Saturday 27 November 2021

Breakfast Di Uniqlo?

Tadi sebelum jam 10 kami gerak ke MV. Tujuan utama nak ke Uniqlo.. kena la datang awal to avoid crowd dekat MV yang memang ketahuan, sentiasa crowded. Plan kami sampai-sampai terus ke Uniqlo dan lepas tu baru sarapan. Ingatkan kami da plan baik punya.. rupa-rupanya raaaamaai yang plan macam kami. Kedai makan pun kosong masa kami sampai tu.. tapi depan Uniqlo orang dah bersusun! Harammn tol!! Time aku datang ni la korang semua nak datang.. aiiiiiihhhh!!!!

Saturday 20 November 2021

Playing Tourist

Saja la nak cari open air mall kot2 wujud dekat Malaysia ni so google bawak aku ke Arcadia Mall. An open air mall & pet friendly. Memang terasa macam dekat luar negara oi kat situ. Nice set up tapi malangnya semua kedai makan dekat situ not meant for you if you are a muslim.. except for Coffee Bean. U can expect dog everywhere.. but they should be on leash all the time. Seram juga kalau anjing besar.. kot2 terlepas kan. Yang bebi pun seram juga sebab yang spesis ni belum faham bahasa lagi.. ingatnya main2 padahal kita ni ketakutan.. haha. Walaupun cantik menarik, takyah begambar2 sangat la dekat pokok.. silap2 kencing & taik plak yang dapat.. haha. 

Kawasan yang ada tak la besar sangat.. fefiling kat Tokyo konon 🤣 pastu bila lapar padan muka takde tempat nak makan. Minum air je la. I enjoyed the environment but surely wont come again. It would be nice if they have more halal eateries because everybody can eat at halal restaurants be it muslim or not. The more the merrier right! Dari sini ingat nak singgah makan dekat Jibby By The Park dekat Waterfront Desa Waterpark tapi bila tengok kereta yang nak masuk bersusun oi so kami reroute ke Uniqlo. One and only Uniqlo yang ada bangunan sendiri dekat Malaysia ni kalau x silap.
I have higher expectations masa masuk. Ingatkan they do have extra things compare to Uniqlo lain macam extra saiz ke.. extra design ke.. or lagi banyak offer tapi sama rupanya. What ever is in the store ada je dekat other Uniqlo.. better MV lagi ada banyak pilihan cumanya outlet ni luas with ample parking space. Kalau malas nak teman pasangn shopping, boleh la lepak dekat bangunan sebelah.. ada Starbuck.

Sunday 14 November 2021

Saturday 13 November 2021

Friday 12 November 2021

Thursday 4 November 2021

Test Drive


Hari ni kami ke Putrajaya sempena test drive kereta adik aku. Bukan la kereta baru tapi kereta aku yang dia sambung bayar. Ingat nak jual je keta tu sebab kami dah ambil kereta baru.. tapi kebetulan adik aku interested. Makcik tu dah keje.. kena la ada kenderaan kan. Kami pulak tukar kereta sebab rasa macam banyak nau barang sampai tak muat. Kiranya tadi tu sesi penyerahan la & sambil pantau skill memandu dia. Alang2 tu picnic la skali dekat monorel suspension bridge dekat Putrajaya nun.