Dulu pernah la
jugak ahkak kutuk tah apa la yang dorang megahkan sangat dengan Eiffel Tower tu.
Romantik kunun.. tah apa yang best pun tak tahu sebab takat menara besi buruk.. romantik apanya!
Ok. I was wrong, totally wrong!
2 Mei 2014 yang lepas ahkak sekeluarga berkesempatan la singgah ke Eiffel Tower, France, Paghii. Konon nak sambut Birthday di sana. I tell you, sangat cantik dan romatik! Yang lawa bukannya tower tu sendiri tapi kawasan disekelilingnya. Dari Champ De Mars Eiffel Tower RER Station kitaorang berjalan ke Eiffel Tower yang letaknya tak jauh pun dari tower tu. Ada beberapa lagi kot stesen RER/ metro yang dekat like Bir Hakiem, Pont De Alma & Ecole Militaire. Sampai-sampai sana, ramainya la umat yang dah berbaris nak naik, as early as 8. Agaknya pukul berapa la dorang ni sampai sini ek. Kerajaan France ni memang superb sebab reservekan kawasan besar sebesarnya untuk monumen ni. Kalau nak ambil gambar Eiffel Tower nih, dari pelbagai angle pun boleh dapat shoot yang cantik. Kalau shoot dari dekat boleh dapat view padang hijau, air pancut, sungai dan taman.
Sampai-sampai di area tower tu je dah terpegun. Public park dengan padang hijau sehijau, sebesar2 dan seluas2 nya.. 780m x 220 m luas. Tak sure la samada orang boleh ke tidak melepak dalam padang tu tapi masa ahkak pegi macam ada pagar2 sekeliling padang2 tu. Besar sangat sampai tak larat nak jalan the whole area walaupun boleh kata 4 hari di Paris, 3 hari berturut-turut kitorang singgah merewang di Eiffel Tower sebab bas hop on-off Big Bus Paris tu stationnya di situn.
|
View dari Champ De Mars aka padang bosa |
|
View dari Trocadero |
|
View Dari Sienna River |
Eiffel tower ada 3 level yang boleh kita naik. Untuk yang rajin boleh la guna tangga naik ke 1st or even sampai ke 2nd level. Kalau yang malas cam ahkak, boleh naik lift yang akan stop di tingkat 2 (tak singgah 1st floor masa naik.. masa turun jek). Then tukar another lift kalau nak naik ke top floor. Kiranya ahkak ni merasa suda la naik sampai top floor, the 3rd level. Tapi before dapat naik op kos le kena ada tiket kan! So, kalau takat nak naik level 1 or 2 tadak hal. Boleh la direct je q di kaunter tiket or beli online tapi kalau nak naik 3rd level ni payah nak dapat tiket unless beli dengan agent. Cam ahkak hari tu, published rate di website rasmi 9€ untuk sampai ke 2nd floor & cuma 15€ jek ke 3rd floor tapi memang idak le dapat rate tu. Ahkak bayar RM369.57 untuk 2 orang. Congak2 balik ahkak terpaksa bayar 40€ sorang oke semata2 nak naik ke 3rd floor dan hanya itu jek option yang ada... huhuhuhuh.
Ahkak amik ngan agent City Discovery, everything through website cuma one day before nak naik tu kena call untuk reconfirm. Call oke, tak bulih meseg ka.. emel ka. So before nak naik Eiffel kena la berkumpul dulu di 33 Avenue De La Bourdonnais, which is kedai souvenier somewhere dekat2 area tower! Before naik kena dengar taklimat sket pasal sejarah Eiffel Tower, amek tiket then baru ble naik atas untuk trip kol 4 petang yang ahkak dah beli.
|
View dalam perjalanan dari stesen RER |
|
Chak! OTW kuatr dari RER Champ De Mars Tour Eiffel |
|
Raaamaaai orang beratuq beli tiket naik |
|
Hihi... |
|
33 Avenue De La Bourdonnais |
|
Ketua rombongan tengah bagi taklimat. He is Spanish yaw! |
|
View of Trocadero dari 2nd floor |
|
2nd level ada 2 deck |
|
Cantik gila! |
|
Q nak naik lift dari 2nd level ke top |
|
Hannah say Olla! |
|
Hannah on top of Eiffel Tower! |
|
Yeayyy! Dah turun |
|
Good Job! |
Kitaorang naik kejap jek sebab angin kuat sangat. Since tower tu open air, sejuk beku le muka dibuatnya. Ahkak laki bini bole le tahan tapi si kecik meraung la jugak sebab tak selesa. Paling best nak lepak dekat 1st or 2nd floor kot sebab dekat top sempit. Kitaorang tak lepak lama pun, yang lama tu sebab nak naik dan turun lift. Q panjang gilos. Memula plan naik naik atas dulu then lepak dekat 2nd floor tapi tak larat sebab sejuk sangat!
Now bila trip dah berakhir & fikir-fikir balik macam tak percaya pula dah sampai & naik sampai atas Eiffel Tower. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun hujan jek sepanjang kitaorang berada di Paghi.