Monday 30 November 2015

Lokasi Peristiwa Berdarah

Inilah lokasi berlakunya peristiwa berdarah hari tu. Ok. Aktuali tadak sapa yang kena tetak or kapak or anything dangerous. Yang berdarah sebenarnya cuma hati gue sebab kena saman oleh DBKL. Sakit hati oke kalau kena saman!

Kesalahan yang aku dah buat, they categorized it as traffic obstruction. Kalau bayar within 15 hari kena bayar RM150, within 30 days RM200.. lebih 30 hari RM300. Sampai arwah le aku akan ingat saman kau ni DBKL!

Saturday 28 November 2015

Friday 27 November 2015

Tua Tak Beradab

Hari ni aku kena g istana n jpm la pulak.. ada mesyuarat kol, 10.30. Makanya kol 7 gerak g hantar Hannah & terus ke Lrt. Hari ni aku park depan kedai bagi mengelakkan kejadian kena saman berulang kembali. Sharp 7.45 sampai TBS. Ingatkan sharp le gerak.. dekat kol 9 jugak le baru bertolak.

Kol 1 mesy. habis, pas lunch kena gerak ke Putrajaya untuk meeting kol 3. Tapi bos kata petang you all boleh balik uma truss & takyah attend the meeting. Yeayyyyy.. punya gumbira!!!

Tapi kegumbiran ku lenyap dek kerana sorang acik tua yang kuang ajo ni. Pas jenuh aku menghon, alih2 dia datang dengan muka kerek. Cakap maaf pun takde. Kuang hajo. Nama je orang lebih tua, adab tadak. Tak taula mcmana dia ajar cucu2 dia. Kalau aku bawak Sonata dulu.. aku dah langgar dah keta dia.

Thursday 26 November 2015

First Time Quill Mall & Kena Saman


Tadi before balik umah, aku route naik monorel singgah ke Quill City Mall, turun dekat Medan Tuanku. Boleh tahan juga, situated dekat town centre. Cumanya kedai2 belum fully buka lagi. Sempatla sauk boot dekat H&M.

Sampai je dekat keta tengok kena saman. Siut la memang! Bayar within 15 hari 150, lebih 300 hari 300. Siax!

Sunday 22 November 2015

Apa Pun Tak Boleh!



Punya sakit hati, yang jauh dengan yang dekat sama jek. Maybe sebab hari ni baru hari ke 4 buka, so orang still ramai. Hopefully next2 month reda la..

Tuesday 17 November 2015

Everybody Say Kim-long-chi!


Inilah masalah bila terjebak cerita korea.. mesti nak tahu kesudahan. Actuali aku dah lama tak layan cite korea ni. Walaupun astro kat umah ni memang langgan channel korea,  jarang sangat la aku click. Ntah macamana pula kali ni tertekan. Yang paling tak paham cerita ni 132 episod oke! Sudahnya aku tengok 2 episode 1st, rakam then skip & tengok every 20 ke 30 episod sebab tak tahan nak ikut.

Until la selakarang ni dah cecah 100 episod long episode of Everybody Say Kimchi. Gigih! Haha

Yang ni cita pasal husband yang betray the wife & amik anak dorang. Pastu wife baru dia plak adik beradik tiri dengan boyfren baru si ex wife. Pastu si ex wife rupanya adik beradik seibu ngan current wife. Pastu berebut harta. Poning ok! Naik stress aku tengok.

Saturday 14 November 2015

KLCC Aquarium 1st Timer

First time wooo p KLCC Aquarium! Sakai!!

What do I think? Hmmm.. biasa2 jek. Kalau compare dengan Lotte World Aquarium, Seoul.. best lagi kat Seoul sebab lebih luas. KLCC punya agak kecik. Yang best tang tunnel tu jek.

Si Hannah bukan main gumbira, siap belari2 sampai terpelanting oke! Duk tanya kitaorang, ow maa! wats tis? Aku ngan laki aku pun tak sure, si Hannah ni paham ke idak ke wats tis tu apa. Mengekek kitaorang ketawa masa 1st time dia cakap.. cakap omputih upanya anak aku, patut dia tak paham cakap kitaorang selama ni.

So, back to aquarium tadi. Tiket masuk 2 orang RM92 ringgit tapi aku dapat off RM10 sebab ada promosi untuk pemegang kad Aeon. Makanya tiket kitaorang hari ni cuma RM82.00. Si Hannah tadak tiket sebab still underage.

Friday 13 November 2015

Whose Teeth More Expensive

Kalau beli tooth paste baby memang wat stress jek sebab reganya mengalahkan 2 3 tooth paste adult. Kalau yang ada rega tu tunjuk RM15.80, yang lagi satu tu RM27 kalau tak silap. Yang lebih mahal tu safe kalau budak telan.

Apa2 la labu. Yang pokai mak ayah. Sabau je la!

Thursday 12 November 2015

Me me me

Aku memang ketahuan pelik dari zaman kici2. Apa yang orang ramai2 suka, aku pula lebih terarah memilih unpopular 'option'. Antara contohnya, pilihan rumah. Bila aku cakap umah aku umah flat, saiznya tak sampai 800sq ft, reganya 200k++. Banyak juga la soalan like apsal tak cari umah landed, umah besar sikit dan seanggkatan.

Umah bapak aku nak kata kecik memang tak tapi nak kata besar sangat pun tak la juga. Tapi kalau nak kemas sorang2 memang sakit hati la dibuatnya. Bukan senang nak bersihkan oii! Dahla dua tingkat. So, aku membesar dengan azam untuk memastikan umah aku low maintenance dan senang nak bersihkan. Umah besar aku pangkah. Umah  bertingkat2 aku pangkah. Umah dengan yard yang luas aku pangkah. Dapur besar aku pangkah. Umah serabut dengan barang aku pangkah. Makanya umah aku kecik tapi aku pastikan ruang tamu aku lapang. Aku bersih bila aku suka je. Aku tak de fikir sangat nak sapu selalu. Kalau kena sapu or vakum, tak sampai seminit siap. Aku tak de mop lantai. Aku lap dengan tisu or kain basah je. Ahahaha.. kau hado? Aku spend less than 10 minit nak bersihkan the whole house ok. Anak aku buat sepah, aku tadak hal. Clear kejap je. Kawan tetiba nak datang? While dorang jalan kaki dari paking ke umah aku, aku da selesai berkemas. Dapur aku, as kecik as it could be. Aku berdiri at one place da boleh masak kat dapur gas, aksses rice cooker, mikrowave, peti ais. Nak g sinki selangkah je. Kalau kome jenis malas tahap gaban, sila la contohi aku! Hahahaha

Wednesday 11 November 2015

I am A Ma

Though i am a 1st time mother, aku takde la terkesan sangat kalau anak aku buat sepah or kotorkan kapet or conteng dinding ka apa ka. Most of the time aku biar je anak aku buat hal dia. Tapi aku bukanlah baik sangat sampai redha jek dengan perangai si tecit yang kadang-kadang mengancam kesabaran. Antara yang boleh buat aku naik gila
1. Baru je sampai rumah pas amek dia dari pengasuh, tudung pun tak sempat buka dia stat melalak tak de pasal. Saja2.
2. Lampin penuh yak dia tanggalkan. Eiiii! Stress kalau kena taik yang cam taik kambing. Jatuh sana sini oke!
3. Tuang susu kat tv, kapet dan semua la. Kalau air kosong aku tak kesah tapi tang susu yang buat aku panas. Melekit oii!
4. Bila tak dapat apa dia nak esp lambat buat susu, hempas kepala dekat lantai. Aku memang panas tol tang kepala ni.
5. Koyak buku. Rosakkan mainan. Ini lagi satu pantang atok nenek moyang aku kalau pedajal buku atau mainan.
Inilah 5 perkara yang selalu buat darah tua aku menggelegak. Lain dari tu, aku cool. Tapi kalau yang lima ni dia buat, berapi ok!

Monday 9 November 2015

Lobang!!!


Stress oke tengok puting si Hannah ni. Baru dua bulan kot beli, dah gini jadiknya. Tah hmana plak datang habit baru dia mengiggit puting. Satu set puting ni 30++. Pengsan kalau tiap2 bupan kena beli baru oii! Biasa aku akan tukar puting 3 bulan ke 4 bulan sekali. Kalau tiap2 bulan la.. alahaiiii!!!

Saturday 7 November 2015

No More Damansara For Ikea

 

I got this email yesterday. So yes! Pasni takyah dah la kitaorang susah2 drive 20km++ all the way to Damansara for Ikea and bazir duit bayar tol sebab this new Ikea Cheras dalam 5 km jek dari rumah aku.

Apa yang best sangat tang Ikea? Nak kata aku ni peminat barang Ikea, tak la juga tapi memang umah aku ada la perabut2 Ikea. Aku suka g Ikea sebab nak makan karipap. Most of the time itulah sebab utama ke Ikea. One thing about Ikea ni is reliable. They have the catalogue and you know all the stuff in the catalogue were there. Be it cantik or tak, mahal atau tak, berkualiti atau tak, worth it atau tak.. those stuff were always there. So people could go to Ikea to buy what they saw on the catalog as long the product tak discontinue.

Antara perabot yang aku pernah beli dari Ikea like carpets, table bar set, retractable dining table set, foldable table dan tilam. In term of quality, so-so tapi seswai dengan harga. Kalau g kedai perabot harga kadang2 tu ridiculous. So, there are times i believe Ikea is the right choice especially untuk rumah yang mempunyai ruang yang limited macam apartment. Ikea juga introduce space saving perabot macam retractable table yang boleh dibesarkan untuk cater 8 orang instead of saiz normal 4 - 6 orang. Or foldable table yang boleh dibukak masa nak guna & hide masa tak perlu or small size of sofa bed or.. pandai2 la kome survey sendiri. But most of the time, i choose Ikea karipap over its perabot!

Friday 6 November 2015

Bila Jadi Hamba Liabliti

Pagi tadi aku terjaga lebih awal dari bunyi alarm henpon aku, si mega. Pas peluk2 si Hannah jap, aku kelam kabut ke toilet sebab dapat panggilan hajat. Gara2 takut si Hannah tekejut dengar bunyi alarm makanya aku bawak je la henpon ke toilet sebab tak dan nak off alarm, alarm perut da kritikal tahap Gaban. Bukan tak biasa, boleh kata selalu jugak la aku bawa henpon masuk toilet. Sambil2, sambil2 baca. Bukan sekali dua juga jatuh tapi si mega begitu kebal. Tapi kali ni duit aku lebih disayangi oleh apek kedai repair.. makanya pecah la screen si mega lantas arwah la touch screen dia. Ini menjadikan si mega device ke tiga aku yang retak screen nya lepas si ipad min dan si mega 1st.

You hear me correctly, si mega ni bukan mega pertama yang aku ada. Mega 1st aku dulu pun kes sama juga, touch screen arwah. Malas nak pk banyak, so aku beli baru. Kali ni tak mampu da aku nak beli baru. Lain la kalau aku or husband aku or mak bapak aku cop duit kan!


Mula2 tu ada juga timbang2, nak beli model lain or repair je. Tapi bila mengenangkan betapa skrin 6.3" ni memang menjadi kegilaan aku, so I decided to repair. G la kedai amoi dpn umah aku. Amoi tu kata kena tukar the whole set sebab touch screen dah arwah. There goes my RM350, gone just like that!

Wednesday 4 November 2015

RM++ For Exclusive


Kalau kome peminar bawal yang katanya ekslusif, mesti kome tau ni kat mana. Ok. Aku happen to temankan my friend g beli tudung. Katanya nak g Bawal Ekslusif. Aku cam teruja la juga nak tengok how ekslusif since aku pun peminat bawal, used to.

Aku tengok kat kedai tu, rega paling murah RM58 tak masuk GST. So aku pun belek la sungguh2. Kain biasa2 je, design just tepek2 manik bodo which to be frank can't  be call 'a design' at all pun so  I wonder la juga dimana mahalnya? Orang kedai kata manik2 bodo to is a Swarvosky. Ooooooooo.. panjang o aku. Maybe people like it and it is good that local brand has fans but it is not for me who is only willing to spend less than 20 for tudung.

Tuesday 3 November 2015

Respectful Dustbin

Getting rid of stuff is hard, you think so? I dont think so. Whatever I dont need, the respectful place will be in the dustbin. Be it expensive or not, don't think too much. The key word is, as long as you no longer want to use it just throw it away. Maybe it take times but eventually, it will find its way to the bin. Since my house is small so it wont be the best idea to keep unnecessary stuffs and junks.
Some people are nostalgic that they keep everything like my dad. He still keep his 35++ years old refrigerator. That how nostalgic he is. He still use it, this might excuse him but there were so many other stuff, keep but never use any more. His house kinda big but the usable space is 'small' due to to accommodate all the stuffs. Since I was small, I didn't like it. And promise to do the other way around with my unused stuffs, or boyfriends (too) ;p, which is throw them all in the dustbin. Bye bye & thank you!

Monday 2 November 2015

Hannah's 2nd Cruise

This is actually our 2nd cruise in Malaysia, after Labuan ferry hari tu. Actually si Hannah punya 1st cruise in London, di Thames River. Tapi time tu veli the kici so takde la dia merasa the joy of cruising.

Asalnya plan nak g Berjaya Times Square, alih2 sampai The Mines. Alih2 sampai sini, tiba2 terbeli tiket cruise @RM25 sorang. Makanya naik cruise la si Hannah hari ni. Kitaorang amek pakej Greenery Cruise, dalam 20 minit satu trip. Best? biasa2 je. Tapi mearasa la tengok bangau, angsa, rimau.. tapi rimau replika je.
Eksaited betul si kecik nampak angsa. Dia ingat itik kot, so panggil ducky. Hahaha.

White Swan
Black Swan

Sunday 1 November 2015

It Is Mamak Time


Hello unkel mamak!!

Lama dah tak lepak mamak. Biasa si Chemba yang suka g mamak. Sikit2 mamak. Walaupun macam2 menu ada dijual dekat kedai mamak, i dont really enjoy the food sebab tak tahu nak makan apa. Kalau menu kedai mamak depan umah aku tu, dari barat ke utara ke timur selatan, boleh kata semua ada la. But to think thai food being prepared by not -a-thai, it is a big turn off for me.

Tapi kat area umah aku memang banyak gila kedai mamak. Kat depan ada 3, area belakang ada 5. Itu yang aku tahu, kat belakang2 tu aku rasa macam ada lagi. Kedai2 mamak  ni range from yang mahal sampai la yang tak berapa mahal dan rasanya di gred dengan gred A walaupun the food a so-so.

Apa yang orang suka sangat g mamak ni hah? Aku pun tak tahu la apa mandrem yang mamak bagi. Tapi pada aku kedai mamak ni reliable dan fast service. Cam kat umah aku tu, rasanya 1 pelayan jaga 2 or 3 table je. Sampai2 terus ada orang layan, tak yah tunggu lama makanan pun sampai. Bila blah, meja cepat je dorang clear. Order western, malay style, mamak style, thai style.. semua tara masala. Itu yang pelanggan mahu. Cuba kalau pegi kedai bukan mamak. Nak amek oder cam kura2, nak hantar oder pulak cam siput babi. Pastu makanan sikit jek. Makanan ini takde, makanan itu takde. Pelanggan sampai, nak clear table bekas previous pelanggan pun lembab.

Jadi macamana?

Belum kira restoran tutup suka suki. Cuba tengok mamak 24hr, except Friday for solat jumaat.

Macamana nak lawan kedai mamak?!!