Showing posts with label Dendam!. Show all posts
Showing posts with label Dendam!. Show all posts

Saturday, 30 December 2017

Pengalaman Geli Di Hotel Seri Costa Melaka



Kol 4 lebih sampai Melaka.. yes, Melaka lagi! Kali ni cek in dekat Hotel Seri Costa, hotel yang terletak diseberang jalan je dengan Menara Taming Sari. Besarlah harapan aku akan enjoy duduk hotel ni alih2 this is my worst night mare!

Tak pernah lagi aku duduk hotel yang bilik air dia.. ya rabbiiiii... tengok la rupa dia kat atas nun. Aku ingat kes tahi tak flush kat Promonade tu dah worst, tapi ini lagi super duper worst. Plan asal duduk dua malam, aku sanggup burn duit semalam dan pindah hotel lain. Ewe!! Geli gila! Padahal kalau ikutkan, in term of location memang the best sebab dekat gila nak jalan ke Mahkota Parade, Taming Sari, Muzium Kapal, Dataran Pahlawan, Jonker Walk dan banyak lagi la tempat pelancongan. Buat malu Melaka je!

Actually bilik dia ok je, toilet tu je yang potong stim. So kitaorang minta pindah bilik, granted, tapi condition bilik air dia pun lebih kurang je belumut sana sini.. tapi at least better then above. Lepas rehat-rehat dan tak mandi la opkos sebab geli, kitaorang jalan meronda. Cuti kali ni joined by my sister.. macam biasa la.. holiday partner kitaorang. Mula-mula ronda pasar malam yang ada dekat area hotel, then ke Mahkota Parade, pastu jalan lagi ke Dataran Pahlawan.. lepas habis lepas lelah dekat Starbuck, jalan plak lagi ke area Taming sari then balik ke area pasar malam tuk lunch. Pas lunch, cross balik jalan then menapak sampaila ke Jonker Walk. Pergh!! Bepeluh wa sakap lu!













Tuesday, 21 November 2017

Some Men Are Jerk

Aku menulis ni dalam keadaan terkilan dan marah. Tadi while nak balik dari pejabat hujan turun lebat, since aku dah selimutkan hannah dan ada satu small payung so rasanya ok la kalau aku redah je ke parking yang terletak dalam lebih kurang 100m je dari kereta sambil mendukung hannah. Mana la tahu on the way kunci kereta aku tercicir.. time aku sedar tu kitaorang stop kejap dekat guard house. Ada 3 orang guard dekat situ, aku turunkan hannah dan minta tolong tengokkan hannah kejap tapi hannah nangis nak ikut dan nak berlari dalam hujan.

Aku marah bukan sebab dorang tak tolong tengokkan hannah tapi tak de sorang pun yang offer nak tolong ambilkan kunci kereta aku yang tercicir dalam 20m dari situ. Bukan tak nampak aku bawa anak kecil. At least ada la sikit courtesy tanya or offer diri. Jerkk!!

So terpaksa la aku meredah lagi hujan balik ke lobi ambil kunci sebab ada la pula yang tolong ambilkan kunci tu dan patah balik le kereta sambil mengendong hannah dalam hujan lebat. Kenapa tak tunggu hujan teduh? It is not an option pada aku sebab kalau la kiranya banjir.. lagi susah. Sapa pula nak tolong aku kalau tersekat banjir. 

Dan.. seperti yang aku takuti tadi.. dalam pukul 5 lebih tadi member-member ofis post gambar banjir dekat area ofis tu.. kat jalan yang dulu aku selalu lalu. Ini adalah antara gambar yang aku kutip dari facebook kengkawan aku. Kalau sorang tu tahan lagi.. bayangjan kalau tersekat banjir dengan budak kecik. Kau rasa???!!!

Friday, 3 November 2017

Digi Cipan

 
Kalau tengok ping ni macam hebat kan tapi ini masa dia tak weng. Kalau masa weng, 3d pun tak ble nak surf internet. Aku memang kuchiwa gila dengan Digi sekarang. Lepas tukar plan sebab nak amik pakej phone, line macam harem. Kalau dulu gelak2 je aku donlod movie tapi sekarang nak donlod 20MB pun slow macam siput babi!! Aaarghhhhh!!!!

Wednesday, 25 October 2017

 
Inilah apps camera yang menyakitkan hati aku dan wallet aku. Hampeh punya apps! Ada ka patut dia cas base on monthly. Itu mulia lagi.. ada yang cas every 7 hari.. bogok betul! Bukanya ada improvement pun every week/ month kau subscribe tu dan bukanlah gambar ko dorang tolong cantikkan pun  melainkan kau edit sendiri. Bogok sangat la! 

Ini adalah antara sebab aku menyampah guna I-phone. Udah la phone nya mahal, apps pun mahal. Haremmm!! Contohnya Smule, apps karok tue la mana lagi. Kalau Android dia cas VIP member dalam RM38 or 48 je kot setahun tapi Apple cas kau RM419.90 setahun. Hampeh betul

Sunday, 8 October 2017

Happy Meal Toys Sold Out!!!!

Adik aku kata based on previous experience dia masa HM toys hunting, kalau McD kat area2 kitaorang ni kehabisan stok mainan.. Dia ke MV sebab kat situ inshaAllah masih ada stok. So berbekalkan azam dan keinginan yang kuat nak dapat keta lotus sebijik, aku pun bersungguh ke MV. P McD bawah, p McD atas.. hampas je dapat sebab toy yang aku mau sold out.

Sakit hati punya pasal.. aku pun p ToysRUs.. dan aku akhirnya keluar dengan wajah paling happy dow sebab ini...
Aku dapat Hotwheels Batman set ni for RM48 hengget je. Aku rasa happy gilos sebab biasa kalau set2 yang glemer cam Batman ka, Superman ka.. dalam RM90+ gak.

Sudah ada Batman car.. siapa perlukan HM lagi!!!

Saturday, 7 October 2017

Happy Meal Toys Quest

Start this week McD Happy Mea kuarkan toys kat atas nun. Aku kalau bab keta memang tak ble tahan, makanya semalam habis koje aku pun ajak la si Chemba g cari keta lotus tu. Sampai2 dekat kaunter drive through McD Cheras, adik kat kaunter tu kata habis. Kecewa oke!! Terus tak jadi oder. Namun masih gigih lagi tuk dapatkan benda alah tu, aku suh si Chemba route p McD Leisure Mall.. hampeh! Pun habis jugak. Hangin punya pasal.. tak beli langsung apa2 kat McD walaupun awalnya bekobar2 nak makan fries.

Hari ni pulak.. adik aku try p MV nak carik menan jugak. Belum sempat sampai parking, Mid Valley pula terbakar. Dan adik aku kat Kontan pun cakap, hare sebijik pun tadak da mainan tu. Aaaarhhhhhgggg... hanginnnnnn!!!!

Tuesday, 3 October 2017

Driver *i*ut BABI

Masa ko memandu mesti ada jumpa golongan driver *i*ut BABI ni kan.

1. Driver tapir. Keta gempak tapi memandu ya rabi, slow dari siput babi.
2. Driver lapar. Makan jalan orang kau apa hal!
3. Driver kecoh! Kelam kabut nak masuk lane padahal boleh je masuk kemudian & tak cause orang belakang jem.
4. Driver mabuk, tak tahu nak p kiri ke p kanan mabuk!!
5 Driver perahsia. Dia takut sangat orang tahu dia nak pegi mana kalau signal.
6. Driver buta. Lampu dia ya rabbi, terang nak mampus boleh suluh seluruh jalan raya! 
7. Driver buta warna. Kalau trafik light dah hijau tu jalan la cepat2. Kau ingat kau sorang je nak lepas!
8. Driver songsang main belakang. Sabar sikit tak boleh! Dah nama kau duk belakang, kau tunggu je la giliran kau nak p depan. 
9. Driver pemalu tekan brek. Kalau ko tekan brek at least kasi aware orang belakang. Padan muka kau la kalau bontot keta kau kena cium.
10. Driver bangang. Kalau keluar dari simpang tu tak yah laju2. Kalau kau mati sorang aku tepuk tangan, itu kalau kau mati sorang la. Kalau kau matikan or cederakan orang lain, bangsat namanya.

Monday, 25 September 2017

Annoying Chat

Kau pakai tak whatsapp, line, wechat or seangkatan? Aku ada pakai whatsapp and it is annoying sebenarnya especially kalau those yang rajin buat group dan invite kau. Nak left salah, tak left menyampah. Aku ni memang ketahuan bukan penggemar ‘chat so memang annoying la pada aku. Group kerja je ko ada group bahagian, group tak de bos dalam tu, group projek projek projek..  group kawan ada group kawan u, group kawan skolah menengah, skolah rendah.. group family ada group adik beradik, group cousin mousin belah kau.. pastu belah laki kau. Group lain like insuran dan pelbagai lagi group. Serabut!!!  Most of the time aku archive je semua conversation, tak read langsung. Nak whatsapp laki aku pun aku payah apa lagi nak whatsapp orang lain. Semak!

Saturday, 5 August 2017

Mee Sakit Hati

 
Apsal mee sakit hati? Memang sakit hati aku dibuatnya makan mee ni. Katanya mee sup ayam.. memang betul2 ada sup dengan mee je dol! Secebis ayam pun takde oke! Kobis ngan bawang goreng pun berapa keping je. Tau berapa laki aku bayar rega dia ni? RM7.90!!

Kat mana ni? Kat restoran Dapur Penyet, Palm Mall Seremban. Sedap? Op kos la tak sedap mana pun.. trai tengok gambaq menu ni. 

Kau rasa?!!! Cam kena tipu oke! Bukan main menarik tertarik lagi gambar kat menu dia. Tapi bila dapat secarik isi ayam pun nan hado.. apa lagi asam ngan dedaunan sup tu. Hampeh tol! Restoran dia memang cozy & santai tuk lepak tapi fail gila. Mula2 jejak kaki pun ko dah rasa cam hampeh. Belum sempat nak jejak kaki ke area meja, cashier kat kaunter tu dah tahan ko. Oder dulu baru boleh masuk dow! Oder dulu oke!! Baru ko ble masuk duduk. Pastu bila ko nak oder.. yang ada katanya lauk2 je.. nasi tak de. Lunch time kot time tu.. nasi tak de?!!

Gini punya restoran pun ada. Dulu aku berbulu dengan restoran burger bakar abang burn kat area umah aku ni.. now dah tutup ya. Pastu aku berbulu dengan restoran Burger Byte.. pun dah tutup ya! Bukanla aku nak kata kalau aku berbulu restoran orang akan tutup... ahaks!! Satu orang berbulu  tak de la jadi apa.. tapi kalau ramai yang berbulu memang padan la muka. Jual nak untung je tapi servis dan customer tak di jaga!

Thursday, 3 March 2016

Mahkamah Syariah Experience


Hari ni aku ngan my sis ke mahkamah syariah Jalan Duta untuk sain borang persetujuan pengurusan harta my late father. Dekat kol 11 juga kitaorang sampai tadi. Tunggu nombor naik dah dekat sejam tadi. In Q 10 orang. No naik, jumpa pegawai dekat kaunter pendaftaran, katanya untuk urusan awak ni kena awak kena photostate dulu borang. Awak pergi photostate dulu, kemudian ambil no semula.

Memang macam ni ke polisi kat Mahkamah Syariah? Walhal tempat photostate tu beberapa langkah je pun. Apa la salah kalau dia layan next customer dulu while tunggu kitaorang g photostate instead of suruh ambil nombor n q semula. Kalau sorang dua tak pe la, ini nak dekat 30 orang kot.

Speechless la Mahkamah Syariah!

Next kitaorang berdoa2 tanak kena dengan officer tu lagi, thank god dapat officer lelaki. Dia pun pelik dengar cerita kitaorang.  Dengan officer lelaki tu kejap jek settle. Tak payah isu borang sampai 4 5 copy bagai.

See! Benda dalam dunia ni semua atas manusia je!

Sunday, 7 February 2016

Goodbye Digi

I've bee a loyal user of Digi since the day I had a hand phone almost 16 years ago. Pernah jadi pengguna Celcom, Maxis and U-mobile yet it is Digi that satisfied my expectations, especially on the internet part. Digi used to be cheaper if compare to Maxis or Celcom, but now it no longer is so I am saying goodbye to it.
 
I'm currently subcribe to Celcom RM38 plan for 3gb internet & 50 minutes free call and soon to be arwah Digi at RM45 plan for 2gb & 50 minutes free call. So I decided to migrate Digi to U-mobile at RM28 plan for 3gb internet & 50 minutes free call. If talking about internet, Digi undeniably the definite best. Faster and reliable if compare to lousy and slower Celcom. I used to use U-mobile broadband, also slow tapi I can still tahan to pay RM28/month until Digi find its way back to me. If campur all my subscripgtion, it would sum up to unlimited P1 Wimax data + Celcom 3gb/ 50 minutes free call + U-mobile 3gb/ 50 minutes free call. Can these satisfied me??!!

Thursday, 21 January 2016

What Is This GDex


Ini kategori posman malas atau apa ni GDex? Boleh2 dia tulis waktu delivery 5.30 konon padahal time aku balik rumah + siap rehat2 dan pasang tv baru pukul 5.15. Terset jam awal ke tipu time sheet ke apa ni. Konpius aku. Nasib aku call dorang tak angkat, mau-mau kena maki kot time aku panas-panas ni.

Monday, 4 January 2016

Flat

Hari ni aku cuti. Letih kenduri 7 hari tak hilang lagi. Kalau takat masak2 kenduri aku ok je tapi part yang paling malas tu bila nak mengemas. Letih oiiii! Sebab tu aku cukup tak suka kenduri kendara bila kita masak dekat rumah. Dari pagi sampai dah nak petang la juga baru selesai urusan mencuci bagai. Mak aku cenggitu la style dia.. mahunya kalau boleh kenduri kendara takyah pakai or pinjam barang orang. Makanya umah dia memang penuh dengan barang.

Sebab tu aku alergik dengan umah besar barang banyak. Aku tak mahu jadi cam umah parents aku. Peningggg!

Wednesday, 30 December 2015

Alhamdulillah urusan kenduri 7 malam berturut-turut dah selesai walaupun aku agak kecewa sebenarnya. Tatkala kami adik beradik sepatutnya mengirimkan bacaan2 al quran dan tahlil buat arwah, sebaliknya kami sibuk dengan urusan kenduri. Bayangkan, pagi sebelum pengebumian.. jasad arwah masih belum dikebumi kami dah sibuk ke kedai membeli barang untuk dibuat pemasakan bagi menjamu saudara mara sekembalinya dari kubur. Jenazah masih belum  dikebumi dah sibuk memasak.

Aku kecewa sangat sangat sangat tapi tak mahu bertentang dengan my mom yang pastinya jauh lebih sedih dari kami anak-anak.

Aku lagi kecewa bila ada pulak advisor my mom suh buat jelah tahlil dan kenduri 7 malam berturut-turut. Idea bukan main hebat tapi takde pula hantar orang untuk tolong kami berterusan sepanjang 7 hari tu. Mak aku pula setuju, padahal pada awalnya dia kata nak buat hati pertama, ketiga dan ke tujuh je sebenarnya. Sudahnya 3 hari tu je orang datang tolong, yang lainnya kitaorang adik beradik yang masing-masing beranak kecil ni la yang sebok membeli belah, sibuk memasak, mengemas, menyuci periuk belanga bagai sampai anak pun ntah ke mana. Sakit hati kitaorang adik beradik. Siap boleh demand pula nak makan hidangan nasi je oke, yang lain cam bubur or mee goreng tanak. Kalau bagi idea cukup dengan bantuan dan duit, tak kisah la. Ini bagi air liur je. Bayangkan kalau bapa aku tu takde simpanan bagai, nak mati pun tak senang.

Aku lagi sakit hati bila sepatutnya mak aku sibuk uruskan hal pencen, pemilikan harta etc sementara anak2 yang duduk jauh ni masih ada tapi dia sibuk nak kenduri. Sampai ada satu hari tu aku memang hot sangat. Kitaorang semua duduk jauh. By jauh i mean nak balik kampūng kena naik flight 2 jam setengah, nghabis beribu duit dan berjam perjalanan tapi mak aku cuma risaukan nak bagi makan. Kami ni kematian bapa, sedih. Tapi kami seolah2 berpesta pula meraikan kematian dia, siap order khemah bagai. Aku memang sakit hati sangatlah. Lusa aku ni dah nak balik, satu hapa urusan tak selesai. Nasib baik ada dua adik aku tinggal lagi. Dapatlah urus mana yang patut. Padahal kalau tak sebok nak sediakan makan minum bagai, dah selesai dah semua urusan.

Ada one night tu pula, ada VIP datang. So ada la mulut2 yang bagi arahan itu ini. Suh pasang itu ini. Aku adik beradik buat bodoh je. Bapa aku mati, apa ada hal aku kisah VIP Menteri Sultan ke nak datang pun. Masuk kandang kambing sila mengembek. Selalu kalau macam tu, yang VIP tu takdak apa pun.. yang side kick ni je lebih2. Dah la tu, air liur je dibaginya!!

Pastu, baru je bapak aku di kebumi 3 hari. Ada pula yang pandai suh g pejabat tanah urus cepat2 tanah bapa aku supaya tak jatuh ke tangan adik beradik my dad. Memang aku buat bodoh juga, layan pun tidak. Yang aku sakit hati mak ikut je. Esoknya kelam kabut ke pejabat tanah. Hari tu la aku memang hot gila. Ingat harta ni suka2 ke urusan dia, takde hukum agama nak ikut ke. Lantak la pun kalau jatuh pada adik beradik my dad, kami anak2 takde hal apa pun ko kelam kabut apa hal. Ko ingat nak buh semua harta pada my mom & pastu tuntut hak sebab kitaorang ni semua perempuan.

Kitaorang ni cukup tahu, my dad punya intention clear sangat. Dia tingalkan harta pencarian dia untuk isteri dan anak2. Isteri dan anak2 sahaja, bukan orang selainnya. Tapi kalau cuma kata dimulut takde bertulis maka ikut je lah hukum dan peraturan yang berkuatkuasa. Kalau ada hak adik beradik my dad pada harta dia, so be it la. Takat harta je, biar beribu berjuta bukan boleh di bawa mati pun. Macam aku ni paling lama 20 or 30 tahun je, mati juga akhirnya. Kitaorang yang anak pun tak kesah, ada pula yang nak jadi lebih sudu dari kuah. 

Dah banyak kali aku taip perkataan sakit hati dalam entry ni kan. Memang. Memang la sebab aku memang sangat sakit hati.

Friday, 27 November 2015

Tua Tak Beradab

Hari ni aku kena g istana n jpm la pulak.. ada mesyuarat kol, 10.30. Makanya kol 7 gerak g hantar Hannah & terus ke Lrt. Hari ni aku park depan kedai bagi mengelakkan kejadian kena saman berulang kembali. Sharp 7.45 sampai TBS. Ingatkan sharp le gerak.. dekat kol 9 jugak le baru bertolak.

Kol 1 mesy. habis, pas lunch kena gerak ke Putrajaya untuk meeting kol 3. Tapi bos kata petang you all boleh balik uma truss & takyah attend the meeting. Yeayyyyy.. punya gumbira!!!

Tapi kegumbiran ku lenyap dek kerana sorang acik tua yang kuang ajo ni. Pas jenuh aku menghon, alih2 dia datang dengan muka kerek. Cakap maaf pun takde. Kuang hajo. Nama je orang lebih tua, adab tadak. Tak taula mcmana dia ajar cucu2 dia. Kalau aku bawak Sonata dulu.. aku dah langgar dah keta dia.

Thursday, 26 November 2015

First Time Quill Mall & Kena Saman


Tadi before balik umah, aku route naik monorel singgah ke Quill City Mall, turun dekat Medan Tuanku. Boleh tahan juga, situated dekat town centre. Cumanya kedai2 belum fully buka lagi. Sempatla sauk boot dekat H&M.

Sampai je dekat keta tengok kena saman. Siut la memang! Bayar within 15 hari 150, lebih 300 hari 300. Siax!

Sunday, 22 November 2015

Apa Pun Tak Boleh!



Punya sakit hati, yang jauh dengan yang dekat sama jek. Maybe sebab hari ni baru hari ke 4 buka, so orang still ramai. Hopefully next2 month reda la..

Friday, 13 November 2015

Whose Teeth More Expensive

Kalau beli tooth paste baby memang wat stress jek sebab reganya mengalahkan 2 3 tooth paste adult. Kalau yang ada rega tu tunjuk RM15.80, yang lagi satu tu RM27 kalau tak silap. Yang lebih mahal tu safe kalau budak telan.

Apa2 la labu. Yang pokai mak ayah. Sabau je la!

Wednesday, 4 November 2015

RM++ For Exclusive


Kalau kome peminar bawal yang katanya ekslusif, mesti kome tau ni kat mana. Ok. Aku happen to temankan my friend g beli tudung. Katanya nak g Bawal Ekslusif. Aku cam teruja la juga nak tengok how ekslusif since aku pun peminat bawal, used to.

Aku tengok kat kedai tu, rega paling murah RM58 tak masuk GST. So aku pun belek la sungguh2. Kain biasa2 je, design just tepek2 manik bodo which to be frank can't  be call 'a design' at all pun so  I wonder la juga dimana mahalnya? Orang kedai kata manik2 bodo to is a Swarvosky. Ooooooooo.. panjang o aku. Maybe people like it and it is good that local brand has fans but it is not for me who is only willing to spend less than 20 for tudung.

Thursday, 22 October 2015

Offer Tak Ikhlas Sushi King


Masa memula nampak fliers ni tertepek kat keta aku, cam eksaited juga nak baca sebab Sushi King yang buat offer. Tambah2 bila nampak sotong kegemaran hamba reganya cuma 2 hengget sepinggan kot dan kacang Edamame pula RM1 jek sepinggan. Rasa cam berkobar jugak la nak g bayar RM20 tuk dapatkan kad ahli. Tapi bila baca2 baru perasan offer tu cuma valid 1 orang 1 pinggan. Choiiii!! Kalau macam itu baik ko tak payah buat offer. Cam tak ikhlas jek!