Thursday 28 August 2014

1st Love.. What About It?

Tengok movie pasal 1st love... sometimes I wonder la jugak apa la yang dibesar2kan sangat pasal 1st love ni. Ok. I know it is 1st tapi pada ahkak biasa2 je. Maybe sebab I am someone yang tak memikirkan about the past. I dont remember much about my past. Zaman kanak2, zaman sekolah, zaman u.. rasanya suku daripada suku pun x sampai kot dalam ingatan. Maybe ahkak ni jenis yang cepat ilang ingatan kot.. haha. Even kenangan zaman kerja ni pun banyak yang kabur2 jek.. huahua. I am someone who lives in the present,I rarely think about my past and not having much time to spent thinking about the future.

Memikirkan sangat pasal apa yang telah berlaku di masa lampau pada ahkak sesuatu yang membuang masa dan terlalu risau sangat pasal masa depan pun perkara yang sama. Hiduplah untuk masa yang ada dan hargailah insan-insan yang ada dalam hidup kita. Barang yang lepas usahlah dikenang kerana kenangan itu hanyalah untuk dikenang, tidak lebih daripada itu.

Wednesday 27 August 2014

She Model

Boleh tahannnnn anak ahkak ni pose.. kalah Cindy kerepot kau nak! Hahahaha

Tuesday 26 August 2014

Hannah Pegawai

Last week ahkak bawak Hannah datang opis. Riang gembira dia bejalan2 dalam opit ahkak, ke hulu ke hilir dengan topi kuning dia. Ahkak rasa cam kejap jek.. dah pandai berjalan dah anak ahkak, padahal cam baru sangat ahkak cuti bersalin.

Monday 25 August 2014

Masak Di Opit

 

Hari ni ahkak masak di opit, nasik kukus sadin goreng yaw! Kalau dengar nama macam nyaman kannn!! Hahahaha..So, this is the periuk yang ahkak guna tuk masak nasik. The saiz cam tapau biasa jek tapi ada power outlet. Masak kukus style, double boil.. whatever la namanya. Kalau nak masak kena isik air dalam bekas oren tu the baru buh bekas besi kat dalam.. amacam.. comey kan! Kocik je. Jauh tau perjalanan lunch box ahkak ni, dari China sampai ke Paris & London oke!

Masa g London hari tu, kat dalam ni ler kitaorang masak nasi. What I like yekla nasik yang dimasak akan rasa sedap sebab dia guna style kukus so the moisture tak hilang.. tak macam rice cooker biasa. So.. yeah! puas hati dengan lunch box yang banyak berjasa nih.

Saturday 23 August 2014

Payah bebenor nak tangkap gambar berdua dengan my doter ni. Meronta2 nak lari ke dadde sebab nampak dadde macam nak p bejalan.

Friday 22 August 2014

Omak & Hannah



Apa matcam... sama tak mamme & Hannah? Sama la kot! Yang tak sama cuma bangsa, she is Malay & I am not, kulit dia cerah while omak eh golap & idung omak eh kombang while si Hannah comey2 jek.. hahahahaha

Thursday 21 August 2014

Reverse Camera

Ok. It really help a lot to have reverse camera installed on your car. Thank god we have one! Banyak sangat memudahkan especially bila nak parking dekat tempat2 yang sempit. Masa beli si Meera dulu ada diskaun 3k so we asked to take the advantage n top up untuk pasang sistem kamera. Kalau bawak si Putih dulu ahkak terkial2 tapi kali ini tidak lagi. For someone yang memang sentiasa dalam keadaan stress bila memandu dan hal2 berkaitan dengan kereta ni memang sesuai sangat la.
So this is my car parking dekat opis. This is not a designated parking actually tapi still boleh parking considering dalam compound ofis & the fact yang parking memang tak cukup. They allowed the area to be used as parking with restriction to avoid gangguan lalu lintas pulak depan opis ahkak ni. Awal2 dulu ahkak perasan the guard will be monitoring masa ahkak parking.. apa tidaknya kalau reves2 seconet jek lagi dari kon yang depa letak. Lama2 depa da buay dono sebab tahu dah inshaAllah ahkak tak langgar.. haha

Wednesday 20 August 2014

Laki Aku Si Chemba

1.  Ucap tq banyak kali kalau bini masak or buatkan something or whatever, everytime!
2.  Cium dahi bini tanda tq bila bini masak or bersihkan rumah or bila2 la
3.  Puji masakan bini sedap walau sekadar megi kosong setiap kali bini masak, tak pernah miss
4.  Ringan mulut tanya bini nak makan apa, everyday!
5.  Jaga anak bila bini sibuk, atau pun tak sibuk.
6.  Mandikan, buat susu anak dan bagi anak makan.
7.  Ringan tulang mesin baju kotor  & jemurbaju
8.  Ringan tulang tolong mop lantai dan cuci toilet sekali sekala
9.  Berat mulut nak minta bini tolong apa2, hatta sediakan air minum sekalipun
10.Ringan tulang buang sampah
11.Setiap hujung minggu tanya bini nak pegi mana2 tak
12.Hari-hari rajin mesej bini tanya khabar walaupun petang jumpa dekat rumah
13.Rajin picit kepala bini, kaki, belakang dsb
14.Hari-hari ringan mulut tanya bini kerja ok ke tidak
15.Entertain bini & support apa saja minat bini
16.Gelak je bila bini ketawakan perut buncit
17.Offer tuk masak hujung2 mingu
18.Jaga waktu makan ubat bini kalau bini sakit, walaupun tengah2 malam tetap kejutkan
19.Rajin turun naik lift g ambek barang bini yang selalu sangat tertinggal dalam kereta
20.Cuti bila bini sakit walaupun bini boleh je jaga diri
21.Bila bini diam jek cepat2 la amek mop ke, mandikan anak ke
22.Puji bini cantik walaupun baru jek bangun tdo
23.Puji bini baik.. pandai jaga anak
...so on an on and on

Haaaa... semua kat atas tu, semua perangai si Chemba. Laki ahkak tu tak taw la nak kata romatik ka fantastik ka tapi di memang la macam tu perangainya. Tinggi suara tak pernah, dingin dan diam cam batu pun tidak, jentik ahkak pun tidak.. apa pun tidak. Yang dia tahu cuma ketawa bila ahkak kutuk perut dia dan janji2 palsu dia tuk kurus.

Laki ahkak ni jenis sentimental.. berbeza dengan ahkak yang kasar lagi samseng taik kucheng. Bila dengan parents laaaagi nampak dia punya "anak yang baik" compare tu ahkak yang hantam saja la kau maria! Tapi ahkak takut ngan dia walaupun dia tak pernah langsung pun marah ahkak. Haaaa.. heran kan?! Ahkak ni yang samseng takut ngan laki ahkak yang "budak baik" tu!

Tapinya ahkak ni tak de la arah2 dia buat macam2 like kerja umah ka jaga anak ke.. ahkak akan tanya "boleh tolong tak?", else, pandailah dia buat sendiri. Ahkak gak tak de nak membebel2 dekat dia kalau dia selow or tak paham2 gak apa ahkak nak, kalau ahkak hangin ahkak senyap jek dan kalau sakit hati sangat ahkak mesej bagitau. Apatah lagi bercerita sebarang kekurangan dia mahupun keluarga mertua pada orang lain, hatta pada ibu sendiri. Kalau story pun pasal betapa buncitnya perut dia, tu ok kot.. hahahahah. So.. ahkak nak pesan pada yang terbaca & pada diri sendiri juga. Kalau dapat laki baik or apa pun tak kesah jangan pulak dipijak kepala laki. Jangan la sampai laki dah takde esok.. baru nak menyesal. What I mean is, dont take him for granted regardless apa pun keadaannya. Sayangi laki anda! Hahahaha.. apa matcam? ustajah tak ako?!! Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Tuesday 19 August 2014

Satu Masa DI Eiffel Tower

Dulu pernah la  jugak ahkak kutuk tah apa la yang dorang megahkan sangat dengan Eiffel Tower tu. Romantik kunun.. tah apa yang best pun tak tahu sebab takat menara besi buruk.. romantik apanya!

Ok. I was wrong, totally wrong!

2 Mei 2014 yang lepas ahkak sekeluarga berkesempatan la singgah ke Eiffel Tower, France, Paghii. Konon nak sambut Birthday di sana. I tell you, sangat cantik dan romatik! Yang lawa bukannya tower tu sendiri tapi kawasan disekelilingnya. Dari Champ De Mars Eiffel Tower RER Station kitaorang berjalan ke Eiffel Tower yang letaknya tak jauh pun dari tower tu. Ada beberapa lagi kot stesen RER/ metro yang dekat like Bir Hakiem, Pont De Alma & Ecole Militaire. Sampai-sampai sana, ramainya la umat yang dah berbaris nak naik, as early as 8. Agaknya pukul berapa la dorang ni sampai sini ek. Kerajaan France ni memang superb sebab reservekan kawasan besar sebesarnya untuk monumen ni. Kalau nak ambil gambar Eiffel Tower nih, dari pelbagai angle pun boleh dapat shoot yang cantik. Kalau shoot dari dekat boleh dapat view padang hijau, air pancut, sungai dan taman.

Sampai-sampai di area tower tu je dah terpegun. Public park dengan padang hijau sehijau, sebesar2 dan seluas2 nya.. 780m x 220 m luas. Tak sure la samada orang boleh ke tidak melepak dalam padang tu tapi masa ahkak pegi macam ada pagar2 sekeliling padang2 tu. Besar sangat sampai tak larat nak jalan the whole area walaupun boleh kata 4 hari di Paris, 3 hari berturut-turut kitorang singgah merewang di Eiffel Tower sebab bas hop on-off Big Bus Paris tu stationnya di situn.
View dari Champ De Mars aka padang bosa
View dari Trocadero
View Dari Sienna River
Eiffel tower ada 3 level yang boleh kita naik. Untuk yang rajin boleh la guna tangga naik ke 1st or even sampai ke 2nd level. Kalau yang malas cam ahkak, boleh naik lift yang akan stop di tingkat 2 (tak singgah 1st floor masa naik.. masa turun jek). Then tukar another lift kalau nak naik ke top floor. Kiranya ahkak ni merasa suda la naik sampai top floor, the 3rd level. Tapi before dapat naik op kos le kena ada tiket kan! So, kalau takat nak naik level 1 or 2 tadak hal. Boleh la direct je q di kaunter tiket or beli online tapi  kalau nak naik 3rd level ni payah nak dapat tiket unless beli dengan agent. Cam ahkak hari tu, published rate di website rasmi 9€ untuk sampai ke 2nd floor & cuma 15€ jek ke 3rd floor tapi memang idak le dapat rate tu. Ahkak bayar RM369.57 untuk 2 orang. Congak2 balik ahkak terpaksa bayar 40€ sorang oke semata2 nak naik ke 3rd floor dan hanya itu jek option yang ada... huhuhuhuh.

Ahkak amik ngan agent City Discovery, everything through website cuma one day before nak naik tu kena call untuk reconfirm. Call oke, tak bulih meseg ka.. emel ka. So before nak naik Eiffel kena la berkumpul dulu di 33 Avenue De La Bourdonnais, which is kedai souvenier somewhere dekat2 area tower! Before naik kena dengar taklimat sket pasal sejarah Eiffel Tower, amek tiket then baru ble naik atas untuk trip kol 4 petang yang ahkak dah beli.

View dalam perjalanan dari stesen RER
Chak! OTW kuatr dari RER Champ De Mars Tour Eiffel


Raaamaaai orang beratuq beli tiket naik


Hihi...

33 Avenue De La Bourdonnais
Ketua rombongan tengah bagi taklimat. He is Spanish yaw!
View of Trocadero dari 2nd floor

2nd level ada 2 deck

Cantik gila!

Q nak naik lift dari 2nd level ke top
Hannah say Olla!

Hannah on top of Eiffel Tower!
Yeayyy! Dah turun

Good Job!

Kitaorang naik kejap jek sebab angin kuat sangat. Since tower tu open air, sejuk beku le muka dibuatnya. Ahkak laki bini bole le tahan tapi si kecik meraung la jugak sebab tak selesa. Paling best nak lepak dekat 1st or 2nd floor kot sebab dekat top sempit. Kitaorang tak lepak lama pun, yang lama tu sebab nak naik dan turun lift. Q panjang gilos. Memula plan naik naik atas dulu then lepak dekat 2nd floor tapi tak larat sebab sejuk sangat!

Now bila trip dah berakhir & fikir-fikir balik macam tak percaya pula dah sampai & naik sampai atas Eiffel Tower. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun hujan jek sepanjang kitaorang berada di Paghi.

Monday 18 August 2014

Demam Kora!

Balik kerja tadi terus ajak si Chemba g carik makan n biskut si kecik walaupun time tu dah rasa badan macam semacam jek. Ahkak gagahkan juga g mencarik nasik goreng kampung kat kedai mamak bising depan umah kitaorang. Sampai2 rumah balik si Chemba kata badan ahkak ni panas sangat ni. Ahkak punyalah kata takde la, biasa je ni sebab memang tak rasa apa pun. Sekalik tembak termometer kat teling dah 39.8C. Pastu tak puas hati tembak2 banyak kali. Memang sah le demam!

Terus kena paksa mandi walaupun ahkak taknak. Huhuhuhu...

Saturday 16 August 2014

Megi Megi Megi

Agak2 megi goreng mamak or megi goreng ahkak lagi sedap ni. Apa pun yang pasti megi goreng ahkak kosnya idok le sampai RM3.50 kot sepinggan kann...

Thursday 14 August 2014

Jamuan Raya Opis

Hari ni Kementerian kitaoranga da buat jamuan raya so ahkak pun layannnnnzzz la makan macam2. Antaranya kambing golek, mee kari, mee sup, rendang, lemang, ketupat dan sate. Ada banyak lagi menu tapi ahkak dah tak larat nak round sebab banyak sangat gerai makanan & orang pun ramai. Tahun ni insted of jemput retis suh nyanyi, depa suh menteri menyanyi oke! Macam tu pun bole.. hoho

Bukan Cikgu Ajer

Selalu dengar tang guru-guru sekarang yang dibebani dengan pelbagai tugas ekstra. Macam2 kena buat tapi aku rasa bukan guru je yang macam tu. Contohnya macam aku sebagai jurutera yang juga berkhidmat dengan sektor kerajaan, macam2 juga aktiviti yang kami perlu buat. Aktiviti seharian seorang jurutera macam aku termasuklah jurutaip, tukang potostat, tukang bind, penjaga stationaries, posmen, operator telefon berjaya, aktiviti kecerian pejabat, ajk jamuan dan keraian,  mesyuarat yang tak sudah2,  pengisi tegar borang.. dont let me start dengan pelbagai jenis borang & prosidur yang ada, jurugambar, juruaudit, pelulus cuti, penyedia report yang berjaya, evaluator, tukang order makan untuk mesyuarat, pencatat minit mesyuarat, penyimpan rekod tegar, tukang sedia bilik & kelengkapan mesyuarat, wartawan tak rasmi, bodygad bos, sekretari tanpa lantikan, akauntan tak bertauliah, penyedia telinga untuk aduan dan makian, along' tagih duit peruntukan, penyedia kertas kerja, penjaga fail, tukang buka fail, ceti kejar report orang, ceti collect balik duit, tukang book kereta dan macam2 lagi la aktiviti saya yang menurut perintah. Itu baru kat tempat aku posting, kat bahagian2 lain tu tak tahu la macamana senarai haktiviti dorang. Belum kira pasal rotation of job every 2 or 3 years which is nasib ko lah samada ko dapat berperanan as jurutera, project manager or bahagian admin/ management di where ever state ko kena campak.

What I mean to say is, masing2 ada cabaran dalam dunia kerjaya ni!

Wednesday 13 August 2014

Mamme Sakit Hannah Sakit

Since badan si kecik yang mencecah suhu 38.7C tetengah malam tadi.. ahkak pun hangkut la dia ke klinik petang ni. Semalam tuam2 dengan tuala lembab untuk turunkan suhu. Pagi tu badan dia suam2. Ahkak pesan kat pengasuh suh call kalau makin panas tapi since tadak khabar berita ahkak pun decide untuk pegi time petang je. Lagipun kalau baru sehari doktor pun tak boleh buat apa ekcept bagi ubat.

Kol 12.30 ahkak kuar opis, ambil dia n siapkan barang2 nak ke klinik.. before jam 2 ahkak sampai klinik kesihatan. skalik masa nak kuar, kunci rumah xde. Punyala cuak ahkak.. dahlah si dadde xde. Kalau xjumpa kunci, maunya ahkak anak beranak tdo kat hotel. Makanya ahkak pun dengan cemasnya patah balik ke rumah. Sampai2 kat aprking umah baru terfikir agaknya kunci tu jatuh kat bawah kerusi kot. Skalik betul daa!! Poodahh! Buat penat jer ahkak cemas & patah balik. Nasib la dekat jek klinik tu. Sudanhya makin ramai la orang.. 40 orang ni lagi !!

Sabar jek lah!

Makanya ahkak pun tumpang gak nak buat cek. Doktor suh ahkak cek kencing, skalik air kencing ahkak kotor kot! Kena lagi! Masuk kali ni dah berapa kali dah ahkak kena UTI ni.

Tuesday 12 August 2014

Bekal

Gara-gara sakit hati dengan acik kantin yang cas mahal2, ahkak pun memulakan azam berbekal... hohoho. Semalam balik koje terus g carik tapau plastik yang kununnya lawa & lunch beg. Sudahnya inilah hasilnya... ayayayaya. Sesampai umah pas amik si kecik ahkak terus la masak nasik lemak & campak jek telur lam rice cooker tu. Tak kose la nak masak telur rebus asing2. Pastu ahkak masak sambal.

Alkesahnya pulak anak ahkak tu demam. Ahkak pun tak paham, tak sampai dua bulan dah demam semula. Susah gak hati ahkak ni. Semalam dia tdo pun tak lena.. kerjanya nak tdo atas badan ahkak. Berat ok anak ahkak tu, dah 8 kilo lebih.. bayangkan macamana ahkak tdo. Kalau letak kat tilam dia tetap nak merangkak balik naik atas badan ahkak. Cam gitulah kejadiannya sepanjang malam T_T Pagi tadi jaga pening2 la kepala ahkak ni....

Monday 11 August 2014

Mahal Vs Masak Sendiri

2 ringittttt?!!!!
This morning ahkak kunun nak try la diet so the first step I thought would be mengurangkan kuantiti kabo.. ingatkan nasik sikit murah la skalik dia cas ahkak 2 hengget nasik sikit ngan telor seketul. Panas je! Lepas ni ahkak berazam nak berbekal sendirik.. sakit hati! Next step nak carik bento box.. or mana2 la lunch box yang menarik tertarik kau memang debom so ahkak selera la nak makan. Pastu nak kena atur jadual nak masak apa la kot. Idea kasar.. hmm

Idea No. 1: Daging goreng lobak ahkak malas style! Memalam boleh masak nasik 1 put & rebus daging sampai empok & potong lobak panjang2 halus, esok ble goreng. Estimate : 5-7 minit siap

Idea No.2 : Telur masak merah dang! Memalam masak nasik n rebus 2 bijik telor & potong lobak, esok sambal sajork! Estimate : 7 min

Idea No.3 : Ayam kacang panjang kicap hitam-hitam syle! Memalam macam biasa masak nasik & potong ayam kocik2 & kacang panjang. Esok le goreng n tuang kicap sesedap raso. Estimate : 7 min

Idea No.4 : Udang goreng padi padi cili! Malam masak nasik la op kos.. then zzzz. Esok baru pk nak goreng & godek baby carrot dalam peti. Est : 8 min

Idea No.5 : Pegeti sadappsss! Memalam rebus spegeti & potong daging cincang kocik2. Esok tuang jek sos siap sedia lam kuali. Estimate : 10 min

Idea No. 6 : Nasik goreng daging jerk! Memalam masak nasik & rebus daging. Esok goreng daging + cendawan + tuang nasik. Estimate : 10min

Idea No.7 : Nasik ayam ayayayay! Memalam rebus ayem & masak nasik ayem.. buat sambal lada & siapkan sos ayam. Esok salut sos & goreng ayam. Estimate : 8 min

Idea No. 8: Masak lomak ahkak bukan orang nogori! Memalam masak la nasik n gulai lomak tu. Esok panaskan sajork! Estimate : 5 min

Idea No. 9: Banyak la pulak idea.. nanti2 la!

Sunday 10 August 2014

Malas masak!

Gara-gara malas masak, hari ni ahkak masak nasik ayam yo la tuk bekfas merangkap lunch skalik. Bila hari2 masak, bosan dow! tapi bila hari makan2 air tangan orang yang tak sedap tapi mahal nak manfus, elok la ahkak membuat pelbagai aksi jek di dapur. Paling sanang la masak nasik ayam ni. Ayam manis2 aw, kentang goreng & kuah lada tu settle before nasik masak lagi. Siap kena tunggu nasik masak 10 minit oke. Laju cam ketapi tak ahkak masak.. ahahaha. Tu bukan takat masak jek tau, siap dah bersihkan dapur & cuci kuali bagai tapi nasik tak masak2 gak..

Saturday 9 August 2014

Balik2 Pasta

Breakfast
Dinner
Sama tapi tak serupa.. ini kali baru ngam nak guna the pepatah. Yang kat atas tu cara hidangan pagi tadi while yang bawah lak cara hidangan tuk lunch. Ahkak cuma tukar pasta jek.. ahahaha. Pasta kat bawah tu spegetthi while kat atas tu fettucini. Kalau pasta ahkak prefer angel hair  sebab kocik2 & rasa senang masuk while fettucini tu kena masak sampai lembek baru best makan.

Laki ahkak dok heran.. dia kata apsal la ahkak suka sangat pasta Little Italy. Pada dia masakan ahkak ni lagi sedap. Well! memangis orang Italy kalau dengar ni!!!! Ahahahaha

Thursday 7 August 2014

Bila mamme buka nursery

Semalam ahkak mc.. doktor kata abdomen cholic. Itu ler yang dia tulis kat sijil sakit. Apa barang ahkak pun tak sure, yang ahkak tahu perut ahkak sebla kanan ni dah 2 minggu sakit. Nak kata sakit amat tu masih la boleh tahan tapi semalam memang sakit gilos. As of hari ni pun masih sakit.. sampaikan nak angkat Hannah pun x larat so I decided hari ni ambil cuti je. Nak g ambil mc tambahan pun tak larat. So hari ni duk umah ngan si kecik. Tengokla apa dah jadik.. sepah!!!!

Kelakar pun ada gambar ni.. haha. Anak ahkak ni ahkak buh nama elok lawa tapi sama macam her dad, dia ada macam2 nama panggilan contohnya it tekupid, baby kupaina, nana nuni baby, baby it tekupid, it, nuni, ha nun ta ha nut ta, nana dukachik kupaina, nea neo, Da aah nea, si comel nuni dan pelbagai nama lagi.

Monday 4 August 2014

Makan Luar

Hari i ahkak malas nak masak so kitaorang makan kat luar jek, nak try kat Murni Discovery yang baru bukak kat area umah ahkak ni. Since khawin sampai la ada anak, boleh kira dengan jari kot berapa kali kitaorang dinner dekat luar. Selalunya tapau je. Antara reason yeklah, ahkak ngan c chemba taknak biasakan bawa anak keluar malam unless ada hal2 penting or x dapat dielakkan.

I am a morning person dan malam for me cuma untuk rehat dirumah dan tidur. I really hated it kalau ada aktiviti malam or kena pegi mana2 time malam or whatever activity yang perlu dilakukan di waktu malam. Bagi akak, night is a sacred part of the day yang ahkak tanak diganggu. Kalau masa bujang boleh la kawal tapi dah kahwin ni kadang2 tak boleh elak. Dan tang yang kadang2 tak boleh elak tu la antara perkara yang buat ahkak naik hangin n masam muka dengan si Chemba. Sampai macam tu sekali kan! So, dari situ pun dah tahu la how I hated it kan. 

Sambung pasal Murni Discovery. I am not really sure restoran mamak ke malay ke punya.. suma ada! Price? Hmm.. since portion dia agak besar so ahkak rasa idaklah mahal sangat kot. In term of rasa, naah! biasa je. Ahkak rasa the tukang masak must be one of a fan of kicap sebab what I saw from the menu almost semua makanan dia itam jek. Nak datang lagi? Maybe tak kot.

Saturday 2 August 2014

Balik dari kampung.. hati tak girang!

ZZZZ.. sukurrr tah nak!
Bulat! Bulat!
Saja nak tunjuk kosi kot ni
Mana ni ah???
Vietnamese coffe wif eskrem
Baby room.. chantek!
Ambil bau Toys R Us sat
Huhu.. kalau balik kampung hati girang, op kos la balik dari kampung girang tu dah ilang. How I wish boleh cuti laaama laaama, how I wish ahkak ni suri rumah yang kaya so kojenya cuma duk umah perabih duit laki T_T

Kol 7 sampai KL.. flight delay tadi. Instead of kol 3.45, jam 4.30 baru fly. Sampai2 jek kat KLIA 2 ni.. lagi skalik mulut ahkak melopong. Hebat oke! Heathrow, Charles De Gaulle.. ahkak pandang sebla matas je oke! Sampaikan baby room pon chantek. Sambil2 tunggu pak su si Hannah collect kitaorang, sambil2 tu lah ahkak shopping. Tengah tunggu beg tadi sempat rembat handbag.. 200 melayang. Pastu masuk Toys R Us. Kalau dah namanya kedai menan, kompom la ahkak lemah! Habis lagi 100 beli menan si Hannah.. uwaaaaaa.

Airport ni memang meriah dengan kedai. Ko cakap jek la kedai apa.. almost semua ada. kalau nak kata cam shopping complex pun boleh kot.