Wednesday, 5 June 2019

Merendang

Kalau raya di kampung gue, inilah tugas aku which is merendang. Aku 5 beradik gegel dan 3 dari tu berbakat la dalam aktiviti merendang ni so mak aku takde la pening2 sangat nak tugaskan siapa tuk penyediaan rendang. Kalau aku, aku lebih mahir buat rendang daging compare to rendang ayam sebab rendang daging lebih simple dan mudah nak adjust rasa compare to ayam. Ayam kalau silap2 tak sedap hooii.. boleh hancur lagi. Tambah-tambah dah ada Noxxa, lagi la senang nak masak yang daging tu. Tapi hari ni aku kena masak rendang ayam nampaknya.. hohoiii!!

Kalau di suruh buat biskut raya, aku memang awal-awal surrender dan aku mengaku itu bukan kemahiran aku. Gila gigih nak timbang, ulit, bakar, cuci bekas-bekas penuh mentega tapi bila makan biskut tu skali ngap je habis. Mana logika dia? Penat-penat ko buat sekelip mata je habis.. hahahaha. Aku kalau aktiviti macam itu memang tak akan aku mahu invest masa.. baik pegi kedai dan tunjuk saja la. Nasib adik aku yang 4 orang tu tak de thinking macam aku so tang biskut raya pun mak aku tak payah pening sebab kompom la ada tukang buat. Kira huntungggg jugak la mak aku tu kan sebab anak-anak dia pandai masuk dapur. Ada kawan aku tu anak dah besar panjang semua pun tetap mak dia buat.. naya kalau dapat anak gitu kan mak!