Wednesday 28 February 2018

Monday 26 February 2018

Potograpi Katanya

  
Gara-gara dengki dengan iklan iphone X yang digembur-gembur ble buat black background ni dengan ekselen.. aku pun nak juga try. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga apps yang boleh menjadikan dengki aku tu direalisasikan. Aku edit guna apps Phocus.

Saturday 24 February 2018

Hotel Hunting

Sempena percutian keluarga kitaorang ke KK dan Kundasang.. makanya sibuk le aku nak mencari hotel. Bekobar-kobar nak ke Kundasang ni sebab dah lama sangat tak pegi.

Friday 23 February 2018

Lunch Anime


Biasanya friday rest aku and geng akan merewang-rewang di KL jadi juara shopping tapi hari ni datang pula angin malas nak jadi juara. Sudahnya aku tutup lampu dan layan anime je. Yang ini citer pasal basketball pula, Kuroko No Basket. A story of basketball si Kuroko.. as watak utama. Yang ni pun layan juga..

Thursday 22 February 2018

Hannah & Adih

Anak aku now dah pandai solat oke! Berbaloi-baloi hantar dia masuk ‘U.. hahahaha. So far now si kecik ni dah pandai ikut pergerakan solat, pandai baca ayat dengan 2 suku kata dan paling terror baca doa makan. Alhamdulillah.. moga istiqamah la hendaknya ye nak..

Hospital Daaaa

Hari ni tibalah hari appointment yang ditunggu-tunggu. Tunggu sebab saspen! Saspen sebab kena buat endoscopy oke. Apakah? Kena masuk hos dari tekak nak tengok perut. Ini gara-gara clininc ENT release aku sebab dah makan ubat pun tekak aku masih tak baik gak so dorang dah tak tahu nak buat apa. Makanya aku kena hantar ke clinic surgery. Kawan aku yang dah buat prosidur ni kata dia kena endo dalam keadaan sedar so ia adalah sangat tak selesa dan sakit. Kalau before ni kitaorang agree ultrasound leher adalah yang paling tak best compare to MRI, dia kata endo lagi teruk. Seram la pulak...

Bagi menjalani prosidur endoskopi, aku kena puasa. Kalau tak puasa kang penuh makanan dalam perut mana nak nampak cause of the problem kan. Sampai klinik op kos la kena register.. lepas register aku kena ‘soal siasat’ why aku nak kena buat endoskopi. Lepas tu dorang pasangkan branula kat tangan untuk masuk ubat katanya. I think tuk sedate la kot. Dah letih menunggun pas pasang branula, aku kena panggil & suh baring dekat katil. Pastu aku cam samar- samar apa berlaku. Aku sedar cam ada benda dalam perut aku dan aku mengerang sebab macam ada rasa sakit. Aku sedar ada ramai orang bercakap2 tepi aku tapi dalam keadaan yang samar dan aku tak berdaya. Maybe kesan sedate la kot. Sakit ke hos masuk kat tekak? Tak sakit sebab aku actually tak sedar pun cuma ‘masih boleh merasa’ walaupun cam samar-samar dan antara sedar tak sedar. Sampai habis kot procesure tu aku masih ‘sedikit sedar’. Lepas tu aku kena tolak ke waiting area.. nak tunggu jaga kot. Rasa sekejap je kot aku hilang mamai tapi orang kat seblah katil aku tidur cam sedap je. Bila jaga dia tanya, dah sudah ke? Dia tak sedar langsung kot masa kena masuk hos tu? Muskeel plak aku tapi takde la aku bother nak tanya, menyibuk je!

Doktor kata aku ada hiatal hernia type 1 dalam perut yang dah tertolak or menolak perut aku and cause perut aku longgar. ‘Longgar tu la yang menyebabkan cecair perut naik sampai tekak and efek tekak. So aku ditegah dari minum kopi dan seangkatan. Gila kau tak boleh minum kopi.. adoiiii! 

So apa komen aku untuk endo? As for me aku masih rasa endo ni waaaayyy better than kena buat ultrasound leher. Dengar ultrasound jangan ingat dia buat ala-ala cek perut orang pregnant ye. Yang itu dia golek-golek je tapi kalau ko kena kat leher.. tau le tinggi rendah langit betapa sakit dan tak selesanya.

Tuesday 20 February 2018

Sunday 18 February 2018

Midvalley Time


Cam setema pulak baju aku tu dengan deco CNY dekat Mid Valley.. ahaksss. Hari ni giliran berkunjung ke Mid Valley.. macam biasalah.. MV ni memang tak pernah lenggang. Sentiasa je orang ramai berpusu-pusu. Masa opis aku dekat sini pun hari-hari memang tetap meriah mall ni, tak macam mall lain yang padat pada masa-masa tertentu je like lunch time or weekend. Ong ada banyak baik la sini..

Saturday 17 February 2018

Chill What

 
Nampak sedap? Op kos! Op kos! Dan late resepi aku ye.. bukan si Chill Chill punya menu.. pinjam cawan je.. miahahaha. Lately ni aku gila latte. Nak minum 3in1 dah tak boleh sebab sugar level dah sipi nak kencing suwit.. so aku minum susu dengan kopi je la. No more sugar sugar T_T

Friday 16 February 2018

Thursday 15 February 2018

Wednesday 14 February 2018

Layan Katun

 
Dah lama gila aku meninggalkan aktiviti menonto anime.. akhirnya berpusing juga cd anime aku hari ni. Aku ni memang ketahuan penggemar sports anime dan ini is one of my favorite, Cross Game. A story about friendship dan football. Memang layan la..

Tuesday 13 February 2018

Hospital Note


Since masuk wad tu bukan le hari-hari kita buat macam masuk pejabat, op kos le lupa kan apa yang nak kena bawa. Makanya untuk memudahkan si Chemba uruskan keperluan ke wad kalau le kena masuk wad, aku pun tulis la surat cinta ni sebagai ingatan. Tahu le umur dah meningkat ni.. kena la ada persediaan.

Monday 12 February 2018

Sunday 11 February 2018

Art Activity

Kalau semalam dia menghabiskan duit mamme T_T.. ini hari duduk rumah je la kita ye nak.

Saturday 10 February 2018

Snow White Sesat



 
Jangan kompius, takdak pun Snow White kat Mesia ni. . huhu..

Hari ni si Hannah puas shopping dekat Kenanga Wholesale. Tujuan asal kemari is to cari costume bertemakan Disney Princess sempena sambutan birthday dekat skolah dia. Mula- mula nak beli costume Frozen, last-last beli Snow White. Maka terbang le RM75 hengget dari kocek aku T_T.  Yang tak ble tahan tu, si Hannah tak mau tunggu dah. Terus disarung je baju tu sambil jalan-jalan. Hadoiii la anak! Selain costume, dapat juga selai gown. Huntung le g Kenanga sebab gown tu udah le kain tebal & lawa.. rega pun RM20 je oke!

Thursday 8 February 2018

Ke Muadzam Kitaaa

Hari ni sesi melawat kawasan dengan my bos kecik. Merentas 3 negeri dari atas ke bawah semata-mata nak berjasa kepada rakyat. Inilah tanggungjawab kami sebagai penjawat awam.. Destinasi hari ni ke Muadzam Shah.. bertolak dari KL ke Muadzam lalu Negeri Sembilan.. balik ke KL pula dari Kuantan ke Selangor ke KL.. tabah la boss kena drive sendiri.. muhuhahaha. Pelan asal pegi bertiga tapi staff kitaorang tu cuti emergency pula nenek dia meninggal.

Tuesday 6 February 2018

Ke PPUKM Kita

Pagi ni aku laki bini ke PPUKM. Si Chemba kena buat CT Scan whilst aku pula g amik ubat yang dah nak habis. Bukan nak tunggu masuk bilik doktor je ramai orang, nak amik ubat pun umangg aii.. No sekarang 0390, nombor aku 0473.. ramai tu! Udah le tu, nak amik no giliran pun kena beratur panjang. Tapi pada aku kaunter ubat dorang ni agak efisen juga sebab dorang buka banyak kaunter.

Tadi g cafe PPUKM.. dah lawa la pulak cafe dia skarang.. kalau dulu before renovation kantin memang menyedihkan le aku tengok. Kalau nak lawa sket kena g sebla A&E. Now dah lawa  am setup restoran.. keep it up PPUKM!

Sunday 4 February 2018

Makcik Beli Tudung

Tadi si kecik ni duk bising.. dia nak tudung. Dah dapat toys pun dia nak juga tudung macam mamme katanya. Adoiii.. makanya terpaksa la kitaorang gagahkan diri ke jalan TAR carikan tudung tuk dia. Dapatlah berapa lai dekat Muadz Textile dengan rega less than RM10 selai.

Friday 2 February 2018

Dentist Visit Dan Jalan Midvali

Pagi ni ke Klinik Pegigian Tanglin.. dah kalau laki bini gigi sakit, sini le tempatnya. Masa sampai tadi agak payah gak nak dapat parking.. kena jalan jauh sket. Oke la menapak dari tak dapat parking langsung. Klinik gigi dia kat belakang sket.. aku dapat masuk cepat walaupun nombor lewat dari si Chemba.. miahahahaha. Maybe sebab aku ni masuk kategori geng Young Stroke Patient so dapat le cepat. Masa sampai tu doktor tanya aku ada makan ubat ke or ada sakit ke.. tu yang tahu tu. Urusan aku kejap je tapi nak kena menunggu si Chemba.. tengahari la juga selesai.

Tengahari tu g amek si Hannah bawa g office.. petang terus g jalan-jalan Midvalley. Sempena tahun baru cina ni, kena la lawat shopping complex tuk enjoy deco yang dibina sempena CNY. As expected, deco di Midvalley adalah cantik. Apart from enjoying the view.. aku dapat bunga dari someone tadi. Etttt!!! Bunga tu orang kedai bunga bagi for free.. marketing purpose la kot. Apa2 lah.. janji free.. ye dok!


Thursday 1 February 2018

Happy Birthday Pak Teh


Hari ni si Hannah sambut birthday Pak Teh dia.. kali ni kita sambut dengan carrot cake la Pak Teh ye!

Dalam banyak-banyak kek kat Secret Recepi, yang ini kegemaran gue. Selain ini, chocolate cheese dan indulgance juga gue gemar. Tapi now kencing sudah ada manes, kita try la avoid makan manes-manes sangat T_T