Sunday 30 June 2019

1st Time Butik Tudungzzzz


Tak tahu la apa mimpi, tetiba je kami sampai ke sini. Ini first time la aku sampai sini dekat Jalan Plumbum, Shah Alam. Apa ada dekat sini? Kalau nak cari butik tudung sila la ke mari ye. 

Friday 28 June 2019

Snowwhite Muslimah


Hari ni anak aku ada program sekolah.. memandangkan sekolah dia berkonsepkan islamic, harus la si Snowwhite ni berbaju lengan panjang dan bertudung kan.. muhuahahaha. Nangis la Snowwhite kalau nampak anak aku ni.. tetibe muslimah 

Tuesday 25 June 2019

My Story Of Aerotel KLIA2

Tido lena gila.. hahaha.. bangun-bangun lapar. Pas mandi terus ke PPL tuk breakfast. Tengok la muka happy si kecik tu.. hahaha. Food dia ble tahan juga.. cumanya breakfast ni tak de buffet, kena order ala carte. Pastu tak ble lepak dekat dalam lounge, lepak kat bar kat luar tu je. Kira oke laa.. kalau beli breakfast sendiri pun mau-mau RM30 hengget jugak kot. Sebelum balik rumah, sempat la meronda shopping dekat KLIA2. Nasib naik Air Asia, kalau naik MAS memang boring le airport nya. Sebab tu kalau kena tanya nak naik mana satu, laju-laju aku pilih Air Asia. Hahaha..

Lupa pula nak story. Aerotel ni terletak dekat Level 2M, Gateway@klia2. Hotel hanya setingkat tu je tapi ada banyak bilik jugak la. Rate bilik dari RM300+.. hohoiii.. nasib baik kena upgrade.. kalau tak memang tak hengen la nak bayar banyak itu for the sake of nak tdo semalam je ;p

Monday 24 June 2019

Bye Sabah Hello KL

Hari ni suda mo balik KL.. tapi sebelum gerak kita sarapan maggi udang gireng melimpah duluan sama ikan bilis Sabah. Apa matcam.. nampak sedap kannn.. op kos la sedap. Hari ni nenek yang hantar Hannah pegi airport. Kesian nenek.. mo kena hantar Hannah jauh2 ke KK drive sorang-sorang. Bye nenek.. nanti Hannah balik kampung lagi..

Beria sampai awal ke airport, flight delay la pulak. Nasib baik mamme ada bawak kad Aeon so dapat la lepak dalam lounge sementara tunggu flight T_T.

Ada menu rendang pula.. fefiling ala-ala beraya la kami dalam lounge ni. Macamana dapat free lounge? Cara yang aku tahu is by owning a credit card yang offer penggunaan Plaza Premium Lounge for 3 jam for free. Rasanya yang pemurah bab free lounge access ni is Aeon Credit Card.
Planning asal sampai airport dalam jam 10 malam terus je ke rumah naik grab sebab si Chemba outstation tapi since flight delay.. aku opt untuk lepak semalam di hotel area airport. Godek-godek Agoda, Provate Resting Suite Plaza Premium Lounge KLIA2 ada murah. Takde la murah sangat kan kalau RM200 T_T tapi untuk rate dalam airport tu aku halal je la sebab kesian pula si kecik. Aku book bilik studio untuk penggunaan selama 12 jam. Masa cek-in, orang tu tak dapat detect booking aku. Dalam berapa minit camtu baru yang jaga kaunter tu bagitau rupanya hotel aku dah kena upgrade ke Aerotel yang berdepan je dengan PPL tu. Wowee... kena upgrade ke bilik yang RM400 semalam tu. Pastu dapat pula free breakfast. Merasa jugak la tidur hotel dalam airport kan Hannah ;p

Saturday 22 June 2019

Sipitang Aku Datang

Destinasi hari ni, Sipitang. Dekat jam 12 kami sampai Sipitang.. op kos la lapar. Sipitang ni dalam 45 minit la dari rumah.. tujuan ke mari cuma berjalan-jalan cari makan. Kalau sampai Sipitang op kos la kena makan sate. Teringat masa kecik, kalau rasa nak makan sate malam sampai la kami ke sini. Last aku datang 2007 or 2008 rasanya. Time tu belum cantik lagi tapi gerai makan tepi laut tu memang da ada. Sekarang da ada Sipitang Esplanade.

Thursday 20 June 2019

My Story Of Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu

Sempena malam ke dua kami di sini, kita oder room servis. Buli tahan juga la food di Hotel TH KK ni. RM170 semalam untuk triple bed. Hotelnya terletak di Sembulan. Aku saja pilih hotel ni sebab dekat dengan tempat mesyuarat di JKR KK, dalam 1 KM. Naik grab pun baru RM5 cam tu.  Bilik hotel masih terjaga cumanya bilik kami tu aircondnya kurang sejuk.

Hotel ni sangat seswai untuk yang drive. Kalau yang tiada kereta tu not recommended la unless you use Grab. For those yang bawa kereta, x payah susah fikir mo parking sebab memang banyak open parking since hotel ni juga connected tu Pejabat Tabung Haji KK. Dari sini ke Imago cuma 2KM.

Lepas mesyuarat, apa lagi.. balik hotel then terus ke Imago tuk lunch. Esok la baru pulang kampung. Huntung la ada kerja di Sabah, buli la balik kampung tiket free ;P

Wednesday 19 June 2019

Anjung Todak KK


Hari ni kami kembali ke tanahair ku sebab aku ada mesyuarat di KK. Well, kalau sudah pulang jangan lupa makan2 la. Selalunya kami ke Anjung Senja tapi ini kali ubah citarasa jadi kita terai pula Anjung Todak. 1st time oi sampai sini.. bikin malu Sabahn jak πŸ™Š

Saturday 15 June 2019

Cheonggyecheon Malaysia



Malam ni keluar pulak angin nak pergi bersiar-siar ronda KL so ke Cheonggyecheon la kami.. eh! Ke River Of Life πŸ˜› Walaupun tak sejernih air dekat sungai Seoul nun, boleh laaa dari takde inisiatif langsung kerajaan kita nak preserve sungai kan. It is gonna be a good addition to KL tourism kalau dah fully siap projek ni nanti.

Thursday 13 June 2019

Its 13 June

Hari ni hari kejadian si kecik.. dah tak kecik sangat dah la.. masuk 6 tahun dah. Mamme dan adih doakan semoga awak jadi anak yang soleh dan insan yang berguna pada agama dan masyarakat.. inshaAllah

Habis ka kek ni? Op kos la tidak! Nasib baik la anak aku ni baik.. si Chemba offer yang lain tapi dia pilih yang paling murah antara semua.. hahaha. Walaupun x la murah pun tapi still the cheapest la yang di pilih. 

Tuesday 11 June 2019

Samsung Galaxy Active

Apa Amacam? Comey kan face watch tu.. Survey punya survey aku jatuh hati dengan Samsung Galaxy Active ni. Antara yang menarik is market apps untuk watch ni agak meriah jugak la compare to first watch yang aku ada dulu which is Samsung Gear Fit Pro. In term of design both aku suka actually tapi yang ini lebih gegel πŸ˜€

Kecik bukan sebarang kecik oke watch ni.. siap bole layan YouTube.. hahaha. Cumanya dia xde speaker so kena pakai Bluetooth headphones kalau nak dengar. Selain tu, boleh juga transfer lagu ke phone so tak perlu da bawak phone kalau takat nak dengar lagu.. boleh stream direct je dari watch. Yang lain2 tu function fitness dan smart watch macam biasa la like heart rate sensor, fall detection dan sebagainya.

Friday 7 June 2019

Little Italy Trip

Kalau ke KK wajib la singgah di restoran kegemaran gue kan, Little Italy. Macam kebiasaan la bila berkunjung ke mari kami tatap oder menu sama which is speghetti dengan pija. Mengidammmm oii lama tak makan. Ini kali aku perasan dorang da ada jual instant sauce.. makanya harus la dibeli kan. 

Thursday 6 June 2019

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya 2019.. semoga raya tahun ni membawa kegembiraan dan kebahagian yang berpanjangan buat aku dan keluarga.. inshaAllah. Tahun ni turn raya pertama di kampung.. op kos la happy. Aku kalau raya wajib balik dua-dua, tak de penggiliran sebab pada aku selagi mak ayah masih idup.. try la balik macamana pun keadaan. Perasaan orang tua kita masa raya tu berbeza dengan hari lain oke.. even sekejap pun jadik laa..

Tengok anak aku tu.. bila diamat-amat dah besar rupanya dia. Lagi berapa tahun dah remaja pula.. pastu dewasa.. da kawen esok tah balik tah tidak dia time raya dan tah sampai raya bila aku laki bini masih ada. Aduh! Jauh benau befikir. Apa-apa pun ini hari kita rayaaaaaaaaaaaaa!!!

Wednesday 5 June 2019

Merendang

Kalau raya di kampung gue, inilah tugas aku which is merendang. Aku 5 beradik gegel dan 3 dari tu berbakat la dalam aktiviti merendang ni so mak aku takde la pening2 sangat nak tugaskan siapa tuk penyediaan rendang. Kalau aku, aku lebih mahir buat rendang daging compare to rendang ayam sebab rendang daging lebih simple dan mudah nak adjust rasa compare to ayam. Ayam kalau silap2 tak sedap hooii.. boleh hancur lagi. Tambah-tambah dah ada Noxxa, lagi la senang nak masak yang daging tu. Tapi hari ni aku kena masak rendang ayam nampaknya.. hohoiii!!

Kalau di suruh buat biskut raya, aku memang awal-awal surrender dan aku mengaku itu bukan kemahiran aku. Gila gigih nak timbang, ulit, bakar, cuci bekas-bekas penuh mentega tapi bila makan biskut tu skali ngap je habis. Mana logika dia? Penat-penat ko buat sekelip mata je habis.. hahahaha. Aku kalau aktiviti macam itu memang tak akan aku mahu invest masa.. baik pegi kedai dan tunjuk saja la. Nasib adik aku yang 4 orang tu tak de thinking macam aku so tang biskut raya pun mak aku tak payah pening sebab kompom la ada tukang buat. Kira huntungggg jugak la mak aku tu kan sebab anak-anak dia pandai masuk dapur. Ada kawan aku tu anak dah besar panjang semua pun tetap mak dia buat.. naya kalau dapat anak gitu kan mak!

Tuesday 4 June 2019

Langsuir Masak?

Itu manusia ka langsuir? Hahahahahaha.. bukan main lagi minah tu potong bawang siap bertisu di mata.. adoiiii. Apa-apa pun at least dia mahu juga la potong bawang kannnn daripada tidur-tidur sejaaaa

Monday 3 June 2019

Ketam In The House

Siapa peminat ketammm hangkat tangannnn?!!! Yang pastinya aku bukanlah peminat ketam.. kuah ketam iya tapi ketam aku kureng sebab letih nak bukak kulit keras. Kalau orang bukakkan aku makan πŸ˜› Kalau makan aku nak rilex.. tak nak aku susah-susah fikir nak buang tulang la.. buang kulit la. Sebab tu udang pun aku makan je kulit dia.. hahaha. Pantang juga bagi aku time makan ko sibuk nak bergaduh la, marah anak la.. menangis la. Masa makan tu sacred oke pada aku.. aku nak duduk dan ngap dengan tenang hati.

Saturday 1 June 2019

Balik Kampung

Hari ni hari balik tanah airku.. tengok sajalah betap gumbira wajah si kecik tu naik flight. Sampai KK singgah la melepak kejap di bandar KK before balik kampung. Astaga.. KK ni da ken hijack Korea ka sampai signboard tourism pun suda tukar bahasa dia. Tapi memang aku perasan juga la ramai Korean melancong ke Sabah ni especially di area Warisan Square ni. Maybe sebab ni la kali signboard pun bertulisan Hanggeul suda.