Saturday 31 July 2021

Steam The Pot

See the picture, membuktikan betapa gemar kami pada steamboat. Sebenarnya sebab malas masak.. tu je. Hahahaha.. masa makan memang la sedap tak ingat dunia tapi lepas tu menyesal sakit perut sebab pedas sangat. Dah tahu perut ada hernia & gastrik nak makan macam orang sihat. Padan la muka kan 🐒

Friday 30 July 2021

Meeting Masak Meeting

Sejak masuk opis baru ni boleh kata almost hari2 aku ada meeting. Rasanya dalam sebulan tu ada la 2 or 3 hari je tak de meeting. Kalau dekat rumah, kena la fullfill tanggungjawab suri rumah kan. Perut pun kerap bergendang lapar je memanjang. So macam ni la kedaannya.. sambil meeting sambil masak. Hahaha… nak idup kan.. terpaksa la berinovasi.

Saturday 24 July 2021

Pengalaman Cucuk Vaksin

Tibalah hari yang dijadualkan untuk cucuk vaksin selepas kejayaan bertarung untuk mendapatkan slot vaksin AZ bulan mei lepas. Appointment aku jam 9 pagi so pukul 6.30 aku bangun. Semalam badan kurang sihat so aku tidur awal dan tak dan nak prepare tuk pagi ni. Dalam jam 8.15 aku keluar rumah. Aku pakai baju double layer supaya senang nak selak time cucuk nanti. Lepas tu kata laki aku jangan lupa bawak pen. 

Aku naik grab je.. dari rumah ke WTC tambang RM17.. hohoiii. Sampai WTC, dari drop off tu dah ada dah line untuk q dan petugas jaga. Yang penting kena tunjuk apps mySejahtera. Mula2 sampai ada petugas bgtau line mana nak masuk, petugas next akan cek profil samada ko update ke tak.. kalau nak senang update siap2 hari nak vaksin tu & refresh. Next pula ada pertugas yang akan cek dan sahkan tarikh app.. aku nak cakap ya.. memang ramai petugasnya oke. Sepanjang nak masuk tu dah ada line disediakan untuk 1st dose & 2nd dose. Ikut je tanda arah yang disediakan. Untuk yang 1st dose macam aku, kena ke tingkat 4 naik escalator. Sampai atas tu make sure station betul as per maklumat dlm MyS. Ada 3 station dan aku punya yang 1st. Sampai waiting area ko akan kena bagi borang untuk isi dan tunggu dekat seat yang ada disediakan sampai nombor naik. Bila nombor dah naik, boleh bergerak ke vaccination area in grup. 

Dekat vaccinaction area, ada 4 station kena lalu. 1st registration.. satu kaunter akan process 2 orang at the same time. Ada banyak kaunter, no worries. Kat situ kena bagi Ic dan dia akan tanya ko ada alergik or sakit ke. Next, assessment.. ada doktor yang akan buat assessment & chop borang yang  diisi tadi. Lepas tu baru boleh bergerak ke vaccination room. Kat dalam vaccinaction room tu ada nurse yang akan buat injection. Dia akan bgtau dan tunjuk berapa ml vaksin yang akan dicucuk. Pas inject ko kena bergerak ke resting area di tingkat 3. Sampai2 je ada petugas yang akan collect borang yang dah isi tadi. Kat situ ada seat disediakan dan ada petugas yang akan bagi kad dan slip. Ko akan isi nama dan no ic dekat card tu, then kena salin maklumat yang ada dalam slip ke dalam kad yang dah diberi. 

Lepas isi, petugas akan bagi short taklimat untuk next vaccination which is dalam 9 ke 12 minggu.. maklumat akan di update dalam MyS secara automatik dalam seminggu. Before dibenarkan keluar, petugas akan return borang & check MyS untuk make sure MyS ko da updated ke 1st dose sebab kalau tak, tak boleh keluar. Petugas tu pesan kad dan borang jangan skali-kali hilang.. kalauo tak nanti tak boleh ambik 2nd dose sebab both document tu kena bawak masa amik next dose.

Tuesday 20 July 2021

Selamat Hari Raya Haji

Cadangan asal hari ni tak nak pun masak apa-apa.. konon makan KFC je. Tapi bila teringat dalam peti ada daging dan ada sepeket kerisik & sikit nasi himpit lebihan raya aidilfitri, lepas la nak buat menu raya paling senang yektu rendang. Mana tak senang.. ko blend je semua bahan masak bagi rasa sedap, masuk daging.. masuk pressure cooker.. 25 minit siappp! Pastu ada pula kulit popia & sardin, tambah menu lagi. Tengok lagi ada pula lobak, kacang panjang, santan, udang kering dan ikan bilis.. lepas oii bikin lontong tak cukup bahan dengan sambal bilis.. so inilah hasilnya.. menu raya kami. Nak kasi feel raya harus la pakai baju raya & tangkap gambar kann!!

Friday 16 July 2021

Berdiri Sendiri

Anak aku ni actually pandai dah duduk tapi dia macam malas nak duduk. Bila di bagi duduk tahan kejap je, lepas tu dia tiarap balik. Sebelum ni dah kuasai pose merangkak tapi bila nak gerak dia tiarap & gerak macam orang swimming.. kelakar tengok dia especially bila dia laju-laju nak kejar his dad. Berdiri pun dah boleh, kalau kami berdirikan tapi tadi aku tengok dia dah pandai berpaut dan berdiri sendiri. Malangnya tak sempat plak nak tangkap video. Pecubaan kali kedua ni dia tak berjaya sebab badan jauh dari sofa.. last2 jatuh.. hahaha