Showing posts with label SunLagoon. Show all posts
Showing posts with label SunLagoon. Show all posts

Sunday, 8 January 2017

Sunway Lagoon lagi





Setelah sekian lama tak pergi, hari ni gagah jugak bawa si Hannah ke SL. Siyan dia.. duk kata nak swim je tapi balik2 tak tercapai. Semuanya sama jek dekat SL except kali ni ada kerja-kerja dijalankan kat dalam which is annoying sebab surf beach tutup dan lori besar gabak dibenarkan masuk ke dalam. Gila hapa.. ada budak2 berlarian kot dalam tu!



Saturday, 5 November 2016

Sunway Laaagooonnn!!


Lihatlah gaya anak hakak selepas RM RM terbang sebab hakak nak juga belikan baju renang. Baju renang dia ni saiznya kecik je tapi reganya sama dengan baju renang hakak yang saiz xxl yang reganya RM99 henget oke! Tapi tak pe la, demi kerana kiutnya dia pakai baju tu hakak redho. Hakak ni jenis tak suka tengok anak hakak pakai baju tak cukup kain. Paling cekci pun hakak bloe bagi takde lengan, tapi kain mesti panjang. Nak g berenang lagila pula, kena panas habis terbakar la nanti badan dia so hakak pilih yang lengan panjang. Yang ni datang dengan skirt, seluar hakak pakaikan seluar biasa je. Biar sopan santun sket.

Hari ni family day kitaorang adik beradik sebab 2 orang adik hakak datang dari Johor lepak sini & lagi sorang adik hakak memang duk dekat2 umah hakak & dorang sekeluarga pun pemegang annual pass. As pemegang annual pas, since ini kali ke enam hakak sekeluarga datang maka kos tiket kami dah jadi  RM30.30. Hakak cuma perlu tambah RM240 hengget je tuk membolehkan 2 adik hakak tu masuk. Kalau beli dekat 11 street or groupon actually ble dapat tiket dewasa rega RM90 sorang cumanya kena tunggu 3 4 hari kot untuk voucher issuance. Kalau xde voucher tu, tak ble redeem ticket. Hakak malas nak tunggu, beli je la dekat kaunter.

Hannah Love Adih
Hannah & Adam
Hari ni Sunway Lagoon sesak gila vavis. Ramai pulak yang buat family day sampaikan nak guna toilet pun ya ampun.. tak ble masuk sebab sesak. Thank god geng-geng family day ni tadak yang hampeh bawak inhaler bagai macam yang hakak pegi hari tu. Sakit hati kot ko nak mandi dengan aman tapi deme dok memekak. Tambah kalau yang pegang inhaler tu gila micropon, bernanah telinga dibuatnya. Makanya hari ini dalam sejarah hakak terpaksa mandi dekat jamban sebab tempat mandi even lepas 2 3 4 kali percubaan nak masuk toilet gagal sebab orang ramai gila. Nasib hakak ni bijak laksana bulan, dapatlah hakak mandi & mandikan anak hakak dengan selesa. Tapi mandi ala kadar je la macam biasa, nanti balik umah mandi sekali lagi. Geli kot mandi dekat tempat2 gitu.

Kol 6 kot kitaorang keluar dari Sunway Lagoo & gerak ke Klang umah auntie hakak. Nak tengok baby dia yang baru lahir. Dari Klang, kitaorang singgah makan dekat I-City jap. Lihat je la wajah si Hannah yang happy.

The scariest Ferris wheel I ever board!
Previously kitaorang masuk dari mana ntah. Kos paking RM10 flat rate tapi kali ni ada pandai sikit kitaorang masuk dekat tengah, tempat kedai2 betul2 dekat Kfc. Kat situ parking RM1 je per hour. Seswai la kalau takat nak g makan je. Pulak tu dekat je nak g ke ferris wheel or nak g park yang ada lampu2 lawa tu. Since adik hakak yang 2orang tu letih, dorang tak larat nak explore I-City. Hakak bawa dorang g tangkap gambar je la...

Saturday, 1 October 2016

Saturday Sunway Lagoon

Hari ni kami kemari lagi untuk kali kelimanya setelah bergelar pemegang annual pas, makanya entry ticket to date cost us RM36+ sorang.. weee. Cumanya kali ni kami tak mandi langsung sebab si Hannah pun cam tak berminat.. selamat! selamat! Aktiviti kami hari ni cuma berjalan atas jambatan gantung sepanjang 426m katanya.

Surf Beach
Suspension Bridge
Volcano
Vuvuzela
It look so entertaining from above. If you are going to try to walk on this jambatan gantung, better start from end yang paling dekat dengan pintu masuk utama since untuk naik kat situ tangganya cuma 3 tingkat while kalau naik dari end yang dekat dengan 2nd gate... 5 6 tingkat tinggi tanganya which is tiring kalau nak dipanjat.

Takut tak? At the beginning not so scary tapi in the middle gagar la juga especially when it is windy. Udoh kaki geletar, kena turun pulok 5 6 tingkat... arghhh!!! Dari situn, kitaorg exit the park & g SP lunch. Lama tak makan McD... so ini hari kami ke McD. Baru le tau bangunan yang kami nampak dari wave pool tu yek la SP dan we can enjoy Sunway Lagoon view from restaurant. Nice!

Saturday, 17 September 2016

Sunway Lagoon Again Again

Hari ni kami menghabiskan masa di sini lagi... Ayayayaya.. Dengan lawatan kali ke 4 ni maka kalau dibanding dengan pembelian single tiket, tiket kitaorang cuma berharga RM45 sorang. Dah huntung sangat dah ahkak ni.. Ahaks.. Yang paling happy tatap la si Hannah chan.


Kalau selalunya kami keluar masuk melalui main gate, kali ni kami try keluar ikut 2nd gate yang situated dekat dengan pool kegemaran si Hannah. Kalau main gate dekat dengan mall, gate yang ini lebih kepada untuk pengunjung yang datang dari arah hotel Sunway Resort. Kalau main gate kena naik 3 tingkat escalator.. Gate yang ini kena naik 5 tingkat escalator baru dapat keluar + 1 tingkat lagi kalau nak naik jambatan flyover ni. Tak la jauh sangat pon tapi letih la juga nak bejalan ke mall. Rail jejantas agak scary sebab takde steel stiffener between kaca yang ahkak nampak, kaca dengan horizontal rail semata walaupun kalau digoyang idokla rasa bergegar pun. Still.. Seram


Before keluar dari SP, tersinggah jap dekat ToysRUs. Nasib baik si Hannah dah tdo time tu, aman la nak cari toys. Hajat kali ni nak belikan anak patung since she never have one. Selalu ahkak belikan plush toys je. Laki ahkak ada gak berbunyi sebab mostly mainan yang ahkak beli takde ciri kegadisan gitu. Apa taknya, ahkak beli basketball net set, set bola lisut, bola2an, train set siap dengan rail, mainan tinju dan seangkatan. Hahaha.. Ahkak buka apa cuma ahkak xbercadang nak jadikan anak ahkak ni terlimit kepada sterotype mainan budak pompuan for permpuan vice versa. Ahkak nak anak ahkak berpeluang untuk explore. See.. Inilah kejadiannya. Punya la dia happy bagi susu si doll, siap dodoi lagu sleep sleep sleep konon.. Hahaha


Saturday, 3 September 2016

Sunway Lagoon Weols Mai Lagi

Since cuti merdeka tu malas nak ke mana, hari ni kitaorang decide ke mari. Makanya as of today, kos kemasukan ahkak sebagai pemegang annual pass jika dicompare dengan pembelian single ticket is RM180/ 3 = RM60 per entry. Lagi banyak kali p lagi turun harga... hahaha. Untong laaaa!


Test power si Neo 7... santik wa sakap lu! Bebaloi-baloi bili tak sampau 6 ratus hengget... Sampai-sampai je, op kos la ke tempat biasa... wave pool. Hari ni heaven sebab orang tak ramai. Tengok je la muka si Hannah, betapa gumbira si tecit tu.

Pas letih mandi, kitaorang makan jap dekat Burger King. On our 2 previous visit, we did not spend a dime on food sebab dah siap2 makan di luar before masuk. Considering the food is expensive compare to if we but outside.. so, no! Kali ni cam terliur pulak padahal bekal nugget ngan fries dari umah banyak lagi. No outside food in Sunway Lagoo oke ;p Pas mandi, malas nak jalan balik so kitaorang naik train & turun dekat the nearest exit point. Hahaha.. letih oke!


Bye.. see you next time... next week maybe? hahahaha. Ooppss! Raya la

Saturday, 20 August 2016

Pokemon Hannah di Sunway Pyramid



Hahaha... aku pun tak sangka si Hannah kenal Pikachu.

Satu masa dulu kartun kegemaran aku. Ingat lagi my dad ada belikan VCD pokemon dari orang jual cd yang dah nak tutup kedai. Aku sampai hafal la lagi lagu dia. Sekarang ni fofular game Pokemon. Aku pun tak paham kenapa yang main game ni di seluruh dunia ada je yang bangang sampai aksiden la, jatuh longkang la. Aku main tak? ada tangkap sekor pastu tak jengah2 dah.

Hari ni kami ke Sunway lagoon lagi. Makanya dah untung la aku beli annual pas sebab dah pegi dua kali. Satu kali masuk normal price is RM150, beli online is RM120 kan... so kalau pegi 2 kali mau2 RM240 dewasa & RM180 budak. Sapa yang huntung ?? Hannah jugak!  Konon nak ke zoo je, sekali berendam jua akhirnya... hahahaha

Friday, 5 August 2016

Sunway Lagoon Anual Pass.. Yeayyy!!!!

Tadi si Chemba ajak lunch sesama.. makanya ahkak pilih la nak ke SPM. Lepas lunch bersungguh2 dekat Sushi King, si Chemba amik LRT g solat jemaat while ahkak bersiar2 sorang diri dekat SPM. Alkisahnya ternampak la apsal ramai orang berkumpul dekat area concourse.. pastu nampak sign Sunway Laggon for 15cent/ day.. ahkak pun apa lagi, mula la menyebokkan diri. Sekali tengok, apa! RM200 for annual pass instead of RM450 untuk 13 bulan oke, bukan 12!

Ahkak pun apa lagi, laju2 isi borang. Masa tengah isi borang tu, ada this one guy approach ahkak tanya ahkak nak share tak beli tiket sama dia. Kalau beli 10, free 1 so instead of baar RM200 sorang ahkak cuma bayar RM181++ je sorang. Ahkak apa lagi, laju2 isi borang... laju2  call si Chemba minta no ic si Hannah, laju2 g ATM.. laju2 jugak lah ahkak dapat annual pass.

Wehuuuuu!!!!!!!!!!! 13hb kuat kuasa sampai September 2017.