Akhirnyaaaaa.. siap juga!!!
|
Usaha Tangga Kejayaan |
|
Siap!! |
Aku actually tak arif pun pasal robot gundam bagai ni. Yang aku tahu kalau laki aku tak pasang2 jugak, aku sedekah je benda2 alah ni dekat anak buah aku. Nasib baik la lepas dua bulan drama laki aku nak cari tools la, tools hilang nak beli baru la, letih la, kena ada mood la, kalau nak pasang kena ada feel la.. siap jugak kamurang. Laki aku tu memang dah ada bad track record dengan aku. Ku suruh pasang meja lipat ikea, 6 bulan baru selesai. Bila aku bising, dia ketawa.. nasib la aku ni bukan kaki bising. Walaupun aku boleh je pasang tapi since hampir semua meja kabinet kat rumah aku yang pasang so ini kali aku tak mahu bagi muka. Hahahaha
Kalau beli dekat Mesia, merasa la paling murah dalam RM70 ke atas tapi aku beli kat Osaka tu hari RM30 hengget ++ je.. ketawa guling2. Nasib duit yen tak banyak masa tu and tak larat nak carry bagasi.. kalau tak kompom beli banyak2 bagi kat anak2. Murah kot kalau ble dapat dalam RM30 sebijik.
Tapi yang kome nampak ni dah pasang lawa.. kome tak tengok masa dia dalam box. Kena pasang satu2 & kena sabar la op kos. Kalau aku, dari susah2 pasang yang kecik2, baik la aku p je kedai beli sebijik yang dah siap.. ahaksss