wheel ever erected until Star Of Nanchang, China surpassed the height pada tahun 2006. Walaupun now ferris wheel yang tertinggi adalah High Roller di Las Vegas tapi up to now London Eye adalah masih pemegang rekod di seluruh Eropah. Ada 32 spacious capsul berbentuk ovoidal dengan berat 10 tonnes dan boleh memuatkan 25 orang dalam 1 masa. 32 kapsul ni merujuk kepada borough atau district yang ada di London katanya.

London Eye ni terletak di South Bank of the River Thames, London, Borough of Lambeth, UK antara Westminster Bridge & Hungerford Bridge. Tak jauh dari Big Ben. Kalau nak ke sini boleh la naik tube, turun dekat Waterloo Station. Kalau rajin nak jalan, dari Westminster Station dan lambeth North Station pun boleh akses kemari. Selain kedai jual souvenier, The London Dungeon & London Sealife Aquarium juga terletak dikawasan yang sama whilst kalau nak ke Big Ben @Parliament house, cross jek la sungai through Westminster Bridge.

Masa kitaorg g tu, ahkak dah siap2 beli tiket online di website http://www.londoneye.com/ dengan harga £45.92 untuk dua orang. Kiranya kalau conveert ke RM dalam RM250 la untuk dua orang. Nasib la kat London, kalau kat Mesia rega ini haremmm memang tak naik la ahkak. Ada banyak jenis tiket yang depa jual. Ada combination dengan cruise dan ada pula combine dengan attraction such as Madamme Tussauds dan London Dungeon etc. Pilih le ikut mana kome suka.

Berbaloi? Ok laaaa. Dapat le nengok London dari atas walaupun pemandangan London itself idak la lawa mana pun kalau dibanding dengan Paris, Tokyo or Seoul. Since ferris wheel ni one and only di tengah2 kota London, ok la! Once in a life time experience.

Hungerford Bridge/ Golden Jubilee Bridge, jambatan pejalan kaki
Si Big Ben