Wednesday 31 July 2013

Hobi Baru....

Ini le hobi baru ahkak.. Guna aplikasi Line Camera. Mangsanya op kos lah, my Hannah banana kannnn.. Siyan anak ahkak.. Sorry sayang, mamme bosan ni tadak benda nak buat sementara tunggu kamu jaga :)






Tuesday 30 July 2013

Susu Hannah vs Coca Cola Dadde

Haaa.. Ini kalik mode berkira oke. Miahahahaha.. Mode mamme dekut!

Bukan senang ada baby ni.. Esp kalau duit tak cukup. Bayangkan.. Harga 60 ml susu si Hannah ni dekat 90 sen oke. Padan la muka kan sebab nak beli susu mahal.. Buekk! Dadde la ni.. So kalau 240 ml dah brapa, 2.70 sen ko maria!!.. Coca cola yang 200 or 250 ml tu baru 1.50 kot paling mahal. Kalau susu S-26 gold ni, @600 g kosnya RM63.50 sen & tahan seminggu jek. So, one day would cost 9 hengget oke.. Uwaaaaaaa... Lampin pakai buang dia yang brand Mammy Poko tu plak dekat 80 sen sekeping. Sehari kalau sehari 10 kali tukar pampers.. 8 hengget oke! Uwaaaaa... Total dalam 17 hengget sehari.  Uwaaaaaaaaa.. Makan pasir la.. Mode kedekut lagi. 

Tapi tuhan tu maha mengasihani.. Manada mak bapak yang makan pasir pun, kan?!!! Mungkin le ada tapi rare case la. Takat kat mesia ni, raaamai orang senang yang mengaku susah. Orang kata, rezeki anak... Yelah.. Buat benda baik ramaikan umat tentulah tuhan kasihani kita & tak bebankan kita melebihi kemampuan kan. Apa2 pun, semua bergantung pada kita. Nak seribu daya... Tanak bermacam2 le dalih kannnn...

Monday 29 July 2013

Botol Bukan Sebarang Botol!



Haa.. Ini la yang orang kata botol bukan sbarang botol oke. Botol ni brand madela lagee.. Op kos laaa, mahal. Content 250ml @ RM50++ kalau tak silap, padahal Tommee Tippe nya yang 260ml baru 30 lebey jek. Nasib baik ada voucher tu hari so ahkak cuma bayar RM3 je kot. Walaupun brand mahal kunun, kunun laa... Akhirnya jadi tungku je. Miahahahahaha..

Masa kat sepital berhari2.. Ini lah tungku ahkak. Senang sebab isik je dengan air panas. Yelah, mana plak nak carik tempat tuk bakar tungku besi ahkak yang beratnya berkoyan tu kat dalam sepital.. Hoho. Kat umah pun pakai ini gak. Ada ka patut laki ahkak ekspek ahkak ble g bakar tungku berat tu sendiri. Berat tu maria.. Kang tekeluar peranakan ahkak oke!

Ini cara bertungku versi my mother.. Dia la yang ajar. Ia adalah sangat senang & useful especially kalau kena duk hospital bermalam2 cam ahkak ni T_T

Sunday 28 July 2013

Rumah Bertangga

Hidup berumahtangga ni memang satu cabaran sebenarnya.. Hohoho. Bukan, ahkak tak do pun gaduh2 manja ngan c Chemba sampai tetiba la pulak tersentuh hati nak berstory mory pasal alam rumah tangga ni kannnn. I was just wondering, some pasangan ni boleh depa bergaduh sampai tinggi suara to their spouse for reason yang kecik lagi bodo or misunderstanding jek. Yang tu tak menghairankan sangat aktuali, yang hairan bila tak lama lepas tu both of them boleh seolah2 dah lupa apa yang terjadi as of nothing happened. Yah.. Mungkin memendam rasa sakit dalam hati or maybe they just dont mind being treated that way tapi pada ahkak, tabah sungguh la orang2 ini. If it were me, i dont think i can take it. Baru sikit je, i started thinking of separation. Hairan la memang ahkak tengok. Dimana la agaknya rasa hormat ni depa dah campak.

Dalam relationshio ni respect is important, but communication is the real deal. Without it, the relationship wont work out well. VETO is another word yang tak patut wujud dalam sesuatu relationship, unless u are a dictactor.. I would keep my mouth shut.

As i said, communication is vital. So, communicate la. Bercakap kasar & menegking2 tu yes, it is a kind of communication juga tapi more to communication gone wrong oke! Komunikasi ni bukan just by saying it.. we can use other mean like writing, body language or show it dengan cara2 yang abstract macam bawa g makan2, bagi kad, bagi hadiah whatever. Orang kata silence is golden. No way man! Pada yang bujang tu esp pompuan, lelaki yang tak banyak cakap ni is good tapi rasanya lebih banyak yang no good. But, you wouldnt know, would you? Guys ni kadang2 keep quiet to avoid conflict, yelah api dengan api kompem takde sapa selamat tapi jangan baik hati sangat fikir macam tu kay girls sebab they also keep quiet sebab they also have their own agendas. They dont want to let go of you yet they have another thing thing going on at your back. 

Saturday 27 July 2013

Mari Melancong

Start tahun 2011, every year ahkak g melancong ke luar negara. Ahkak bukan la kaya pun, laki ahkak pun sama gak.. Kais pagi gaji tatap hujung bulan oke! So, mana agaknya ahkak dapat duit g melancong ni hah!?? Melancong plak bukan g indong ka, vietnang ka.. Yang mata wang lebih rendah compare to ringgit.

Apa yang perlu adalah kad kredit yang masih banyak 0 untuk di swipe tuk beli tikit flight & hotel. Itu yang panting oke. Tiada itu kad, tak payah la story mory oke. Ada backup money tu penting tapi boleh je kalau x de pun. Lagi elok kalau ada laa. Tapi apa pun yang paaaling2 panting, mesti ada gaji bulan oke!

Apa yang ahkak buat, ahkak biasa beli tiket few month lebih awal so u'll have money tuk trip tu nanti. Biasanya ahkak beli 9 or 10 month earlier. Macam tiket tokyo tuk trip bulan 11 nanti, ahkak da beli awal tahun ari tu tapi actually all i need is 3 month je tuk cover duit tiket ngan hotel which cost 3k++. Makanya ahkak jadi ceti bulan2 collect duit dari asben ahkak tuk masuk tabung yang dinamakan "tabung perjalanan ke jipun". Duit expenses kena sndiri tabung la. Walaupun sakit le nak bayor tapi tak pe.. Selow2 kumpul. Bila lagi nak pegi luaskan pandangan kannn.. Asek2 kat mesia je. Nnti da tua kerepot, lutut pun da osteoperosis baru nak g melancong.. Tak yah le. Duk umah la diam2 lagi baik.

Ahkak ni tak la dikategorikan sebagai kaki melancong pun. Ahkak cuma nak tengok keadaan kat negara2 yang maju compare tu mesia.  Baru rasa cam nak maju. Or g negara yang ada different musim.. so boleh la rasa iklim yang tadak kat mesia nih. Kalau takat trip sopping g negara2 cam indon ka.. Tak teruja sangat nak g, i prefer to do it dalam negara jek. Ahkak ni bukan eksen ka, high test la kunun or apa ka. Takat tengok pemandangan ijau, laut maut nan belue, or shopping kain baju lip lap, tudung lap lap time melancong.. Ahkak rasa baik la habiskan duit dalam negara jek. At least membantu la ekonomi negara.. Hohohoho.


Friday 26 July 2013

Mak! Tolong Jagai Aku

Time pantang ni dah ketahuan adalah masa yang kritikal. So, bagi yang masih ada mak.. & mak jaga waktu berpantang ni kira antara yang beruntung la. Pada ahkak, tak sama pantang ngan mak sndiri ngan pantang mak mertua jaga. Memang la ada mak mertua yang baik.. Cam mak mertua ahkak, siap offer lagi nak jaga. Masa pantang kat KL.. Berapa hari gak dia duk umah jaga ahkak, siap urutkan badan lagi. Tapi ahkak tatap juga nak mak sendiri jaga...

Bukan apa.. Masa pantang ni  adalah masa yang kita paling fragile.. I mean ahkak la. We are not in the best state of everything, be it physically or mentally. Kita da tak jadi diri sendiri sebab everything was out of control. Kalau time sihat kita adalah sangat cerdas, cergas, pantas, tuntas whateva.. Tapi time pantang ni mungkin da bertukar menjadi agumon.. Which is malas, malas, malas, malas.. Selow, lembab, lembam, layu whatev whatever. Sorry la ye Agumon, pinjam nama kamu jap.

Kalau mak sendiri jaga.. Bole la buat perangai c Agumon tu tadi. Kena bebel pun, rasa cam semut lalu jek. Masuk angin, kuar angin.. Kalau asap plak yang kuar at least ada gak la sikit yang masuk kannn. Paling ahkak pantang bila kena compare2 n jadi bahan story pengalaman kunun. At least kalau mak compare ngan orang lain kununnya orang tu cergas je time pantang, bule la bagi jawapan standard "alaaa.. Mak amik la anak orang tu jd anak mak kalau dia bagus sangat".. Jangan tiru oke, jangan durhaka! kalau nak cakap pun sila gunakan cara bergurau oke.. Kang tak pasai2 ketulahan ko maria. 

As expected.. Memang kena bebel la oleh mak ahkak sebab ahkak lembab katanya. Orang pantang ni kena cerdas lagi cergas, tak boleh lemau2. Ye lah, da orang sakit oke.. Kena la selow2.  Pulak tu anak asyik nangis je.. Takkan nak tekup plak mulut dia n ikat kat katil sementelaah ahkak g makan, g mandi bagai. Miahahahahaha.. As usual.. Masuk angin keluar angin. Cuba kalau mak mertua membebel n marah.. mau bercerai kot!! Hohohohoho.. 

Wednesday 24 July 2013

Mak Sinchan Beranak Lagi??!!

Ado dengar kaba berita ni, mak c Sinchan beranak laie?? Iya... Banar. Ini la adik baru c Sinchan ngan Himawari, c Himawana.. Kui kui kui... Kejam tol auntie c Hannah ni panggil dia adik sinchan.

Dak kici ni memang gemor sangat tido mengiring. Klau tdo telentang, tak lena tapi kalau mengiring.. Senyap je. Tapi rutin bangun every 2 hr menten tatapp. Cumanya pas nyusu dia otomatik tdo semula. Tu kalau time perut dia tak meragam le..

Tuesday 23 July 2013

Eiffel ngan London Double Decker Bus Wait Aaa!!

Gegatai masuk website MAS tadi.. Skalik p klik tambang KL Paris tuk 2 orang ngan 1 infant.. Apa?!!!! RM6000 jek!!!!! Ehem ehem c Chemba.. Skalik konpem la next spring ahkak ngan c Chemba ngan c Hannah g berjimba kat Paris ngan London. Pedehal trip g Tokyo bulan 11 ni blum pun selesai lagi.. Ahahahaha.
Tadaaaa... CDG aka Charles De Gaulle oke!
Ahkak g 7 malam oke.. Pitam la nak bayar otel 4 5 ratus semalam. Yang paling best ahkak akan sambut birthday di Paris ko maria! Lelelelele lolo.. Iya iya yohhh. Birthday yang ke 33 oke.. Muda remaja gitewwww. Tapi tadak plan nak tambah lil D lagi dah. Tunggu la ahkak umor 34 ko, 35 ko.. 40 pun kilang masih boleh apa!

Sunday 21 July 2013

Susu Emas Taik Karas



Anak ahkak yang riang gumbira ni minum susu emas oke, kaw ado?! Yo lah.. da tulis kat kotak tu S-26 Gold kan, amas la tu apa! 600 gram reganya RM63.50, kalau nasib baik dapat la dalam RM58.90.

Memandangkan susu ahkak tak cukup nak tampung demand si kici..makanya dari day 3 lagi dia da stat minan susu ni. Bfore ni ok je.. skalik kat kampung yak dia keras. Ada skalik tu cam taik kambing pon ada.. keras tol. Time tu nangis dia bukan main.. siap merah2 muka. Skarang ni ahkak muskeel.. susu dia ke n or susu ahkak yang menyebabkan dia sembelit. Nak kata susu ahkak, rasanya dalam sehari 5 or 6oz je kot. Nak tukar susu, ada lagi sekotak tak guna lagi. Camana nih.. aihhh

Saturday 20 July 2013

Alergik Udang?

Kiranya benar lagi sahih.. ini boleh dikira nightmare bagi penggemar udang cam ahkak.

Alkisahknya laki ahkak belikan udang.. makanya mak ahkak pon goreng la, makanya juga ahkak pun makan la bersungguh2. Skalik malam ahkak gatal2 kat area2 tertentu yang tidak dapat didedahkan lokasinya. Ahkak tak la sapspek apa2 tapi mak ahkak kata mungkin sbb udang. Uwaaaaa... jadi kalau tak bule makan udang maw makan apa laaaa???!!!!

Friday 19 July 2013

Hantu Toilet

Well.. ahkak taw tadak hantu pun kat toilet time bulan posa ni.. hohoho. Saja nak tulis pasal toilet.. awat, x buleh ka diary?!
Tetiba je terfikir.. nasib bilik ahkak kat umah my parents ni ada personal toilet. Kalau idak.. mampuih le nak kuar masuk bilik tinggalkan si kecik tuk g kench ngan yak. Baknya toilet jauh.. pitam2 le kot anak tu menangis. Taula, fundi kench ahkak ni jenis haktif.. kejap2 kench, kejap2 kench. So, toilet lam bilik adalah satu kemestian oke! Luckily umah kitaorg ngan umah in law pun ada gak personal totoi ni.. kira cerah la masa depan fundi kench ahkak.. hohohoi!

Thursday 18 July 2013

Anak Perempuan..

Kadang2 aku terfikir.. kesian kan pada parents yang ada anak perempuan, alaaaa.. macam aku. Bayangkan bila sahaja terlafaz akad nikah, ko terussss turun pangkat. What i mean to say is, once dah khawin anak perempuan kena dahulu kan suami, then parents in law.. then baru le ko. Pedehal ko besarkan anak perempuan ko takdo beza langsung mcm besan ko besarkan anak lelaki dia. Silap2 anak ko blaja tinggi laie, ada jawatan bosa laie. Alih2 bila dia khawin ko da macam dalam bahasa kasar laie straight to da point, takdo maknanya laie pada dia. Or nak lembut sikit... kurang makno eh.
Kalau dapek anak menantu yang ngikut & iyokn je cakap mak bapak dia laaagi satu hal, mampuih anak ko. Dalam bahasa kasar juga, jadi bodo2 la anak ko tu kena plak ikut je telunjuk depa. Sikit2 nak masuk campur, tak do la dio bebas nak buat keputusan. Sikit2 nak kena story mok pok mentua, kena mintak ijin ko maria! Padahal selama ni ko didik anak ko agar tahu berdikari, yakin dan pandai la buat keputusan sendiri asalkan tahu batas2 nya. Alih2 jadi ulun2 family mertuo dio. Ini tak bulih, itu tak bulih.. haah! Apa yang bulih?!
Susah kan??! Tekawin famili baik takpe.. kono yang cam haremmm?!! Simpang simpang simpang.
Tapi Tuhan tu maha adil. Kalau ado yang tak suko, sabar yo lah. Doa la banyak2.. peringatan la ni untuk diri sendiri.
Ya Allah.. kau pelihara la anak ku di dunia dan di akhirat... aminnn!

Sunday 14 July 2013

Dalam Hati Tiada Taman

Setiap kali teringat akan kata2 yang menyakitkan hati hari tu.. Setiap kali tu juga rasa macam nak buat keputusan drastik. Only this time it would be complicated. All i can do is pray agar rasa sakit hati ni hilang or else I would have to do something supaya tak berdosa dalam diam. 

Masa2 berpantang ni lah masa yang paling menguji. Rasanya bukan fizikal yang terlebih cedera, tapi mental ni lebih lagi sebab dicederakan oleh orang orang terdekat dengan kata2 yang menyakitkan hati. Kata2 yang cukup tak bertimbangrasa untuk diperdengarkan pada orang yang baru sahaja lepas bersalin. Sungguh, sampai mati pun aku takkan lupa. 

Friday 12 July 2013

Whats Up Tourists??!!

Kat LCCT tadi flight delay jap kat runaway sebab ada 4 or 5 flight bersusun nak tunggu giliran take off. Ahkak da agak da kompom jadi macam hari tu time ahkak balik raya last year. Bersusun sampai ke luar pintu tuk pass through imigresen.  So, as expected inilah keadaannya. Ni pun da after few minutes so ada la reda sikit. Kat luar ahkak jenguk ada lagi orang ber pusu2 coming. Officer kat situ cakap ada 5 flight landed at the same time. Kunun flight dari taiwan, hong kong, Korea, kl ngan n penang. Apa yang ahkak nak cakap is, ada aku kesah?!! Yang aku taw kome da nyusahkan aku yang baru je 29 hari pas bersalin hari ni. Nasib la si hannah tak meraung. Spanjang flight pun dia rilek je tdo n just nangis2 ayam time nak susu. Alhamdulillah, syukur sangat dia tak banyak ragam. Dadde dia da risau, siap n terfikir nak bagi ubat tidur. Ada kaaa!

So.. da sampai Sabah bah. Yehuuuu!!! Hari ni aku mengalami keadaan yang tak menyenangkan. I knew the intention was good tapi for someone to simply judge your family base on their 'own standard' was too much for me to take. Simply saying that my family look like we were not close enough is extremely crossing the line. How you define love and relationship among families, esp with your parents and siblings? You cant! Every family has their own way, who are you to judge them.
In my family the words 'terasa' or ambil hati or terkilan dont exist at all. Because we are family, why should one have that kind of feeling? It was kind of weird for me to hear those words, especially among family.  Real family just 'let it go' yet maintain the strong 'fence of support' among them. I find those kind of thinking was totally ridiculous. To even ask people to change and follow their way was totally crossing the line.

Wednesday 10 July 2013

ASA a.k.a Air Susu Ahkak!

Ini je le banyak air susu ahkak yang berjaya ahkak pam. Ini pun kira banyak la ni. Selalu dapat dalam 2 oz jek. Total satu hari boleh la dapa aset dalam 10 oz. Walaupun tak na tak tapi ahkak bersyukur sebab at least ada la juga antibodi tuk anak ahkak.

Hannah most of the time ahkak bottle feed je sbb kalau direct feed ahkak stress nak bertarung ngan dia. Tiap kali direct feed je.. isap tak sampai 2 minit je dia lelap, bila terlepas mula dia meraung seminit.. pastu repeat la sepanjang2 menyusu tu. Last2 ahkak give up, bagi botol la jawabnya.

Monday 8 July 2013


Hari ni anak ahkak da berusia 25 hari.. da pandai nak pegang botol sendirik oke! Tiap kali nyusu, tiap kali tu la ahkak kena 'berlawan dengan tangan dia esp time nyusu badan. Sibuk ahkak nak suakan puting, sibuk jugak la dia nak tutup mulut ala2 nak pegang kunun.

Hari ni hari first ahkak berpantang sendirik.. actually start semalam tapi tak di kira sebab c Chemba ado temankan ahkak. Mak ahkak da balik kampong... makanya ahkak kenala wat sendiri. Pepagi kol 6.30 ahkak bangun susukan Hannah & tidokan dia balik. Pastu terus sarapan ambil2 pam susu. Then g mandi, basuh pinggan mangkuk sediakan barang mandi Hannah & pakaian dia siap2 sebab takut tak terkejar plak bila dia bangun. Alhamdulillah la sebab hari ni ahkak tak sembelit. Kol 9.30 dak kici i bangun, susukan jap.. mandikan.. sambung susu lagi.. dodoi2 sampai tido. Ada la masa tuk ahkak cuci kain & kemas umah kejap. Kol 12.30 dia bangun, pastu tido2 ayam. Jenuh ahkak mendukung sebab kalau kat tangan dia lelap, letak kat playpen tak sampai 5 minit da meraung.

Nasib ahkak da masuk 25 hari hari ni.. walaupun pinggang sakit & darah kuar balik maybe sebab tergegar ke apa ke, alhamdulillah ahkak masih berdaya lagi nak jaga anak ahkak yang sikit2 melalak nih. Oii.. kalau takde orang bantu time2 pantang nih, memang ble meroyan tambah2 kalau asben tak supportive. Alhamdulillah ahkak masih ada mak & ada asben yang sangat bertimbang rasa. Mak ahkak sampai demam2.. c Chemba plak almost tetiap malam tak tido gara2 jaga Hannah yang siang tido malam berjaga.

So.. kalau da nama pun pantang sendirik kann.. makanya ahkak makan ler apa yang ahkak sooka. Hari ni ahkak makan nasik lemak tuk sarapan ngan lunch.. dua tiga hari before asyik melantak magi.. hoho. Kesian anak ahkak.. Lihat nasik lemaknya.. sadappp kannn!!! nyammmmm


Friday 5 July 2013

Tak Maw Naik Pangkat Keeee!!!

Lepas almost 3 minggu berjanji palsu dengan dak yang urus pengesahan kenaikan pangkat, ahkak masih berjanji pelsu lagi. Konon nak hantar tapi tak hantar2 gak. Semalam baru hantar dekat opis ahkak tuk minta bos sain LNPT khas. Tahun ni banyak benor benda yang ahkak lemau. SKT, LNPT.. borang kompom, suma ahkak buat lambat. Hohoho..

Thursday 4 July 2013

Popon Giant Yoh!


Mega tak!? Mega tak!? Minah gadjet belum pencen oke. Ini semua salah ipad mini yang tak ble call out. Dan2 nak salahkan ipad kannnn!! miahahah

Hari tu nampak kat iklan ada popon screen basar lagi dari note.. ahkak pon tak pikiau panjang & tak p tengok kat kedai suh je c Chemba bili. Beli gadet cam beli ikan oke! So, tadaaaaa... memang la memang puas hati. Walaupun idak la besar sangat, tapi all new features yang incorporated dalam popon nih memang memuaskan hati. Dapatlah ahkak berlagak depan note 2 c chemba.. miahahahaw.

Tenet laju, features user friendly & mencapai KPI yang ahkak tatapkan. KPI kaw ahkak mana taw, ko tatapkan lah sendirik! Saiz screen ngamsuii tuk insan yang lebih guna popon tuk tenet rather than calling2 bajir bil. Kamera sanggih tapi ahkak tatap setia pada kamera Note 1. Apa pun, puas atik la!

Tuesday 2 July 2013

Post Bersalin Story : Day 1 Sembelit la pulak

Hari ni hari ke 19 ahkak post bersalin tapi tak habis lagi masaklah kench.. now ahkak ada masalah baru plak yektu  tabley berak aka sembelit.  Adalah sangat stress bila kena  dok dalam toilet berjam2. Gara2 taknak nak minum air sangat sebab takut nak g buang air kecil.. sudahnya air besar plak tersumbat. Eiiilaha

Bayangkan kalau yang besar tu sampai kena korek ngan sudu.. Memang sengsara. Tak de cara lain dah sebab da sampai luka2. Seumur hidup, ini kali kedua kot ahkak sembelit & this is the worst. Kesian tol kan ibu2 ni.. Ada2 je cubaan. Time mengandung da sakit macam2, time bersalin memang sakit takyah cakaplah.. Pas bersalin pun macam2 sakit, esok2 nanti pun sakit2 gak kesan dari bersalin. Betul kata orang, selagi tak bersalin selagi tu tak merasa bagaimana perasaan ibu kita. Selalu cari pasal dengan ibu & buat perkara2 yang menyakitkan hati ibu.. Bila dah beranak pinak barulah sendiri pulak merasa.

Klau ahkak ngan mak ahkak, selalu la tak ble masuk sebab ada je benda tak kena. Mak ahkak jenis yang suka borak, suka share & sooooka sangatttt tanya macam2 tapi anak dia nan sorang ni jenis tak reti nak banyak cerita & paling tak suka sangat part bertanya dan menjawab soklan. Kesian mak ahkak dapat anak cengini. Elok la juga, kang kalau perangai seropa payah plak berebut giliran sapa nak citer dulu.. Miahahaha..

Monday 1 July 2013

Apa Nak Bawa Ke Hospital Tuk Bersalin?

Napa ahkak tetiba nak sharing is not la caring sangat hari nih? ohoh.. yela.. teringat time ahkak nak masuk wad hari tu. Google2 & blog walking carik info pasal nak bawak barang apa g hospital tak vertemu jugak ngan info yang baikk punya. Anak pertama la katakannn.. pulak tu tadak fengalaman masuk shepital lelama kannnn. So, ahkak nak share la barang apa yang perlu bawak g s hospital sempena nak bersalin mengikut fengalaman ahkak yang bersalin overdue & normal kat hospital kerajaan, specifik hospital universiti. Hospital pakar ke, swasta ke.. ahkak tak dapek nak nolong oke!

First skalik, op kos la bawak dirik sendirik. Miahahahahaha... jangan mareee!! So, kome bawak ler yang ini...
1. Toiletries - sookati kome la apa barang, janjik toiletries.
2. Beg makeup. Oiii! ini pentimg oke. Da la duk hospital, takkan ler kome nak muka kome nampak cam mayat idup. Tak verseri gituewww!
3. Tisu toilet! Toksah verangan shepital sediakan oke.
4. Pad. Tanak bawak sudah!
5. Beg or plastik tuk simpan baju kotor.
6. Makanan & minuman 3-in-1. Kalau rasa2 mampu tahan makan makanan hospital jek, sookati la. Tengok apa yang ahkak bawak nih. Haaaa.. ukur makanan di badan sendirik la!

7. Termos & botol air. Air panas yang hospital sediakan kompom tak panas oke! Elok bawak cawan & sudu skali. Senang nag minum or buat air.
8. Selipar tuk g toilet.
9. Pakaian secukup rasa. Bawakla 1 persalinan tuk release dari hospital jek sebab pakaian dalam wad disediakan. Elok kalau bawak kain batik or kain pelikat as back-up. Cam ahkak hari tu, ada ka dia bagi ahkak baju ngan baju. Bila ahkak ngadu domba, misi tu kata "alapak, sorry la puan.. kain dah habis. Bole tak pakai kain puan sendiri dulu". Nasib ahkak ada bawak.Kalau idak, pakai apa? spender kah!? hohoho. Buat pengetahuan jugak, persalinan akan diberi sekali jek sehari. So pepandaila, kalau kain kena kenching ke.. darah ke.. tahan jek le pakai sampai esok oke! Stokin jangan lopa oke!
10. Bantal, selimut, baju sejuk etc.. Memang la pihak hospital ada sediakan, sokatila nak bawak tuk ekstra comfort. Cam ahkak, ahkak bawak 3 bantal kici oke! Hantammm.. memang meriah la katil ahkak. Dan ahkak sorang jek yang ada baaanyak bantal, orang lain takde pon.. miahahahah.
11. Air selusuh. Tanak bawak, tanak la!
12. Gadjet & bahan hiburan mengikut citarasa tuk menghilang keboringan. Kalau rasa2 malas nak dengar misi membebel or baby menangis, bawakla headphone.