Saturday 29 June 2013

Astro For Pantang!!

Yehuuuu... da ada astro lam bilik. Walaupun tv kat ruang tamu ahkak ni less than 10 langkah kot, ahkak nakkkk jugakkk tv kat lam bilik nun ada astro. Biasalah, punggung berat oke! Kalau duluk astro ni mahal, now da muraaaa. 2nd decoder mirror existing package dalam 50 hengget jek. So total bil astro ahkak nak dekat2 le 200.. hohoho. Gila kannn.. semata2 tv sanggup nak bayar dekat 200 hengget. Ada hati  plak nak upgrade package drama cinon. Tu belum lagi kes cobaan menggoda  Chemba tuk beli tv 52 inchi. Mungkin sebab ni ler anak ahkak yang baru few days nengok donia tu da pandai benor nengok tv.

Friday 28 June 2013

Berat da turun 12 kg!!

Perchaiya tak perchaiya, berat ahkak da turun dalam 12 kg sempena genap 2 minggu pas bersalin. Hohohoh.. yang tinggal tatap la berat badan tegar bersama lemak2 pejal yang kompom la takkan ilang lagi. Gila berat kandungan ahkak. Hannah jek da 3.5 kg, air ketubaan, uri.. air lam badan.. 12 kg?!! omo!!

Walaupun perut masih ncit2.. tapi baju2 lama da muat balik. Seluar no story oke sebab ahkak kompiden memang la memang, teda harapan mo pakai la jeans2 seshi jameela ahkak tuh. Teda lagi la kaki ku yang panjang manjang nih disaluti kain jin T_T

Thursday 27 June 2013

Post Bersalin Story : Pantang Tu Apa?


Hari ni dah hari ke 14 belas pas ahkak bersalin. So, macamana ahkak pantang? Kalau orang lain pantang ngan jamu jama or set vitamin vitaman.. Ahkak pun tataw pantang macamana yang ahkak buat. Ni semua gara2 tabley kencing. Makanya set shaklee ahkak ni jadi hiasan le sementara waktu. Tak berani ahkak nak amek tablet2 lain slain antibiotik. Tu le vitamin ahkak oke. Adalah jugak minum air kunyit & air manjakani tuk kecutkan peranakan, tu yang mak i kata la. Minum pun berapa hari skali.. Huahuha.. ini ler air itueww...

Manjakani & kunyit 
Tang makan, ahkak tak la tercatu or dicatu sangat. Kfc, cekelat, pizza semua ahkak belasah je. Air pepsi pun ahkak sapu. Mak ahkak pun tak plak ceramah pasal pantang larang, as long ahkak consume panas2.. Oke le. Tapi pizza ahkak tanak dah makan.. Sumbat angin, siksa dibuatnya. Tuk elak angin ngan sembelit.. Pepagi ahkak makan cornflakes. Tengahari makan nasi ngan sup ayam panas2.. Dinner pun macam tu. Tetiap hari ahkak mesti habiskan sebungkus chipsmore kecik ngan susu. So, hari2 ahkak membuang oke. Sembelit sangat tu tak juga tapi kalau dah luka, pepaham je le siksanya. 

Pilis bagai, ahkak pakai 5 minit je pastu terusss cuci... Tu pun kalau teringat nak pakai le. So far, urut mengurut ahkak lom buat lagi. Ada la mak mertua ahkak tolong urut sket2 hari tu. Bengkung pun tabley pakai sebab susah nak bukak kalau nak g kench. Stokin pun kekadang je sarung. Sudahnya ahkak seram sejuk semalam. Pas amek paracetamol.. Ahkak tido ngan baju tebal ngan 3 helai selimut, lega! Langsung lupa kat si kecik yang tido ngan mak. Mak ahkak kata dia langsung tabley tdo. Kesian mak ahkak.

So far luka da kering, cuma sakit tu masih ada la esp kalau salah duduk. Sakit pinggang ngan tulang punggung jangan cakap la. Berat badan ahkak da balik to before pregnant sebab badan ahkak tak naik melampau-lampau pun. Ada la dalam 12 or 13 kg je. Yang lain berat c Hannah ngan kengkawan dia, plus air. Nasib gak pakai bag kench hari tu.. Hilang suma air lam badan. Baru la nampak kaki ngan tangan ahkak yang bengkak selama pregnant tu kurus kembali. Scary tengok kaki hari tu... Eeeer

Monday 24 June 2013

Kenapa pilih bersalin di PPUKM

Kenapa? Reason yang paling kuat yekla sebab umah ahkak dekat jek ngan sepital ni.. 2 km jek. Tak sampai 5 minit da ble tercongok kat sepital sebab jem langsung takde. Senang nak p, nak lawat & nak g balik in case kena wat rawatan susulan. Kat sinin ada private wing actually tapi ahkak saja nak amek yang biasa. Bukan pasal duit tapi beza dengan yang biasa cuma kemudahan tuk pelawat which depa ble tunggu skali & jaga. Labour room tetap gak share. Ala.. Klau risau pasal nak penjagaan yang extra kat shepital,  kome main jek tekan2 button nurse call kat tepi katil nun... Kompem nurse datang tolong.

2nd, kat mana lagi nak jumpa tempat yang ramai doktor, op kos la sepital gomen kannnn. Semua pakar pun ada. Kalau g swasta pun, incase ada complication yang tak ble settle depa hantar p hospital gomen gak. Nama pun hospital pengajar, kompem2 la semua department ada. So biar ahkak review sket...

Wad
Wad bersalin ada 2 kot kalau x silap, kat tingkat 1. Each wad ada 28 katil, divided to cubicles yang ada 6 katil or 4 katil... Ada 1 isolation room. Wad takde kelas, so tak yah verangan la nak duk kelas2. Klau nak bilik, duk la isolation room yang dikhaskan untuk orang yang ada venyakit berjangkit or spesial kes. Saiz personal space dalam 5x4' ngan langsir. Lam wad tu ada kemudahan ruang rehat & water dispenser. Toilet pun adalah sangat dekat. Time makan kol 7 pagi, kol 12 tengahari, kol 3 petang ngan kol 6 petang. Kalau lapar malam, sila la bawak cekelat ke biskuit ke.. Pepandai laa ye. Yang tak best cuma part baju. Dorang bagi baju sehelai je tuk sehari.. Lantak le kalau ko berdarah2 ke, ko pakaiii je la baju tu. Lagi satu part makan... Memang tak sedap. Well, ada ke orang makan sedap ke shepital?!!!! 

Kemudahan tuk pelawat
Waktu melawat, isnin to jemaat kol 12.30-2.00 pm & 4.30-7.30pm.. Sabtu ahad ble lawat dari kol 12.30 sampai kol 7.30. Nak tunggu memang tabley, tapi kat luar wad tu ada la kerusi kalau nak tidoh2. Koridor dia, umanggg ai bosa. So, bole kot tido kat situn. Surau & kedai2 dekat je.. Nak semayang jemaat pun kat situn je.

Labour room
Kalau bukaan da 4cm, depa hantar p waiting room. Dalam tu ada 4 katil kalau tak silap. So, ble la dengar member yang tengah contraction mengerang2 or ble la sama2 berduet mengerang. Labour kat tingkat 1 gak. Bila 7cm baru depa hantar p labour room. 

Doktor
Standard la kalau ada doktor yang blur & ada yang ok. Ada yang tak reti nak explain sampai ahkak rasa nak ajar dia plak. Ahkak pun banyak apa baca buku perubatan! & ada plak jenis yang tak bother nak explain.. Yang pasti tiap pagi lam kol 7 ada pakar round. Time tu bolehla tengok free show doktor2 muda ni kena marah kaw2 oleh doktor senior depan pesakit.. Tertunduk2 le bila tak ble nak jawab soalan. Memang kesian lah. Klau pesakit tak puas hati kat doktor, time walkabout ni le ble tanya macam2 soklan macam member ahkak buat hari tu. Belum part nurse marah doktor... Yang ni pun ada. Bukan marah belakang2, marah kat depan2 oke! Seriau!!

Nurse
Nurse kat sinun suma baik2.. So far tak de yang kerek. Mana nurse kat wad or kat labour.. Memang suma baik. Time labour pun xde pun yang kasar2, siap sorak lagi ramai2.

Doktor pelatih 
Memandangkan hospital ni teaching hospital.. Expect la ramai doktor pelatih. For those yang tanak jadi bahan eksperimen, ble p carik tempat lain. Ahkak tak kesah sangat sebab kalau bukan kita yang bagi peluang doktor muda ni berlatih, sapa lagi as long tak la melampau. So far ok je.. Spanjang kat wad tak de pulak ahkak nampak doktor pelatih ni berkeliaran menyusahkan ahkak. 

Sunday 23 June 2013

Post Bersalin Story : Day 10

Dalam kol 8 beg kencing ditanggalkan. Alhamdulillah da boleh kencing walaupun sakit & sikit je keluar. Setiap kali kencing dalam 100cc je. Tu pun pas teran 2 3 kali. Kol 3, tengah ahkak dating ngan c chemba kat katil.. Doktor suh ahkak kencing & nak scan lepas tu tuk determine samada ahkak ble balik or tak. Klau scan dalam bladder ada balance 100cc je, makanya ahkak da boleh balik.

Tapi ahkak tak berharap sangat.. Pas kencing, scan.. Doktor kata ada dalam 1L lagi air kencing dalam tu. Nasib doktor tu ok, dia bagi chance amik 10 minutes lagi before scan semula. Pas try kencing, kuar la dalam 250ml. Means adad 650 ml lagi ahkak nak kuarkan. Ahkak da putus harapan da waktu tu. Next acan, doktor cek skali miss V.. Seluk la op kos! Last2 dia kata awak da boleh balik dengan syarat kalau still tak boleh kencing after 24 hr or ada apa2.. Just datang terus hospital. Ahkak waktu tu cam tak caya.. Yehuuuuu. Akhirnya.. Bole balikkkkkk. Masa balik tu babai misi2 kat kaunter, ahkak kata harap2 x jumpa lagi esok. Dorang kata bukan esok la, jumpa 2 tahun lagi. Miahahahah... Ye lah tu.

Balik dari hospital, sempat singgah one babay world. Miahahahaha.. Dalam pantang pun masih ble shopping oke! Beli macam2 plak tu.. Hohoho

Saturday 22 June 2013

Post Bersalin Story : Tak Boleh Kencing Day 9

Hari ni ahkak berhujung minggu di wad. Disyaki UTI aka urinery tract infection katanya.. Eiii.. Kan A&E da sahkan UTI. Dorang tukar antibiotik ahkak. Sebenarnya risau kalau2 effect susu. Hannah tak berak sgt lepas ahkak start antibiotik hari tu.. Perut dia cam berangin jek tp tak kuar yak.
Tengah ahkak sibuk menaip nih, Hannah tgh sedap tdo kat lengan ahkak. Lena je dia. C Chemba kata dia rindu agaknya. Malam 1st ahkak admitted, mak kata dia menangis2 lama gila & cuma berhenti pas dadde dia balik dr hospital dan selimutkan dia dgn selimut ahkak. Smalam, pun nangis2 tapi bila selimut dgn kain ahkak baru dia senyap. Yelah agaknya tu sebab Hannah ni cuma nangis kalau lapar, berak or kencing je.. Lain dari tu dia tak meragam. Kesian dia sebab macam anak terbiar je. Moga Tuhan permudahkan semuanya untuk kita nak...

Friday 21 June 2013

Post Bersalin Story : Tak Boleh Kencing Day 8

Hari kedua di wad. Walaupun sakit macam nak pecah rasanya kat miss V, aku redha. Aku cukup bersyukur kerana hannah sihat. Baru je 8 hari, tp aku masih tak mampu nak.perform fully as mother. Rasanya kalau tak.kerana masalah pundi kencing ni, tak lah mak ngan c Chemba letih sangat sbb at least aku boleh urus diri sendiri. Nak susukan dia pun payah, apa lagi nak buat benda lain.
Menitis air mata bila tengok gambar & terhidu bau dia. Ya Allah.. Kau lindungilah anakku.

Thursday 20 June 2013

Post Bersalin Story : Tak Boleh Kencing Day 7

Hari yang ditunggu2 pun tiba.. Gembira rasa nak cabut beg kencing. Kol 2.30 misi KKIA remove bag kencing ahkak. Tungu tunggu tunggu.. Sampai kol 11 malam tak boleh juga. Airmata ni jangan la cerita  tapi nangis depan c Chemba je sebab tanak mak susah hati. Sepanjang jalan ke hospital tu ahkak nangis. Bukan sebab sakit, tapi kesian dekat Hannah. Sayu sangat rasa hati. Kesian juga dekat c Chemba. Jenuh la c Chemba pujuk ahkak..

Sampai hospital, g A&E. Tetiba dengar pengumuman, kalau kes tak kritikal dijangka akan di entertain dalam 3 or 4 jam sebab ada masalah apa ntah. Ahkak da saspen.. Perut dahla da sakit ni. Nasi baik orang A&E tu call PAC tuk refer samada kes ahkak ni boleh diterima atau tak. Nasib baik PAC terima. ingatkan kat PAC cepatlah sebab tadak orang sangat. Lembab! Sebab doktor sorang. Bla bla bla.. Skalik  ahkak kena masuk wad. Ya Allah.. Warded lagi.

Dahla misi yang masukkan tiub tu kasar tol.. Sakit gila miss V dibuatnya. Dia kata memang sakit sebab ini kali kedua ahkak pakai tiub. Menusuk2 tol sakitnya sampaikan tidur pun terasa. Nasib baik Hannah tak ikut, kalau tak mesti dia nangis sebab tak boleh menyusu. At least kalau susu ahkak habis dia ble minum susu tepung. Seboleh2 memang tanak bagi langsung susu tepung.. Tapi apakan daya. Gara2 ada bendalah kat miss V, movement ahkak terbatas. Nak pam pun payah, apa lagi nak bagi direct feed everytime. Hannah pula jenis tak boleh sabar, kalau dah nak susu tu meraung2 sampai keras badan. Movement terbatas & ahkak pun tak master lagi the right position.. Dia plak tak reti sabar. Memang agak mencabar lah kalau nak susukan dia sebab tulang punggung ngan belakang ahkak sakit sangat.


Tuesday 18 June 2013

Post Bersalin Story : Tak Boleh Kencing Day 5

Memandangkan air kenching tanak juga kuar, c Chemba ajak g hospital. Refer kat PAC PPUKM, depa suh A&E jek urus kes ahkak. Untuk kesekian kali miss V di cucuk lagi dengan tiub kencing cuma kali ni ahkak berjalan ke hulu ke hilir dengan bag berisi air kenching aka CPD kata c Chemba.

Tunggu doktor.. Ya ampun punya ramai patient sampaikan doktor pun tadak kerusi nak duduk. Lebih sejam ahkak tunggu dengan mendengar tangisan budak yang amat bingit betul2 sebla telinga. Siyan jugq kat budak tu meraung2 menangis sebab tangan dia kena masukkan air ke ubat ke. Tapi memang lama la, tabah tol dia menangis sampai sejam lebih kot tapi ahkak ni baru 6 hari bersalin. Tdo pun belum cukup, sakit badan ni baru nak timbul... Pulak tu ada menda alah menusuk kat miss V, ahkak ni lagi sengsara ok! Akibatnya.. Blood pressure ahkak tinggi tol sampai doktor tu minta ampun sebab lambat.

Cek2.. Disahkan ada jangkitan kuman kat air kencing. So, doktor prescribe antibiotik. Khamis ni minta misi KKIA yang buat lawatan ke umah tolong buka. See kalau dah boleh kencing.

Ahkak pun balik rumah dengan gembira membawa kencing berjalan merata-rata... Tunggulah sampai Khamis ni kot2 dah boleh kencing. So, ini ler ghupernya beg kenching yang ahkak usung ke hulu ke hilir. Ko nampak hos tu? haaa.. itu la yang paling scary. Nasib ahkak pompuan, kalau laki pakai menda alah ni lagi scary marry kot aaa.. eee


Monday 17 June 2013

Post Bersalin Story: Tak Boleh Kencing Day 4

Hari ni c Chemba bizi uruskan macam2. Makanya rasmilah nama permata hati ahkak dan c Chemba hari ni --> دانيا حنة bermaksud dekat kasih sayang. Semoga anak ini sentiasa dilimpahi dan dikelilingi dengan kasih sayang dan semoga dirinya juga penuh dengan kasih sayang untuk diberikan. Amin...
See.. anak ahkak melayu oke. Ahkak ni kann bukan melayu.. hohoho. Betul apa, JPN pon tak register kaum bisaya ni as melayu. Depa register as bumiputera sabah. Dari JPN, c chemba ke Klinik kesihatan untuk register Hannah. Di story kat misi pasal ahkak, alih2 ahkak kena suruh g klinik sebab misi nak tengok. Cek punya cek, tinggi rahim 22cm. Terkejut misi2 tu.. Sampai ada yang memang cuak tengok keadaan perut ahkak. Last2 miss V dimasukkan tiub tuk kuarkan air kencing. Memandangkan kes ahkak ni rare, dua tiga orang misi try masukkan tiub tu tapi x berjaya. Ahkak da sapspen.. Reti ke idak misi2 ni. Nasib baik ada sorang tu terel. Cucuk pun tak sakit. Makanya 3L oke air kencing ahkak kuar. Bayangkan!!!

Ahkak pun balik dengan muka lega dan gumbira. Tapi malangnya ahkak masih tak boleh kencing juga malam tu..

Friday 14 June 2013

Post Bersalin Story : Tak Boleh Kencing Day 1

Dari semalam tido xlena. Penat oke bertarung tapi ahkak lebih risaukan anak. Nasib baik nurse amek dia n jaga sebab ahkak still kena masukkan air. Kesian dia sebab susu badan nan ado lagi. Memandangkan baby da berak kenching, mamme pun sama jugak.. Makanya kitaorang ble discharge dah hari ni. Yehuuuuuu... Pas kna ceramah n terima pelbagai hadiah dari hospital, makanya ahkak pun berjaya pulang.

Petang tu ahkak memang sihat dan kuat.. Alih2 dekat senja ahkak da semacam. Apsal perut semacam nih. Kenching pun tak boleh. Bila rasa perut, cam ada sebijik bola saiz bola baling kot dalam perut. Jenuh bertungku tapi still tak jalan gak kenching. Apakah ini? C kecik plak kerap meraung sebab nak susu. Pantang lapar or yak yak, dia nangis sungguh2... Siyan dia :( 

Thursday 13 June 2013

Bersalin Story : Day 3rd

Ahkak jaga lewat pagi ni. Yo lah.. Letih nangis smalam. Misi kejut nak ambik bacaan blood pressure ngan CTG. So far bacaan semua oke dan contraction pun da nampk makin kerap, cumanya ahkak je yang tak rasa sakit langsung. Pastu misi suh ahkak ready g bilik pemeriksaan. Seluk lagi T_T

Still doktor pompuan semalam.. Time tu kol 6.30 dah,  doktor cek bukaan da 4cm katanya so da ble proceed to stage one a.k.a labour room waiting. Pas mandi, sarapan & dengar doktor2 muda ni kena marah oleh pakar depa, lam kol 8 lebey doktor pecahkan air ketubaan dengan menyeluk2 miss V ahkak beberapa kali.. Ngeri oke time dia pecahkan tu. Ingatkan skali seluk jek.. banyak kali ewwweee! lam kol 8 stengah ahkak dihantar ke waiting room sementelaah nak tunggu bukaan sampai 7cm before masuk labour room. Kat waiting room, dia cucuk ubat berak kat punggung. Tak sampai brapa saat pastu perut memulas gila2 bagaikan tak ble tahan langsung dah. Owh! Lega... Pastu ahkak dipakaikan CTG & masuk air kat tangan, then baring2 la tunggu. Nak kenching kena masuk tiub.. Punya sakit.

C Chemba  kol 9.40 pagi da sampai. Husband tak ble masuk kat waiting, ble tunggu kat depan kaunter jek. Lam kol 12.51, after dah 7 or 8 kali seluk bukaan masih 4cm. Lam kol 11 kot tadi epidural dah masuk. Banyak kali gak doktor tu try cucuk tapi tak berjaya. Punya senggsara, nasib contraction belum terasa sangat lagi time nak cucuk tu. Bayangkan kena cucuk jarum yang panjang & tak ble gerak2.. Eiiii... Ahkak rasa gatal satu badan pas cucuk epidural tu.

Dalam kol 2.30 contraction da makin kuat. Rasa macam nak pecah pundi kencing ni. Ahkak meronta2 sampaikan misi tu pun heran, epidural tak jalan ke. Cek2.. Memang tak jalan dah sebab ada darah lam tiub tu. Peliknya perut tak sakit, cuma kat area pundi kencing jek yang rasa sakit sangat. Makanya air kencing ahkak di drainkan guna tiub for the 3rd time. Doktor try cucuk anggota badan ahkak kat kaki, kat perut & tanya ahkak rasa sakit tak.. ahkak kata ahkak rasa. Heran gak dia sebab patutnya ahkak tak rasa or rasa sakit sikit jek. Dalam pada contraction yang sangatlah kuat ahkak da macam nak nangis tak tahan.. Suh dorang panggil gak c Chemba walaupun actually tak boleh,  kena cucuk epidural for the 2nd time. Phobia kalau cucuk banyak kali tapi tak berjaya cam tadi.. Nasib baik skali cucuk dah ok. Dalam kol 4 ahkak sampai labour sebab bukaan dah 7cm.

Contraction dah makin kuat, macam nak pecah pundi kencing. Patutnya kalau ada epidural tak la rasa sangat tapi kenapa ntah. Reading contraction dah reach 127%. Misi2 tu ajar ahkak teran.. Tarik nafas guna hidung, tahan dan teran tanpa bunyi ala2 teran sembelit. Kaw... Sembelit pun ahkak jarang camana nak taw! Tapi dorang kata ahkak pandai teran, op kos la misi 2 tu cakap cam tu supaya semangat ahkak membara kann. Teran kuat2, nampak pala nak kuar dah, ahkak habis nafas.. Pala baby masuk dalam balik.. Tu lah yang happen for 4 or 5 kali sebab ahkak tak berdaya dah nak bernafas. C Chemba plak sepanjang tu jadik pak sorak. Pas ni lako ahkak tu da master da la proses bersalin sebab dia follow the whole process, dari stat nampak pala baby sampailah anak tu kuar oke!

Dalam kol 4.55 kuarlah baby girl comel seberat 3.48 kg, 51cm panjang dengan ukur lilit pala 33cm. Dia nangis tak sampai brapa saat, bila ahkak panggil dia cam time dia lam perut.. Trus senyap. Ya Allah... Terima kasih atas anugerah ini.... Tiada lagi perkataan untuk gambarkan ucapan syukur..

Tadaaaaaa....
Dari lahir sampai kol 8.30 kitaorang masih kat labour sebab doktor tak puas ati dengan reading blood pressure ahkak yang tinggi. Spanjang tu anak ahkak senyap jek sambil buka mata tengok kiri kanan. Ya Allah.. Hilang semua sakit bila tengok dia.

Pas baby kuar, uri ahkak terus kuar at the same time.. Abis je doktor korek2 kuarkan, terus jahit. Part korek ngan jahit tu lagi sengsara dari bersalinkan gamaknya. Koyak banyak gak.. Doktor pun tak paham apsal ubat bius dia cam tak jalan sebab ahkak asyik kata sakit. Eeeiii.. Memang rasa sangat time dia cucuk benang, tarik, jahit ngan gunting tu... Eeeeeeeeee

Dalam wad dah... yeayyyy!!

Wednesday 12 June 2013

Bersalin Story : 2nd Day

As early as 5.30 kot ahkak dikejutkan suh pakai mesin cek jantung baby n contraction mummy a.k.a CTG machine. Nyampah guna mesin ni sebab kena ikat kat perut and tak ble move for 20 minutes. As for case ahkak pagi ni, dekat sejam kaw! Mau je ahkak jerit kat nurse tu bila plak ko nak sudah ni. Kol 6.30, baru jek ahkak verangan nak mandi manda.. skalik kena suh cepat sebab dr nak cek miss V. Seluk lah lagi tuh. Stress!
Ini ler ghuper CTG Machine
Graf contraction mamme & heartbeat babbe...
Klau smalam dr pompuan, hari ni dr lelaki. Tapi dr ni jauh lebih lembut dr yang pompuan smalam. Eish!! Bukaan da 1cm so dr masukkan ubat tablet kat miss V. Tengok progress, kalau tak jalan ubat ni kena insert lagi satu kali. Max bole insert 2 tablet je sehari n 3 biji paling banyak can be inserted. Klau ubat tak jalan gak after 3 kali.. Vedah la kaw jawabnya maria!

Ahkak sapspek ubat tak jalan sebab takde sakit apa langsung. Ahkak ble neno neno dan makan dengan gumbira walhal amoi yang masuk ubat skalik ngan ahkak tadi duk merengek2 sakit perut. Pas pakai mesin yang ahkak x soka tu ngan cek bp, kol 2.30 miss V kena seluk dan disahkan memang ubat tak jalan. So, ahkak kena seluk sekali tuk cek bukaan which is baru 2cm.. skali tuk dr try masuk ubat baru, skali seluk lagi before dr decide nak kuarkan ubat 1st yang tak hancur tu plak, skali lagi seluk tuk masukkan ubat baru. Kiralah brapa kali seluk!!! Pastu kena lagi pakai mesin yang ahkak mencik tu.

Sementelaah amoi sebla katil da di tolak ke 1st stage labour, ahkak plak kena tidur2 lam wad. Ahkak cool lagi. Petang pas pakai mesin CTG yang ahkak mencik tu tuk kali keberapa ntah hari ni.. ahkak kena seluk lagi lam kol 8 malam gitew, bukaan still 2cm. Time ni ahkak da lose control. Ahkak nangis sebab stress dengar 2cm 2cm 2cm. Ubat da masuk pun still gak 2cm. Nasib baik dr yang cek malam tu baik. Grunge and cool. Dia kata esok ok da la ni.. Tak yah masuk ubat lagik dah. Ahkak da sapspen kalau2 kena lagi masuk ubat yang 3rd. 

Ahkak nangis, puas la mak ahkak ngan c chemba pujuk. Last2 ahkak tido lam sedu sedan sedangkan mak, mak mertua ngan laki ahkak tak tido kat umah tu.

Tuesday 11 June 2013

Bersalin Story : Day 1

Pas mamam dengan gembira, around 12 c chemba pon teruss la membawak ahkak dan lil D yang masih lam perut ke PPUKM. Ingatkan dapatlah balik pas cucuk ubat, skalik kena tahan wad daaaa. Nasib baik barang da siap pack. Memandangkan kitaorang guna GL, makanya urusan kemasukan ke wad adalah tidak messy. Tunjuk gl ngan slip admission yang doktor bagi dua minggu lepas... Terus proceed. For the first time ahkak naik kerusi roda oke.

Luckily time admit tu masa melawat, so panjang la sikit lepak ngan c chemba ngan my mom lam wad. Esok rupanya baru cucuk ubat.. Petang ni cek sana cek sini jek. Cek blood pressure, amek darah, cek jantung baby ngan contraction mummy guna mesin apa ntah pastu yang last cek miss V. Yang ni paling tak tahan sebab kena seluk. Dr letak sikit spirit kot pastu pakai glove and seluk miss V kaw! Sakit oke! Bukaan nil.. Makanya kena la tunggu progress sampai esok. Kalau tadak juga, ubat loh.
ini gambal curik ni ;P
Untuk hospital, satu wad akan ada 28 katil termasuk isolation room. Ini international standard yang dah ditetapkan. Wad ahkak wad Delima 1b kalau tak silap, katil no. 8. Cubicle ahkak ada 6 katil, ada yang 4 katil. Saiz cubicle dalam 5x 4', lebey kurang la. Every cubicle ada langsir n tandas yang dekat jek. Tuk makluman juga, kalau hospital pengajar cam hospital universiti.. Ruang2 dia akan lebey besar compare tu hospital standard tuk cater student nak blajo. So far ahkak rasa selesa la dengan wad  kat PPUKM nih. 


So ini yeklah apa ntah.. Granular ke apa ke. Kononnya tempat masuk ubat la. Apa yang pasti ahkak nak cakap, sakit siut! Sakit sangat idak la pun tapi annoying oke. 
Stok makanan ahkak oke!
Kalau tadak stok.. naaa.. makan ini lerrr. Kompem x sedap!

Thursday 6 June 2013

Dont Ask Me When

Part paling tak best bila mengandung past due date yeklah, badan makin hari jadi makin letih. Same goes to your minda. Dari tenaga full bar, now da tinggal nyawa2 ikan. Belum lagi part risaukan keadaan baby & risau pasal diri sendiri sebab the more your baby stays in the womb, she is getting bigger and bigger. Bila baby makin besar, it would make it less easier for birth process. 

It is not uncommon for still being pregnant after expected due date, esp for 1st mother.. I already knew it yet I cant hide the fact that I am exhausted waiting for the day. For whatever it is..  I pray that my lil D is ok. 

Monday 3 June 2013

Lil D dalam perut lagiiiii!!!!

Kalau ikut due date memula 31st Mei.. Tah bila tah jadi 2 Jun plak.. Apa yang pastinya anak ahkak masih nak rilek dalam perut sampai laa ni. Puas dah ahkak runding, nenek dia pun runding... langsung dia tak layan. Lil D! Lil D!

Last week baby da 3.5 kg.. Dokter kata kalau by 11hb tak bersalin lagi, pepandai la datang hospital. Possibility kena ceaser memang ada sebab baby besau kata dokter tapi dokter tu suh tawakal. Tak semestinya kena fotongg. Ahkak? Ahkak ikut je la... C Chemba pulak asyik tanya perut ahkak tak sakit keh. Hoho.. Apa pun tadak. Kontraksi pon ayu2 je, apa tanda pon tadak lagi. Tunggu je leee.

Tapi bila da past due date ni, mula la letih menunggu. Dari bertenaga, rasa macam nak gila plak duk umah sebab tak buat apa2. Sudahnya habis ahkak kemas semua benda. Bukan takat berkemas, berskrew driver berallen key bagai oke! Tilam yang nan berat gilos pon ahkak angkat hari tu.. Hoho..