Saturday 31 August 2013

Raya Belom Habis Lagi..

Hari ni my sis nak datang beraya rupanya. Ingatkan kitoarang decide yang ahkak g umah dia hari ni then esok dia plak g umah ahkak.Apa lagi, kelam kabut le sebab bahan memasak suma tak beli lagi. Makanya kol 10 lebey kot baru c chemba g beli daging bagai tuk masak rendang.Kalau dah namanya daging, 3 jam ler ahkak mengunggu sampai liat.. hohoho.

Friday 30 August 2013

Hannah Ada Menan Baru...

Bergaya dengan baju baru!!!
.. & menan baruuuuu
Terpegun anak ahkak nengok tanglung ajaib.. miahahaha. Tadi jenjalan kat Jusco, saja la isi masa lapang. Skalik terpegi kat area orang jual kuih bulan & tanglung. Tu yang nampak tanglung hello kitty, otromen & doremon. Anak ahkak apa lagi.. gumbira betol dia nengok si doremn ngan hello kitty pusing2 sambil dengar lagu twinkle2 little star. Menan tu dok ulang2 part "Twinkle2 little star, How I wonder what you are"... nak pitam oke ahkak dengar beratus kali.

Next week dah start kerja.. so hari ni ahkak pun bawak la si kecik tu jalan2. Dari Jusco kitaorang ke Midvalley. Nipis poket ahkak oke! Nipissssssss!! Nasib baik tak jadik balik Somban.. yeaaayyyyy. Gumbira tak g mana2 sebab malas nak packing, boleh????

Thursday 29 August 2013

I Have A Child???

Hari ni usia Hannah baru 77 hari. Kadang2 macam tak percaya yang I have a child now. Rasa macam mimpi pun ada. Tertanya2 sendiri, betul ke aku da jadi ibu ni... 

Terasa bahagia sangat bila tengok wajah anak yang mulus.. Tambah2 bila dia senyum.Ya Allah... Terima kasih atas anugerah yang tiada ternilai ini... Terima kasih ya Allah....

Wednesday 28 August 2013

Gila Rompers

Haaaaa.. Ni la antara koleksi rompers mothercare yang berjaya menipiskan beg duit ahkak. Standard la kan kalau orang malas cam ahkak ni.. Semua nak mudah je. Ahkak suka rompers yang ni sebab senang nak pakai. Kalau tak kena pakai baju ngan seluar asing2 kannn.. Kalau pakai rompers jimat masa tuk basuh, jemur, pakai & jimat ruang nak simpan. Part jimat tu sikit jek.. Tapi partt duit kuar tu memang tak jimat langsung. Dua set reganya RM99 hengget oke.. Meaning selai dalam RM49.50. Duit banyak itu da cukup tuk beli baju kurung ahkak oke! Telampau kan

Tuesday 27 August 2013

RM600 For The Sake Of.....

Kalau spent RM600 ke atas dalam tempoh 3 bulan berturut2, baru ble dapat kad diskaun MotherCare ni. Tapi ahkak baru je masuk kedai ni hari ni, terussss dapat. Kenapakah???? Ahkak bukanlah peminat barang mothercare, infact tak bother pun nak masuk kedai ni. Mahal la katakan.... Tapi memandangkan ahkak nak bawak si kecik g Tokyo musim autumn nanti & musim boonga plak g europe.. which agak sejuk, makanya kena la beli baju tebal. Skalik terjumpa plak baby rompers yang memang menjadi ke gilaan ahkak. Jeng jeng jeng...... Sudahnya nipis purse ahkak maria!

Monday 26 August 2013

Botol Anak Ku Beranak Lagi!!

Hari ni botol anak ahkak beranak lagi.. Huhu.. Kalau previously dia ada 5 botol yang slalu guna + 4 botol yang xpernah guna, campur dua botol baru ni make it 11 botol semuanya oke! Banyak botol kaw maria!!!!

Before aktif dalam aktiviti memberi susu anak ni, i thought baby tak perlu banyak botol. 2 pun da lebih dari cukup. Tapi lepas berjinak2 dengan haktif, now i sadar that having extra bottles really helpful espeseli tuk budak yang cam my doter yang tak reti2 nak sabar kalau da nak minum. Jangankan nak basuh botol, nak buat susu yang tak sampai sminit tu pun dia da nangis ala2 mak pengsan cam kena dera. So, bila ada extra botol at least save la time tuk basuh botol. Aktuali bole je pas nyusu terus basuh... Well! Tu kalau kaw rajin la..

Sunday 25 August 2013

Main Masak-masak...

Gara2 my ex bos, mr A nak datang... Terusss berasap dapur ahkak. Miahahahaha.. Originally nak masak rendang tuk, rasanya yang ni part rendang tu jek kot yang dapat, 'tuk tu tah di mana.. Miahahahahha. Punya sadappppp!!! Hoho.. Masuk bakul angkat sendirik kaw mariaaaaa..

Ramai2 kawan... Bule boss yang datang beraya, kawan yang ramai2 tu tah ke mana. Ramai leee sangatt.. Muhuhahahahah. Eks bos ahkak tu kata dia saja la nak datang tengok ahkak yang pas bersalin ni. Terharu oke...

Saturday 24 August 2013

Friday 23 August 2013

Thursday 22 August 2013

Menan Pertama Beli Hannah

Beli Kat Kaison Putatan...

Wednesday 21 August 2013

Home After Baby.....




Can you spot the differences? Op kos la. My house look like kindergarden now oke!! Welcome to having-children world mammee

Tuesday 20 August 2013

Anakku Janganlah Kamu Demam

Comey kannnn kak Tonnn!! hahaha. Siyan dia.. badan dia cam panas semacam. Hopefully idak la sampai demam. Risau gak.. dah la ahkak sensorang jek. Agaknya sebab non-stop berjalan kot. Mana tak nya, Rabu tu kitaorang bawak dia g shopping kat pekan Beaufort.. Khamis perjalanan balik dari my kg ke umah Somban.. sampainya tengah malam, Jemaat bawak shopping kat Seremban lak, Sabtu g beraya kat Jelebu sampai dekat tengah malam baru balik umah.. Esoknya Ahad g beraya kat Pilah before balik KL.. dekat tengah malam gak baru sampai KL. Smalam, bawak lak kuar tuk appointment KKIA... T_T Siyan my Hannah..

Monday 19 August 2013

Baju Lagi... yehuuuuu!!!

Ini adalah adiah dari x opismate ahkak.. Yehuuu. Hannah dapat baju baru lagi, koleksi ke 6 hadiah baju sempena kelahiran dia. Pada ahkak, hadiah set baju ni memang yang paling praktikal la for those yang bercadang nak bagi hadiah pada parents yang ada new born for the very first time. Speaking as a first time mother, kalau rerasa ada nak bagi gift to sedara mara or kengkawan yang ada anak fist... i think boleh bagi cam  yang listed kat bawah ni...

Bedung/ Towel
This stuff is really useful sebab newborn ni nak kena bedung  for the sake of making them feel comfortable esp time tdo. The best yang ada pelekat velcro tu, rasanya dalam RM30++. Or beli jek towel yang ada hood comey2 tu, selain guna tuk mandi.. ble la guna as bedung gak. Preferably pilih la kain yang lembut.. siyan oke kulit infant yang halus dan mulus tu kalau kena lap dengan kain yang agak kasar cam grade tuala orang tua.

Lampin kain
I know.. orang sekarang ni da tak pakai lampin. That was my first thinking dulu, who needs lampin kain when u can just use yang pakai buang punya. I was wrong! I ended up buying a pack, two packs actually. Rather than to be used for its real purpose which is lampin, this one will be useful during mandi or lap2 apa yang patut. Bole gak buat selimut or bedung. Now days, lampin kain ni da quite fancy la sebab ada deign kartun2. A pack would cost around RM28++.

Mitten
Booties biasanya senang nak carik yang dijual dalam pack banyak2 tapi mitten ni susah sket. Compare to booties, newborn should have more mittens especially bila dorang da start da pandai gigit the tangan. Kena la kerap tukar sarung tangan baby tu kalau tak sejuk le dia. Cam si Hannah ahkak tu, sampai pucat2 oke tangan sebab ahkak tukar 2 kali sehari jek. Beli la yang kainnya good quality spaya tak mudah berbulu.

Changing mat
Well.. ini adalah sangat penting. Cam si Hannah, dia ada 3 lai. 1 tuk permanently di simpan lam travel bag.. satu kat bilik & satu lagi kat ruang tamu. Senang, tak yah le ahkak susah payah nak bawak mendalah tu ke hulu ke hilir time nak tukar lampin or mandikan dia.

Kalau ada budget lebey, ble la bagi cam yang si Hannah dapat ni.. i loike!!! Kalau x silap both ni cost less than RM150 setiap satu...
Baby box dari pak & mak ngah
Bouncer dari auntie Bb

Sunday 18 August 2013

Raya Sampai Lebam - Day 2

Kalau smalam ahkak hangin, hari ni pun hangin gak. Hari ni nak g belah his dad, kek Pilah. Dari pagi la tunggu.. dekat kol 3 kot baru gerak pedehal nak balik KL hari ni gak. Lagi satu ahkak tak faham, napa tak balik KL jek terus dari Pilah. Arrangement c Chemba, g raya dulu then balik umah g salam2. Napa dia tak buat sebaliknya.. Ahkak ni kalau tak faham yang disertai marah, memang dah malas nak cakap or tanya, buat tambah sakit hati plak nanti. Ni lah my asben ni.. ada masa2nya tak ada logika.

Ahkak ni jenis tak pandai la nak bebel tapi ahkak paham la now napa some pompuan pas kawen da pandai membebel. Mana tidaknya, kalau dapat hasben lupa yang dia da beranak pinak.. ingat dia sendirik jek,sapa tak hangen. Situasi jaman moden ni, both asben and wife bekerja. Both providing for the family, tak lebih tak kurang. So, asben2 tu agak2 la kann. Memanglah tanggungjawab isteri jaga rumahtangga, tapi si suami kena la logik & adil. Ini tak, biar jek si isteri sorang2 terkontang kanting dengan urusan rumah dan anak2.. apa pun tak tahu. Alhamdulillah la walaupun si Chemba ada masanya 'terlupa di mana logika, tapi dia sangat bertimbang rasa & sama2 turun padang. Moga2 sampai tuha pun la dia macam ni.. aminnnn!!

Makanya.. dekat kol 11 kot baru sampai KL. Alhamdulillah Hannah tak meragam..

Saturday 17 August 2013

Raya Sampai Lebam - 1st Day

Hari ni raya belah my mother in law.. kek Jelebu. Ingatkan before maghrib tadi da habes, skalik malam tu nak sambung lagi beraya kat mana ntah, lupa la pulak. Kira2 half an hour la dari Jelebu. Well.. sampai tengah malam oke baru sampai Seremban balik. Can u imagine ahkak yang still tak berapa sihat & baby yang baru jek 2 bulan g beraya sampai tengah malam.. di mana logikanya?! Haaa.. ni lah yang ahkak pon tak paham di mana logika my hasben ni. Hangin la oke.. tak terfikir ke dia ni.

Friday 16 August 2013

Hannah pegi Gym!

Untuk mengisi keboringan.. makanya ahkak ngan c Chemba pon berkunjung la ke Jusco kek Somban ni hah.. makanya terboli la macam2. Salah satu macam2 yang terboli menda alah kek bawah ni hah. Dah lamo da intai2, kalau kat One Baby World rasanya dekat 70 hengget kot.. kat Jusco dia offer 65 hengget. 5 hengget pun duit apa! Makanya adalah ' baby gym' kununnya tuk c Hannah.. yeaaayyy!!!
Tadaaaaa
Kat sini pon bule muat bah!
Malam lak ada haktiviti menyambut Birthday sumer cucu2 my in law. Now da ada 6 orang cucu dah, makanya 6 kali ler nyanyi lagu Happy Birtday berulang2. Nasib la si Hannah kecik lagi.. next year kompom la habis lilin2 kat kek tu c Hannah kerjakan pas di tiup.. miahahahahwww. Dan part yang bestnya.. baru jek 2 bulan lahir da dapat adiah Birthday ko mariaaa!!
Hadiah dari mak wan
Hadiah dari pak & mak ngah

Thursday 15 August 2013

Fligt Ini Hannah Yang Punya!

Kalau at the firt time si Hannah naik flight dia behave, ingatkan macam tu jugak le kali ni. Skalik jauh panggang dari api. Meraung2 la pulak lam flight. Kesian dak yang duk sebla si Chemba & those yang duk dekat2 ahkak n the gang.. mesti rasa tak selesa. I knew la sebab dulu asal jek ada baby nangis.. mesti ahkak rasa nak marah oke! Time g Seoul hari tu, siap pilih quite zone lagi which no infant allowed semata2 la sebab tak sanggup nak dengar baby meraung... miahahahaha. & for the first time si Hannah ni muntah, banyak lak tu. Pas muntah baru la dia senyap & terussss tdo. Maybe dak Hannah ni masuk angin time lam keta tadi kot. Emaknya la punya hal.. da tau nak lelama lam keta, pakaikan baju pendek.

Rasanya dekat kol 12 tengah malam kot sampai umah in law. Nasib baik le tdo dia lena sampai ke pagi.. huhuhuh

Wednesday 14 August 2013

Bila Si Isteri Mengepau Sang Suami....


Pepelum pepelum kunun
Baju Kurung Kembar Seiras
Smalam time jenjalan kat Suria Sabah.. ahkak pon terjumpa la kedai baju. Makanya ahkak pun tercuba la beberapa lai baju di situn.. makanya jugak terveli la baju kat situn. 2 lai baju kurung & selai blouse kat atas ni dengan rega RM400++.. yang di taja oleh my Chemba. Yehuuuu!!!! lop u soooo much. So, kalau semalam da jalan.. hari ni duk umah je lah. Esok dah nak balik, kenala pack apa yang patut.

Tuesday 13 August 2013

Little Italy Aku Datang Lagi!!

Hari ni dah raya ke 6. Kejap je rasanya.. Walaupun ahkak ni masih la sakeet, ianya tatap tidak menghalang dan mematikan selera ahkak tuk berjalan2 cari hal di kk dengan tujuan utama tuk berkunjung ke Little Italy. As usual, menu tatap sepanjang zaman yektu pasta fettucinni berkuahkan tomato dan marinara pizza. Pasta pon amek yang marinara gak..

Marinara pizza
Marinara fetucinni pasta with tomato sauce
Home made pastas

Saturday 10 August 2013

Cerita Tentang Susu

Hari ni ahkak nak story pasal susu. Few days ago ahkak decide nak tukar susu hannah sebab dak keci tu sembelit la pulak minum S-26 amas. Aktuali ahkak pom kompius sebab dari mula lahir dia dah minum susu ni & takde plak sembelit. Alih2 umur dia sebulan lebey dia sembelit plak. Yak2 dua or 3 hari je sekali.. & yak kejap keras kejap oke. So, ahkak akhirnya decide nak guna Mamex Gold a.k.a Mamex Cherish by Dumex due to banyak good review from mother yang juga mengalami masalah sama dengan ahkak.

Time my ex crime partner berkunjung ari tu, we all story2 la pasal susu. She told me she gave her son anmum. Ahkak pon cakap la, eh.. bukan anmum to diedar oleh Fontera ke, which kecoh dalam berita susu depa ni tercemar tapi tak finalize lagi perlu recall ke tak from pasaran. Si kawan cakap dia pom tak aware, yang dia aware pasal susu dumex. Oooooppp!

Skalik masuk website Dumex, aaaaalaaa pakkk! Susu yang ahkak beli tu termasuk lak dalam one of the produk yang kena recall from pasaran. Walaupun certain batch jek yang kena recall, tak berani la ahkak nak amek risiko beri pada Hannah. Sudahnya kena la beli susu baru, yang lebey mahal lagi dari S-26 amas ni.. Enfalac A+. 650 gram cost RM71.90 walhal 600 gram S-26 Gold baru Rm63.50 paling mahal & 600 gram Mamex Gold tu dalam RM58++ je. Susu badan pon tak mampu bagi, takkan susu tin pun nak berkira.. ye dak?!

1st try --> S-26 Gold
2nd tak- sempat-try --> Dumex Mamex Cherish
3rd try --> Enfalac A+

Friday 9 August 2013

Yea! Yea! Dadde Balik..

2nd day of raya.. hari ni dadde si Hannah da ada kat umah. Ingat nak g beraya kat umah abang ngah my dad, skalik ujan lebat & kitaorang kena serang oleh anak2 abang my dad yang first. Kalau team yang ni datang memang meriah especially kalau dorang ni terjumpa alat muzik yang ada kat my house. Last raya dorang jumpa keyboard ngan gitar.. abang sepupu ahkak apa lagi, konsert la. Tahun ni jumpa gitar jek.. konsert gak. Memang kalau g umah ahkak dorang akan wat konsert free. Luckily dorang tak jumpa gambus & set gamelan my dad.. kalau idak tak tahu la. Konsert irama Malaysia la kot.

Thursday 8 August 2013

Raya Pertama Hannah!



Selamat.. Pong pong pong... Hari raya pang pang pang!!

Selamat Hari Raya yoh! Tetiba jek dah raya.. Ujar seorang perempuan yang tak dapat merasa nikmat puasa sebulan sebab masih dalam nifas, a.k.a ahkak la ibu tue! Walaupun dapat posa beberapa hari jek, syukurlah ada gak la dapat berpuasa tahun ni. Klau raya tahun lepas Hannah belom pun wujud, tetiba jek tahun ni dia da sambut raya yo! Tapi raya tanpa ayah. Siyan x? Siyan la sangattttt... Raya pertama jek dadde xde la. Hari tuh c Chemba kata nak balik before posa tapi memandangkan ahkak since pantang dah kat kampung, taknak le raya kedua or ketiga balik KL. Sudahnya ahkak mintakla ijin raya pertama kat umah famili masing2. Kiranya cycle raya as laki bini belum start la ni. Hohoho...

As usual.. Raya pertama wajib umah nenek. Kalau raya lepas sibuk pasal nak kawen, raya tahun ni sibuk nak usung baby plak. Terasa la berbeza dengan time bujang dolu. Kalu dedulu, siapkan diri sendirik jek. Dah ada baby ni, nak kena siapkan dia dulu dan pastikan semua barang keperluan dia da masuk beg baru le maknya boleh siap. Kalau tak.. Habis le kelam kabut.

Wednesday 7 August 2013

Duit Raya Pertama Hannah

Walaupun hari ni belum pon hari raya tapi c Hannah da dapat duit raya oke. Puasa pun idak, alih2 dia dapat RM100, kaya kaw maria! Ex crime partner ahkak datang menyinggah tadi since semalam tak sempat. Tengkiu! Tengkiu! Kena labur SSPN nih.. Hohoho.



Monday 5 August 2013

Setakat Suami Isteri Je..

Aku selalu bagitaw c Chemba.. Walaupun dengan ikatan sebagai suami isteri, aku tak mampu berjanji tuk bersama sehingga ke akhirnya. Apa macam? Kontorverseriseri tak kata2 aku?

Yelah.. Kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan ajal maut dan jodoh. Siapalah aku untuk berjanji akan bersama sehingga ke akhir hayat seandainya tuhan tidak mengizinkan ia terjadi dalam takdir kami. Aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu berjanji untuk sama2 berusaha agar hubungan yang indah ini berkekalan sehingga ke hembusan nafas terakhir. Aku selalu bagitaw dia.. Hubungan yang terbina ini cuma sekadar suami isteri, kalau dicincang pasti putus. Dengan sekali lafaz ikatan terbina, dengan sekali lafaz juga ikatan ini boleh dileraikan. Tapi hubungan dengan darah daging.. Gunalah katana skali pun, konpem tak putus2. Maka sekiranya perlu memilih, pilihlah ikatan yang tak akan putus itu berbanding aku... 





Saturday 3 August 2013

Tak Pandai Jaga Anak!

Haa.. Surprise kan tajuk dia. Tu la.. Nak buat anak senang tapi nak jaga anak, taw la sapa2 yang ada anak tu..

Ahkak stress mild2 mlm tadi. Si Hannah la.. Tanak tdo plak. Kalau takat tak nak tdo tu, acceptable lagi. Yang ni, dia tanak tdo dan minta dibuai. Bayangkan.. 4 jam kot ahkak buai dia. Kalau stop, dia mula la meraung. Dahla xble tdo.. Tangan plak lenguh dibuatnya. Last2 ahkak biarkan je di meraung jap. As usual.. Nanti mak ahkak mesti datang. Mula la macam2 komen. Kejap aircond kuat lah.. Kejap panas la. Taw la orang tua. Hohoho.. Kadang2 tu pening oke. Tu yang terasa cam, aih, aku ni tak pandai jaga anak ke.. Eishhhh

Nasib la aku duk laki bini je kat KL nun, kalau duk ngan parents or ramai adik beradik.. Kompem pening. Cam aku skarang ni.. Bila si kecik tu nangis mula la aku didengarkan dengan macam2 komen. Jap mak aku masuk cakap bilik ko ni panas sangat, pasang la akon. Oke, akon on. Jap plak bapak aku masuk cakap, memang la dia nangis sebab bilik kau ni sejuk sangat. See.. Pening kaw maria!! Bayangkan kalau jap abang ko masuk cakap, bla bla.. Nanti kakak ko plak masuk cakap bli bli.. Pitam oke! Tu nasib baik kalau family sendiri.. Kalau kat umah in law.. Maw ahkak becakar kot laki bini. 

Friday 2 August 2013

Hari Pertama Puasa


Apa macam? Cun kan i.. Ayu gitue dengan bunga tepek. Miahahahahaha

So, hari ni spesel la sikit sebab ini yeklah hari pertama ahkak puasa sempena bulan Ramadhan this year. Alhamdulillah sebab ahkak tak la sampai kena mengganti sebulan puasa. Paling ahkak risau puasa ni sekiranya ASA aka air susu ahkak makin kurang. Yelah, skarang pun tinggal berapa oz jek si kecik tu dapat minum. Vitamin ahkak da makan, power pumping dah cuba.. Sampai bengkak2 miss B, betik muda da mamam.. Soya da minum banyak gila... Sup jangan cakap la, tapi hasilnya tetap tak seberapa. Walaupun sikit je yang dapat, ahkak tetap bersyukur sebab masih gak ada ASA tuk Hannah.

Bayangkan ahkak punya semangat nak susukan dia start time preggy.. sanggup melabur 2k semata-mata tuk pam. Beli vitamin lagi  tuk nak banyakkan susu.. Tapi yang kuar cuma sikit je. Dalam banyak2 barang baby, pam tulah yang first ahkak beli sebab ahkak membayangkan air susu yang banyak tuk bekalan si kecik. Sedey taw! Memula tu dapatla dalam 10oz jugak sehari. Pas ahkak masuk hospital hari tu da makin kurang jadik 6oz je walaupun 3 kali pam sehari.. Pastu kurang lagi.

Mungkin silap ahkak jugak, yelah.. 1st time mother. Nak susukan anak ni bukan senang esp dalam kes ahkak. Kuar2 hospital ahkak sakit tak ble kencing. Da la luka banyak, perut plak sakit sebab kencing tak kuar. Punggung ngan pinggang jangan cakap la, sakit gila kalau duduk lama. Berapa hari pastu,kena plak duduk dengan dengan miss V yang bercucukkan tiub kencing.. Sakit jangan cakaplah kalau duk lelama. Pastu kena plak tahan kat hospital dengan miss V yang still bercucukkan tiub. Bayangkan keadaan ahkak.. Sedey tau. Kalau kira dekat seminggu kot pakai beg kencing tu ke hulu ke hilir. Kalau orang lain pantang kat rumah, ahkak plak pantang entah ke mana. Brapa kali kena gerak ke klinik & hospital hanya kerana tuhan tarik balik nikmat kencing. Alhamdulillah.. Skarang da boleh kencing normal walaupun masih la terasa sakit kat tempat luka tu walaupun sepatutnya dah sembuh like most people. Mak ahkak kata, 2 minggu je pas bersalin dia da boleh kot tendang bola. Tapi ahkak tak.. Da lebih 50 hari pun masih gak sakit.

Dah la macam2 cabaran, ada pulak yang pilih tuk melukakan hati ahkak time2 macam tu.. Sampai sekarang pun rasanya hati ahkak ni macam disiat2... Masih tak dapat lupa. Ya Allah.. Ku mohon agar kau bersihkanlah hati tu dari rasa amarah ini.. Amin!..