Showing posts with label L*Story. Show all posts
Showing posts with label L*Story. Show all posts

Tuesday, 19 November 2019

Bokitta Beli Sendiri


Tu hari aku paw laki aku beli, ni hari beli sendiri sebab murah. Yang mahal je suruh laki.. hahahaha.. best ke pakai Bokitta? Actually tak cantik pun. Hahahahaha.. tuk muka aku la. Tuk muka kau aku tak kisah la sebab bukan muka aku kannnnn. Nampak elok je kan tapi confident level aku drop pakai Bokitta ni.. bukan salah Bokitta pun.. sapa suruh demuk 😝 bila pakai terserlah pipi nan tembam dan dagu nan berlapis.

Yang cun pakai bokitta ni orang berwajah kecil..  kalau yang tembam tu elok pakai yang pattern lain je laaaa

Sunday, 26 May 2019

New Pinggan In The House

Jalan-jalan Jusco dapat hadiah pinggan... weeeehuuuu!!! Punya hapi. Aku bukanlah spesis perempuan peminat apa lagi pengumpul pinggan mangkuk ni.. the best pada aku pinggan free. Hahahaha.. kalau beli ubat gigi aku cari yang bagi pinggan free.. haha. Koleksi pinggan yang ada di rumah aku pun pinggan Ikea kaler itam yang aku beli masa mula-mula pindah masuk. Tu pun beli sebab nak buat makan-makan kalau tak memang pinggan free semua πŸ˜›

Tapi yang ni lawa la pula.. kaler pink gitew. Bunga cetak tu kat dalam.. ringan pun iya. Yang penting freeeeee sebab laki belanja.. ahaksssss

Friday, 21 September 2018

Sunday, 15 April 2018

Corrus Hotel Day 2


Lepas sarapan, tibalah giliran si Hannah beraksi di kolam renang. Huntung jugak la kitaorang sebab bilik satu floor je dengan kolam, di level 2. Sementara si Hannah beraksi, aku pun beraksi juga cumanya aku tak beraksi di pool instead di shopping complex, K-Avenue yang terletak beberapa langkah je dari hotel... hahahaha.

Sunday, 10 December 2017

Lakiku Si Botak

Ini laki siapa ni oi? Siapa punya laki?!!! Ini laki gua la yang gua tak jumpa 2 minggu since last sunday dia pegi umrah!! Botak dan buncit.. muhuha hahaha. Jangan mara cinta ;p

You cant explain love and most of the time it is not about how beautiful and handsome your face is. Ada yang bini lawa, kena betray juga. Ada laki hensem, bini cari lain juga. Dan kadang-kadang spouse yang kena tinggal tu jauh lebih lawa/ encom dari yang baru/ skandal deme. Why?? Because love is something you wont be able to explain. If you clicked with someone, siapa pun kita or bagaimanapun rupa kita now or then wont matter anymore. Tapi laki aku tu walaupum botak dan buncit, di mata aku still encom. Muhuhahaw. Fattah amin pun aku tak pandang yaw.. ahahaha

Thursday, 24 August 2017

The Five Years Of Marriage

Hari ni genap 5 tahun aku khawin dengan si Chemba. Alhamdulillah kami dapat hidup bersama selama ini dan dikurniakan seorang anak yang sihat dan bijak. Kalau nak diimbas kembali, aku dengan dia bercinta kejap je. 5 6 bulan loving2, 4 bulan tunang then khawin. Orang kata kalau memang jodoh, tak perlu pun bercinta bertahun2 bagai.

Sebelum jumpa si Chemba aku pernah bercinta lama. Pernah kecewa sampai aku tak terfikir la nak bercinta lagi. Kalau bercinta pun aku listkan senarai KPI yang memang ridiculous untuk dicapai tapi tuhan lah yang mengatur segalanya, kita manusia hanya merancang je.     Suamiku, you are not my first love, but you are my true love. Semoga kita kekal bersama hingga ke Jannah. Amin.... Macam pasangan lain, weols juga ada ups and down. Ada silent treatment, tapi belum ada pinggan melayang. Ada berselisih pendapat, tapi belum ada tinggi suara atau terpukul di mana2.  Semoga perbezaan2 itulah yang menjadi kekuatan kita. InshaAllah...

Celebrate tak? Laki aku lupa oke! Selalu dia yang ingat, now dia pun dah jadi macam aku pula. Tapi aku tak kata apa2 la untuk remind dia sebab it is just a date. Aku bukanlah jenis yang kisah sangat pasal date dan celebration ni. Pada aku, selagi seseorang itu masih dalam ikatan perkahwinan so celebration of marriage itu memang celebrate every day in their life. Tapi hari ni dia belanja makan steak.. ahakss. So lupa pun tak pe, janji makan ada.. hahaha


Aku suka juga makan dekat NYC Steakhouse ni. Selalu stik ni + 2 side dishes reganya RM35 hengget sepinggan. Tapi bulan ni dorang ada buat offer, steak + 2 side dishes  + soup + eskrem dengan rega RM28+ je. Sedap ke? Pada aku ok la.. aku suka.

Sunday, 18 June 2017

Finally!!!!

Akhirnyaaaaa.. siap juga!!!

Usaha Tangga Kejayaan
Siap!!
Aku actually tak arif pun pasal robot gundam bagai ni. Yang aku tahu kalau laki aku tak pasang2 jugak, aku sedekah je benda2 alah ni dekat anak buah aku. Nasib baik la lepas dua bulan drama laki aku nak cari tools la, tools hilang nak beli baru la, letih la, kena ada mood la, kalau nak pasang kena ada feel la.. siap jugak kamurang. Laki aku tu memang dah ada bad track record dengan aku. Ku suruh pasang meja lipat ikea, 6 bulan baru selesai. Bila aku bising, dia ketawa.. nasib la aku ni bukan kaki bising. Walaupun aku boleh je pasang tapi since hampir semua meja kabinet kat rumah aku yang pasang so ini kali aku tak mahu bagi muka. Hahahaha

Kalau beli dekat Mesia, merasa la paling murah dalam RM70 ke atas tapi aku beli kat Osaka tu hari RM30 hengget ++ je.. ketawa guling2. Nasib duit yen tak banyak masa tu and tak larat nak carry bagasi.. kalau tak kompom beli banyak2 bagi kat anak2. Murah kot kalau ble dapat dalam RM30 sebijik.

Tapi yang kome nampak ni dah pasang lawa.. kome tak tengok masa dia dalam box. Kena pasang satu2 & kena sabar la op kos. Kalau aku, dari susah2 pasang yang kecik2, baik la aku p je kedai beli sebijik yang dah siap.. ahaksss

Wednesday, 6 April 2016

Adih Demam

Hari ni dah masuk hari ke 4 si Adih demam, makanya aku paksa juga dia ke klinik. Sekalinya punyaaaa la ramai orang. Adodoiiii.. kol 11.30 baru selesai. Dah exceed 4 jam kebenaran keluar ofis yang diberi kepada pegawai kerajaan untuk urusan cam ni lah, ke klinik etc. Memandagkan aku nimemang skema, aku tanya lah my bos patut aku cuti ke or g opis. Sekali bos aku tak kasi cuti daaaaa! Dia nak gak aku masuk opis.

Pas hantar si Chemb a.k.a Adih, tapaukan KFC then balik opis balik. Siyan laki aku, aku demam dia balik masakkan bumbur tapi time dia demam aku pula bizi nak manfus. Puiiiii!

Tuesday, 16 February 2016

Pemeriksaan Kesihatan

Tadi while on the way nak keluar ke kereta untuk ke meeting di Putrajaya, si Chemba call & bagitau ada free health checking anjuran Jabatan. Makanya kitaorang amik la peluang g buat pemeriksaan kesihatan. Memula cek tekanan darah, pas tu cek gula. result? tekanan darah aku tinggi 160 lebih dari 140 normal level while Chemba pula gula 15 which is dah lebih 8 yang considered normal level lepas makan. Adodoiiiiiiii!!!

Kat situ juga ada buat pap smear.. makanya aku pun singgah la buat pap smear. Last buat dulu lepas bersalin, tahun 2013. Nurse tu kata kena buat sekali setahun oke! Kuang kuang kuang... Kali ni nurse dia buat tak sakit, masa buat kat klinik Cheras tu adododoiiii.. masih teringat2 ngilunyaaa

Tuesday, 19 January 2016

Berakhir Hari Ibu Tunggal..

Bukan.. bukan aku tadak laki oke!

Makanya hari ni diterimalah khabar gumbira bahawasanya aku ngan laki aku akan duduk sebumbung semula setelah dua tahun juga dia jadi weekend husband.

Whuhuhuhu...

Pasni tiada lagi la aku nak kena mengendong si tecit tu tiap pagi sampai rasa ala2 nak patah pinggang la jugak dibuatnya.. wehuuu

Sunday, 18 October 2015

Art Date @Breakfast


Since anak akuni kalau g makan dekat luar suka sangat meragam, makanya terpaksa la aku bekalkan buku mewarna dan color pensil. So, inilah kejadiannya sementara menunggu makanan sampai.

Kalau semalam g Tony Romas dadde belanja, hari ni g Dubuyo mamme pulak belanja. Pokai!!!

Saturday, 17 October 2015

Romas On Dadde


Thank you dadde!!!]

Hari ni dadde belanja Tony Romas. Cair air liur wa cakap lu. Last week kitaorang ke Chilles, amikset rib jugak. Pay almost the same we paid dekat TR tapi jauh bebenor beza dengan TR yang memang sedap banget! Kalau ke TR, aku suka amek set 2 Fillet Medellion + 2 Bountiful Beef Rib + 2 side orders. Rega satu set RM89.90 kalau tak silap. Kalau sebulan sekali makan pun boleh pitam nak bayar. see the pinggan, yang kecik bulat tu la fillet medellion while yang ada tulang tu bountiful beef rib.

My husband pula memang ketahuan suka makan burger. Pun memang puas hati katanya. Yang lagi puas hati, kids eat for free so yes, pueh hati. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut hati banyak suka tapi hati manyak sakit sebab mahal. Damage hari ni dalam RM150, tapi dadde bayar. Ahakssss


Sunday, 11 October 2015

1st Art Date



Inilah hasil lukisan duet pertama si ayah dan si anak. My husband claimed dia pandai melukis tapi tak pernah lagi le aku nampak dia melukis. Kalau tengok conteng2 ni cam boleh caya la juga.. ahahah. Aku? Aku memang fail bab melukis. I don't have  a wild imagination or a sharp memory to remember shape etc.. muka aku pun aku lupa. Kadang2 rasa lawa... ahahahahahahahah.. munta!

Sunday, 30 August 2015

Rumah Bila Ada Tangga...

Hidup berumah tangga ni perlu diurus dengan baik. Kalau tidak, alamat sama2 ke laut. Kalau seorang2, semuanya lebih mudah sebab kita cuma perlu urus diri sendiri tapi bila dah kahwin kena urus pasangan dan anak2 bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah.

Husband aku seorang yang baik. Kalau mati hidup balik berkali2, berkali2 tu jugaklah aku minta dijodohkan dengan dia. Mana ada manusia yang sempurna, kan ? Kami pun macam tu juga. Antara perkara yang paling selalu berlakΕ« antara kami yekla he misjudge apa yang aku marahkan.

For example, kitaorang balik kampung dia. Dia kata malam ni tak yah masak, we all makan di luar selepas maghrib. Ok. Before solat maghrib, aku tanyakan lagi jadi ke tidak nak keluar malam ni. He said jadi, lepas solat jemaah. Ok. Then aku siap2, siapkan anak dan tunggu dorang habis solat. Tunggu punya tunggu da jam 8.30, Hannah pun dah menggantuk. Tunggu tunggulagi, sampai jam 11 kot baru dia habis berborak2 n masuk bilik kelam kabut minta maaf while aku dan anak dah tidur.

Aku tahu dia balik sekali sekala, tahu dia rindu nak story mory dengan his family. Aku tak kesah pasal tu tapi aku jadi sakit hati sebab dia tak bagitau aku his plan. Kalau tak jadΔ«, pandai lah aku buat hal sendiri. Ini tidak, tak langsung terfikir nak bagitau. At least, be aware sebab now bukan zaman masih sorang.

So, itu antaranya la yang dia buat bikin aku sakit hati tapi tang yang aku buat bikin dia sakit hati... tu dia jek yang tahu.. haha..

Friday, 31 July 2015

Monday, 15 June 2015

How I Really Wanted To Wed Minimally!!!!

Dari kecik2 aku ni memang jenis yang tak berapa gemar nak attend wedding orang dan tak pernah impi nak kawin grand2. Orang kata it is a once in a life time event tapi pada aku it is just an event. The most important is the nikah, lain dari tu means nothing to me.

Aku pun as a girl of course la ada angan-angan untuk berkahwin dan perkahwinan impian aku yang aku rasa paling sempurna yekla bila aku nikah, itulah majlis aku sanding. Aku nak raikan majlis nikah aku semeriah boleh. Takyah nak buat separate majlis bagai tuk sanding etc. Aku impikan untuk bernikah ditaman yang dihias indah or di laman rumah pun boleh, disaksikan saudara mara sahabat taulan dan diraikan dengan makanan-makanan yang tip top. Itulah perkahwinan impian aku tapi malangnya my mom tak sporting la pulop. She wanted it to be done the way yang biasa2. Nak juga separate tuk nikah dan sanding. Siapalah aku untuk membantah kan! Memulakan kehidupan baru dengan melukakan hati ibu bukanlah satu perkara yang baik. So, angan-angan hanya tinggal angan-angan la nampaknya. Tapi aku kan ada Hannah chan.. harap2 Hannah chan berfikiran macam aku.. senang runding… hahahaha.

Masa aku khawin aku takde pun sewa baju bagai. Aku beli selai tuk nikah dan selai tuk sanding. Aku beli baju murah jek oke! Pelamin kalau boleh aku nak buat sendiri tapi since takde masa sebab aku jauh nun diseberang laut, mak aku upah la orang. Juru mekap pun aku tak tempah, alih2 masa nak nikah ada juru solek yang mak aku book. Makanan semua masak kat umah, takde tempah catering bagai. Cumanya masa majlis kat belah lelaki memang agak grand sebab panggil orang istana. Tapi itu majlis belah suami.. nak raikan macamana style pun aku ikut jek. Tapi aku konsisten, siapkan diri dan put on sendiri make-up oke. Tak bother pun panggil juru mekap bagai.

Hasilnya? Hasilnya op kos la aku tak banyak kuar duit & tak fening2 nak pk2 sgt.. janji dah nikah, habis cerita.. yo dak!

Monday, 30 March 2015

Bujang Day Out

Hari ni aku sengaja ambil cuti sebab incik Chemba kebetulan esok ada mesyuarat dekat sinin. Aiyayayayaya... lama dah tak g dating berdua.. selalu ada si tecit. Tapi bila si tecit takde ridu pula dengan kerenah dia & duk tanya2 apalah agaknya yang si tect buat kat umah pengasuh dia. Kalau hari2 kerja pun asyik duk tpk apalah yang anak aku buat, apakan lagi saat2 bersantai. Huhu..

Ini muka si tecit yang tak tau dia nak kena tinggai mamme & dadde yang g dating.. ahakasss

Ini pula mamme dan dadde yang bujang!!

Ahaks..

Saturday, 13 December 2014

U Know It Is December!


December!!! My favorite month of the year, as always. As always juga, aku akan ke Pvillion untuk meninjau2 decoration Christmas. Kalau masa bujang dulu aku akan ambil cuti semata2 untuk g tangkap gambar decoration. My favorite of kos la Rudolph the red nose reindeer... tapi malangnya this year tadak Rudolph. Yang ada cumalah bear dan dwarfs.. huhu

Saturday, 13 September 2014

Weekend Date With dadde

As of today genaplah umur si kecil 1 tahun 3 bulan. Biasanya hujung2 minggu kitaorang akan bawa dia keluar bejalan. Kat area umah ahkak tu macam2 ado, sukati le nak pilih aktiviti apa. Kedai2 jangan cakap la.. ko cakap yo kodai apa.. semua hado. Pija Hut, Dominos, Tutti Fruity, Old Town, Wang SoLo, Upin & Ipin, Kayu Nasi Kandaq, Satay Station, Murni Dicovery, Burger Bakaq, Burger Bit.. itu antara kedai2 makan yang ada. Kedai2 lain jangan cakap, even kedai tayar & bengkel pun ada. Itu kalau nak g kedai, kalau nak g beriadah.. boleh la g tasik.

Kitaorang? Op kos le selalu pilih yang indoor aka kedai2 bosa yang ada ekon bosa macam mid valley ke.. Jusco ke.. janji sejuk.. miahahahaha. Tapi hari ni bawak si kecik g 'beriadah' dekat pasar tani, tepi tasik. Kira beradah la jugak kan kalau jalan hujung ke hujung. Balik umah mengketedarah macama2 yang di beli kat pasar tadi... hihihi

Thursday, 28 August 2014

1st Love.. What About It?

Tengok movie pasal 1st love... sometimes I wonder la jugak apa la yang dibesar2kan sangat pasal 1st love ni. Ok. I know it is 1st tapi pada ahkak biasa2 je. Maybe sebab I am someone yang tak memikirkan about the past. I dont remember much about my past. Zaman kanak2, zaman sekolah, zaman u.. rasanya suku daripada suku pun x sampai kot dalam ingatan. Maybe ahkak ni jenis yang cepat ilang ingatan kot.. haha. Even kenangan zaman kerja ni pun banyak yang kabur2 jek.. huahua. I am someone who lives in the present,I rarely think about my past and not having much time to spent thinking about the future.

Memikirkan sangat pasal apa yang telah berlaku di masa lampau pada ahkak sesuatu yang membuang masa dan terlalu risau sangat pasal masa depan pun perkara yang sama. Hiduplah untuk masa yang ada dan hargailah insan-insan yang ada dalam hidup kita. Barang yang lepas usahlah dikenang kerana kenangan itu hanyalah untuk dikenang, tidak lebih daripada itu.