Monday, 5 August 2013

Setakat Suami Isteri Je..

Aku selalu bagitaw c Chemba.. Walaupun dengan ikatan sebagai suami isteri, aku tak mampu berjanji tuk bersama sehingga ke akhirnya. Apa macam? Kontorverseriseri tak kata2 aku?

Yelah.. Kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan ajal maut dan jodoh. Siapalah aku untuk berjanji akan bersama sehingga ke akhir hayat seandainya tuhan tidak mengizinkan ia terjadi dalam takdir kami. Aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu berjanji untuk sama2 berusaha agar hubungan yang indah ini berkekalan sehingga ke hembusan nafas terakhir. Aku selalu bagitaw dia.. Hubungan yang terbina ini cuma sekadar suami isteri, kalau dicincang pasti putus. Dengan sekali lafaz ikatan terbina, dengan sekali lafaz juga ikatan ini boleh dileraikan. Tapi hubungan dengan darah daging.. Gunalah katana skali pun, konpem tak putus2. Maka sekiranya perlu memilih, pilihlah ikatan yang tak akan putus itu berbanding aku...