Thursday 28 November 2019

Karaoke Manekineko Di Sunway Putra

Masa jalan-jalan dekat SPM sebelum2 ni, ada ternampak iklan Karaoke Manekineko yang popular di Japan akan dibuka. Kini dah buka dan ada opening offer RM10 sekepala untuk 3 jam sehingga 14 November. Yes, you hear me right. RM10 tuk sorang tuk 3 jam plus minuman dan snek. 
Since hari ni jumaat dan si Chemba g solat jumaat, aku pun nak la cuba book bilik. Sementara tunggu dia balik solat, at least ada gak tempat berteduh.. muhuhaha. Masa q tu, ada sorang mamat kat depan dan nak bilik tuk 2 orang. Adik tu kata kat mamat tu bilik tuk dua orang yang ada cuma boleh guna 1 jam setengah instead of 3 jam sebab dah ada orang bookpukul 2 nanti. Aku cam nak hampa la juga sebab dengar bilik penuh. Tiba turn aku, as expected adik yang jaga kaunter tu kata bilik tuk 2 orang dah penuh la kak. Aku tanya lagi, takde ke bilik lain. Ahakss.. lagi pula nama kitaorang sama so dia bagi muka la kat aku. Dia bagi kids room.. by means of kid room tu memang room tu seswai untuk kids sebab ada play area oke dalam tu!


Kalau tupin ada ni baru happening!! Bilik dah best dah, besar. Malangnya ada plak see through tingkap kat situn yang ble nampak ko dalam bilik tu melalak! Potong stim betoll tapi tak pe la. Yang penting ble melalak sepuasnya. Tingkap tu bukan orang dalam karaoke je boleh nampak ko, orang yang tengah makan kat luar dan yang lalu lalang tu pun bole nampak ko oke!

Kat situn bukan takat ble melalak dan memenuhkan perut dengan minuman ringan or minuman panas, ko juga ble order makanan. They dont sell pork tapi fyi kat situ ada jual beer. Kitaorang cuma order fries dengan takoyaki..




Lagu best2 tak? As for me semua lagu yang aku suka ada dalam tu so, best la. Maybe sebab kids room, sound system cam tak best sangat. Bilik lain oke kot... Kat luar bilik tu ada beverage & snack counter tuk korang minum sampai munta. Snek yang ada is kopok2.. bole la buat kudap2an. Makanya dekat 2 jam setengah jugak la aku melalak.. hahahaha



Wednesday 27 November 2019

Elle Shawl In The House


Tadi jalan-jalan Sogo.. tiba-tiba terbeli pula shawl Elle ni. Skrang ni Elle pun ada jual shawl oke! Ok ke? Pada aku so-so la. In term of quality jahitan tu bersepah gak la dekat seam tu.. tak berapa kemas. So masa beli tu kena cek betul2 make sure seam kemas supaya bila pakai nanti takde la terkelepet ke apa ke. In term of kain.. yang aku beli ni matte satin rasanya tapi cam tak lawa plak.. ahakss. Cuma senang la nak bentuk. Kaler dia mostly riking.. aku beli 3 lai sebab offer. Boleh la tuk tambah koleksi.

Tuesday 26 November 2019

Tapak Rumah Baru?



Kononnya ada projek baru area rumah aku ni. Maka sebagai kakak kawasan aku pun pergilah meninjau. Tanah sekengkang kera inikah yang bakal menjadi tapak rumah baru kami? Kalau ada rezeki la kot. Mesti hot stuff ni since it is gonna be sandwiched between LRT station dan shoplot. Tapi kat situ ada HTC.. hohoiii.

Saturday 23 November 2019

Report Card Day

Hari ni hari report card si kecik. Tak sangka tamat dah dia pra sekolah. Dari tak pandai bercakap sangat, sekarang dah pandai membaca dengan lancar. Al-quran pun dia dah pandai baca. Paling tak sangka masa konvo hari tu dia buat persembahan. Tahun depan dah darjah 1.. alahaiii

Thursday 21 November 2019

Eco Da Buka Oii!

Akhirnya ada kedai Eco dekat rumah aku.. yeayyyy. Kalau pergi kedai ni memang berhantu. Dari takde nK beli apa tiba-tiba berbakul-bakul pula ko mengangkut barang. Mentang-mentang rega barangnya semua RM2.12. What i like about Eco is barang yang dijual kualitinya boleh tahan untuk produk berharga RM2.

Wednesday 20 November 2019

Let It Go Time


Since toys dah beli.. harus la tengok movie pula kan. So hari ni kami pegila menonton Frozen dan si kecik aku tu haruslah dia bawak skali princess kat tangan dia.. siap eksen lagi cakap kuat2 kalau ada budak2 lalu sebla. Adoiiii.. siapalah mengajar dia ni

Tuesday 19 November 2019

Bokitta Beli Sendiri


Tu hari aku paw laki aku beli, ni hari beli sendiri sebab murah. Yang mahal je suruh laki.. hahahaha.. best ke pakai Bokitta? Actually tak cantik pun. Hahahahaha.. tuk muka aku la. Tuk muka kau aku tak kisah la sebab bukan muka aku kannnnn. Nampak elok je kan tapi confident level aku drop pakai Bokitta ni.. bukan salah Bokitta pun.. sapa suruh demuk 😝 bila pakai terserlah pipi nan tembam dan dagu nan berlapis.

Yang cun pakai bokitta ni orang berwajah kecil..  kalau yang tembam tu elok pakai yang pattern lain je laaaa

Saturday 16 November 2019

Si Kecik Konvo


Hari ni hari konvo di kecik. Aku dulu 24 tahun hoiii baru konvo.. budak sekarang 6 tahun pun konvo oke! Sebelu konvo pegi makan mee tarik dulu.. hahahaha

Konvo bebudak di bukan kaleng-kaleng oke.. bukan buat dekat dewan skolah tapi dekat auditorium wa cakap lu. Kami datang takde la expect apa2 sekali rupanya si kawan tu jadi pembaca meaning al fatihah in english rupanya.. kami pun tak tahu. Hahahaha.. pastu dia dapat hadiah kategori pandai baca quran. Terus adih dia bangga.. hahaha

Monday 11 November 2019

Itik Time

Tibalah oder tudung itik aku ari ni.. jangan heran napa ada banyak tu.. aku nak jadi reseller sempena duck offer 50% πŸ˜› Kalau harga biasa memang jangan harap la nak beli.. tapi since harga dah jatuh ke RM65 je selai kita cuba la try test la tudung yang digembar gemburkan mahal ni.

Aku beli yang kosong je, satin type. Harga asal RM130 kononnya.. worth it? Aku rasa kalau beli dengan harga asal memang gila la. Yang best tudung ni kaler dia agak cantik2 tapi selain dari tu aku tak rasa akan beli lagi untuk next purchase sebab tak cun sangat tuk muka aku. Orang lain elok je.. aku je yang tak seswai kot maybe sebab material tudung dia lembik sangat.

Saturday 2 November 2019

Sushi Bonanza Tak Sengaja

Tadi jalan-jalan ke Aeon Maluri.. baru perasan hari ni ada Sushi King Bonanza. Try pegi intai dekat Sushi King orang ramai ke idak.. nasib baik tak ramai so melantak la kami pinggan purple tu sepuasnya. Biasa kalau sushi ni kami suka yang kani tama maki tu.. crab dengan apa ntah dalam tu. Yang tu memang pevret laki bini. Kau bagi la yang mahal tu.. tatap kani tama pilihan kami. Selain tu aku suka yang sotong, kulit ikan dengan kacang peas. Yang lain tu jarang kami oder sebab kami bukanlah hantu sushi pun. Yang tempura style tu ada juga la oder cam udang tu tapi yang raw memang tak lalu.

Lepas menyushi, kami singgah kedai Eco pula. Pasni dah tak payah pegi jauh dah perabis duit, dalam ni dah ada.. haha