Monday 29 August 2016

Review Day

Hari ni hari review ahkak.. So before ke KK Tanglin ahkak g opis dulu. Astaga, opis ahkak banjir. Nasib bilik ahkak ke tengah sikit, x kena. Kalau tak habis la rosak fail2 kat lantai. Kesian tgk cubile one of the staff, bole bela ikan dah ni.

So, ini persediaan ahkak tuk jumpa doktor. Mula2 tak pakai, skalik ramai pulak yang batuk. Silap2 dari elok, kang betul2 plak kena tibi tak pasal2. Sampai klinik tadi, thank god ada parking. Hari ni si Chemba hantar sebab dia pun nak cek kencing manis. Lama gak tunggu dapat masuk bilik doktor tadi, bilik 14. Ramai benor yang batuk gamaknya.

Doktor kata test mantoux aku ada reaction tapi kahak clear. Last2 dia refer aku dekat E&T, HUKM. Dari Ortopedic ke fisio ke tanglin ke Otorinolaringologi a.k.a ENT.. Kompom bos ahkak bebulu sebab balik2 kuar g klinik, g sepital.. Adoiiii la

Sunday 28 August 2016

Masuk UTM

Amacam,ada tak wajah2 ahkak ni kelihatan macam lepas SPM yang baru nak masuk U? miahahahaha... phuiii!!

Hari  ni adik bongsu ahkak masuk U, amik civil engineering. Lepas ni dah buli da kitaorang adik beradik sumer 5 orang bukak company kejuruteraan Awam dan MNE sebab 2 amik mekanikal, 2 lagi elektrik  & yang last amik sivil. Buh tajuk girl power ke sebab sumer pompuan... haha. Menantu mak aku pun semua budak engin, 2 mekanikal & sorang sivil. Bukan takat belajar jek engineering, pilih laki pun pilih yang amik course sama... muhuhahahahahaha..

Adik aku katanya mendaftar start 8 sampai 11. Rancangannya nak la singgah sarapan jap. Kitaorang singgah dekat kedai roti canai, melayu. Dengan harapan dapatlah merasa roti canai melayu sebab kat area umah aku option yang ada cuma mamak. Benar seperti yang aku sangka berdasarkan pengalaman  sebelum-sebelum ini, servisnya lembab amat. Setengah jam tak nampak bayang roti lagi, walhal pelanggan takde la ramai mana. Kalau dekat mamak tunggu kejap je. Sebab tulah orang lebih prefer mamak kot walaupun mahal dan takde la sedap mana. Reliable dan servis cepat adalah antara yang menjadi tarikan utama. Cuba g kedai local, servis lembab nak mampus & ada pulak hari kedai cuti. Makanya memang menyumpah la aku dibuatnya, langsung tak jamah.

Back to cerita adik aku masuk U, lepas da settle register semua we oll hantar la my sis ke bilik. Kalau kitaorang semua yang lain my dad sorang je hantar, tapi my sis yang bongsu ni semua orang hantar dia except sorang je kakak dia yang tengah praktikal tak join. Cam poyo like this is the first in the family yang masuk U kan... hahahaha.

Apart from hantar my sis, da jadik reunion gak tuk one of my sis yang dulu belajar dekat sini & 3 lagi menantu my mom yang juga dulu belajar di sini. Kasi chan la dorang mengenang.... ahakssss. Sampai dekat bilik my sis, ya ampun macam hostel murah ghupe biliknya sebab buruk... ahahahahahah.. Terusss aku bersyukur sebab tak layak diterima jadi warga UTM dulu & duduk dekat KuITTHO yang jauh lebih cantik bilik nya... hahahaha. Aku ngan adik aku yang belajar kat KuITTHO aka UTHM apa lagi, kasi kutuk kawa2 la apsal U korang buruk sangat kat geng yang 4 orang lagi. Hahahahaha. Terusss aku tanak suh si Hannah belajar dekat sini... hahaha


Pas cek in bilik, kitaorang kuar kejap g makan nasi beryani gam Shahab. Sedapppp!! then singgah Jusco beli kasut tuk my sis pastu drop my sis dekat kereta dorang yang tinggal dekat UTM.. pastu gerak balik ke KL. Kejadian sepanjang jalan... huntunggg la kau nakkk ble tido. Mamme tak dapek la nak lelap dek kerana adih ko ni kena di jaga. Kang tak pasal2 dia mengantuk lak..


Saturday 27 August 2016

Johor Kami Datanggg!!

Kol 4.30 bangun tadi.. siap2 dan bergerak ke Johor. Kalau ikut si Waze, patutnya 3 jam setengah je da sampai dekat Pasir Gudang. Tapi perjalanan hari ni took us 4 jam setengah to reach PG sebab si Chemba nak mengeluarkan isi perut la, si Hannah nak mandi la.. Keta nak isi perut la..

While on the way ke rumah my sis, terserempak dengan dorang dekat kedai pas baru selesai membeli belah. My sis ajak g kedai 2 hengget, Eco Shop. Punya best la ahkak shopping, sumer RM2.12 termasuk gst. Yang best tu semua 2 hengget.. buku kaler2+ pensil kaler sekali baru RM2 hengget jek. Dari situn kitaorang g lunch... pas lunch balik umah jap pastu petang g area KIP Mart makan doyan. Orang sakit tekak tak sedar diri gitu la.. haha. Kat KL tadak kedai ni.. huhu.

Pas makan doyan, balik g Eco borong pinggan lak. Pas borong pinggan malam tu adik ahkak ajak g Jb.. g makan ayam penyet Banafe.. cafe family Betty Banafe. Sedap gila wa sakap lu ayam penyet dia... mahveles!

Maka dengan itu, tamatla kisah hari ini.

Friday 26 August 2016

Oppo Pilihan Hati

Touched Up
Ori!

Amacam? cun tak ahkak? hahahaha. Ini semua Oppo Neo 7 ahkak punya hasil kerja. Tadi masa rewang2 dekat Sunway Putra Mall ahkak tersinggah Oppo & terbeli la si Neo. Dari Samsung ke Huawei ke Vivo ke Lenovo.. ahkak akhirnya memilih si Oppo. Dengan rekod baik si N1 mini dulu, ahkak percaya si Neo 7 juga akan memberi ahkak kepuasan terutamanya gambar.

Dengan rega RM598, ahkak nak kata ahkak sangat puasa hati. Sangat amat puas hati lah! Si Chemba kuiri apsal tak beli Note 7 ke, lagi canggih katanya. Sapa takmau hape canggih oii! Op kos la kalau mampu ahkak beli je. Tapi untuk spesis ahkak yang gemar bertukar2 phone.. lebih seswai beli phone murah yang memenuhi KPI ahkak which is kameranya chantek dari beli phone mahal super saiiya canggih sebab?? Ahkak ni every 2 years kompom akan tukar phone or beli new one ,so.. kalau ahkak beli Note 7 dengan rega 3 ribu... ahkak kena pakai 10 tahun phone Note 7 tu tuk samakan nilai ahkak beli 5 phone murah dengan rega RM600 sebijik every 2 tahun dalam tempoh 10 tahun. Ada ko nak pakai phone 10 tahun??? season la jawabnya... fair kan calculation ahkak!

So, how is Neo 7? Neo 7 came with 1gb ram, 16gb ROM.. kalau N1 mini tak ble tambah memori Neo 7 ble add in.. up to 256gb kata si http://www.gsmarena.com/oppo_neo_7-7707.php.

Thursday 25 August 2016

Tangga Menuju Kejayaan

Betul sungguh tangga menuju kejayaan dekat PoliKK ni.. adoiii la haii. Hahaha. Kol 9.30 sampai tadi, meeting, kol 12.30 gerak ke airport. Bos lanje lagi dekat golden lounge... hahahah. Tapi golden lounge KKIA tak best. Seat dahla limited, by limited sangat limited. Kalau time orang tak ramai ok la, cozy. Food lebih kurang la macam dekat KLIA. Kol 2.35 pm fly.. kol 6 lebih la sampai rumah.

Ya ampun rindu banget sama si pupien aka Hannah! & ops kos la rindu sama laki ahkak jugak... miahahahahahah

Wednesday 24 August 2016

Hello KK

Pukul 6.30 aku dah jaga, siap2 mandi pastu tengok dulu cerita Doctors... hahaha. Sempat la tengok episode 18. Kol 8 lebih kuar rumah, hantar si tecit & terus ke KLIA. Kol 9.30 sampai KLIA.. terus je check in sementara tunggu bos sampai.

Semalam dah janji dengan bos nak jumpa dekat Golden Lounge. Op kos la yang naik business class tu bukan aku tapi bos aku, aku numpang sekaki je sebab bos bawa. Dia swap 5000 point tuk bawa aku masukkatanya. Kau hado bos baik macam bos aku? miahahaha. Tapi akau takde la sakai sangat sebab last time pun aku merasa juga duduk dekat lounge tu sebab naik business class masa balik bulan dec last year gara-gara tiket habis. Miahahahah

Kol 12.55 fly, dekat kol 4 la keluar dari airport KK. Kali ni kitaorang duduk Promonade Hotel. Kalau tengok rate kat bawah nun, langsung tak selera nak duduk hotel ni. Mahal naki mampus! Tapi yang aku bayar cumalah RM255 untuk bilik Deluxe King. Makanya inilah view dari bilik aku, room 709..



Cumanya ini sebelum kejadian tukar bilik... Masa check in, receptionist kata aku kena tungu 5 minit sebelum boleh naik sebab bilik masih belum di release dalam sistem. So I waited for 5 minutes before going up to level 7. Upon arriving at the room, dah  rasa semacam when I saw bekas abu rokok & habuk rokok dekat lantai apart from rambut. Condsidering there were slippers provided in the room so I decided to just put up with it. Then I entered the bathroom, cuci tudung yang terkotor masa makan dalam flight tadi. Just when I am about to use the toilet I saw something on the bowl, a tahi! Shittt mannnnn!!! Tahi orang cirit lagi tu. All my life I have never received this kind of 'warm welcome' from any hotel I've been before, damn!

So I call housekeeping, tell them to come and clean the shit. Still unsatisfied, I call reservation & demanded to change my room. Luckily still ada empty room @ level 5. So I stayed at room 514. Eweeeeeee!!!!!!

4.30, bos ajak jalan. Bepeluh tiak la juga berjalan sampai ke pasar ikan oke! Not pasar yang beli lauk2 kering tu tapi he wanted to buy his ikan bilis dekat pasar ikan yang local biasa pergi. Nak kata jauh sangat tak la, tapi jauh la jugakkkk!! Sampai-sampai pasar, tutup. Phuiiii!!! Masa lalu dekat pasar makanan dekat sebla pasar kering tu bos tanya aku.. aku nak makan sini tak. Aku bukanlah kisah sangat mana nak makan tapi considering kawasan tu padat, bising & penuh dengan asap so I said aku nak makan depat proper geraidepan area Promonade tu. My boss pun agree then dia ajak ke Starbuck dulu lepak2, kang lewat sikit baru g makan. Kol 7 lebih kitaorang gerak ke gerai, oder air kelapa ngan sayap je. Bos berapa kali tanya aku tanak makan ke.. compiden je jawab tanak. Malu kot nak makan bersungguh2 sebab ada bos... hahahaha.. Last2 kol 8.30 aku oder room service, nasik goreng kampung Promonade style for RM28 hengget.

Actually oder room service ni one of a must yang aku akan buat bila stay di hotel. Be it lapar atau tak, I will definitely place an order for any food yang berjaya menawan hati aku dari menu. Kali ni nasik goreng kampung dengan sate ayam 2 cucuk, ayam goreng, ikan bilis, acar, telor dan keropok. How is it? I knew food dekat hotel ni either sama je sedap macam stall food or tak sedap. Tapi yang ni frankly memang tak sedap langsung. In fact jauh lagi sedap hotel Tang Dynasty Park hotel yang kos duduk semalam juma RM110 je. This one ayam gorengnya tawar, nasiknya macam masakan budak baru belajar tapi yang paling worst ikan bilis. Napak garing tapi lemah gemalai, lembut macam tak masak. So, I am definitely not happy.


Will I stay here again, kalau takde hotel dah dekat KK ni... perhaps!

Tuesday 23 August 2016

Book Lover

Masa aku kecik, parents aku selalu biasakan aku dengan buku. Sebagai anak sulung, duduknya pula di London masa tu makanya op kos la ai punya mainan semua imported. By imported masa tu means tahan lama lagi berkualiti. So, yes.. memang tahan sangat lama la. I remember I have a keyboard, small piano, small music box, a xylophone, a giant teddy bear, a motorcycle, a bicycle yang last puluh tahun. Yang paling legend, basikal tu masih ada sampai sekarang & masih elok lagi. Yang lain-lain tu pun actually masih elok till the last day of their life. Contohnya teddy bear tu, kitaorang buang je sebab takut hama etc sebab dah lama sangat. Yang kejap jangka hayatnya cuma motosikal tu je sebab uncle aku terpijak.

Since mainan aku imported katanya, makanya aku tak banyak mainan.. mahal kan! Muhuhahahaha... so buku adalah umpama mainan pada aku. Perasaan bila ke kedai buku, apa lagi kalau dapat beli buku memang indah sangat lah. Sampai sekarang la aku masih begitu. Satu hari duduk dekat kedai buku pun aku boleh. Lagi-lagi kalau ada kopi! Setiap kali ke mana-mana mesti singgah kedai buku, mesti keluar ada la buku yang dibeli. Since selalu sangat ke kedai buku, si Hannah pun terjebak. Dapat buku lagi happy dari dapat mainan.. haha

Semalam masa makan dekat mamak, her dad gave her his phone dengan harapan dapat content her curiosity wandering around dalam kedai tu tapi berjaya untuk sekejap je. So hari ni aku tukar startegi, I brought her book. Terus behave sepanjang kitaorang makan! See!

Dah namanaya hidup dalam zaman teknologi, I never stop my kid from using ipad, phone, tablet, phablet etc. Pada aku bila kita dah ke depan kenapa mahu kembali kebelakang dan bukankah itu satu kerugian. Kita berpeluang untuk merasa kemodenan teknologi, so we shall use it to our advantage. Macam anak aku, before the age of 3 dia dah kenal 1 to 10, kenal ABC. Thanks to apps for kids yang aku download dari apps store dan google market. Mula-mula ingat she just remember the game itself, bukan the number or ABC sebab selalu sangat main. Bila diuji, walau tunggang langgang pun the word she still recognize them.

But we must remember, dalam hidup kita perlu tahu dimana limit. Tidak semua perkara buruk itu buruk kerana kerana daripada keburukan itu kita belajar sesuatu dan menjadi pengajaran. Begitu juga kebaikan, sesuatu perkara yang baik jika dibuat berlebihan juga ada kalanya mendatangkan mudarat, kecuali amal ibadat. Contoh yang paling dekat makanan, makan buah dalam kuantiti yang bersesuaian akan memberi kebaikan kepada badan tapi jika diambil berlebihan penyakit pun datang! Begitu juga gadjet. Why I didn't stop my kid from using them padahal banyak juga berita negatif kerana penggunaan gadjet contohnya ada this budak addicted sangat dengan gadjet sampai motor skill x develop, ada yang siap cam sawan sebab banyak sangat main ipad, ada yang jadi anti sosial dsb. But I didn't sebab she is my kid! I knew my kid limit, I knew my limit. Lain anak lain sifat dan sikapnya. Lain-lain anak lain-lain sifat dan sikapnya walaupun adik beradik. You must 'read' dan know your kid before you allow something, itu benda paling basic sebagai ibu bapa.

I gave my kid gadjet but I also gave them pen & book. Bawa ke kedai buku, always! For the sake of nak tanamkan dalam diri dia to love and live books! My point is, dalam hidup ni bersederhana la dalam setiap perkara walau apa pun ia.

Monday 22 August 2016

Rezeki Orang

Bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia bagi kita didatangi oleh orang yang meminta sedekah tatkala menjamu selera di kedai-kedai makan. Bagi aku yang duduknya di Kuala Lumpur, boleh dikatakan setiap kali makan di kedai  meja kami pasti didatangi golongan ini. Ada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah, ada yang buta dan ada yang tua serta kelihatan uzur. Kulihat kalau kanak-kanak, badan mereka cukup sifatnya cuma kelihatan kurus dan tidak terurus yang mungkin disebabkan oleh kekurangan zat. Kalau yang buta, selalunya datang berdua dan temannya adalah seseorang yang cukup sifat dan sihat tubuh badannya. Ada yang datang berjual tisu, kerepek dan kuih dan ada yang datang hanya membawa dirinya.
Kadang-kadang rasa kasihan tapi ada kalanya rasa terganggu tambah-tambah bila golongan ini silih berganti datangnya hingga mahu makan dan berborak pun rasa kurang selesa. Dulu aku akan menolak memberi duit tambah-tambah kanak-kanak kerana aku tidak selesa menjadi salah seorang yang secara tidak langsung memberi idea kepada anak-anak bahawa meminta-minta itu ok. Juga kepada yang kelihatan sihat tubuh badan dan cukup sifatnya, kerana kufikir mereka ini sepatutnya masih mempunyai kudrat untuk berkerja. Aku sememangnya membenci sikap suka meminta tapi tidak mahu berusaha.

Sehinggalah satu ketika aku terfikir, kenapa perlu aku persoalkan semuanya. Jika mahu memberi, beri dan bantu sahaja seikhlas hati. Jika tidak mahu, tolak sahaja dengan hormat. Jika kita tolong, anggaplah itu rezeki dia. Kalaupun kita tertipu, itu urusan mereka.dengan yang Esa.

Saturday 20 August 2016

Pokemon Hannah di Sunway Pyramid



Hahaha... aku pun tak sangka si Hannah kenal Pikachu.

Satu masa dulu kartun kegemaran aku. Ingat lagi my dad ada belikan VCD pokemon dari orang jual cd yang dah nak tutup kedai. Aku sampai hafal la lagi lagu dia. Sekarang ni fofular game Pokemon. Aku pun tak paham kenapa yang main game ni di seluruh dunia ada je yang bangang sampai aksiden la, jatuh longkang la. Aku main tak? ada tangkap sekor pastu tak jengah2 dah.

Hari ni kami ke Sunway lagoon lagi. Makanya dah untung la aku beli annual pas sebab dah pegi dua kali. Satu kali masuk normal price is RM150, beli online is RM120 kan... so kalau pegi 2 kali mau2 RM240 dewasa & RM180 budak. Sapa yang huntung ?? Hannah jugak!  Konon nak ke zoo je, sekali berendam jua akhirnya... hahahaha

Friday 19 August 2016

Chinese Muslim Food

Balik dari koje isnin lepas kitaorang g la rewang-rewang cari makan. Mula2 ingat nak g makan mee goreng mamak kat kedai mamak kegemaran kitaorang sekalik nampak this Mastercook Chinese Muslim Restaurant. Biasanya chinese food ni kata orang sedap so oder la kwe tiau, dimsum ngan apa ntah lagi satu tu rasa macam isi keladi goreng.
In term of harga a bit expensive dari gerai contohnya sepinggan kwe tiau seafood RM9.90. Dim sum dekat bawah tu RM5.90.. cumanya in term of taste average je. Jauh lagi sedap mee goreng mamak kat depan kedai ni. I was hoping it taste like kwe tiau cina muslim yang aku makan dekat Seremban, so I am dissapointed. Nak datang lagi tak? hmmmmmm

Thursday 18 August 2016

Tibi???/!!!

Lepas mesyuarat pagi tadi, kelam kabut aku ke Klinik Tanglin. Hari ni ada 2 appointment, 1 di Tanglin dan satu lagi di HUKM. Susah orang tua ni, sakit je manjang kan! Kol 12 sampai Tanglin, nasib ada parking. Maybe belom kol 12.30 kot so belum la ramai yang turun lunch nasi lemak or ikan bakar Tanglin yang popular tapi tak sedap langsung! Itu pendapat persendirian la...

Sampai klinik terus g bilik rawatan, tempat cucuk test Mantoux. Aku tanya misi kat bilik tu, saya ada review hari ni pastu dia tanya aku, mana kertas biru.. aku blur sebab tak nampak kertas hapa pun masa keluar dari klinik isnin tu so dia advice g tanya bilik 14. Bagitau je misi, then terus dia issue borang yang menunjukkan date tuk review & appointment doktor. Makanya aku kembali ke bilik rawatan tadi. Rasa macam diberitahu aku kena AIDS kot masa dia tulis dalam borang bacaan 10mm.

Aku lupa sangat masa aku buat previus test ada ke tidak tanda merah ni. Tapi kali ni ada. Walaupun tadak gelembung, still di kira ada tindakbalas. Kalau ada gelembung, possibiliti ada tibi memang tinggi la. Size reaction ni juga ada different bacaan, kalau 5mm tuk high risk person is positive, 10mm tuk yang moderate risk while 15mm untuk yang low risk. Tapi Mantoux test ni juga boleh beri result false positive or false negative due to certain condition. So kalau nak confirm, kena tengok result darah & kahak la kot.

Tapi yang aku pelik, kalau la aku ni tibi dari 18hb sampai nak nunggu review 29hb ni tah berapa ramai la kot yang aku jangkitkan! Pelik la jugak kenapa klinik kerajaan ni lambat sangat..penyakit berjangkit kot! Sebab tak urgent ke? or sebab kalau kena jangkitan pun dah ada ubat ke? aku pun tak paham.

Apa-apa pun kena tunggu sampai 29hb baru tahu apa status aku. At the mean time, rasa macam nak mati tunggu. Ada ke tak de.. sampaikan anak aku pun aku tak berani cium & dekat2 T_T

Dari Tanglin ke HUKM. Tapi sebelum tu aku singgah dulu kedai mamak area umah tuk beli mee goreng mamak. Aku bukan lah penggemar kedai mamak sebab mamak masak tak sedap langsung pun pada aku tapi this one kedai mee mamak dia memang sedap, ABC pun sedap. Lepas tapau, lepak kat parking HUKM sementera tunggu kol 2.30 g register kat kaunter.

Petang ni sesi fisio aku ada 3 senaman. Started dengan letak hot pack, pastu aku kena senaman angkat kaki sambil tiarap. Pastu ulit bola ke kiri ke kanan sambil terlentang..last sekali letak bola kat belakang badan & buat ala2 squat. Lenguh oiii kaki!

Wednesday 17 August 2016

Musuh Ketat

Nescafe ais ni memang menjadi kegemaran aku. Kalau kat cafe ofis ni, asal nampak aku datang nak order je ahkak penjual air tu dah tanya aku... nescafe ais ke. Kadang2, belum sempat aku buka mulut tuk order dah dia buatkan.

Tapi, hari ni aku hilang suara so... menjadilah dia musuh ketat ku

Tuesday 16 August 2016

Cuti

Hari ni ahkak cuti, duk umah rehatkan tekak. Sample kahak si Chemba je yang hantarkan ke Tangling. Yang kesian si Hannah, duk la panggil2 mamme tapi mamme lak bisu. Kalau last week suara garau, this week pulak almost total loss suara ahkak. Nak cakap pun mampu berbisik je T_T

Kalau kena test untuk tb, apart from kena buat mantoux test kena gak hantar sample kahak untuk tiga hari berturut-turut. So, esok last day untuk hantar sample... lusa plak review. Hopefully idokla sampai tb.

Bosan duk umah, petang tu pas si Chemba balik kerja ahkak hajak dia g makan durian kat gerai belakang rumah ahkak! Hahahahahah... 101? D24? Musang King? Tak laa... makan durian kampung je. Ahkak ni bukan mampu benor nak makan durian super grade, makan yang biasa2 je.. tu pun RM25 3 bijik.. kalah makan nasik sekeluarga!

Monday 15 August 2016

Tangling Aku Datang

Dari semalam rasa macam tak larat. Ingatkan sembuh dah la, rupanya makin worst pulak sakit tekak aku. Adoiii la... Alkesahnya bermula raya ke 6 or 7, almost a month ago. Masa tu terasa tekak perit, since dari tu tekak tak pernah la nak elok... lepas tu batuk & berkahak. Tekak kejap ok sikit, kejap sakit. Last week pula start suara hilang & muka sembab. Ingatkan dah makin ok, sekali... makin teruk adalah.

Paling worst malam semalam, tekak perit sangat. Lepas telan panadol 2 biji, berus gigi & kumur dengan Bactidol ahkak terus tido. Beberapa kali bangun ke toilet, tekak masih rasa sakit. Ingatkan nak cuti pagi ni, alih2 pagi tu rasa cam kurang sikit. Agakanya sakit telinga kot dengar ahkak asyik batuk, kak Chereema ajak g Tangling. Kol 9.27 amik no... dekat kol 1 baru settle oke!

Memula daftar, pastu kena g bilik 8 tuk screening. Bila je ahkak cakap batuk lebih sebulan, terussss kena hantar g bilik 14 tuk tb screening. Pas lama tunggu depan pintu bilik 14, baru la jumpa doktor. Doktor kata tekak ahkak merah, dia kasik prescription & suh ahkak tunggu luar kejap sebab dia nak isi borang. Bila kena panggil balik, 1st ahkak kena g amik darah tapi tak yah tunggu result. Pas amik darah kena balik bilik 14 amik pulak borang tuk sample kahak. Next kena g booth tuk sample kahak then simpan sample dalam box kuning. Esok ngan lusa kena repeat. Pas settle sample kahak, kena plak g bilik rawatan depan bilik 14 tu tuk buat ujian Mantoux, a.k.a tuk detect tb ke idok ke.. hohoiiiii!!!!

Masuk kali ni, da kali kedua dah ahkak kena buat test ni oiii!!!

Saturday 13 August 2016

Sunway Lagoon Aku Datang Lagi!

Sunway Lagoon Aku Datang Lagi! Kalau sebelum ni kitaorang cuma mampu datang time quak-tastic Tuesday sebab tiketnya murah RM50 sekali masuk, ini kali tidak lagi. Ini kali kami datang sebagai pemegang annual ticket!  Datanglah tiap hari selama 13 bulan pun,tak kuar duit wa sakap lu.

Hari ni ramai orang tak? Compare to quak-tastic Tuesdaytak ramai la tapi still meriah. Kebanyakanya orang arab. Memang kalau kemari cuci mata betol. Semua ada! Takat tengok bulu dada beselirat, selulit dan lemak geleber tu memang ble nampak. Ada yang mandi pakai baju macam telekung wa cakap lu. Ada yang biasa2, yang pakai 2 pieces pun ada. Daring gila. Tapi yang paling daring yang selulit atas bawah ngan lemak gelebeh tu la. Daring betul kome ye! Takde la malu langsung.

Friday 12 August 2016

Mee Seringgit

Semalam di stesen LRT, ternampak la pop-up gerai yang jual makanan. Tengok harga nasik lemak sehengget, bihun kat atas ni sehengget. Ahkak pun beli la karipap 10 bijik rega 4 hengget, nasik lemak 3.. bihun 3.. dengan spent 10 hengget je ahkak rasa bahagia sangat sebab banyak ble dapat. Miahahahah..

Murah tu tak mengapa, tapi bila makan rasa sedap tu yang alahaiiii... tersu doakan moga bertambah murah rezeki orang yang berniaga tu. Bukan macam pakcik botak kat kantin opis aku, mahal nak mampus. Kalau sedap, ok la. Kalau tak sedap kompom la bikin menyumpah!

Thursday 11 August 2016

Fisio HUKM

Hari ini bermula la sesi fisio aku. Seawal jam 1 lebih aku meninggalkan pejabat walaupun appointment aku jam 3 petang. Demi memikirkan parking, makanya lebih elok kalau tiba lebih awal. Semalam pun si Chemba jenuh pusing2 cari parking.. last2 valet parking je. Valet parking HUKM ni one time charge is RM10, next 1hr RM1 & capped at RM15. For me masih oke la dari pening2 cari parking.

Back to kesah appointment. Masa appointment yang ditetapkan untuk aku is jam 3, before tu kena mendaftar di kaunter di Bahagian Fisio terlebih dahulu. So dalam kol 2.45 g daftar, jam 3.15 baru masuk jumpa Physiotherapist. Memula kena interview dulu la.. sakit di mana, bila sakit, sakit kat mana, apa jenis aktiviti yang aku selalu buat etc. Lepas tu dia suh aku masuk cubicle dan meniarap atas katil.  Dalam pada tiarap tu, fisio letak hot pack dekat belakang. Argghh! selesa amat rasanya waktu tu. Lama juga dalam keadaan tertiarap tu, silap2 boleh tertidur. Lepas tu dia bagi tali, suh buat senaman stretching. Pastu habis.. hahaha

Before dismissed dia bagi kertas yang menunjukkan jenis senaman yg aku kena buat sendiri di rumah until next appointment..

Saturday 6 August 2016

First Time McDelivery

Alkisahnya +tadi si Chemba dah oder sup meletup tapi tekak ahkak gatai nak makan fries. Makanya ahkak pun g la godek2 website McD kot2 ada deliberi. Pergh! Ada la. Oder RM18 ke atas  free. Makanya ahkak pun apa lagi, oder la!!!! hahahaha

Friday 5 August 2016

Sunway Lagoon Anual Pass.. Yeayyy!!!!

Tadi si Chemba ajak lunch sesama.. makanya ahkak pilih la nak ke SPM. Lepas lunch bersungguh2 dekat Sushi King, si Chemba amik LRT g solat jemaat while ahkak bersiar2 sorang diri dekat SPM. Alkisahnya ternampak la apsal ramai orang berkumpul dekat area concourse.. pastu nampak sign Sunway Laggon for 15cent/ day.. ahkak pun apa lagi, mula la menyebokkan diri. Sekali tengok, apa! RM200 for annual pass instead of RM450 untuk 13 bulan oke, bukan 12!

Ahkak pun apa lagi, laju2 isi borang. Masa tengah isi borang tu, ada this one guy approach ahkak tanya ahkak nak share tak beli tiket sama dia. Kalau beli 10, free 1 so instead of baar RM200 sorang ahkak cuma bayar RM181++ je sorang. Ahkak apa lagi, laju2 isi borang... laju2  call si Chemba minta no ic si Hannah, laju2 g ATM.. laju2 jugak lah ahkak dapat annual pass.

Wehuuuuu!!!!!!!!!!! 13hb kuat kuasa sampai September 2017.

Thursday 4 August 2016

Doctors... terjebak!


Personally aku tak minat dekat Park Shin Hye sebab aku rasa dia tak lawo.. Muhuhahahaha.. Kim Rae Won pulak, walaupom dia tak hencom tapi aku memang minat since My Love Pattzi lagi. Tapi dalam cerita Doctor's ni aku suka dengan watak yang dorang bawa as hero dan heroin.

Pada aku, this drama tak punya strong story. Ceritanya cuma berkisar pada Shin Hye yang nak find out why nenek dia mati semasa operation kanser perut. Cerita sampingan pun kurang strong. I watched the drama sebab pengarah dia terror la garap part romantik hero ngan heroin dia. So natural! Ahakssss

Wednesday 3 August 2016

Tulang Oh Tulang

Those yang g hospital kerajaan ni memang tabah la, tabah amat. Tadi appointment aku kol 9, kol 8.50 pagi aku sampai. Kol 9 lebih dapat nombor, ada 66 orang lagi hoke nombor depan aku! Dekat kol 1 baru dapat jumpa doktor, dekat kol 2 baru selesai urusan di farmasi.

Aduh! duh! duh!

Aku yekla pemegang kad perubatan, tapi tak pernah cuba nak g hospital/ klinik swasta sebab aku pesimis pada swasta. Kalau perkhidmatan kerajaan lebih kepada memberi tanpa mengharap balasan, perkhidmatan swasta pula memberi lebih dengan wang. Paling sedih, kalau apa2 last2 kena gak tolak semula ke kerajaan.

Oke, nak dikeshkan.. doktor kata ahkak punya sakit belakang ni more on musculoskeletal pain which is otot la kiranya. Kata si wiki "It is most often caused by an injury to the bones, joints, muscles, tendons, ligaments, or nerves. This can be caused by jerking movements, car accidents, falls, fractures, sprains, dislocations, and direct blows to the muscle". Menurut doktor, sakit ahkak ini yekla antara kesan lepas bersalin juga selain faktor berat badan dan postur.

Whats next? Doktor suh ahkak g fisio la op kos. Unit fisio HUKM ni terletak dekat basement. Masa ahkak turun tu masih lunch time so rilek kejap minum coffee Gloria Jean Cafe kat lobi pelawat. Best betul hospital sekarang ni, dah ada cafe bagai. Since hari ni rabu, unit fisio tak beroperasi. So, any session kena buat hari lain. Urusan nak dapat date temu janji pun lama gak tadi... almost kol 3 baru settle. Makanya esoklah ditetapkan date ahkak bersama fisio..