“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Friday, 2 August 2013
Hari Pertama Puasa
Apa macam? Cun kan i.. Ayu gitue dengan bunga tepek. Miahahahahaha
So, hari ni spesel la sikit sebab ini yeklah hari pertama ahkak puasa sempena bulan Ramadhan this year. Alhamdulillah sebab ahkak tak la sampai kena mengganti sebulan puasa. Paling ahkak risau puasa ni sekiranya ASA aka air susu ahkak makin kurang. Yelah, skarang pun tinggal berapa oz jek si kecik tu dapat minum. Vitamin ahkak da makan, power pumping dah cuba.. Sampai bengkak2 miss B, betik muda da mamam.. Soya da minum banyak gila... Sup jangan cakap la, tapi hasilnya tetap tak seberapa. Walaupun sikit je yang dapat, ahkak tetap bersyukur sebab masih gak ada ASA tuk Hannah.
Bayangkan ahkak punya semangat nak susukan dia start time preggy.. sanggup melabur 2k semata-mata tuk pam. Beli vitamin lagi tuk nak banyakkan susu.. Tapi yang kuar cuma sikit je. Dalam banyak2 barang baby, pam tulah yang first ahkak beli sebab ahkak membayangkan air susu yang banyak tuk bekalan si kecik. Sedey taw! Memula tu dapatla dalam 10oz jugak sehari. Pas ahkak masuk hospital hari tu da makin kurang jadik 6oz je walaupun 3 kali pam sehari.. Pastu kurang lagi.
Mungkin silap ahkak jugak, yelah.. 1st time mother. Nak susukan anak ni bukan senang esp dalam kes ahkak. Kuar2 hospital ahkak sakit tak ble kencing. Da la luka banyak, perut plak sakit sebab kencing tak kuar. Punggung ngan pinggang jangan cakap la, sakit gila kalau duduk lama. Berapa hari pastu,kena plak duduk dengan dengan miss V yang bercucukkan tiub kencing.. Sakit jangan cakaplah kalau duk lelama. Pastu kena plak tahan kat hospital dengan miss V yang still bercucukkan tiub. Bayangkan keadaan ahkak.. Sedey tau. Kalau kira dekat seminggu kot pakai beg kencing tu ke hulu ke hilir. Kalau orang lain pantang kat rumah, ahkak plak pantang entah ke mana. Brapa kali kena gerak ke klinik & hospital hanya kerana tuhan tarik balik nikmat kencing. Alhamdulillah.. Skarang da boleh kencing normal walaupun masih la terasa sakit kat tempat luka tu walaupun sepatutnya dah sembuh like most people. Mak ahkak kata, 2 minggu je pas bersalin dia da boleh kot tendang bola. Tapi ahkak tak.. Da lebih 50 hari pun masih gak sakit.
Dah la macam2 cabaran, ada pulak yang pilih tuk melukakan hati ahkak time2 macam tu.. Sampai sekarang pun rasanya hati ahkak ni macam disiat2... Masih tak dapat lupa. Ya Allah.. Ku mohon agar kau bersihkanlah hati tu dari rasa amarah ini.. Amin!..