Wednesday 30 December 2015

Alhamdulillah urusan kenduri 7 malam berturut-turut dah selesai walaupun aku agak kecewa sebenarnya. Tatkala kami adik beradik sepatutnya mengirimkan bacaan2 al quran dan tahlil buat arwah, sebaliknya kami sibuk dengan urusan kenduri. Bayangkan, pagi sebelum pengebumian.. jasad arwah masih belum dikebumi kami dah sibuk ke kedai membeli barang untuk dibuat pemasakan bagi menjamu saudara mara sekembalinya dari kubur. Jenazah masih belum  dikebumi dah sibuk memasak.

Aku kecewa sangat sangat sangat tapi tak mahu bertentang dengan my mom yang pastinya jauh lebih sedih dari kami anak-anak.

Aku lagi kecewa bila ada pulak advisor my mom suh buat jelah tahlil dan kenduri 7 malam berturut-turut. Idea bukan main hebat tapi takde pula hantar orang untuk tolong kami berterusan sepanjang 7 hari tu. Mak aku pula setuju, padahal pada awalnya dia kata nak buat hati pertama, ketiga dan ke tujuh je sebenarnya. Sudahnya 3 hari tu je orang datang tolong, yang lainnya kitaorang adik beradik yang masing-masing beranak kecil ni la yang sebok membeli belah, sibuk memasak, mengemas, menyuci periuk belanga bagai sampai anak pun ntah ke mana. Sakit hati kitaorang adik beradik. Siap boleh demand pula nak makan hidangan nasi je oke, yang lain cam bubur or mee goreng tanak. Kalau bagi idea cukup dengan bantuan dan duit, tak kisah la. Ini bagi air liur je. Bayangkan kalau bapa aku tu takde simpanan bagai, nak mati pun tak senang.

Aku lagi sakit hati bila sepatutnya mak aku sibuk uruskan hal pencen, pemilikan harta etc sementara anak2 yang duduk jauh ni masih ada tapi dia sibuk nak kenduri. Sampai ada satu hari tu aku memang hot sangat. Kitaorang semua duduk jauh. By jauh i mean nak balik kampūng kena naik flight 2 jam setengah, nghabis beribu duit dan berjam perjalanan tapi mak aku cuma risaukan nak bagi makan. Kami ni kematian bapa, sedih. Tapi kami seolah2 berpesta pula meraikan kematian dia, siap order khemah bagai. Aku memang sakit hati sangatlah. Lusa aku ni dah nak balik, satu hapa urusan tak selesai. Nasib baik ada dua adik aku tinggal lagi. Dapatlah urus mana yang patut. Padahal kalau tak sebok nak sediakan makan minum bagai, dah selesai dah semua urusan.

Ada one night tu pula, ada VIP datang. So ada la mulut2 yang bagi arahan itu ini. Suh pasang itu ini. Aku adik beradik buat bodoh je. Bapa aku mati, apa ada hal aku kisah VIP Menteri Sultan ke nak datang pun. Masuk kandang kambing sila mengembek. Selalu kalau macam tu, yang VIP tu takdak apa pun.. yang side kick ni je lebih2. Dah la tu, air liur je dibaginya!!

Pastu, baru je bapak aku di kebumi 3 hari. Ada pula yang pandai suh g pejabat tanah urus cepat2 tanah bapa aku supaya tak jatuh ke tangan adik beradik my dad. Memang aku buat bodoh juga, layan pun tidak. Yang aku sakit hati mak ikut je. Esoknya kelam kabut ke pejabat tanah. Hari tu la aku memang hot gila. Ingat harta ni suka2 ke urusan dia, takde hukum agama nak ikut ke. Lantak la pun kalau jatuh pada adik beradik my dad, kami anak2 takde hal apa pun ko kelam kabut apa hal. Ko ingat nak buh semua harta pada my mom & pastu tuntut hak sebab kitaorang ni semua perempuan.

Kitaorang ni cukup tahu, my dad punya intention clear sangat. Dia tingalkan harta pencarian dia untuk isteri dan anak2. Isteri dan anak2 sahaja, bukan orang selainnya. Tapi kalau cuma kata dimulut takde bertulis maka ikut je lah hukum dan peraturan yang berkuatkuasa. Kalau ada hak adik beradik my dad pada harta dia, so be it la. Takat harta je, biar beribu berjuta bukan boleh di bawa mati pun. Macam aku ni paling lama 20 or 30 tahun je, mati juga akhirnya. Kitaorang yang anak pun tak kesah, ada pula yang nak jadi lebih sudu dari kuah. 

Dah banyak kali aku taip perkataan sakit hati dalam entry ni kan. Memang. Memang la sebab aku memang sangat sakit hati.

Thursday 24 December 2015

Pasti

1st time aku berhadapan dengan kematian, 6 bulan lepas masa arwah ayah mertua meninggal. Kali ni bapa aku pula. Masa arwah ayah mertua meninggal aku tak la tengok dia mandi. Kali ni dapat la tengok macamana orang mandikan mayat. Lepas adik aku yang dari Johor sampai, terus mandikan. Lepas solat zohor, solat jenazah... terus ke kubur.

Alhamdulillah dah selesai kebumi dekat tanah perkuburan keluarga dekat rumah nenek.

Kematian bukan suaru yang mudah dihadapi tapi janji Allah itu pasti dan tiada siapa dapat lari. Yang hidup perlu teruskan perjalanan dan menbambil iktibar serta pengalaman dari sebuah kematian.

Ya Allah, kau tabahkanlah hati-hati kami.....

Wednesday 23 December 2015

Bapa.......

Pagi tadi aku decide untuk balik juga hari ni. Doktor kata my dad cuma ada 24 jam sahaja lagi untuk hidup. Can u imagine that?

Adik aku balik flight kol 2. Aku balik flight 4.20 which is delay sampai pukul 5.10. Lagi dua adik aku balik esok awal2 pagi. All naik business class, MAS. This is like a worry came true for me sebab December is kinda nightmare kalau nak cari tiket balik. Bayangkan tiket airasia, Malindo & MAS semua habis. Yang ada pun cuma Business Class. Itu pun 1 je kosong for each flight. Nasib baik manage untuk dapat tiket.

Sampai2 airport KK terus buka henpon. Berderu masuk mesej dan whatsapp dengan ucapan takziah. Rupanya aku tak sempat jumpa bapa. Adik aku kata dia dah tinggalkan kitaorang kol 6.20 petang tadi.

Innalillahiwainnailaihiraajiuun...

Bapa dah tinggalkan kami................................................................................................

Monday 21 December 2015

Tiket Nightmare

My dad dah masuk hospital since last week sebab tiba-tiba dia sesak nafas dan sakit sangat kaki. Doktor advise his condition is critical. Today we all agree for him to be send out to Queen E 2 Hospital, KK. Pada aku, untuk terima rawatan untuk sembuh mungkin harapan sangat tipis. For his condition, aku cuma harap dapat buat dia rasa lebih selesa. Selagi ada hayat, tak salah untuk kita berusaha kan.

Mula2 QEH2 taknak terima sebab baru je pun last week my dad ke sana untuk check up & everything is ok. Tak expect la kot his condition worsen... Makanya aku decide tukar tiket aku dari 30hb ke 25hb. Bulan 12 ni memang nightmare kalau nak cari tiket flight ke Sabah, aku memang tahu tu. Makanya kena tambah RM 13++ lagi dari tiket asal RM1k. Harap2 my dad ok....

Sunday 20 December 2015

Welcome New TV

Aku tau sangat kalau repair tv silap2 sama je cam kos beli baru. So masa aku bersiar2 kat Sen Heng, aku terbeli la pulak tv bari. Ahakssssssss.... kali ni beli 50 Inch LED Android tv + 5 tahun warranty. Pueh ati aku ging!!!!

Apa yang best LED-Android ni? Memang best gilossss!! Gambar memang cantik amat + ble donlod apps dari Google Play oke! Provided ko ada internet la. Perghhhh!!! Pueh hati samgat la. Pas ni remind myself kalau nak beli barang letrik, esp tv beli dekat Sen Heng jek. Aku beli tv yang rosak tu kat Jusco.. ngam2 habis setahun rosak. Siut je kan! So kali ni aku beli dengan waranty 5 taun cam tv 1st aku.

Saturday 19 December 2015

Driver Dadde


Anak aku buat hal.. tetiba mengamok nak duk kat lap dadde dia lam keta time memandu. Nasib la dadde dia jenis penyabar orangnya. Makanya stop la kejap tepi jalan bagi dia main stereng puas2. Luckily  mau juga akhirnya dia duk ngan aku. Alahaiii anak..

Saturday 12 December 2015

I Miss Tokyo!!!

Tokyo always is my favorite place to visit and I don't even mind if I go there all the time for vacation. What do you go Tokyo for? For me the reason will be watching. Be it people watching, nature watching what so ever. There are many things you can do there.
1. People watching
Japan people is fascinating to watch, especially their youth. Harajuku will be the perfect spot to people-watching. Don't lose a chance to encounter anime-wearing youngsters. Be it Naruto, Sailor Moon.. You will have your chance meetint them there. Just don't roll your eyes! Or you could go to Akhihabara for the same reason too or Shibuya for people-flooding-watching. There were so many people crossing the Shibuya Crossing every time the traffic stop. You'll be amazed by the view.
2. Nature Watching
Inside Tokyo itself, there are more than 10 beautiful gardens that you can visit like Shinjuku Garden, Hamarikyu Garden, . No. You don't have any idea how beautiful they were if you only have a vision of Malaysian garden inside your head. Go during Autumn... mahvelous!
3. Concrete Forrest Watching
Be it the view from Tokyo Sky Tree, Tokyo Tower or Tokyo Metropolitan Building, trust me. Wow will be the only words you say. Don't expect super-architectly-build buildings. No. They don't have it much in Tokyo. All you see is a simple building, small in size but fully functional, very clean and well maintained.
 
4. Anime Anime Anime
Go to Akhihabara. I've been to Tokyo three times and already meet Naruto, Doraemon, Bezita, Prince of tennis, Goku, Hello Kity, Otromen, Gundam.. All in human size or bigger. If you are not a fan of replica, do No.1.. You can also go to Odaiba to meet Gundam and Doraemon or Ikebukuro for J-World and meet Goku, Bezita, One-piece etc or visit Shonen Jump Shop at Tokyo Station and Tokyo Dome City.


5. Enjoy clean and small of everything.
Small building. Small road. Small lorry. Clean wet market. The cleanliness is too much clean, I tell you!!.
6. The Four Seasons Of Happiness
Winter is cold, summer is cozy but autumn colors will melt your heart. The yellow color of gingko and red color of leaves will mesmerized you. When comes to spring, the pink sakura... It will blow you mind!

Friday 11 December 2015

Les Oil Bihun For Toddler


Anak aku suka makan mi. Ko bagi nasik, sesudu dua jek la makanya. Kalau bagi mi, tambah2 megi bukan mainnn! Aku selalu cam stress la jugak, kalau makan mi selalunya goreng. Kalau namanya goreng kompom2 tak healty untuk kanak2 kecik kan so tertiba nak tercuba cara memasak tanpa or less oil menggunakan rice cooker baby. Rice cooker yang belinya mahal, gunanya cuma sekali dua oke!

Back to story asal. Aku masak tadi meehun goreng.

Memula cuci jek bihun keras tu, campak dalam rice cooker & buh air sikit. Campak la ayam yang dah diracik kecik2, tomato kecik2, lobak-lobakan, kicap, garam, sos.. tunggu lembut sikit gaul jek. Tengok2 kot2 kering sangat, boh air sket & minyak sikit kalau nak. Kalau tanak pun tak pe sebab aku rasa cam takde effek sangat pon minyak tu. Tunggu la sampai bihun tu lembut & dah boleh makan. serving untu sepinggan kejap je masaknya & lebih sehat berbanding dengan yang digoreng.

Itu le hasilnya....

Thursday 10 December 2015

Arwah TV


Kekira jam 6 setengah tengah aku layan Oh My Venus kat henpon sorang2 lam bilik, tetiba anak aku yang nengok katun kat luar bilik meraung. Sah la tangisan tertukar channel la tu. Bila aku g jengok, suara tv ada tapi gambar gelap gelita. Yang ada cuma bunyi bising jek.

Try2 tengok ada longgar or tercabut kat mana2 ke.. takde. Sah! memang sah la tv ni nak kena campak dari atas ke bawah. Eiiii! Time2 ini le dia rosak. Nak repair tv satu hal, silap2 sama harga dengan beli baru. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sakitnya hati.

Wednesday 9 December 2015

Hannah Rajin Study


Minggu ni anak aku rajin gila study. Walau dibuka tv, dia masih gigih berlari2 ke dapur nak tunjuk gambar kat aku. Bila aku sebut gambar apa, dia lari semula ke ruang tamu then repeat bekali-kali sampai aku siap masak. Alahaiiiii... rasa cam berbaloi2 sangat spend duit beli buku2 tuk dia.

Anak aku macam tu lah, rasanya budak at her age dah petah sangat dah bercakap tapi anak aku petah bercakap dalam bahasa yang hanya dia sendiri faham. Cumanya lately dia dah ada improvement. Gara2 banyak sangat tengok Mickey Mouse kat Disney Junior Channel, dia da kenal dog, cat, frog, monkey, snake, butterfly, ducky, cake, fly kite, ball, star, cow, pig, shirt.. itu la tu semua apart from omma, pa, ayah, adih. Padan la selama ni dia tak paham cakap kitaorang, upanya dia cakap omputih! Hahahahaha

Tuesday 8 December 2015

Shawl Senang Solat


Kalau dulu, antara cabaran aku kalau pakai shawl yekla nak lilit balik lepas cuci muka or solat. Idak la susah mana tapi leceh. Malas tol! So now aku dah terjumpa cara pakai tudung yang takyah buka langsung masa nak amek air semayang. Buka pin atas, amik air semayang then pin balik... selesai!

Macamana?


Monday 7 December 2015

Bayar Saman DBKL


Pagi2 tadi si Chemba da g bayar. Settle! Bayar within 15 hari 150, tapi kalau through kaunter rayuan dapat la RM50. Sukurrrr tah nak! Kalau aku belanja beli baju pun ble dapat selai RM50 tu. Makanya ini dikira pengajaran le ni... pengajaran yang berharga!

Si Chema kata, tak payah le kome nak memikior ayat apa nak di goreng masa merayu, katanya kat situ memang ada kaunter rayuan. G sana, officer dia cop... tada... dapat la kome diskaun!

Sunday 6 December 2015

Oh My Venus Ku Terjebak


Akibat terjebak, ku gagahkan jua!

Lama gila da tak terjebak citer Korea ni.. tahun ni terjebak semula. !st tu terjebak tengok drama 132 episode.. lama gila tapi hari2 main. Yang ni 16 episode jek, tapi seminggun 2 kali jek main. Stress ok tunggu! Gara2 tak sabar, makanya aku tonton online baru puas hati. Bagus tol online streaming sekarang ni. Malam ni citer ni main kat Korea, dalam bebeapa jam dah kuar siap dengan subtitle sekali oke!

Yang ni heroin di Shin Min Ah & hero dia So Ji Sub. Si Mina tu aku kenal, si Ji Sub ni tak kenal. Nak kata best sangat cerita dia, tak de la sampai cam citer My Girl yang menjadi kegilaan aku swatu masa dolu tapi boleh la layan. Citer pasal si Mina ni dedolu kuruih, cantik ala2 model. Da koje gemok ala2 dugong. Pas tu kena tinggai dengan boyfren sedari zaman sekolah. Makanya dia berazam le nak kurus semula & jumpa si Jisub. Anak orang kaya yang jadi personal trainer. Si Jisub last jatuh cinta plak dekat si Mina.. kuang kuang kuang.. lebih kurang gitu le jalan ceritanya!

Saturday 5 December 2015

Bad Big Wolf!

Saya sudah, anda bila?

BBW datang lagi!! Kalau last year aku tak pegi, this year aku kembali beraksi membeli buku dan menghabiskan duit yang nan hado. Macam before, buku2 dia agak menarik la  juga tapi this year dah takde sangat dah buku 5 hengget or 8 hengget untuk buku dewasa. Mostly the book start at RM10, RM12. Yang paling berbaloi ke BBW ni kalau beli buku kulit keras. Yang jenis gini kalau beli dekat MPH or Borders, mau ratus2 tapi kat BBW serendah RM18 hengget boleh dapat. For those yang hantu buku, memang seswai sangat la berkunjung ke pameran BBW ni.

Stressfull Parking


Pagi tadi kol 10.30 baru si Chemba kata jom kuar. Aku dah agak dah, kalau kuar umah after 10 pagi, mesti akan berlaku kejadian stress somewhere along the way ke destinasi. So cerita hari ni, we went to Mid Valley. Jalan agak lengang, sengih! Masuk parking MV pun agak lengang, sengih lagi. Kebiasaanyan kalau ke MV kitaorang akan keluar as early as 9.30 pagi so boleh masuk underground parking kat Visitor Park yang membolehkan aku terus masuk dari Jusco. Makanya hari ni malang memang berbau tak jumpa parking hatta sebijik pun. Yang ada cuma yang jauh ntah dekat mana.

Makanya berlakula kejadian stress & terus aku suh balik je.

Laki aku yang memang dah masak dengan temper si isteri senyap je. Drive kuar balik ke area umah & dia kata jom ke Berjaya Times Square. While on the way, jem macam haram babushitto! Nasib sempat turn kiri & stop jek la dekat Viva Home mall while nak u-turn.

VH ni banyak kedai perabot. Tapi aku kureng gemar ke mari walaupun dekat je dengan rumah sebab mall ni tak moslem friendly sangat kedai2 makan eh. Ada la Old Town, Subway, Keny Roja.. yang lain sumer la bukan tuk kita2 ni. Mall ni cater more of house perabot & anchor tenant dia Giant. Ada pangggung wayang gitu tapi memang kalau dah tak de option sangat le baru kitaorang kemari.

Si Hannah tadi bukan main lagi, singgah Mr. Diy terussss beli topi ala2 befdey kunun.

Monday 30 November 2015

Lokasi Peristiwa Berdarah

Inilah lokasi berlakunya peristiwa berdarah hari tu. Ok. Aktuali tadak sapa yang kena tetak or kapak or anything dangerous. Yang berdarah sebenarnya cuma hati gue sebab kena saman oleh DBKL. Sakit hati oke kalau kena saman!

Kesalahan yang aku dah buat, they categorized it as traffic obstruction. Kalau bayar within 15 hari kena bayar RM150, within 30 days RM200.. lebih 30 hari RM300. Sampai arwah le aku akan ingat saman kau ni DBKL!

Saturday 28 November 2015

Friday 27 November 2015

Tua Tak Beradab

Hari ni aku kena g istana n jpm la pulak.. ada mesyuarat kol, 10.30. Makanya kol 7 gerak g hantar Hannah & terus ke Lrt. Hari ni aku park depan kedai bagi mengelakkan kejadian kena saman berulang kembali. Sharp 7.45 sampai TBS. Ingatkan sharp le gerak.. dekat kol 9 jugak le baru bertolak.

Kol 1 mesy. habis, pas lunch kena gerak ke Putrajaya untuk meeting kol 3. Tapi bos kata petang you all boleh balik uma truss & takyah attend the meeting. Yeayyyyy.. punya gumbira!!!

Tapi kegumbiran ku lenyap dek kerana sorang acik tua yang kuang ajo ni. Pas jenuh aku menghon, alih2 dia datang dengan muka kerek. Cakap maaf pun takde. Kuang hajo. Nama je orang lebih tua, adab tadak. Tak taula mcmana dia ajar cucu2 dia. Kalau aku bawak Sonata dulu.. aku dah langgar dah keta dia.

Thursday 26 November 2015

First Time Quill Mall & Kena Saman


Tadi before balik umah, aku route naik monorel singgah ke Quill City Mall, turun dekat Medan Tuanku. Boleh tahan juga, situated dekat town centre. Cumanya kedai2 belum fully buka lagi. Sempatla sauk boot dekat H&M.

Sampai je dekat keta tengok kena saman. Siut la memang! Bayar within 15 hari 150, lebih 300 hari 300. Siax!

Sunday 22 November 2015

Apa Pun Tak Boleh!



Punya sakit hati, yang jauh dengan yang dekat sama jek. Maybe sebab hari ni baru hari ke 4 buka, so orang still ramai. Hopefully next2 month reda la..

Tuesday 17 November 2015

Everybody Say Kim-long-chi!


Inilah masalah bila terjebak cerita korea.. mesti nak tahu kesudahan. Actuali aku dah lama tak layan cite korea ni. Walaupun astro kat umah ni memang langgan channel korea,  jarang sangat la aku click. Ntah macamana pula kali ni tertekan. Yang paling tak paham cerita ni 132 episod oke! Sudahnya aku tengok 2 episode 1st, rakam then skip & tengok every 20 ke 30 episod sebab tak tahan nak ikut.

Until la selakarang ni dah cecah 100 episod long episode of Everybody Say Kimchi. Gigih! Haha

Yang ni cita pasal husband yang betray the wife & amik anak dorang. Pastu wife baru dia plak adik beradik tiri dengan boyfren baru si ex wife. Pastu si ex wife rupanya adik beradik seibu ngan current wife. Pastu berebut harta. Poning ok! Naik stress aku tengok.

Saturday 14 November 2015

KLCC Aquarium 1st Timer

First time wooo p KLCC Aquarium! Sakai!!

What do I think? Hmmm.. biasa2 jek. Kalau compare dengan Lotte World Aquarium, Seoul.. best lagi kat Seoul sebab lebih luas. KLCC punya agak kecik. Yang best tang tunnel tu jek.

Si Hannah bukan main gumbira, siap belari2 sampai terpelanting oke! Duk tanya kitaorang, ow maa! wats tis? Aku ngan laki aku pun tak sure, si Hannah ni paham ke idak ke wats tis tu apa. Mengekek kitaorang ketawa masa 1st time dia cakap.. cakap omputih upanya anak aku, patut dia tak paham cakap kitaorang selama ni.

So, back to aquarium tadi. Tiket masuk 2 orang RM92 ringgit tapi aku dapat off RM10 sebab ada promosi untuk pemegang kad Aeon. Makanya tiket kitaorang hari ni cuma RM82.00. Si Hannah tadak tiket sebab still underage.

Friday 13 November 2015

Whose Teeth More Expensive

Kalau beli tooth paste baby memang wat stress jek sebab reganya mengalahkan 2 3 tooth paste adult. Kalau yang ada rega tu tunjuk RM15.80, yang lagi satu tu RM27 kalau tak silap. Yang lebih mahal tu safe kalau budak telan.

Apa2 la labu. Yang pokai mak ayah. Sabau je la!

Thursday 12 November 2015

Me me me

Aku memang ketahuan pelik dari zaman kici2. Apa yang orang ramai2 suka, aku pula lebih terarah memilih unpopular 'option'. Antara contohnya, pilihan rumah. Bila aku cakap umah aku umah flat, saiznya tak sampai 800sq ft, reganya 200k++. Banyak juga la soalan like apsal tak cari umah landed, umah besar sikit dan seanggkatan.

Umah bapak aku nak kata kecik memang tak tapi nak kata besar sangat pun tak la juga. Tapi kalau nak kemas sorang2 memang sakit hati la dibuatnya. Bukan senang nak bersihkan oii! Dahla dua tingkat. So, aku membesar dengan azam untuk memastikan umah aku low maintenance dan senang nak bersihkan. Umah besar aku pangkah. Umah  bertingkat2 aku pangkah. Umah dengan yard yang luas aku pangkah. Dapur besar aku pangkah. Umah serabut dengan barang aku pangkah. Makanya umah aku kecik tapi aku pastikan ruang tamu aku lapang. Aku bersih bila aku suka je. Aku tak de fikir sangat nak sapu selalu. Kalau kena sapu or vakum, tak sampai seminit siap. Aku tak de mop lantai. Aku lap dengan tisu or kain basah je. Ahahaha.. kau hado? Aku spend less than 10 minit nak bersihkan the whole house ok. Anak aku buat sepah, aku tadak hal. Clear kejap je. Kawan tetiba nak datang? While dorang jalan kaki dari paking ke umah aku, aku da selesai berkemas. Dapur aku, as kecik as it could be. Aku berdiri at one place da boleh masak kat dapur gas, aksses rice cooker, mikrowave, peti ais. Nak g sinki selangkah je. Kalau kome jenis malas tahap gaban, sila la contohi aku! Hahahaha

Wednesday 11 November 2015

I am A Ma

Though i am a 1st time mother, aku takde la terkesan sangat kalau anak aku buat sepah or kotorkan kapet or conteng dinding ka apa ka. Most of the time aku biar je anak aku buat hal dia. Tapi aku bukanlah baik sangat sampai redha jek dengan perangai si tecit yang kadang-kadang mengancam kesabaran. Antara yang boleh buat aku naik gila
1. Baru je sampai rumah pas amek dia dari pengasuh, tudung pun tak sempat buka dia stat melalak tak de pasal. Saja2.
2. Lampin penuh yak dia tanggalkan. Eiiii! Stress kalau kena taik yang cam taik kambing. Jatuh sana sini oke!
3. Tuang susu kat tv, kapet dan semua la. Kalau air kosong aku tak kesah tapi tang susu yang buat aku panas. Melekit oii!
4. Bila tak dapat apa dia nak esp lambat buat susu, hempas kepala dekat lantai. Aku memang panas tol tang kepala ni.
5. Koyak buku. Rosakkan mainan. Ini lagi satu pantang atok nenek moyang aku kalau pedajal buku atau mainan.
Inilah 5 perkara yang selalu buat darah tua aku menggelegak. Lain dari tu, aku cool. Tapi kalau yang lima ni dia buat, berapi ok!

Monday 9 November 2015

Lobang!!!


Stress oke tengok puting si Hannah ni. Baru dua bulan kot beli, dah gini jadiknya. Tah hmana plak datang habit baru dia mengiggit puting. Satu set puting ni 30++. Pengsan kalau tiap2 bupan kena beli baru oii! Biasa aku akan tukar puting 3 bulan ke 4 bulan sekali. Kalau tiap2 bulan la.. alahaiiii!!!

Saturday 7 November 2015

No More Damansara For Ikea

 

I got this email yesterday. So yes! Pasni takyah dah la kitaorang susah2 drive 20km++ all the way to Damansara for Ikea and bazir duit bayar tol sebab this new Ikea Cheras dalam 5 km jek dari rumah aku.

Apa yang best sangat tang Ikea? Nak kata aku ni peminat barang Ikea, tak la juga tapi memang umah aku ada la perabut2 Ikea. Aku suka g Ikea sebab nak makan karipap. Most of the time itulah sebab utama ke Ikea. One thing about Ikea ni is reliable. They have the catalogue and you know all the stuff in the catalogue were there. Be it cantik or tak, mahal atau tak, berkualiti atau tak, worth it atau tak.. those stuff were always there. So people could go to Ikea to buy what they saw on the catalog as long the product tak discontinue.

Antara perabot yang aku pernah beli dari Ikea like carpets, table bar set, retractable dining table set, foldable table dan tilam. In term of quality, so-so tapi seswai dengan harga. Kalau g kedai perabot harga kadang2 tu ridiculous. So, there are times i believe Ikea is the right choice especially untuk rumah yang mempunyai ruang yang limited macam apartment. Ikea juga introduce space saving perabot macam retractable table yang boleh dibesarkan untuk cater 8 orang instead of saiz normal 4 - 6 orang. Or foldable table yang boleh dibukak masa nak guna & hide masa tak perlu or small size of sofa bed or.. pandai2 la kome survey sendiri. But most of the time, i choose Ikea karipap over its perabot!

Friday 6 November 2015

Bila Jadi Hamba Liabliti

Pagi tadi aku terjaga lebih awal dari bunyi alarm henpon aku, si mega. Pas peluk2 si Hannah jap, aku kelam kabut ke toilet sebab dapat panggilan hajat. Gara2 takut si Hannah tekejut dengar bunyi alarm makanya aku bawak je la henpon ke toilet sebab tak dan nak off alarm, alarm perut da kritikal tahap Gaban. Bukan tak biasa, boleh kata selalu jugak la aku bawa henpon masuk toilet. Sambil2, sambil2 baca. Bukan sekali dua juga jatuh tapi si mega begitu kebal. Tapi kali ni duit aku lebih disayangi oleh apek kedai repair.. makanya pecah la screen si mega lantas arwah la touch screen dia. Ini menjadikan si mega device ke tiga aku yang retak screen nya lepas si ipad min dan si mega 1st.

You hear me correctly, si mega ni bukan mega pertama yang aku ada. Mega 1st aku dulu pun kes sama juga, touch screen arwah. Malas nak pk banyak, so aku beli baru. Kali ni tak mampu da aku nak beli baru. Lain la kalau aku or husband aku or mak bapak aku cop duit kan!


Mula2 tu ada juga timbang2, nak beli model lain or repair je. Tapi bila mengenangkan betapa skrin 6.3" ni memang menjadi kegilaan aku, so I decided to repair. G la kedai amoi dpn umah aku. Amoi tu kata kena tukar the whole set sebab touch screen dah arwah. There goes my RM350, gone just like that!

Wednesday 4 November 2015

RM++ For Exclusive


Kalau kome peminar bawal yang katanya ekslusif, mesti kome tau ni kat mana. Ok. Aku happen to temankan my friend g beli tudung. Katanya nak g Bawal Ekslusif. Aku cam teruja la juga nak tengok how ekslusif since aku pun peminat bawal, used to.

Aku tengok kat kedai tu, rega paling murah RM58 tak masuk GST. So aku pun belek la sungguh2. Kain biasa2 je, design just tepek2 manik bodo which to be frank can't  be call 'a design' at all pun so  I wonder la juga dimana mahalnya? Orang kedai kata manik2 bodo to is a Swarvosky. Ooooooooo.. panjang o aku. Maybe people like it and it is good that local brand has fans but it is not for me who is only willing to spend less than 20 for tudung.

Tuesday 3 November 2015

Respectful Dustbin

Getting rid of stuff is hard, you think so? I dont think so. Whatever I dont need, the respectful place will be in the dustbin. Be it expensive or not, don't think too much. The key word is, as long as you no longer want to use it just throw it away. Maybe it take times but eventually, it will find its way to the bin. Since my house is small so it wont be the best idea to keep unnecessary stuffs and junks.
Some people are nostalgic that they keep everything like my dad. He still keep his 35++ years old refrigerator. That how nostalgic he is. He still use it, this might excuse him but there were so many other stuff, keep but never use any more. His house kinda big but the usable space is 'small' due to to accommodate all the stuffs. Since I was small, I didn't like it. And promise to do the other way around with my unused stuffs, or boyfriends (too) ;p, which is throw them all in the dustbin. Bye bye & thank you!

Monday 2 November 2015

Hannah's 2nd Cruise

This is actually our 2nd cruise in Malaysia, after Labuan ferry hari tu. Actually si Hannah punya 1st cruise in London, di Thames River. Tapi time tu veli the kici so takde la dia merasa the joy of cruising.

Asalnya plan nak g Berjaya Times Square, alih2 sampai The Mines. Alih2 sampai sini, tiba2 terbeli tiket cruise @RM25 sorang. Makanya naik cruise la si Hannah hari ni. Kitaorang amek pakej Greenery Cruise, dalam 20 minit satu trip. Best? biasa2 je. Tapi mearasa la tengok bangau, angsa, rimau.. tapi rimau replika je.
Eksaited betul si kecik nampak angsa. Dia ingat itik kot, so panggil ducky. Hahaha.

White Swan
Black Swan

Sunday 1 November 2015

It Is Mamak Time


Hello unkel mamak!!

Lama dah tak lepak mamak. Biasa si Chemba yang suka g mamak. Sikit2 mamak. Walaupun macam2 menu ada dijual dekat kedai mamak, i dont really enjoy the food sebab tak tahu nak makan apa. Kalau menu kedai mamak depan umah aku tu, dari barat ke utara ke timur selatan, boleh kata semua ada la. But to think thai food being prepared by not -a-thai, it is a big turn off for me.

Tapi kat area umah aku memang banyak gila kedai mamak. Kat depan ada 3, area belakang ada 5. Itu yang aku tahu, kat belakang2 tu aku rasa macam ada lagi. Kedai2 mamak  ni range from yang mahal sampai la yang tak berapa mahal dan rasanya di gred dengan gred A walaupun the food a so-so.

Apa yang orang suka sangat g mamak ni hah? Aku pun tak tahu la apa mandrem yang mamak bagi. Tapi pada aku kedai mamak ni reliable dan fast service. Cam kat umah aku tu, rasanya 1 pelayan jaga 2 or 3 table je. Sampai2 terus ada orang layan, tak yah tunggu lama makanan pun sampai. Bila blah, meja cepat je dorang clear. Order western, malay style, mamak style, thai style.. semua tara masala. Itu yang pelanggan mahu. Cuba kalau pegi kedai bukan mamak. Nak amek oder cam kura2, nak hantar oder pulak cam siput babi. Pastu makanan sikit jek. Makanan ini takde, makanan itu takde. Pelanggan sampai, nak clear table bekas previous pelanggan pun lembab.

Jadi macamana?

Belum kira restoran tutup suka suki. Cuba tengok mamak 24hr, except Friday for solat jumaat.

Macamana nak lawan kedai mamak?!!

Saturday 31 October 2015

Hantu Mainan Beraksi


Inilah yang terjadik bila mak dia gila mainan. Hari ni saja si Hannah dapat cleaning set & train. Pasni boleh la dia tolong ahkak menyapu sampah sebab dalam set tu ada penyapu & mop bagai. Train ni? ini mak ngan bapak dia yang nak main.

Thursday 29 October 2015

Hannah & Duck


Anak aku walaupun da nak masuk 2 tahun 5 bulan, dia masih tak boleh develop her vocabulary. Ada less then 10 words jek yang dia tahu and most of it dia belajar dari cartoon. Salah satu word yang dia mahir yekla ducky. Be it gambar, 3D, 2D or terbalik, she still recognized si ducky oke!

Friday 23 October 2015

Shawl Shawl


Apa matcam? Sun tak aku? Akakakakaka.. munta! Sila abaikan my double chin oke.

Tak ingat sejak bila aku bergiat pakai shawl ni tapi aku ingat shawl pertama aku brand Real Hijab yang aku bili dengan harga RM100 untuk 5 or 6 helai. Tu pun masa offer.. kalau tak memang tak hengen la aku nak beli sebab pada aku paling mahal limit yang aku letak untuk tudung cuma RM30.. lebih dari tu memang tak beli. Tak kira la Faridah ke Sarah ke, as long lebih RM30 memang aku pangkah.

Shawl brand RH ni memang panjang. Masa mula2 pakai hampir jugak la kecewa sebab tak reti nak gayakan dan shawl ni panjang sangat sampai cam pakai tudung labuh. Then aku mula cari shawl yang lebih pendek tapi masih gak tak de gaya yang aku rasa seswai dengan aku, infact jadi menyusahkan pula nak lilit2. Bila tengok dekat You Tube, tak ble paham camana dorang ajar.  Due to training makes perfect, last2 pandai juga aku pakai...ahaks. Now da jumpa la gaya paling senang dan cepat pakai shawl. Tak yah fikir sangat nak lilit macamana.. itu yang penting. Dan labuh kat dada, belakang n bahagian dalam. Tahula kan shawl ni nipis so kena make sure bahagian dalam agak panjang. Cara pakai? Tak sampai seminit pun. Takyah nak beli instant bagai. Macamana? Lengkali aku share.. ahakss

Thursday 22 October 2015

Offer Tak Ikhlas Sushi King


Masa memula nampak fliers ni tertepek kat keta aku, cam eksaited juga nak baca sebab Sushi King yang buat offer. Tambah2 bila nampak sotong kegemaran hamba reganya cuma 2 hengget sepinggan kot dan kacang Edamame pula RM1 jek sepinggan. Rasa cam berkobar jugak la nak g bayar RM20 tuk dapatkan kad ahli. Tapi bila baca2 baru perasan offer tu cuma valid 1 orang 1 pinggan. Choiiii!! Kalau macam itu baik ko tak payah buat offer. Cam tak ikhlas jek!

Wednesday 21 October 2015

Best Way To Eat Eskrem


Haaa.. inilah cara aku makan eskrem & kopok. Sedap wa sakap lu! Kalau selalu amalkan tak pasti la baju kome yang sekarang muat masih boleh disarung. Ahahaksss