Wednesday 31 March 2010

Letih giler smalam.. ari ni outcome dia ialah kaki ku yang bengkak dan saket. Smalam aku pindah sorang2. Kalo hujung  minggu.. bule la jugak mintak org tulung.. ini pindah ari orang keje. Kalo aku bayor gaji org tu tak per la jugak nak suh tulung kan. Cuti lagi ler aku ni.

Tido tak lena sebab kaki berdenyut2 spanjang malam tadi. Ader la 4 5 kali aku bangun tuk sapu yoko2. Aku buat 5 trip tuk ngangkat barang2 aku yang beratz tu.. kira banyak kali ler jugak. Tapi now kaki memang macam nak tercabut. Bayangkanlah pindah tingkat 11. Dari packing sampai ler mengemas balik..aku buat sendirik. Malam, aku da tak ble jalan. Stakat jalan ke toilet yang depan bilik ni pun aku raser macam nak menangis sebab kaki saket amat. Kaki aku ni da ler mmg problem..nasib da tua2 ni da kurang.. kalo dulu.. bukan rasa jek.. memang sampai tahap menangis la jugak kalau saket kaki aku datang.

Monday 29 March 2010

Will i or will i not apply for leave tomorrow?

AF1 is sick. KBro is also on leave, his late mother passed away last week. I received a call from PM team informing about meeting tomorrow and the next day. And.. i also have one meeting to attend at Putrajaya tomorrow. Aboss's paperwork is not finish yet. I have to move out from tis house as late as tomorrow. Masamana ni?

Malam, aku ajak adik teman g hantar sket barang kat rumah baru. Adik ni yang aku sengal bukan apa.. awek spotcheck dia. Every x sampai 10 minit call. Dear pompuan2..tolooongggla! Toksah le korang nak memenat2kan paler spotcheck memanjang. Cuba2 la bawak relax. Lagi ko tau apa dibuatnya, lagi la ko sakit jiwa. Yang bodo nak p memeningkan paler buat apa. Xpahamm aku pompuan2 ni. Bukan takat adik.. rame la jugok kawan2 lelaki aku yang mengalami keadaan gitu. Yang jantan ni pon satu.. pompuan ni kalo x di tackle ngan baik.. x pening melayan ngada2 dorang, silap2 ko kena tinggal plak bang.

So, sok aku cuti jek la. Kang aku tak pindah.. melayang 340. Kalo gomen nak bayor tak pe la jugak aku nak bersungguh2 pk pasal keje time2 gini. Lantak ler korang. Tadi pun aku kena cover report orang sebab pengarah mintak. AF1 tadak, bos pon tadak.. elok sangat le. Aku pas summary sekeping jek..xder surat, xder apa. Nasib ok..kalo cerewet bagai.. aku suh jek korang buat sendirik.

Aku g Hq.. sms ibu. Kebetulan ayah pun tengah lepak kat opis ibu. Pas antor report, kitaorang kuar makan ikan bakar. Time nak balik..ibu nak ajak singgah the mall jap, skali jem laa.. so ayah kater elok anto aku p midvali terus. Skali jem jugak. Last2, hanto g KL Sentral.

Sunday 28 March 2010

I cant move to my new house this weekend since its current tenant is only moving out tomorrow. I have not yet start packing. With all those stuff packed in a little room of mine, I myself kinda wonder how i succeed in collecting them all.

Saturday 27 March 2010

It's my life.. it's now or never.. Well.. actually that song dont have anything to do with my post. But, I heard tis chinese guy sang Bon Jovi's song in Barbie Hsu show.. darn he was so good!

Wat I do today? Entoh ler.. since pagi da terasa  amat mengantuks. Pegi basuh keta.. mau sejam aku tunggu. Untuk keta aku yang mengada tuh, memang la kena simpan duit tabung. Antara butiran duit tabung tu iyalarh :

1
-------------------------------------------------
Bateri replacement --> RM 240 tuk 2 taon means RM 12 sebulan
2
-------------------------------------------------
Ansuran keta + road tax --> RM 40 sebulan.  Nasib ansuran keta aku da mura.
3
-------------------------------------------------
Lesen memandu --> RM 2.50 sebulan tuk setaun
4
-------------------------------------------------
Tukar m-oil --> RM 12.5 sebulan tuk setaun
 5
-------------------------------------------------
Tukar tayar --> RM 20 sebulan tuk 2.5 tahun.
6
-------------------------------------------------
Cuci keta --> RM 10 sebulan
7
-------------------------------------------------
Parking --> RM 174 sebulan. Sebab ari keje p midvali, ujung minggu punn p midvali.
8
-------------------------------------------------
Minyak keta --> RM 100 sebulan kalo p midvali jek.
9
-------------------------------------------------
Tukar timing belt, disc break, drive shaft, suspension bar, auto transmission oil, isi aircond, brek pump, cooling coil dan bermacam2 lah lagi perkara yang tak terpikir - estimate minima kena ada RM 50 sebulan tak termasuk saman oke!


JUMLAH TOTAL  = RM421.00 tak masuk loan keta bulan2. Darng!!!

Thursday 25 March 2010

Ari ni aku is bizi and is unable to percaya yang aku tak turun p jalan2 cari hal kat bawah during lunch tadi. Aku sebok buat surat. So, petang ni aku malas nak bukak dokumen dalam fail kat bilik tu. Tunggula besok2 kalau aku rajin.

Tadi mati2 aku ingat da kol 7 sebab kat luar gelap. Kelam kabut aku semayang asar. Tunggu punya tunggu, aku pelik la apsal azan maghrib tak berkumandang lagi. Dah tu kat luar tetiba plaks cerah.. alalala.. rupa2nya tadi tu baru kol 6.. since ujan da tedoh, cerah dah ler.

Ngantuk gila. Smalam first time spanjang aku dok umah ni, aku tido pasang lampu. Napa ntah smalam. Bilik aku dah ler bersepah2 sebab aku nak pindah umah ujung minggu ni. Malasnya la aku nak pk pasal pindah umah ni.. esp tang kena berangkut barang2 aku yang menggunung kat bilik tu. Bakal osmate aku sms tadi.. tanya aku reti main bowling ker tak.. ahahah... aku? longkang adalah.

Aku carik umah pon kat mudah.com.. tak kenal langsung bakal osmate aku nih. Tapi nampak ari tu cam ok jek.  Time blajor aku duk seumah 8 orang, 3 taon setengah. Time kat LA.. aku dok berdua..  yang tu 4 taon setengah.. Umah skarang duk bertiga.. setaon lebey sikit.. ni yang paling kejap la. Pindah pon sebab keta aku yang bertuah tu da sampai. Ari tu aku try da tanya management, parking ada tak. Giler panjang waiting list. Umah baru nanti pon tak der parking.. tapi bilik besar sket.. sewa murah sket..ahah.

Ngada aku tengok c elly mazlien ni dalam Na O Mei.Aku bley layan citer ni.. aku pon tak paham.

Wednesday 24 March 2010

So dang sleepy.. kol 4.30 aku da cabut, macam biasalah. Kol 4.45 sampai umah. Singgah beli nasi lemak depan gate umah --> beli ayer halia kegemaran --> tercongok depan komputer. Malas nak buat keje dekat opis sebab jiwa aku dah kat rumah. Lagi pun, tak kuasa nak  buang masa dekat jalanraya. Datang awal, balik awal. Dulu tem keje dekat LA pun sama juga. 4.52 otak aku da shut-off. Apa2 hal, aku buat kat umah je.

Bebudak ni pon ada gak yang keje sampai lewat malam, tapi kat unit aku takder la yang serajin tu. Masalah dia bukan rajin @ tak. Ada tu, time keje dia tak keje.. time orang tak keje barula dia sebok nak bekeje. Salah saper. Kalo tem keje curik tulang.. pandai2 la ganti. Style aku, 6.55 pagi aku da start keje sebab aku taw aku akan mencurik tulang tuk mengisi perut. 4.30 sharp aku mesti balik. Ada juga lah masa2nya aku tercurik lebey masa.. ahah. Tapi dua 3 ari ni aku memang ngantuk gara2 tido lewat. Nasib aku bujang, kalo da kawen.. mau asben aku suh aku buka opis je dekat umah. Oppss.. tak siap la aktiviti menyemak kalo aku tulis pepanjang nih.

Next week aku nak pindah umah... yaayy.. Barang2 tak pack pon lagi..

Tuesday 23 March 2010

Hari ini dalam sejarah kereta aku mati. Silakus! 2nd time da ni. First time waktu electronic system dia shutdown. Kali ni sebab bateri dia. Kalo calculate balik, 4 kali la dia da buat hal kalo campor 2 kali time dia duk kat kampung.

4.30 aku punch card. Dalam beg aku terisi lah drawing sanitary system yang konon2nya nak di tengok kat umah setebal 3 inci. Yelah, kalo beberapa keping kertas A1 ko lipat2 jadik A4, sure la tebal apa! Lepas berebut2 dengan ABoss ngan KakakI kat mesin punch kad tadi, aku pon laju selaju2nya menuju kereta. Time nak start engine, alarm plak berbunyi. Panik aku! Pas aku dah sadapkan alarm, aku pon triggered la enjin. Skali tak maw backfire daa. Ah! Sudah.. apo la mokcik nak buek ni. Kalo keta lama, aku da suku terer da sbb da beberapa kali la jg aku bw keta aku jmpa doktor mekanik kat workshop. Keta yang ni.. aku bukak enjin, aper pon aku tak nampak. Bukanlah compartment enjin tu kosong tapi da aku tak familiar apa ke benda yang ada dalam tu, so aku buat la macam2 alasan kann. Nasiblah aku masih la kenal tangki m-oil ngan tangki screen washer... ahahah.

Dalam blur2 tu, aku bejalan pun da macam zombie.. yela.. otak da shutdown. Aku kalo ada hal or stuck dgn problem, pelik2 sikit. Kalo tak sengih memanjang, aku pucat & senyap. Kes tadi, aku sengih2 & ada la jugak sikit terasa cam orang kat wad psikiatri yang aku g lawat kat Hospital Temerloh ngan ibu dulu. Aku naik opis, g carik koncho2.

Mr W orang first jadik tempat aku ngadu domba. 2nd RSenora.. 3rd.. AF1. AF1 ni attending aku sekarang.. so, dia nilah tempat aku ngadu domba selalunya. So tadi, AF1 nilah yang mengepalai rombongan beramai2 ker ACE Hardware tok beli batery setelah bersetuju dengan diagnosis bateri kereta aku da arwah. Sampai2 kat kedai hardware, bateri yang ader cuma jenis yang kena isi air. Bateri tu kosong & kena isik asid sendirik. Pastu kena tunggu plak 30 minit before bule diguna.

Bla bla bla. Dorang decide lagi. Kali ni g Carrefour. Kalo tadi AF1 yang mengepalai, kali ni turn aku. Carrefour tu kan taman permainan aku. Every lunch aku lawat oke! Ader la battery free maintenance.. rega yang tertulis RM450. Wah! Bule beli da L_shape sofa yang aku idamkan sebijik. Tapi rega yang aku bayor cumalah RM239.. ahahah. Aku prefer yang air type. Bukan lah susah nak jaga pon. Tapi sebab kena tunggu 30 minit tu yang aku malas. Last2, angkut la yang maintenance free punya.

Dari rack ker kaunter bayar, AF1 dengan baik atinya tolong aku usung bateri yang berat tu. Tengah aku tunggu resit lepas buat payment, aku nampak yang tiga orang ni dah jauh blah tinggalkan aku. kali ni turn RSenora plak menolak trolley yang berisi bateri tu. Alahaii! Maka cepat2 la aku kejar dorang & offer tuk tolak trolley. Tak baik la kalo aku lebey2 menyusahkan orang kannn. Sampai2 kat kereta.. yang aku buat cumalah berdiri sambil tengok 3 orang ni bertungkus lumus menukar bateri kereta aku yang mengada2 tu. Bukan takat tukar jek, dorang tolong tanda plak kat bateri tu date aku tukar bateri.

Da settle semua, AF1 soh aku start kereta. Aku dengan mengada-ngada  jugaklah menyuruh AF1 tolong startkan sebab aku takot MELETUP! Aaaa... elok sangat lah tu. Mekanikal sangat lah aku. Skali start jek.. da idoppp..yeaaaa... Gumbiranya c chomot.. iya iya yoh! Pas hantar RSenora, aku berusaha pulak mencari parking kat area umah aku. Hampir jugaklah aku terlanggar keta orang sebab parking yang aku try nak masuk tu sempit. Mesti time tu aku berangan yang kereta aku tu kancil agaknya. Elok sangat la.

Sampai2, adik aku yang sorang lagi call. Mak dia meninggal semalam. Innalillah wa inna ilahi raji'un.. Opss.. chotto! Aku nak stop maghrib. Amper aku terlupa masa da nak time.

Sunday 21 March 2010

Friday 19 March 2010

Hari ni hari melancong. Since keje dah berjaya settle lebey awal, so kitaorang pun dihantar la meronda pulau pangkor nih beramai2. Naik 3 van. First pit, kat teluk nipah kot. Dengar konversasi bebudak nih dengan apek yang bawak van tu time kitaorang berhenti dekat situ.

Miss : Uncle, apa yang  best dekat sini?
Apek : Saya mana taw. Saya bawa saja. Semua pun sama.

Hahaha.. uncle ni memang fail la jadik pemandu pelancong. Nak kater best sangat Pangkor ni, tak lah pun. Tengok la kita melancong dengan saper. Team kitaorang yang datangkali ni jenis yang sporting, so.. memang enjoy. Jalan raya kat pulau ni, fuyooo.. mencabar amats. Selekoh dia bukan setakat sangat, tapi amat2 lah tajam. Ala2 zig zag gitew.

Paling best, part tangkap gambar. Kelakau. Ader sorang dak nih, dia tangkap gambar orang tapi dia pose lebih hebat lagi dari orang yang kena gambar. Sakit perut tengok gaya dia. Dia memang sporting giler la. Aku tak expect la jugak mamat ni macamni. Pas teluk nipah..kitaorang g kilang. Pastu g 'China' ngan 'Belanda'. Ahaha..





Thursday 18 March 2010

Hari ni meeting the whole day.. it was supposed to be continued at 8.30 tapi urusetia decided nak habiskan. Dekat kol 7 la juga meeting habis. Aku direct g makan malam. Pas makan, kelam kabut naik bilik & tukar baju then g pantai tengok sunset & amik gambar. Tapi tak dapat capture gambar yang santek sebab aku terlambat gara2 singgah makan tadi.





Lepas mandi2.. ngantuk pula rasanya. Tetiba teringat offer member tuk g sesi menyumbang sora. Turunla gi jenguk bebudak nih. Bla bla bla.. tak sengaja terjoint plak ;p Nasib la sumer sporting. Memang yang turun tu sumer jenis artist toilet lah. Tapi ada this girl, sora memang sedaps. Spanjang aku g kotak merah, 1st la ni aku dengar sora pompuan dan lelaki yang memang sedaps banget. Enjoy giler la. Siap ada yang pasang lighter, konon2 ala2 konsert. Sound system tak lah nak kata best, tapi aku pun teraser betul2 macam dalam konsert you! Awws.. aku ni jarang memuji orang oke. Kalo aku puji tu, memang lah memang korang memang best.

Sedar2, da kol 1 lebih baru kitaorang abis. Orang da nak tutup kedai da. Singgah  minum dekat kedai kopi plaks. Borak2.. Pastu ada yang tanya aku soklan berikuts.

 Mr : Awak tanak masuk AF ke?
Aku : Aaaa? hahaha
Mr : Saya serius ni. Masuk la AF. Saya boleh jadik manager.
Aku : Heh (sengey jek la)

Da tua2 ni, tak kuaser aku nak carik glemer murah. Sora pun cam katok jek. Tadi aku di'offer sebungkus Twisties sebab menang penyanyi terabek konon..  Ahahhaa. Twisties tu aku tolak, tapi biler dorang goyang fringles, laju jek aku g amek. Aku rasa sora dak pompuan tu lagi sedaps. Voice control dia memang mantaps. Tak terpele'ot langsung spanjang dia nyanyi. Kagum jugak la aku sebab dak tu reti nyanyi banyak lagu.

Kalo aku, itu2 jek la. Favorite, lagu Shakira - Underneath your Clothes. Kalo nak test low note, aku nyanyi la lagu un-break my heart. Kalo tekak ok, aku ble achieve note rendah 99 - 99.99% perfect... Cheeewah! Tapi lagu tu memang serendah2 note la bagi aku.

Wednesday 17 March 2010

As late as 6.45 aku bangun. Pas suboh.. aku terus kemas barang. Belum pack abis lagi dari semalam. Aku malas nak suh driver amik aku kat umah,so aku kena bangun awal. Siap2 mandi, sarapan.. dalam kol 7.30 aku hangkut beg aku yang berat tu & bejalan le sampai ke lrt. Nasib tak jaoh. Tapi dengan beg berat & kasut tinggi.. sempat juga la aku mengah.

Dalam kol 8.15 aku sampai ofis. Nasib tak lama tunggu komuter. Mau naik darah tinggi kalo stranded kat komuter station tu tem2 peak org turun keje nih. Sampai2 ofis, ofis da kosong. Koncho sumer da turun minum kat bawah, rutin biasa la kann. Nasib adik ada.. adalah juga budak yang bule aku bulie temankan aku g sarapang. G makan kat kedai mamak. 9 lebey baru aku bertolak.

Kol 12.30 sampai kat jetty lumut. Call urusetia, dorang pon belum sampai lagi. Tunggu punya tunggu, 2.30 jugak baru naik feri. Dalam ferry tu ader plak minah2 sena yang bising nak tuuut! Bising giler.. raser nak lempar jek dorang kat tengah laut tu. Apa yang dikecoh pun aku tak paham. Aku yang tengah sedap terlelap bule tekejut dengan sore sumbang dorang. Spanjang trip tu, kitaorang memang bengang lah dengan geng2 kepoh tu.


Sampai2, terus lunch

Pas lunch, check in.. time tu da pukul 4.30. Kol 5 kena berkumpul kat bawah kalo nak join snorkeling. Saper tanak join kann.. aku pun apa lagi. Pas asar, kelam kabut la tukar baju & turun g lobby. Aku duk kat Coral Bay Resort. View tak cantik sangat tapi bilik besar. Pantai pon dekat jek.

 Ramai2 jalan kaki g pantai

Naik 2 separate boat. Boat yang aku naik tu memang best. Drebar dia sporting gila. Dia story mory la asal usul pulau & area yang kitaorang pegi.. bla bla bla. Yang best, kitaorang tengok boat persendirian merempit. Corner maut tu.. giler lah. Drebar boat aku tu pun gatai nak tiru gak aksi boat tu.. apa lagi.. menjerit2 la minah2 yang ada dalam boat 2 sebab boat tu da senget gila.. macam nak terbalik juga la rasa eh! Aku? Budak meki manada jerit2 takot.. aku rilex jek. Siap wat titanic lagi.


Singgah snorkeling kat Coral Beach. Tempat dia cetek.. ikan pon tak de la yang kuit2 pun. Aku malas nak join bebudak ni mandi & snorkeling. Takat main kat tebing2 jek.

Berhenti dekat kawasan yang dalam sikit. Time ni aku memang tergoda giler nak berendam. Aku terjun la dalam air tu ngan life jacket oke! Ala.. sumer pon terjun ngan life jacket aper.. bukan aku jek. Semue oke! Memang dalam gak air dia.. ombak kuat sampai teraser2 macam nak kena tarik ke laut. Eeee..

Tengah syok berendam.. dreba yang join skali mandi ngan kitaorang tu kuarkan dua ekor lintah laut. Besar giler. Ader juga la segemuk tangan aku. Ewwww.. geli gila. Dia baling kat budak pompan yg tengah berendam, sumer bertempiaran lari.. termasuk la aku budak meki. Time tu aku da tak kira da. Meki tak meki.. geli ok! Boat tu nak senget 90 degree aku tak heran.. jangan lintah tu. ewwww.. Tapi last2 aku pegang la juga lintah tu.. eeeee.. tak der apa pon aktuali.

Kol 8.30 sampai 11 lebih jugaklah meeting kitaorang petang tu. Last year non-inginiur yang chair.. macam ayam cakap ngan itik la jugak. Tis year inchik yang chair tu inginiur, memang rasa different lah. Barulah nampak jelas work flow. Tis time barulah meaningful perkataan 'sidang  ridaksi' tu.

Monday 15 March 2010

Hari ni aku buat inspection dekat bilek mayat. Aku tak pernah masuk bilik mayat ever in my whole life. Since keje aku involving to provide equipment for the room, maka aku dapatlah tengok keadaan dalam bilik nih. Belum ada orang pun da raser seram sejuks, apa lagi kalo da ader penghuni. Time aku melawat ni, dorang story la. The day before tu ada orang mati bersalin.

Thank god aku masih alive & dapat menikmati hidup ni. Aku bukanlah tergolong dalam golongan yang layak untuk masuk syurga tapi aku tak mahulah asyik membuat kejahatan di muka bumi Allah ni. Skali tuhan tarik nikmat yang diberi, waktu tulah baru terasa. Aku bukanlah nak bertukar menjadi 'ustazah, cuma aku masih sedar hidup ni singkat je. Aku berterima kasih pada tuhan sebab masih terbit rasa bersalah dari hati ni. Masih ada rasa takut dan kekesalan atas segala perbuatan yang tidak patut aku lakukan.

Buat aku dan mereka yang melakukan kesalahan tanpa sebarang rasa bersalah dan berdosa, mungkin pintu hati mereka telah tertutup. Semoga aku tidak tergolong dalam golongan tersebut. Amin! Aku sentiasa mendoakan agar tuhan bukakan pintu hati aku & mereka2 yang aku sayang untuk melihat hidup ini dari prespektif yang lain. Moga tuhan ampunkan dosa mereka di dunia dan di akhirat.

Sunday 14 March 2010

Dekat 4 suku sampai umah... cuak jugak jem time nak kuar midvali tadi. Tulah.. koncho suh zuhur kat midvali jek, aku tanak pula. Ader sorang member ni awal2 pagi da try call. Dari petang smalam dia try call aku tapi tak masuk2. Dia ingat aku merajuk sebab petang tu tak jadik kuar gara2 dia kena g umah nenek dia. Aku da cakap aku ok jek, aktuali aku lagi suker sebab kansel. Nanti aku mati kutu. Tau2 jek la aku ni bukan le friendly amat & suker ngan aktiviti jalan2 cari pasal dengan someone yang aku tak close. Maw banyak kali juga aku dapat miskal dia dari petang tu. Aku buat bodo jek. Kesian pulak tapi nak buat camano.

Tadi aku kuar ngan salah sorang koncho kat opis. Dari jemaat tu dah janji. Kuar berdua. Aku suh dia menyamar nyah kalo dia takut kena gossip.. hahaha. Kalo aku, aku memang tadak hal sebab bagi aku semua pun kawan2.

Tengok Alice in wonderland lagi. Sampai2 umah, dapat sms dari koncho tadi.. dia tanya boring tak g nonton dengan dia. Hahaha.. budak ni ruper2nya ghisau kalo2 dia dah memboringkan aku. Dia memang dull sikit. Lurus jek.. Tak macam ayah ngan rakan sebaya aku sorang lagi. Ngan mamat tu, even dia muda tapi you dont feel like it. Dia ni poyo sebenarnya tapi.. hahah. Ok la. Kalo orang cam dia ni yang tackle aku, percentage nak dapat tu ada la. Tapi percentage nak dengar ayat 'i'm not interested anymore' after a few days or weeks tu pun tinggi le jugaks.. taula aku ni jenis yang suker bebenor nak buat rationalization which makes even aku suker someone or something, kalo aku rasa tak berbaloi aku tak mau juga. Kekekek.. Dengan ayah, even dia da kawen tapi kalo ngan dia teraser cam lepak ngan kawan2 pompuan jek.. Idak le sebab dia aww ke.. Haha.

Saturday 13 March 2010

Alice In Wonderland DI Midvalley





Bila opis kau di MV, tak payah tunggu weekend la nak tengok apa yang happening di MV. Hari ni bersempena dengan tayangan Alice and Wonderland dorang buat setup garden dekat Centre Court. So chantekk!!

Friday 12 March 2010

Bersejuk-sejuk di petang hari pas balik kerja nih.. sangat soothing. Yang tak tahan tu aku bule pulak layan Al-kuliyyah. Seumur idop aku, ni la first time aku layans al-kuliyyah oke! Tajuk dia ari ni.. kalau da jodoh. Naaaa... ada seswatu nih.. hehehe

Dak kensaltan aku sms ngajak g nonton Alice & Wonderland plak.. tadi aku da tengok da pun. Memanggg BEST! Dolak dalik.. lusa2 jek la aku kuar ngan member tu. Mana aku nak kuar ngan koncho kat opis lagi. Gile playgel! Hehehe.. xkuaser oke.. Kawang- kawang je semua. Lagi pula aku tak seleras kat adik2 ni. Karang ada plak yang salah paham, payah aku nanti.
.
Ada satu lagi citer lawaks. Aku g la miting smalam. Aku bawak TA aku.. muda lagi budak ni dalam 24. So konversasi berikut telah berlaku pada ari tersebut.

Incik P: Saper budak tu. Baru ke?
Aku : aah.. baru ncik
Kawan inchik P : Bakal dia tu.. (sambil sengeh2)
Aku : ish.. takderr la inchik. Muda lagi tu.. tak kuaser ..
Inchik P : hahaha... (then kater kat kawan dia) .. dia ni seswai ngan yang macam kiter jek
(pokcik2)
Aku : (dalam ati jek la) "Cilakaks!"
Inchik P : Sy tengok awak ni pun lawa, kulit licing..   blaa blab blaa
Aku : (dalam ati lagi) "wakakakakakakakakak... buyekkk"
Inchik P : Eh! orang puji tak ucap terima kasih pun?
Aku : Erk.. tak tahu nak cakap aper ncik (dalam ati lagi lagi) .. "nasibs inchik tak tahu hati sy kater apa"... ak ak ak

Kelakau! Kelakau!

Thursday 11 March 2010

Letey dan ngantuks. Sampai2 opis da kol 4.30.. so balik terus je lah. Ngantuk pun ada nih. Tadi tengahari aku makan udang ngan buah jek.. owh tak sangka. Tukang ketuk la ni punya pasal. Aku suh dia tunjuk apa dorang nak test.. sampai itam muka sabkon dikerjakan aku.

Ni da masak magi.. mata  pon da nak tutop da ni.. aku raser elokla aku tidor dulu.

Hari ni memang sebal..

Wednesday 10 March 2010

Adik g lunch ngan aku tadi. Aku rasa adik ni memang xbekenan langsung kat romeo must die. Alkisahnya tem nk masuk lift, tiba2 romeo termuncul dari dalam lift. So, exchange smile2 la kann. Adik tetiba ceramah aku. Jaga2, romeo 2 bakal nak pasang no 3.. Kesahnya romeo ni da ada 2 wife la. Pas2 adik gosip, romeo ni mesti ada pakai pemanis ke.. Ahah. Tem 2 aku keliru, aku pompuan ke adik aku yang pompuan. Gosip sungguh ko dik!
Bagi aku la, pemanis x pemanis.. Romeo ni memang manis sebab dia asyik senyum & sengih2 manjang cam kerang busuk. Mulut da manis, pulak 2 pangkat da besau. Tak heran la jg kalo pompuan suka.. Tp orang  terlalu friendly ni memang bukan taste aku.. aku suker yang lemah lembut.. awwww... hahahah

Tuesday 9 March 2010

What happened to me lately?

Aku ada banyak masa untuk dibuang.. ah ah ah. Banyak sangat ler!

Smalam aku fenin nak melayan sorang budak yang aku gemor nak gelar mr ketuk nih. Aku rasa2lah.. aku ni berjodoh dengan abang muda jugaklah.. ah ah ah!

Sungguh gumbira dengan life kebelakangan ni.. sampai tak tahu nak cakap.

Sunday 7 March 2010

9.35 i woke up.. tanpa ku sedar kaki da tekan minyak keta to head to midvali. Jalan2 cari pasal tengok barang2 umah.

Nak dijadikan cerita. Aku konons nak berlatih la agar ngak sesat besok. First junction head kiri --> 2nd junction head kiri --> 3rd junction head kiri --> i am nowhere! Damnn. Masuk Pantai Dalam & kena bayar tol 1.60.. geramm pulak raser ati. Nasib aku bawak spek mata.. Dari kena bayar 0 ringgit.. kena bayar 1.60 sen.. geram la jugak, tp still few times better then my first day of sesats. Hate it!

Sampai dekat midvalley... jenuh pusing2 cari parking, finally dapatlah juga spot yang paling strategik. Bukan takat depan pintu masuk, malahan tak payah pusing satu round midvali smata2 nak kuar dari area 2.

Mr ketuk sms.. budak ni, ujung minggu pun nak sms.. Nak join aku jalan2 cari pasal. Minda aku ni asyik terfikir nak balik umah je. Tapi before balik 2, dalam pada tadak moni aku sempat la jugak sauks satu buku yang reganya beberapa sen lagi nak seratus. Kalo beli lemari, da dapats satu oke!

Friday 5 March 2010

Kol 6.15 aku da kuar rumah. Excited sebab hari ni first day drive ke opis.  Skali aku sesats daaa.. sebab aku terlupa nak bawak spek mata. Silakuk! Gps aku ni plak takble harap. Bukan salah gps, salah aku yang belom paham bahasa gps.

Jauh gila aku sesats... aku rasa, abis da satu pantai dalam 2 aku pusing2. Rasa macam budus amat la pagi 2. Aku sesat sampai TTDI. Dari RM 0 tol, aku bayar 4 or 5 hengget pagi ni. Tensih oke! Aku pun satu, da tahu mater tak nampak tanak bawak spek. Kol 7.49 am yaklah time yang tercatat dekat punch card aku. Ni lagi satu, saper la yang invent punch card nih!

Thursday 4 March 2010

Petang tadi patutnya ada evaluation dekat site, suddenly agent keta call bagitaw keta aku da sampai. Yippie yippie yue.. So aku suh ler adik no 2 aku g buat evaluation sebab aku da berkobar2 nak g amik jugak keta. Mintak izin dekat bos, then terus chabut g stesen komuter.

Sejam lebey jugak ler perjalanan aku g komuter port klang. Agent tu pick aku kat stesen then bawak g warehouse dorang. Sampai2 je, tengok dorang tengah try nak idopkan Wira yang baru kuar dari kontena. Nasib keta aku steady.

Aku tak sempat pk nak ajak orang temankan aku sebab tetiba je. Kalo ikutkan da ada yang berjanji nak menemankan aku. So, dari pelabuhan klang tu aku drive sorang2 dengan macho dan bertemankan gps. Bukan gps besar 2, gps kat henpong jek. Sungguh ekselen la gps aku tu sampai tak sesat. Dalam kol 4 setengah aku selamat tiba dekat umah.