Tuesday 31 August 2021

Merdeka 2021

Sempena merdeka dapat bawak budak2 ni jalan naik kereta je la pusing2. Bawak keluar memang tidak la kami berani. Stakat beli makan pastu piknik dalam keta.. ok la. Tapi aku tengok ramai je orang ke hulu ke hilir. Yang berjoging tak pakai mask ramai2 satu grup, yang bawak budak2 riadah tak pakai mask pun ada.. memang la riadah ble tak pakai mask tapi seram kot! Pada aku ok la ko nak buat apa pun tapi tanggal mask tu seram kot. Masa yang paling fragile is bila ko tanggal mask.. which is time makan dan riadah or dekat opis.. dekat rumah jangan cakap la kan. Kompius aku apa sebenarnya SOP sekarang ni. Aku tau ramai yang tak peduli dah.. lama sangat terkurung agaknya. 

Monday 30 August 2021

Merdeka Di Rumah

Biasa kalau cuti sempena merdeka kami mesti ada plan lepak hotel. Tapi tahun ni lepak rumah je la. Last year dalam keadaan cobit kami sampai ke PD tapi tahun ni keadaan tak mengizinkan. Ini antara momen yang sempat aku rakam masa dekat PD last year tapi kalau kome ke PD jangan harap la nampak bulan cengini ye.. itu plesu tu πŸ™Š

Sunday 29 August 2021

Mengenang Ilipot

Since hari selasa ni cuti dan takde program bercuti ke mana2, plan nak repeat steamboat day. Sekali lepas dah pilih2, delivery slot untuk 30 dan 31 hb tu penuh. So sad!! Tengok je la gambar sambil meleleh 😭

Saturday 28 August 2021

Penyorok kau!

Anak aku yang sorang ni suka nau menyelit. Bawah kerusi, bawah meja.. semua dia masuk. Aku bagi khemah takut pula dia nak masuk tadi. Hahaha.. Sekarang ni dia da nak duduk tapi duduk macam katak tu buat aku risau plak. Memang la cute kan tapi tak elok. Hopefully takde la sampai besar gini gaya duduknya πŸ˜…

Friday 27 August 2021

Adik Pink

Terpegun agaknyan anak teruna aku tengok doll house kakak dia.. kaler pink. 1st time dia nampak benda alah ni.. dia tenung je. Mula-mula tu tak berani nak main lagi.. hahaha. Hari tu aku bawa masuk bilik kakak pun dia cam terkesima. Agaknya heran kot apsal la pink nau bilik kakak aku ni.. hahaha. Kakak yang ko ada dik.. main je la mainan pompuan πŸ˜‚

Nasib baik kakak ada banyak mainan yang sesuai untuk boys juga. Masa dia kecik aku jarang belikan mainan gegel macam patung barbie dan yang kaler pink2 ni. Banyak aku beli yang both gender boleh main. Tapi kereta memang banyak.. set track pun ada beberapa juga. Dah besar ni baru banyak belikan dia barbie dan seangkatan. 

Thursday 26 August 2021

Ilipot Lagi

Since banyak lagi baki set Ilipot aku semalam.. hari ni sambung lagi aktiviti setamboat dan gril. Cumanya hari ni malas nak setup set masak, pakai letrik je. Berbaloi2 aku bersungguh2 suh laki aku belikan dapur letrik tu dekat Senheng. Aku tengok kat Shopee ada yang jual RM39 je compare beli kat SH RM159 kalau xsilap. 

Wednesday 25 August 2021

Ilipot? Apakah?



Tadi aku tengok dekat Tiktok ada orang tu beli set steamboat skali dengan pot. Rasa macam best pula so aku pun oder la. Laki aku duk sibuk bagi teka teki semalam hari apa.. rupanya anibesery kami so boleh la celebrate makan steamboat yang memang menjadi kegemaran kami laki bini. Since aku tamak nak makan besar aku oder 2 set terusss, steamboat dengan grill set. Set grill tu aku order Set Empat Sekawan katanya.. itu untuk 4 orang makan. Untuk set steamboat pula aku order Set Kapel untuk 2 orang. Total semua untuk 6 orang makan RM200++. Mari tengok apa aku dapat..

Delivery dorang akan fullfill dalam tempoh beberapa jam selepas order depend pada kekosongan yang ada.. so tak ble la expect macam order grab. Yang unik about this Ilipot is the set comes with cooking set. Kalau pilih cooking set untuk grill akan dapat stand, grill plate, burner set (burner, lighter & burner stopper) dan sepit manakala set steamboat akan dapat stand, steamboat pot, burner set, senduk belobang dan senduk kuah. Boleh pilih juga nak cuttlery or tak. Kalau tak nak cooking set pun boleh juga.. boleh replace dengan food. Tapi for RM20 better ambik cooking set.. baru la fefiling macam makan dekat restaurant πŸ˜‹

Ada few option untuk marinde sos dan kuah flavour. Aku pilih Thai Bbq for marinade sos dan op kos tom yam for kuah. Kalau nak beli kuah saja pun actually ada option dalam menu ala carte. 1 litte kuah tu RM16.90. Sedap tak? Omg I really looooooove it!!! Sedap wa sakap luh!

Sunday 22 August 2021

Rambutan Tarap

Apakah? Tarap kah? Tidak la ia buan tarap melainkan hanya rambutan beku yang menyamar menjadi tarap jadian.. hahaha. Aku memang penggemar rambutan sejuk. Tapi yang ini dah dibekukan. Kalau rambutan tak sejuk tu tak sedap pada aku. Alhamdulillah dapat rezeki rambutan free.. abang ipar bawakkan dari kebun dekat kampung. 

Wednesday 4 August 2021

Hari Bekerja Dalam PKP

Hari ni hari bekerja. Actually kena masuk isnin tu tapi sebab clash dengan date si adik pegi vaksin, aku tukar hari ni. Sepanjang PKP ni ada beberapa kali dah aku masuk opis sebenarnya. Kalau nak rilex jap, aku suka pegi toilet. Ini view dari toilet pejabat aku. Setiap kali  masuk toilet, rasa best je tengok pemandangan KL. KL pun ada 'Cheonggyecheon Stream' oke! Dari atas ni boleh la nampak deras juga arus sungai tu. Aduii rindunya dekat Seoul.. bila la dapat travel ni!

Tuesday 3 August 2021

1st Timer Peeling Solution The Ordinary

Apakah yang terjadi dekat muka aku? Ini first time aku cuba peeling solution dari The Ordinary. Ini semua pengaruh TT la ni. Kenapa merah macam udang kena bakar muka tu? Hahaha... solution tu kaler purple.. sebab itu la muka aku merah. Ok ke pakai? Ok la kot.. aku takde la pula rasa pedih ke apa ke. Walaupun kulit aku takde la masalah pun tapi tah la.. saja gatei nak pakai la kot. Kot2 lepas ni wajah boleh bertukar jadi Angelina Jolie ke.. kann!!!