Sunday, 1 November 2015

It Is Mamak Time


Hello unkel mamak!!

Lama dah tak lepak mamak. Biasa si Chemba yang suka g mamak. Sikit2 mamak. Walaupun macam2 menu ada dijual dekat kedai mamak, i dont really enjoy the food sebab tak tahu nak makan apa. Kalau menu kedai mamak depan umah aku tu, dari barat ke utara ke timur selatan, boleh kata semua ada la. But to think thai food being prepared by not -a-thai, it is a big turn off for me.

Tapi kat area umah aku memang banyak gila kedai mamak. Kat depan ada 3, area belakang ada 5. Itu yang aku tahu, kat belakang2 tu aku rasa macam ada lagi. Kedai2 mamak  ni range from yang mahal sampai la yang tak berapa mahal dan rasanya di gred dengan gred A walaupun the food a so-so.

Apa yang orang suka sangat g mamak ni hah? Aku pun tak tahu la apa mandrem yang mamak bagi. Tapi pada aku kedai mamak ni reliable dan fast service. Cam kat umah aku tu, rasanya 1 pelayan jaga 2 or 3 table je. Sampai2 terus ada orang layan, tak yah tunggu lama makanan pun sampai. Bila blah, meja cepat je dorang clear. Order western, malay style, mamak style, thai style.. semua tara masala. Itu yang pelanggan mahu. Cuba kalau pegi kedai bukan mamak. Nak amek oder cam kura2, nak hantar oder pulak cam siput babi. Pastu makanan sikit jek. Makanan ini takde, makanan itu takde. Pelanggan sampai, nak clear table bekas previous pelanggan pun lembab.

Jadi macamana?

Belum kira restoran tutup suka suki. Cuba tengok mamak 24hr, except Friday for solat jumaat.

Macamana nak lawan kedai mamak?!!