Saturday, 16 November 2013

Tokyo Part 2 : Day 4

Hari ni kami keluar lewat, dalam 10.45 baru keluar hotel. Semalam memang letih sangat sebab seharian di luar. Since bulan 11 ni spring, dalam jam 5 macam tu dah gelap. Actually malam tadi tu takde la lewat sangat pun kami balik hotel. Destinasi kami pagi ni, yes! Tokyo Sky Tree area. Saja nak pegi tangkap gambar je.. malas nak naik sebab last year dah naik atas. Kami cuma bawak si kecik cuci mata je dalam mall. Unlike last year, siap ada khemah dekat luar untuk proses nak beli tiket & menunggu untuk naik ke atas. Masa tu baru 1st time bukak, kiranya kami antara yang terawal juga la dapat naik. Vangge pulak sekejap.. hahaha.


Dari TST, kami ke area pevret aku.. opkos la Nakamise Dori. Tempat ni fenting kalau terasa nak bawak balik souvinier untuk kawan-kawan. Aku ke sini bukan nak beli souvinier tapi semata-mata nak carik pen oke! Ye, pen saja. Lepas puas merewang di sini kami ke area Omotesando pulak cuci mata sambil bertarung dengan orang Jepun yang juga ambik kesempatan bersiar-siar sempena hujung minggu. Sempatlah melawat Kiddy Land & cuci mata sekejap dalam Tokyu Plaza.