Sunday 28 June 2020

Cuti PD : Avillion Day 2

Pagi ni dalam jam 9 lebih aku bawa si kakak bersiar-siar di pantai. Harus la bagi chance dia menikmati pantai sepuasnya kan sebelum balik KL.


Lepas puas merendam kaki, aku naik bilik mandi dan yang dua orang tu stay. Lepas mandi aku keluar ronda-ronda di kawasan hotel.



Saturday 27 June 2020

Cuti PD : Avillion Day 1


Hari ini tibalah hari pantai yang dinantikan si kakak. Kali ni kami pilih bercuti di Avillion PD. Kalau book dekat Agoda, bertabahlah sebab harga boleh mencecah sampai raban. Tapi kalau ko pegi website dorang, ada option bilik yang lebih murah start dari RM 170 semalam. Kat website je boleh dapat bilik tu.

Hotel ni ada few jenis bilik. Yang paling murah bilik superior. Bilik superior ni terletak dekat ground dan dalam bangunan setinggi 6 tingkat. Kalau tengok dekat website dia dorang explain sikit je. Try blog walking pula memang takde orang aku jumpa review pasal jenis bilik ni. Mostly akan review chalet. 2nd range duplex, lepas tu garden chalet. Yang ini semua terletak dekat ground. Next range water chalet. Ada yang biasa, premium dan super super premium. Yang water chalet ni mahal. Aku tertarik nak duduk bilik superior ni sebab katanya menghadap Riau Beach. That is quite a good offer la for the price of RM200. Lagi pun bila baca recent review, orang kata hotel ni hotel lama. Koridor ke chalet pun dah ada yang cam nak reput dan some even claim ada smell yang unpleasant dari laut.

So.. bertolak la kami ke PD seawal jam 9.50 pagi. Sampai PD pegi ronda-ronda jap dekat pantai Bagan Pinang dan makan McD dalam keta sambil menikmati pemandangan PD Waterfront. Dalam jam 1 lebih terus ke hotel. Ingatkan belum boleh cek in lagi rupanya dah boleh. Thank god masa aku sampai tu ada sorang je q depan aku. Selesai je urusan check ini tiba-tiba dah ramai gila belakang aku. Nasib baik! Check in was a breeze dan hotel bagi diskaun 8% so instead of RM200 kitaorang bayar RM184 je. Bilik aku terletak dekat pantai. Kena turun lift g tingkat bawah then hala ke pantai. 1st impression aku? What a nice hotel I tell u!

Memang nampak berusia tapi still terjaga. Masuk-masuk da tanjat sebab nampak peacock. Rupanya kat hotel ni ada macam-macam aktiviti termasuk la petting zoo. Padan la ada binatang terlepas. On the way ke bilik tu memang nampak landskap kawasan hotel ni memang nicely designed. Nampak je blok kitaorang, terus rasa cam happy sebab memang seperti yang hotel claimed which is bilik menghadap Riau Beach. Nice kan!!! Kitaorang dapat lower ground. Boleh terus belari ke pantai la ini matcam. Bilik ni xde beranda tapi tingkap bilik boleh buka. Tepi tingkap siap ada pangkin aka katil single.. so nice!! Kiranya bilik ni ada 3 katil la termasuk katil yang pangkin tu.

Water chalet berdepan je dengan blok yang kitaorang duduk. Nasib baik amik superior.. cam seram juga duk dekat chalet. View dari bilik memang superb.. katil dan tilam tip top cuma condition toilet off tapi still bersih. Nak flush tak boleh.. nasib baik lepas dibaiki dah ok. Tekanan air ok.  Tv pula flat screen tapi screen cam dah rosak walaupun masih la boleh tengok tv. Peti ais tak ble on sebab extension rosak. Tapi since kitaorang cuma nak pegi beach malas la nak kisah sangat. Channel tv pun limited tapi tak kisah la. Bukan datang nak tengok tv pun.. balik umah ble tengok tv saiz 2 kali ganda saiz tv hotel sepuas-puasnya.. daaaa. Yang penting beach!! Beach!!


Lepas settle semuanya.. kita pegi beachhhhhh!!  Petang ni air surut so boleh la eksesais sampai ke tengah laut nun. The best thing about pantai di PD is pantainya landai. So tak seram nak mandi laut. Hakak main geli-geli je basahkan kaki.. si kakak dengan adih dia sibuk cari ketam. 

Lepas letih cari ketam.. rest kejap. Since hotel ni sandwich between dua pantai which is Riau Beach dan Tumasek Beach.. kitaorang decide nak ke Tumasek Beach pula sambil-sambil tu menikmati kawasan sekitar hotel tapi sebelum tu cuci kaki duluuuuu.. siap ada telaga oke tuk cuci kaki. Di sekitar hotel ni disediakan balang air or orang Sabah bilang tajau. Boleh cedok air tuk bersihkan kaki sebelum naik ke bilik.


Hotel ni ada beberapa pool dan pool yang airnya biru tua tu khas untuk adult saja. Malangnya pool masih tak dibenarkan beroperasi buat masa ni tapi who cares sebab ada beach kannnn. Dalam hotel ni juga ada macam-macam aktiviti disediakan untuk pengunjung antaranya petting zoo, ATV track, watersport, SPA dan pelbagai lagi la selain tempat bersantai yang banyak disediakan di serta kawasan hotel.



Masa berkeliaran dekat area water chalet tu termengintai dalam bilik orang. Rasanya cam bilik superior ok lagi. Lepas tu lantai koridor memang la ada yang rasa macam dah reput tapi ok je. Tak de la reput pun cuma perasaan je kot. In term of bau.. ok je pada aku. Bau laut, macam tu lah. Tapi kalau kena suruh pilih bilik, aku still choose bilik superior tu 😝

Jalan punya jalan tadi... tak sedar dah jalan jauh giler hoiiii. Dah jalan jauh lapar la pula. Dah jauh menapak nampak medan selara Bangan Pinang malangnya tutup! Aarghhhh.. ingat nak naik grab je tapi cam tak berbaloi. Makanya jalan la balik ke hotel. Tak tahu nak kata sandwich between dua beach ni kelebihan atau sebaliknya. I say that sebab both beach tu public beach dan orang luar boleh simply masuk je ke kawasan hotel sebab tak de gate or guard yang jaga pun. Sebab dah lapar sangat, singgah makan dekat restoran tepi pool. Harga makanan dia memang boleh tahan la. Nasi goreng kampung RM36 hoiiii sepinggan. Kalau pizza or speghetti acceptable la harga itu tapi nasi hoiiii! Air coke tin RM11.. teh tarik RM13 secawan. Biasa kalau in house guest ada diskaun by % tapi kat sini tak de. Kitaorang makan hawaiian pizza dengan rega RM40. Ok la rasa dia...

Wednesday 24 June 2020

Review Bacaan Gula

Hari ni aku ke PPUKM untuk review bacaan gula. Appointment jam 9.00 pagi. Ingatkan kena follow macam appointment biasa rupanya aku kena jumpa O&G Daycare je. Tak payah amik nombor just pegi ke bilik 10 bagi reference letter.

Thank god doktor kata bacaan gula aku chantek so monitor je. Next appointment in one month.. weeeeeee. Makanya urusan aku hari ni selesai lebih awal sebab aku sorang je yang jumpa daycare masa aku sampai tu.

Tuesday 23 June 2020

Monday 22 June 2020

From PD to MV

Balik dari PD semalam laki aku ajak p Mid Valley. Nak beli apa tanya aku, saja-saja je katanya.  Ok. Dari PD tiba-tiba dah sampai Mid Valley. Memang langsung tak sedar sepanjang jalan sebab aku ngan si kakak sedap membuta... hahahaha. Memandangkan adik aku kata Chicco ada offer up to 80%, kami pun menyerang la kedai itew. Makanya adalah hasil tangkapan... baju baby ni semua bawah RM20 je.. yang putih tu RM14. Berbaloiiii!! Masa bayar tu apasal nak dekat seratus gak.. rupanya ada baju si kakak skali. Nasib adih dia nak belanja.. jimat duit mak 😝


Sunday 21 June 2020

Cuti PD : Klana Beach Resort








Inilah gambar-gambar di sekitar hotel. A nice place to stay pada pendapat aku. Hotel ni terletak dalam kawasan Baitul Hilal that house Balai Cerap Teluk Kemang. Hotel ni islamic concept.. dalam bilik di siap sediakan telekung dan kain pelikat. Kolam renang lelak dan wanita pun separate. Kat belakang tembok tu pool lelaki. 


Hotel juga sediakan walkaway tepi laut. Boleh turun dari tangga sebla pool tu dan jalan sampai ke pantai Teluk Kemang sambil enjoy the view.. memang nice. Masa sampai semalam air pasang so tak ble tembus ke pantai. Since sekarang masih PKPP, breakfast dihidang secara ala carte je. Dorang sediakan menu chit. Menu dia tak banyak tapi just nice ada option set western, nasi lemak dengan mee apart from kids breakfast dan roti. Tapi masa menunggu memang kena bertabah sedikit.. lama juga oiiii