Wednesday 25 August 2021

Ilipot? Apakah?



Tadi aku tengok dekat Tiktok ada orang tu beli set steamboat skali dengan pot. Rasa macam best pula so aku pun oder la. Laki aku duk sibuk bagi teka teki semalam hari apa.. rupanya anibesery kami so boleh la celebrate makan steamboat yang memang menjadi kegemaran kami laki bini. Since aku tamak nak makan besar aku oder 2 set terusss, steamboat dengan grill set. Set grill tu aku order Set Empat Sekawan katanya.. itu untuk 4 orang makan. Untuk set steamboat pula aku order Set Kapel untuk 2 orang. Total semua untuk 6 orang makan RM200++. Mari tengok apa aku dapat..

Delivery dorang akan fullfill dalam tempoh beberapa jam selepas order depend pada kekosongan yang ada.. so tak ble la expect macam order grab. Yang unik about this Ilipot is the set comes with cooking set. Kalau pilih cooking set untuk grill akan dapat stand, grill plate, burner set (burner, lighter & burner stopper) dan sepit manakala set steamboat akan dapat stand, steamboat pot, burner set, senduk belobang dan senduk kuah. Boleh pilih juga nak cuttlery or tak. Kalau tak nak cooking set pun boleh juga.. boleh replace dengan food. Tapi for RM20 better ambik cooking set.. baru la fefiling macam makan dekat restaurant 😋

Ada few option untuk marinde sos dan kuah flavour. Aku pilih Thai Bbq for marinade sos dan op kos tom yam for kuah. Kalau nak beli kuah saja pun actually ada option dalam menu ala carte. 1 litte kuah tu RM16.90. Sedap tak? Omg I really looooooove it!!! Sedap wa sakap luh!