Showing posts with label Entertain Me. Show all posts
Showing posts with label Entertain Me. Show all posts

Tuesday, 15 June 2021

Apple TV In The House


Sekarang ni most of the time meeting semuanya dibuat secara online. Lagi pula time PKP ni, aku banyak meeting design so sambil meeting sambil check drawing.. sometimes ada presentation skali. Since line tenet dekat rumah aku ni tak clear sangat, sometimes kena pakai line tepon. Bila pakai line tepon tuk google meet, screen kecik. Nak tengok presentation pun payah so aku decide beli Apple Tv supaya boleh guna function airplay. Dengan airplay, aku boleh share screen 5 inci aku ni menjadi 50 inci.. 10 kali ganda yaw!!

Ingat nak beli adapter je tapi kalau barang epal ni toksah la beli yang tak ori, bikin sakit hati je laging sana sini. Lag tahan lagi, kalau tak compatible sakit hati oi membazir. Nak beli yang ori, merana la dompet. Adapter HDMI ori dlm RM239 oke! Mahal nak manfusss. Fikir punya fikir, aku decide tambah dalam half lagi tuk dapatkan Apple TV. Kebetulan masa tu Machine tengah buat sale. Harga asal dekat RM800, less sampai RM499. Masih mahal tapi lepas consider banyak faktor aku rasa worth it. Walaupun tv aku memang dah amdroid tv tapi guna Apple punya teknologi ni lain maciemm smooth dia. Aku order last friday, hari ni sampai. 

Tuesday, 12 January 2021

Scarlet Heart ❤️

Tetiba la pulak aku mengidam nak tengok balik drama ni, Scarlet Heart Ryeo. Since dalam iQIYI dan Netflix takde, terpaksala aku subscribe Viu semula demi nak menonton dengan grafik cantek. Nasib baik tv dekat bilik tu Android tv.. senang nak install macam-macam. 

The best thing about drama ni is lagu dia semua best-best oi!!!

Friday, 8 January 2021

Tudung Burung

Yeayyy.. tudung burung sampai sudaaaa selepas setahun aku intai nak beli. Gigih kan mengintai tudung.. muhuhahaha. Aku manada nak beli tudung kalau takde sale. Yang ini brand Arzu macam tudung kucing tu. Bezanya yang ini harga asal pun mahal nak manfus sampai RM422. Tapi justify la kot sebab material 100% silk kannnn. At least mahal ke kain instead of mahal ke brand cam tudung-tudung pemes yang seangkatan. Masa aku beli tudung kucing, less untuk tudung burung ni sikit je. Masa tu harga dekat RM400 juga lagi.. tapi ada la pulak Boxing Day Sale sampai 40% less. Apa lagi.. oder jalan terusssss!!

Wednesday, 2 December 2020

Another Tudung Design Kucing Lagi


Yeay.. dah sampai dah oder tudung aku. Abaikan muka aku yang bersepah tu. Kali ni aku order dari Arzu Scarf, one and only yang ada tudung design kucing ni. Yang ini yang second, spesis bawal. Yang first I owned tu shawl. 

What is the fuss? Takde apa pun. It just that aku suka color dan design dia. Downside tudung ni the material is silk, susah nak jaga. Pastu mahal πŸ‘»πŸ‘» Harga asal RM284 tapi since aku bijak membeli aku tunggu Black Friday baru place order dengan harga RM85 je selai. Hohoiiiii.. Arzu Scraf ni memang mahal scarf dia.. sampai 5 ratus ++ pun ada. Tapi ok la tu kot sebab material scarfnya silk.  

Yang ini shawl.. masa beli tu pun tunggu offer half price baru beli. Kalau nak p kedai dia cuma ada di Mid Valley, KLCC dan Pavi. Dari kedai pun dah taw kan ini tudung spesis kayangan. So kalau yang marhein macam aku ni berkira-kita nak beli, kena tunggu harga kayangan turun dulu oke.

Saturday, 5 September 2020

Gila Ariani


Akhirnya yang dinanti telah tiba, my Ariani shawl. Kalau orang kata buat apa beli tudung mahal-mahal, tudung je pun. Dulu aku pun macam tu juga. Ko dah kenapa nak beli tudung mahal-mahal sampai harga selai lebih mahal dari baju kurung saiz xxxxxl hoii! If we are taking about tudung brand lain yang mahal tapi tak worth the money , i agree la ayat tu tapi kalau Ariani i beg to differ.

Dulu aku tak kisah, dada terdedah sket ke or nampak rambut sket ke or tudung pendek sket ke tak pe la sangat janji ko pakai tudung ok la kan. Biasa aku pakai yang less than RM10 je beli kat Muadz or Jalan TAR. Tapi since dah tuha ni aku ubah selera. Sekarang ni aku pakai tudung mesti nak labuh tutup dada sampi perut dan tak jarang. Selain tu, jahitan kena kemas dan low maintenance.. walau campak je dalam mesin basuh dan dryer pun tak de hal punya. Maka aku jumpa la Ariani yang memenuhi kemahuan aku tu. 

Yang paling aku suka part fabric. Aku kalau beli cuma akan beli yang fabric jenis satin saja, chifon dll yang nipis tu memang tak pandang la. Bukan eksen tapi kalau beli chiffon baik aku beli yang RM10 kat Jalan TAR je. Sebab utama aku memilih satin is fabric tu tak jarang. Bila tak jarang aku tak yah risau nak lilit berkali-kali atau nak kena pakai inner bagai buat berat kepala, pekak telinga dan panas leher. Bila tak yah lilit banyak kali maka tudung pun labuh. Apart from that, drape tudung Ariani ni lawa sebab tudung tak tebal. Jahitan dia juga kemas tak macam sesetengah tudung tu. Aku suka yang seam biasa, aku tak ble ngam contohnya dengan baby seam yang annoying dan tak seswai dengan muka aku. Kalau seswai dengan muka kome tak yah kesahkan pendapat aku ni oke! My face my tudung, ur face ur tudung la kan sebab memang ada orang yang helok je kalau pakai cam opis mate aku, tak macam aku. In term of quality memang terbaik la. Kalau yang berbatu tu, masuk mesin cuci dan dryer still batu tu tak jatuh pun selain ko boleh cucuk pin kiri kanan atas bawah, inshaAllah tudung ko masih steady lagi tak rosak tertarik benang. That is what i like about Ariani. 

Aku kalau Ariani sale jarang la tak beli borong sebab aku spesis yang memang hanya berbelanja time sale je.. ahahahaha. Kali ni sama juga. Actually dah sebulan lebih aku duk intai kat web bila la nak sale dan kali ni nasib aku baik ada Merdeka sale 4 hari kalau tak silap. Buy 1 normal price tapi yang 2nd RM1 je. Aku apa lagi.. beli! Beli! Beli!. Since nak ke butik aku dah tak larat, beli online saja. Kalau ikut sama je.. beli kat kedai kena bayar parking or kos Grabcar.. belum kira letih nak bertarung dengan pengemar lain dan nak kena q panjang masa bayar. Kalau beli online kena bayar kos pos starting dari RM8 je. Still oke la..

Sejak berusia makcik ni, aku agak menitik beratkan pakaian pejabat. Mesti kena patuh etika berpakaian dari atas ke bawah. Jaman rebellious iols suda tamat youolsss.. ahakss. Kebanyakan baju aku memang suit atau kurung kosong sebab aku tak gemar baju berbunga or bercorak. Ate kalau baju dah kosong, kepala biarlah bercorak kan.. tak la nampak boring. Kalau harga normal kos pembelian aku kali ni cecah juga ribu tapi sebab aku cuma buat pembelian time sale maka aku bayar separuh je dari itew. Giler happy! Lagi happy sebab si Chemba belanja.. ahaksss. Laki aku tu dalam banyak-banyak hal dia paling saspen bila dengar Ariani ada sale sebab kompom la ada chance nipis beg duit dia. Time lain aku jarang la nak minta dibelikan apa-apa (kecuali makan πŸ‘»πŸ˜) tapi kalau Ariani sale.. malang la nasib dia. Hahahahaha.. Kadang aku tagih as nafkah bulan itew kononnya.. kadang pula hadiah birthday ke, hadiah rajin masak ke.. dan ini kali hadiah anniversary pula. Tapi bukan semua dalam gambar tu ye aku minta dia belikan.. ada yang aku beli sendiri. Nak pau suami tu biar berpada- pada oke.. jangan melebih-lebih sangat so next time suami sudi la nak belanja lagi 😝😝

Monday, 22 June 2020

From PD to MV

Balik dari PD semalam laki aku ajak p Mid Valley. Nak beli apa tanya aku, saja-saja je katanya.  Ok. Dari PD tiba-tiba dah sampai Mid Valley. Memang langsung tak sedar sepanjang jalan sebab aku ngan si kakak sedap membuta... hahahaha. Memandangkan adik aku kata Chicco ada offer up to 80%, kami pun menyerang la kedai itew. Makanya adalah hasil tangkapan... baju baby ni semua bawah RM20 je.. yang putih tu RM14. Berbaloiiii!! Masa bayar tu apasal nak dekat seratus gak.. rupanya ada baju si kakak skali. Nasib adih dia nak belanja.. jimat duit mak 😝


Wednesday, 3 June 2020

Putus Cinta Kali Kedua

Semalam aku mimpi aku bechenta dengan retis K-Pop.. astaga.. hahahaha. Poyos kann..

Nak kata aku ni peminat tegar retis korea tidak la pun. Aku memang suka dengar lagu korea berbanding lagu lain tapi minat spesifik artist u tak la sangat pun. Dulu aku gila SuJu, pastu skarang Ikon. Tu je la dua.. tapi nak kata extreme tu biasa2 je. Aku suka SuJu sebab gila2. Yang Ikon ni pula aku start jadi fan tahun 2018 sebab si Hannah punya pengaruh.

Ikon ni aku biasa dengar lagu dorang tapi tak la sampai minat betagar. 1st time dengar the whole album, semua lagu best. Dengar lagi next album pun semua best.. lepas dengar lagu Goodbye Road aku terusss jadi peminat. Aku ni ketahuan sangat2 memilih kalau mendengar lagu. Even minat SuJu tapi x semua lagu dia best pada aku. Lagu orang putih ke, lagu melayu ke yang sekarang ni semua menyakitkan telinga je lebih. Lagu K-pop pun sama juga tapi better than the rest. Lagu cina pun da tak best, lagi2 sejak J-Chou da xde lagu best.  

Back to minat Ikon, lepas dengar lagu GR tu aku terus layan video-video lama dorang dari mula grup ditubuhkan masa dorang trainee. Time nak debut tu dorang masuk program reality lawan other group yang akhirnya debut as Winner. Time tu hadiah dia sapa menang boleh debut. Dari time tu pun aku rasa dorang memang sangat talented dan sangat berazam. Lepas tu layan pula Bobby, one of the rapper masuk pertandingan SMTM dan menang. Bukan calang2 idol boleh menang SMTM tu. Lepas kalah dengan Winner, dorang masuk lagi program reality. Kali ni untuk pilih member debut. Kesian gila, punya mencabar la perjalanan dorang nak debut. Tapi dorang ni memang talented la.. be it menyanyi ke menari ke. Lagu2 pun hampir semua compose sendiri. Lepas tu kena hantar pula ke China tuk compete dalam reality program di sana. 2018 dorang siap menang Song Of The Year dan Songwriter Of The Year.

Malangnya tahun lepas leader dia terpalit dengan kontroversi dadah dan leave the group. Masa tahu tu aku rasa cam, alahai sedihhhhh amat dalam hati macam masa kecewa bercinta dulu2. Thank god aku pernah rasa kecewa sekali je walaupun aku sendiri yang punya angkara.. Dengan yang lain tu xde perasaan.. hahahaha. Back to mimpi aku semalam, aku mimpi berchenta dengan one of the member.. padahal dalam grup tu yang aku paling minat orang lain. Bercinta ala2 cerita korea la kunu.. tapi towards the end tu kitaorang clash. Perasaan sedih tu terbawa-bawa sampai ke bangun tidur. Merasa la aku kembali teruknya perasaan putus cinta yang pernah aku alami dulu.. hahahahaha. Sakitnya tuh di sini!!!

Sunday, 31 May 2020

Gila Pyrex?


Giler kan harga dia.. ini kalau aku jual pinggan mak kat kampung ni lepas dah keta  πŸ€ͺ aku main-main suggest dekat mak aku skali free kena fire. Mak aku kata buat apa nak jual dorang payah-payah hangkut dari England ke Malaysia masa aku baru berusia 2 tahun++.. silap-silap pinggan mak aku tu jauh lebih tua dari aku.. hohoiiii

Friday, 8 May 2020

Penjaga Pintu

                                    
Kau ingat nak masuk kedai je kena saringan cobit.. nak masuk bilik kat rumah aku ni pun ada oiiii! Kalau tak lepas tido luar la kau malam ni πŸ€ͺ

Sunday, 29 December 2019

Thursday, 28 November 2019

Karaoke Manekineko Di Sunway Putra

Masa jalan-jalan dekat SPM sebelum2 ni, ada ternampak iklan Karaoke Manekineko yang popular di Japan akan dibuka. Kini dah buka dan ada opening offer RM10 sekepala untuk 3 jam sehingga 14 November. Yes, you hear me right. RM10 tuk sorang tuk 3 jam plus minuman dan snek. 
Since hari ni jumaat dan si Chemba g solat jumaat, aku pun nak la cuba book bilik. Sementara tunggu dia balik solat, at least ada gak tempat berteduh.. muhuhaha. Masa q tu, ada sorang mamat kat depan dan nak bilik tuk 2 orang. Adik tu kata kat mamat tu bilik tuk dua orang yang ada cuma boleh guna 1 jam setengah instead of 3 jam sebab dah ada orang bookpukul 2 nanti. Aku cam nak hampa la juga sebab dengar bilik penuh. Tiba turn aku, as expected adik yang jaga kaunter tu kata bilik tuk 2 orang dah penuh la kak. Aku tanya lagi, takde ke bilik lain. Ahakss.. lagi pula nama kitaorang sama so dia bagi muka la kat aku. Dia bagi kids room.. by means of kid room tu memang room tu seswai untuk kids sebab ada play area oke dalam tu!


Kalau tupin ada ni baru happening!! Bilik dah best dah, besar. Malangnya ada plak see through tingkap kat situn yang ble nampak ko dalam bilik tu melalak! Potong stim betoll tapi tak pe la. Yang penting ble melalak sepuasnya. Tingkap tu bukan orang dalam karaoke je boleh nampak ko, orang yang tengah makan kat luar dan yang lalu lalang tu pun bole nampak ko oke!

Kat situn bukan takat ble melalak dan memenuhkan perut dengan minuman ringan or minuman panas, ko juga ble order makanan. They dont sell pork tapi fyi kat situ ada jual beer. Kitaorang cuma order fries dengan takoyaki..




Lagu best2 tak? As for me semua lagu yang aku suka ada dalam tu so, best la. Maybe sebab kids room, sound system cam tak best sangat. Bilik lain oke kot... Kat luar bilik tu ada beverage & snack counter tuk korang minum sampai munta. Snek yang ada is kopok2.. bole la buat kudap2an. Makanya dekat 2 jam setengah jugak la aku melalak.. hahahaha



Thursday, 21 November 2019

Eco Da Buka Oii!

Akhirnya ada kedai Eco dekat rumah aku.. yeayyyy. Kalau pergi kedai ni memang berhantu. Dari takde nK beli apa tiba-tiba berbakul-bakul pula ko mengangkut barang. Mentang-mentang rega barangnya semua RM2.12. What i like about Eco is barang yang dijual kualitinya boleh tahan untuk produk berharga RM2.

Wednesday, 20 November 2019

Let It Go Time


Since toys dah beli.. harus la tengok movie pula kan. So hari ni kami pegila menonton Frozen dan si kecik aku tu haruslah dia bawak skali princess kat tangan dia.. siap eksen lagi cakap kuat2 kalau ada budak2 lalu sebla. Adoiiii.. siapalah mengajar dia ni

Monday, 11 November 2019

Itik Time

Tibalah oder tudung itik aku ari ni.. jangan heran napa ada banyak tu.. aku nak jadi reseller sempena duck offer 50% πŸ˜› Kalau harga biasa memang jangan harap la nak beli.. tapi since harga dah jatuh ke RM65 je selai kita cuba la try test la tudung yang digembar gemburkan mahal ni.

Aku beli yang kosong je, satin type. Harga asal RM130 kononnya.. worth it? Aku rasa kalau beli dengan harga asal memang gila la. Yang best tudung ni kaler dia agak cantik2 tapi selain dari tu aku tak rasa akan beli lagi untuk next purchase sebab tak cun sangat tuk muka aku. Orang lain elok je.. aku je yang tak seswai kot maybe sebab material tudung dia lembik sangat.

Saturday, 15 June 2019

Cheonggyecheon Malaysia



Malam ni keluar pulak angin nak pergi bersiar-siar ronda KL so ke Cheonggyecheon la kami.. eh! Ke River Of Life πŸ˜› Walaupun tak sejernih air dekat sungai Seoul nun, boleh laaa dari takde inisiatif langsung kerajaan kita nak preserve sungai kan. It is gonna be a good addition to KL tourism kalau dah fully siap projek ni nanti.

Tuesday, 4 June 2019

Langsuir Masak?

Itu manusia ka langsuir? Hahahahahaha.. bukan main lagi minah tu potong bawang siap bertisu di mata.. adoiiii. Apa-apa pun at least dia mahu juga la potong bawang kannnn daripada tidur-tidur sejaaaa

Tuesday, 28 May 2019

28.5.2019 Eskrim?

Bulan-bulan puasa ni lipstik pun nampak macam aiskrim hoiii! Hahahaha.. comel kan warna lipstik dia. Malangnya ini cuma lip balm je.. please make lipstik tis kaler oke Lancome!

Monday, 20 August 2018

Baby Besar


Si Chemba ada baby.. baby besar pulak tu.. adodoiii. Hahahaha. Anak fruit aku ni xde keje la ni.. g bermanja dengan si Chemba time2 dah besar panjang

Friday, 9 March 2018

Skool Tutup

  

Hari ni skool si Hannah tutup sebab kes air tadak. Since aku baru je lepas cuti dan kerja melambak, aku hangkut je la anak ni pegi opis. Kalau spesis opis aku yang closed opis dan tak deal dengan oublic directly oke la.. kalau idak pening juga nak fikir mana nak letak.

Lunch time tadi kitaorang ke Jalan TAR. Suh adik aku bawa my mom shopping & nanti balik kerja kitaorang fetch je la. Lepas kerja direct p KLCC. Saja la jalan-jalan bawa my mom p makan. Alhamdulilah rumah my sis tak putus bekalan air. Kalau tak, mau menyesal mak aku ikut p KL.. huhu

Friday, 23 February 2018

Lunch Anime


Biasanya friday rest aku and geng akan merewang-rewang di KL jadi juara shopping tapi hari ni datang pula angin malas nak jadi juara. Sudahnya aku tutup lampu dan layan anime je. Yang ini citer pasal basketball pula, Kuroko No Basket. A story of basketball si Kuroko.. as watak utama. Yang ni pun layan juga..