Monday, 4 November 2013

Ibu Tunggal?

Orang kata kehadiran seorang cahayamata akan membawa kita terasa akan lebih dekat dengan pasangan, atau mungkin sebaliknya. Pada aku, kedua-dua rasa pun ada. Bila mana menatap wajah si anak, terasa bahagia sangat punya anak dengan sang suami tercinta tapi pabila terlalu banyak urusan anak yang menjadi tanggungjawab sehinggakan hendak berbicara mesra pun terhad masanya.....

Lagi beberapa minggu sahaja lagi aku akan memulakan kehidupan ala-ala ibu tunggal. Moga mereka yang kurang timbangrasa itu dibalas yang setimpal. Mungkin juga ada hikmahnya.. tuhan yang lebih tahu. Aku hanya mampu berdoa yang terbaik buat kami sekeluarga.