Saturday 30 November 2013

Terjebak Boboi Boy


Anak ahkak pon dah terjebak ngan Boboi Boi.. kemain lagi dia nengok. Heran kot TV kat bilik tetiba membesau dari 32 ke 51 inci. Jusco lah ni punya pasal. Smalam time jalan2 carik hal kat Midvali, singgah Jusco. Ternampak la TV murah.. plasma plak tu. Dan2 tu jugak nak beli. Punya eksited sampai sanggup tanak guna free delivery & hangkut sendirik ngan Almera. Nasib baik bukan si LC.. si Mera luas sket. Tu pun kena bukak kotak sebab tak muat.

Kenapa Plasma? tah la.. orang duk suh beli la LED, LED ni latest tech. Tapi ahkak tatap tak berkenan ngan LED while LCD plak tak menawan langsung gambarnya. Makanya tatap la Plasma yang jadik pojaan ati..

Tuesday 26 November 2013

Nasi Lemak Ikan Masin Bulu Ayam Whatttt??!!


Tadak bulu ayam pun dalam nasik ni actually, yang ada cuma ikan masin yang bernama agak scary. Sapalah yang rajin nor letak nama panjang & pelik2 kat ikan asin such as IKAN MASIN BULU AYAM?!! daaaaa

Monday 25 November 2013

My Story Of Halal Food Of Tokyo

Ahkak percaya part makanan ni adalah part yang paling penting sekali dalam sesi melancong, terutamanya bila negara yang bakal dikunjungi adalah negara bukan islam macam Jepun. Kalau ke Tokyo, rasanya tidaklah terlalu sukar untuk mencari makanan halal berbanding Seoul. Boleh dikatakan agak banyak penyedia makanan halal di sana dan pilihan yang paling mudah dan agak jimat adalah kebab. Harga kebab dalam 500 yen, lebih kurang RM15-20 ringgit. Masih agak mahal tetapi pilihan yang paling mudah sebab hampir di mana2 tempat ada menjual kebab, google jek mesti ada. Antara lokasi yang ada:

1. Ameya Yokocho, Ueno
2. Roponggi Hill, Roponggi
3. Star Kebab Take Away, Akihabara
4. Star Kebab Akiba Terrace, Akhabara
5. Shibuya
6. Shinjuku
7. Harajuku

Maybe website ni boleh membantu
1. http://www.feeljapank.com/halal/halal-tokyo01.html
2. http://www.jnto.org.sg/for_muslim_visitors.html
3. http://www.zabihah.com/sub/Japan/Kant/jD1ZI4JpDt

Despite all, the best choice still is bawaklah your own food dari Malaysia. Go for serunding. Bawaklah berkilo2 or bertan2, ikut sesedap rasa. You’ll be thankful that you have serunding as you can eat it with instant rice or nasi kepal which I don’t remember the name in Japanese right now, sold at a 24hr convenience stores like Seven E, Family Mart and Lawson. You will also be thankful if you bring enough canned food like sardin or whatever it is in a can. Be reminded to put your canned foods in your check-in lugage. I was succesfull; trice, to be able to pass the imigresen at LCCT without my canned food being thrown out by the officer as it is considered as liquid and 100ml is the maximum amount allowed for a bottle to 1L per person. That was on my trips to Seoul, twice and the other one to Tokyo last year. I didn’t understand this time why the woman officer was being so inconsiderate. I hope she will starve to death when visiting another non-moslem contry. Miahahahaha… The food was in a tin can, how am I able to use the small portion of water from the can to bomb the flight what so ever!

Sunday 24 November 2013

Main Masak2

Cucuq kasih sayang
Nasi gunung berapi & ayam lemak2 sayang
Nasik lemak gaban, kaw ado?!!

Saturday 23 November 2013

Friday 22 November 2013

Na Na Mickey Naaaa


Gara-gara tak mampu nak beli kat Disneyland Tokyo hari tu.. beli kat butik Anakku pun jadikla. Miahahaha... dekut kan mak pok dia. Takpelah.. baju budak bukan leh pakai lama pun, tak berbaloi beli mahal-mahal. Ahkak beli baju tuk Hannah murah-murah jek. I could get a good fabric dari FOS. Luckily la mok si Hannah ni suka rompers type, ble la dapat good quality dengan harga 6 -7 ringgit selai kat FOS nun.Tu belum lagi kat pasar opis, branded item pon boleh jumpa & sold for lesser than 10 hengget selai oke!

Memang Hannah ada baaaanyak la baju.. tapi op kos la murah2. Menang membeli itu wajib! ;P

Thursday 21 November 2013

My Story Of How To Buy Subway/ Train Ticket

1st, this guide cuma untuk those yang jalan2 Tokyo naik train sahaja.. pengangkutan lain pandai2 la kome carik sendiri.

1. Boleh la disimpulkan hampir semua tempat menarik dekat Tokyo boleh diakses dengan train, be it komuter (JR Line) atau train bawah tanah a.k.a subway (Tokyo Metro & Toei). Tapi! Tiket adalah berbeza untuk komuter dan subway. Tapi!! Jangan la risau sebab kalau rasa2 nak pakai kad ala2 touch & go yang depa panggil Suica Or Pasmo, ada jual kat station. Another option, beli tiket dari mesin tiket. Be aware jugak depa ni ada jual combinatation pas tuk kegunaan sehari seperti 1 day Metro-Toei Pass. Rasanya tuk Metro-Toei-JR line pun ada kot tapi ahkak prefer beli jek kat mesin tiket sebab mesin tu yeklah banyak & kompom functional. Idak lah macam mesin2 kat negara kita ni yang sikit2 rosak. Apa pun tak boley!


2. Dekat mesin tiket tu, kalau panik kompem tak dapat beli tiket sebab kalau nak beli tiket.. kena tahu harga tiket. Depa tak jual by station name tapi by harga. So kalau nak beli 1st kena tahu harga tiket tuk destinasi yang dipilih. Don’t worry, option bahasa inggeris disediakan cumanya part rega tu memang kena tahu dulu before beli tiket.

Paling tricky bila kat setengah station tu tadak senarai harga tiket dalam bahasa inggeris, depa bagi selepuk dalam bahasa depa. So yang ni kena la study hard sikit. Antara cara yang boleh diguna yeklah amek map dalam bahasa depa then compare dengan map yang tulis BI. Key dia, kena aware kaler tuk line yang kome nak naik tu pastu be aware nama station yang paling banyak interchange. Tak pun ada rasanya map yang ada dua bahasa. Yang ni kena study lagi hard tuk compare tulisan depa.

Kalau nak tanya orang jipun, jangan la berharap depa ble paham BI. Harem tak membantu. Help, tiket + nama station boleh kot depa paham yang kome tu nak minta tolong pasai beli tiket tapi kalau depa balas balik rega tiket dalam bahasa depa, ternganga la jawabnya. So kalau rerasa nak minta tolong dengan orang jipun, bawak la map then cakap kat depa HELP, TIKET, Nama STATION then minta depa tunjuk kat map.. cam tu senang.


Kat atas tu ada harga tiket
Tekan2 beli tiket
Lagi satu, banyak gak kot station yang dekat2 & ble akses dengan jalan kaki contohnya area Harajuku & Omotesando. Ble turun dekat Omotesando station then jalan kaki g Meiji Jingumae station or Harajuku station. Kalau rajin ble jalan sampai shibuya station. So, seeloknya study dulu sebelu pergi.

Wednesday 20 November 2013

Baby In Tokyo

Ini adalah antara wajah-wajah si kecik yang kami rakam sepanjang kami di Tokyo dari 14hb - 17hb Neovember 2021 buat kenang-kenangan. Nanti esok dah besar.. boleh la pegi sendiri plak 🥰

Tuesday 19 November 2013

Tokyo : The Untold Story Of Bringing Your 5 Months Baby

Berakhir la coti2 Tokyo. Bulehla dikatakan sukses la juga trip bertemakan Hannah in Tokyoland nih. Nak kata susah travel bawak baby ni tak jugak tapi definetely tak senang la. Apa yang penting 1st kelengkapan baby kena cukup, kalau tidak boleh stress parents dibuatnya. Tawla trip keluar negara.. Sah2 kita tak familiar dengan negara orang. Before sediakan senarai kelengkapan baby.. paaaaling penting tuk study weather kat negara yang nak dikunjungi. You would not want to bring light clothes for winter pulak kan..

2nd.. Bawakla baju-baju yang boleh membantu mengurangkan berat lugage especially for those yang will be fully on public transportation, yet mencukupi for the whole trip. Macam si Hannah.. Yeah, dia tak pernah langsung pakai baju recycle kalau kat dalam negara. Even pakai seminit pun kompom akak akan basuh dulu before nak pakai balik. Tapi dah nama pun keluar negara, makanya terpaksalah pakai baju recycle. Opt for baju like jaket or cardigan on top of baju2 yang macam shortsleeve or singlet type yang easier to pack. Lagi better kalau sewa hotel yang ada mesin basuh skalik.

3rd.. stroller, this is one of the most important part of the trip. Bawak yang ringan, kecik & easy to handle. Hannah punya 3.8 kg, small in size & comes with single handle which allow single hand push. Kena make sure stroller adalah kecik dan ringan especiallay tuk pengguna tegar train sebab ada sesetengah station tak kejumpaan kat mana liftnya. So, kalau rasa2 tanak menghangkut stroller berat setengah mati.. pepandaila ye. Ada sesetengah station adalah sangat tinggi, curam & liftnya tersembunyi jauh nun di mana ntah.

To provide options in case dia boring.. Kitaorang bawak both; stroller & carrier, so bila boran kat stroller ble duk lam carrier. Pastu ubat2an.. Be it coolfever, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema.. Hangkut jek. Better safe then sorry.

Kesimpulannya, kalau g trip bawak baby.. 1st yang mak bapak kena letak as priority yeklah keselesaan si anak.. Bukan destinasi yang nak dilawat tu hatta itinerary yang perlu dihabiskan. Begitulah ya ibuk dan bapak sekalian  ;p

Monday 18 November 2013

Mamme & Dadde Padam!

 1st family trip ke oversea da tamat. Kesimpulannya.. Trip bawak baby 5 bulan ni memang ble buat orang pengsan lah esp bila si kecik melalak dalam flight.. huhuhu. Time2 ni lah baru terpening & rasa bagai tanak plak bawak anak g Paris/ Londong trip nanti.. sampai kah hati?! huhu

For this trip jugak, 1st time ahkak beli baaanyak barang tuk diri sendiri. Antaranya yekla selimut comey ni yang ble jadik jaket ngan cover stroller Hannah yang terbeli kat Disneyland semalam.. hihi
Meowwww@ 2900 yen
Mickey's@ 4000 yen
Minnie's@ 4000 yen
Total spend kat Disneyland 10,900 yen which is around RM330 gitue. Pitammmm!!!!

Sunday 17 November 2013

Tokyo Part 2 : Day 5

Hari ni last day kami di Tokyo.. oww so saddd!! Dalam 9.40 pagi kami check out. By bilik.. jumpa lagi next time 😅 Kat lobi ni ada je disediakan breakfast tak berani la kami nak jamah. Selesai urusan checkout kami menuju ke station Simbashi untuk interchange ke Disneyland line dan simpan barang dalam locker. Takkanlah nak oye2 dekat DL dengan beg besar kan. Since beg kami comey je, muat dalam locker berharga 300 yen. Harga loker tentulah ikut saiz.. lagi besar lagi mahal.


Dari Simbashi St, kami turun di Maihama st untuk naik DL line ke DL la op kos. Jalan sket nampak la pintu gerbang DL yang megah ni. Dari sini kena jalan sampai ke station train DL dekat area hotel.. bak kata jauh tu tak la tapi sempat la berpeluh.. haha. Beli tiket, naik tren comel then sampaila depan DL. Since tiket aku dah beli online so boleh pegi machine je tui dapatkan tiket. Masa dalam train tadi nampak parking kereta DL ni ta rabbi punya banyak kereta.. nampaknya kena bertarung la ni dalam DL nanti dengan orang Jepun yang berhujung minggu.. huhu. Puas bersiar-siar sampai gelap, kami pun meninggalkan DL untuk ke airport bagi penerbangan malam ni. By Tokyo!! Jumpa lagi!!


Saturday 16 November 2013

Tokyo Part 2 : Day 4

Hari ni kami keluar lewat, dalam 10.45 baru keluar hotel. Semalam memang letih sangat sebab seharian di luar. Since bulan 11 ni spring, dalam jam 5 macam tu dah gelap. Actually malam tadi tu takde la lewat sangat pun kami balik hotel. Destinasi kami pagi ni, yes! Tokyo Sky Tree area. Saja nak pegi tangkap gambar je.. malas nak naik sebab last year dah naik atas. Kami cuma bawak si kecik cuci mata je dalam mall. Unlike last year, siap ada khemah dekat luar untuk proses nak beli tiket & menunggu untuk naik ke atas. Masa tu baru 1st time bukak, kiranya kami antara yang terawal juga la dapat naik. Vangge pulak sekejap.. hahaha.


Dari TST, kami ke area pevret aku.. opkos la Nakamise Dori. Tempat ni fenting kalau terasa nak bawak balik souvinier untuk kawan-kawan. Aku ke sini bukan nak beli souvinier tapi semata-mata nak carik pen oke! Ye, pen saja. Lepas puas merewang di sini kami ke area Omotesando pulak cuci mata sambil bertarung dengan orang Jepun yang juga ambik kesempatan bersiar-siar sempena hujung minggu. Sempatlah melawat Kiddy Land & cuci mata sekejap dalam Tokyu Plaza.