Tuesday 28 February 2017

WLP**** I remember U

Hari ni aku hangin satu badan gara-gara keta merah ni. Makanya masuk la kisah ko dalam dairi aku supaya lenkali kalau ko buat lagi.. aku ada rekod.

Tadi balik dari amik Hannah, hari pun dah gelap nak hujan. Makanya aku pun cepat2 la amik dia, takut nanti hujan turun. Hannah dahla demam. Sampai2 parking, ada pulak keta ni kat parking. Aku naik hantu la bila guard cakap keta ni park sini & now driver dia g HUKM.

Cilakak! punya banyak parking kat area umah & seluruh BSP ni parking aku juga yang kau hentam. Kalau rumah aku dekat ngan parking lain la cerita, ini dahla nak kena merentas blok bagai. Hangin aku satu badan! Sampai2 ke guard kat guard house pun kena marah. Hujan dah la lebat.. memang sakit hati betulo aku dibuatnya petang ni.



Monday 27 February 2017

Hannah Demam

Hari ni si tecit demam la pula. Haraonya demam kejap je la. Biar demam sekarang, jangan demam masa ke Osaka nak oi.

Sunday 26 February 2017

Saturday 25 February 2017

Taipei




Friday 24 February 2017

Mitingggg

Inilah miting yang bos ahkak tak kasik ahkak escape! Kalau tak ahkak dah ble goyang kaki dah dekat rumah cuti. Letih kaki tekan pedal minyak sekuat-kuatnya semalam tak ilang lagi oke! Demi mengubat hati, petang ahkak sekeluarga berfoya-foya makan sushi. Yeayyy!!!

Thursday 23 February 2017

Balik Rumah Yeyay!!

Ini muka gumbira sebelum pecut balik rumah. Melaka KL.. pecut laju2. Hantam sampai meter pusing.. janji sampai rumah & cepat dapat jumpa Hannah!

Pekan Tampin

Ini lah gambar sebahagian dari Pekan Tampin.!st & last time ahkak sampai sini masa g umah schoolmate.. tahun 1996 kot... Hari ni hari kedua ahkak kursus & tadi ada interview. Kursus ada interview? Ye! Ada oke kursus cengitu!

Tuesday 21 February 2017

Kursus T_T

Start hari ni ahkak kena g Melaka, kursus 3 hari. Kursus tu memang la best tapi yang tak best is pusat latihan jabatan ahkak dibina kat Melaka, betul2 berdepan dengan A-Famosa Resort. Jauh oke! jauh!!!! Makanya kol 11 ahkak bertolak dari opis tadi, singgah makan dekat Zhang Toi cafe dekat Free Port A-Famosa. Set gini reganya RM18 hengget tak masuk tax. Ini namanya Hainanese Chicken Chop + free kek & icecream dessert plus air punch.

Lepas merendek dekat FP, ahkak g hotel. Since kursusnya tak menyediakan tempat tinggal.. ahkak kena la duduk luar. Kali ni ahkak pilih Caspari Hotel, Tampin. Jarak ke pusat latihan dalam 6 KM je.
For a small town like Tampin, this hotel boleh tahan jugak la. For a price of RM130 semalam, hotel memang a proper hotel dan selesa. Tempat makan pun senang cari & kat depan nun ada Watson.




Sunday 19 February 2017

KLCC

Hari ni kak gatei nak bejalan. Makanya kami pilih KLCC. Pepagi lepak kat taman KLCC ni best jugak. Kalau rajin sket, ble joging. Tapi op kos la kan... tak rajin! Buekkk!!!

Thursday 16 February 2017

Nasi Lemak Luar Pagau

Apakah? Ini yekla van nasi lemak luar pagar. Kalau tak tahu nak makan apa dekat cafe, makanya ke luar pagar la kami mencari sarapan. Walaupun tak la sesedap mana, mahal lagi ada tapi at least ada la option sekali sekala kalau nak berubah angin sarapan.

Hari ni bos belanja sempena mesyuarat bahagian... yeayyyy!!! Makan free la op kos!

Wednesday 15 February 2017

Kengkawan Hannah

Kengkawan si Hannah tengah beratur tunggu giliran naik hotwheel!

Tuesday 14 February 2017

Konon Nak Joging

Lepas amik Hannah tadi konon nak joging dekat tasik.. sekalinya lepas beli buah banyak gila, tetiba je letih. Makanya kitaorg cuma duduk je la memerhati orang joging.

Tasik nun walaupun dekat je dari rumah, setahun belum tentu sekali kot jejak. Macam-macam alasan.. panas la... nyamuk la. Manusia ni macam tu la. Nak seribu daya, tanak berdalih-dalih la jawabnya, ye dok?!




Monday 13 February 2017

Hot Hot Wheel!!!



Siapa yang gumbira? si Hannah la jugak sebab auntie & ankel dia belikan Hotwheel. Bukan main eksaited lagi dia. Mamme pun eksaited juga sebab dah lama berangan nak beli tapi tak terbeli2.

Anak ahkak ni keta pun dia hantam main, otromen, batman, superman suma dia main jugak.

Sunday 12 February 2017

Bye Mum

Hari ni my mum balik Sabah sudaaa T_T selepas lebih sebulan merantau jaga adik bersalin & lawat rumah anak-anak di KL. Bye mum....

Friday 10 February 2017

Child Not Labour

Terharu gila tengok si tecit dah pandai basuh pinggan.. alahaii.. tak di suruh tak di apa, dengar2 ada bunyi air kat sinki. Sekali si tecit tengah basuh pinggan. Pandai pula tu pasang air slow je. Alahaiii nak.. dah besar dah dia

Thursday 9 February 2017

Melancong Ke Klang

Since tak jadi ke Genting, me and my sis melancong ke Klang pula hari ni, bawa my mom ke rumah her sister. Before ke rumah my auntie, op kos la singgah ke GM Klang. My mom macam tanak balik oke sebab eksaited dengan GM Klang!

Dari GM Klang, ke rumah my aunt.. rasa macam tak complete kalau tak singgah I-City. Sambil2 makan, sambil2 cuci mata. Kalau dulu masuk parking yang berbayar RM10 per entry, kali ni dah pandai sikit. Park dekat area luar.. murah dan dekat dengan tempat makan. Kali ni bawa bebudak pegi tengok2 je, ambik angin petang. Tak de main apa2 pun







Wednesday 8 February 2017

Nenek Moden





Tengok la nenek dan Hannah yan g eksaited pegi jalan-jalan hari ni sempena mamme bercuti. Ini kali kita bawa nenek terai Dubuyo.. ahaksss. Patutnya shari ni gerak g genting tapi my mom cam hesitate kata kesian la pulak si Chemba tak dapat ikut. Banyak kali sangat dia kata kesian, kesian, kesian & cam tanak pegi je.. Makanya burn la duit booking hotel yang ahkak dah bayar semalam. Nasib baik 66 hengget je!

Si Chemba ada hal plak kat opis hari ni, dah dekat petang sangat baru balik. Ahkak actually tak kesah pun pegi sendiri.. huhu

Tuesday 7 February 2017

Terbeli Tiket Resort World Genting

Tadi masa merendek dalam internet, termasuk pula website genting. Tadaaa

Terbeli la pulak untuk sabtu ni... hahahaha

Monday 6 February 2017

The Shore Hotel & Residences, Melaka

Today nak share experience stay dekat The Shore Hotel & Residences. Hotel ni terletak berdekatan dengan Kampung Morten, dan berdepan dengan Plaza Hang Tuah. Kalau iku maklumat pembinaan, property ni mempunyai 3 Blok Kediaman 27 tingkat yang menempatkan 700 apartment dan 1 Blok Hotel 32 tingkat, Hotel Swiss Garden.


















Sunday 5 February 2017

Melaka Day 2

Program Hari Ni

Jalan-jalan ronda kawasan dalam hotel
Ronda Melaka town
Singgah makan asam pedas
Lepak main layang-layang dekat Klebang


Tangkap gambar dari keta je sebab malas nak turun jalan-jalan. Actually jenjalan cuti2 ni agak letih jugak oke! Pastu singgah lunch asam pedas dekat gerai makan depan area Menara Tamingsari. Sedap? boleh la. Mahal yes!


Before gerak balik KL.. gatei hati pulak nak bawa si Hannah g main layang-layang. Makanya singgah la kami berkelah dekat Klebang. Si Hannah punya excited sampai tak mau balik. Belum lagi layang2 dia sampai terbang ntah ke mana. Jenuh adih dia nak g cari.. hahaha





Akhirnya.. da golap baru nak gerak balik umah