Thursday, 12 November 2015

Me me me

Aku memang ketahuan pelik dari zaman kici2. Apa yang orang ramai2 suka, aku pula lebih terarah memilih unpopular 'option'. Antara contohnya, pilihan rumah. Bila aku cakap umah aku umah flat, saiznya tak sampai 800sq ft, reganya 200k++. Banyak juga la soalan like apsal tak cari umah landed, umah besar sikit dan seanggkatan.

Umah bapak aku nak kata kecik memang tak tapi nak kata besar sangat pun tak la juga. Tapi kalau nak kemas sorang2 memang sakit hati la dibuatnya. Bukan senang nak bersihkan oii! Dahla dua tingkat. So, aku membesar dengan azam untuk memastikan umah aku low maintenance dan senang nak bersihkan. Umah besar aku pangkah. Umah  bertingkat2 aku pangkah. Umah dengan yard yang luas aku pangkah. Dapur besar aku pangkah. Umah serabut dengan barang aku pangkah. Makanya umah aku kecik tapi aku pastikan ruang tamu aku lapang. Aku bersih bila aku suka je. Aku tak de fikir sangat nak sapu selalu. Kalau kena sapu or vakum, tak sampai seminit siap. Aku tak de mop lantai. Aku lap dengan tisu or kain basah je. Ahahaha.. kau hado? Aku spend less than 10 minit nak bersihkan the whole house ok. Anak aku buat sepah, aku tadak hal. Clear kejap je. Kawan tetiba nak datang? While dorang jalan kaki dari paking ke umah aku, aku da selesai berkemas. Dapur aku, as kecik as it could be. Aku berdiri at one place da boleh masak kat dapur gas, aksses rice cooker, mikrowave, peti ais. Nak g sinki selangkah je. Kalau kome jenis malas tahap gaban, sila la contohi aku! Hahahaha