Showing posts with label Idea. Show all posts
Showing posts with label Idea. Show all posts

Monday, 26 April 2021

Projek Rempah

Tadi si Chemba singgah Daiso maka berjayalah aku mendapatkan stok bekas rempah yang banyak ini. Apa matcam? Ngam kan gantung bekas tu dekat base katil & susun banyak-banyak.. nampak kemas. Rega sebijik macam biasa la rega Daiso RM5.90.. kalau beli banyak mahal la juga kan 😛

Letih mengemas, aku masak simple saja petang ni. Sambal bilis, pajeri dengan ikan goreng menjadi menu kami berbuka untuk hari ini. Aku kalau sebut pajeri je pun air liur dah kecur.. memang peminat pajeri sejak azali. 

Thursday, 19 November 2020

Tali Mask Ku Mana Pah!

Ini yeklah tali mask.. asalnya mereka ini yeklah gelang tangan yang telah aku modified. Tambah je 1 claw hook dekat hujung maka jadiklah tali mask.

Saturday, 18 July 2020

Tingkap Lip-Lap

Apa matcam.. meriah kan tingkap iols. Bunga ni aku oder dari Shopee asalnya tapi seller suh cancel oder sebab dia ada delivery dekat-dekat sini so boleh hantar terus je je rumah aku.

Monday, 26 August 2019

Menu Simple Masak Dalam Bilik

Oke, napa tajuk dia gitu? Tah la pula.. hahaha. Kiranya idea ni nda kisah la di bilik mana ko mo masak ba tu. Tp yang ni valid kalau di malaysia la.. kalau luar negara pandai2 la
Bahan basic
Minyak masak botol sekeciknya cam olive iil, bawang putih,  garam atau serbuk perasa, kunyit atau serbuknya, udang kering, cili giling, beras, mee, maggi, ikan bilis kalau mahu, sardin, sayur, santan kotak, cili padi kalau nk pedas, asam keping, telur, tomato kecik
Tools
Small electric pan, rice cooker, papan potong,  pisau, mangkuk tingkat
Labu lemak
Udang kering *optional
Goreng udang kering ngan bawang putih jap, buh air, buh santan, buh garam or perencah, buh kunyit buh labu.
Sayur goreng
Goreng bawang putih, buh udang kering kalau mahu, tomato ka, buh telur tunggu agak masak, buh buncis/ kacang panjang/ bendi, buh perisa or garam
Lauk tin cam sadin, kari, rendang
Telur base. Goreng, rebus, masak lemak, kicap ka, sambal ka
Guna ayam kepci kalau ada
Masak bubur tambah ayam kepci n  perencah
Masak ayam kepci salut sambal pun boleh
Or ayam goreng kunyit
Ikan base. Goreng siap2 ikan di rumah
Sup ikan goreng
Goreng bawang, buh air, asam keping, tomato, perencah ngan ikan.
Ble juga sambal, masak kicap ka
Sayur boleh makan mentah like timun, lobak
Ikan bilis base
Goreng bilis siap di rumah
Sambal bilis
Maggi sup, maggi goreng, mee goreng udang kering, nasi goreng simple2

Sunday, 13 January 2019

Book Corner

Yeay akhirmya kemas juga reading corner aku. Dengan harapan lepas ni rajin le aku anak beranak membaca buku kami yang dah beranak pinak ni. Buku sikit la punya banyak tapi bacanya tidak. Adoiiiii!!!

Wednesday, 7 March 2018

By Kiki

Sampai je rumah tadi, perkara pertama yang aku buat is tukar sarung kusyen dengan yang aku baru beli dekat Kaison. Lawa tak? Aku suka! Aku suka! Berbaloi-baloi hangkut dari Sabah oke? Rega sarung tu selai RM17 je. Nasib baik ada option murah.. kalau beli dekat Niki Caine or yang seangkatan, selai ni bole mencecah RM49 oke! 

Tuesday, 5 December 2017

Sudu Gantung




Akhirnya aku dapat juga.. sudu ble gantung yaw! Senang nak store.. tak yah pakai bekas bagai. Hari tu masa sauk casserol kat Sogo, aku sauk sudu ni sekali. Harem mahal, RM59.90 satu set x 24 pcs sudu garfu dan pisau. Mahal la kiranya sebab sudu gantung cam ni ada yang handle dia plastic so yang plastic tu baru RM29 or RM39 per set tapi yang ini since dia besi so agak mahal. Banyak tempat aku cari dah tapi yang handle besi ni ada dekat Sogo je. Mau tak mau.. aku mau kan juga la dan beli 2 set. Kalau ikut time tu ada je offer sudu yang ala-ala sudu hotel, ada glod plated dan dalam box cantik lagi.. rega asal dalam RM300 tapi offer dalam RM70 hengget. Tapi demi nak store sudu ni bergantung, aku tutup mata je la offer yang lain. Aku bukan apa, nak sangat yang boleh gantung ni sebab aku ni pemalas. Kalau letak dalam bekas, apart from cuci sudu ko juga kena rajin bersihkan bekas tu.. kalau kotor dan berkerak geli siut! 

Sunday, 3 December 2017

Mari Melabel


Koje aku hari ni, melabel! Dah lama nak buat tapi baru hari ni berkesempatan. Basket tu aku beli dengan rega RM2.12 dari Eco dan label huruf tu pula ada 600 sticker huruf + nombor, berapa ntah aku beli dari Mr DIY. Dan tempat sangkut tu kome tahu apa dia? Haaa.. itu base katil si Hannah. Hahahaha.. Sticker putih tu pun beli dekat Mr DIY. Akhirnya berjaya juga aku label setelah lama tertangguh. Yeayyy!!!


Sunday, 26 November 2017

Tukar Design Blog

Pening kepada nak pilih template blog. Dah lama sangat dah blog aku pakai template biru tu. So ini kali nak tukar angin sikit tapi tak tahu nak pilih yang mana satu.. huhu

Friday, 8 September 2017

Brand Tudung Sendiri

Semalam aku ngan geng ke Kenanga Wholesales. Member tu nak beli tungku tuk asben dia. Jenuh memusing satu bangunan, tak jumpa. Yang kitaorang jumpa tudung plak.. alasan! Muhahahaha

Beli selai RM8, beli 10 lai jadi RM7 je selai. Lepas tawar menawar kitaorang pun beli la 9 lai.. tapi dapat rega RM7 selai sebab aku tak tahu nak pilih kaler apa lagi. Balik umah terus jahit bunga kat tudung. Agaknya kalau aku kuar tudung jenama sendiri ok tak? Ahakssss

Sunday, 13 August 2017

Toy Clothing Designer

Tadi masa kemas-kemas, terjumpa la jaket lama aku semasa body masih nan nipis. Cuba la terai sarung.. kot boleh stretch memuati tubuh saiz xxxxl ku ini. Hampeh! Koyak sana sini oke!

Masa nak campak lam tong sampah.. terkenang plak patung si Hannah yang 2 ekor ni yang sokmo kehilangan baju. Selalunya tak sampai 5 minit aku sarungkan baju deme.. si Hannah da cabut2. So ini kali aku buatkan dorang baju. Berbekalkan jarum dan benang.. tadaaaaa.. amacam? Bergaya tak depa sekarang? Rare collection ni.. mana tak bergaya. Tapi abaikanlah muka si 'adik tu yang dah kena conteng si Hannah.

Monday, 7 August 2017

Gold Kitchen

Akhirnyaaaa.. berbekalkan ongkos tak sampi RM100, dapur aku dah bertukar rupa jadi gold. Ahaksss!!! Thanks Kaison sebab jual wallpaper lip lap kaler gold & black ni. At least boleh la tenangkan hati aku yang dah gelora tahap gaban sangat nak cabut kitchen kabinet tu. Kalau aku la yang pasang kitchen kabinet tu kompom aku akan psang yang simple & small in size punya. Rumah kecik, agak-agak la kan tapi yang ni pemilik rumah lama yang install. Malas nak renovate, pakai je la temporarily. Tapi lama2 dah makin buruk la op kos.. sakit hati tengok! Dulu kaver ngan lapik merah hitam tu lawa la juga.. tapi now da bosan.

Amacam? Ok tak? Wallpaper tu 10m x 1m kosnya RM26, label amaran tu dalam RM9 hengget satu.. menu beli kat Ikea.. sudip suma tu.. yang tu bukan hiasan oke! Itu betul punya! Dedaunan nan ijau tu produk Ikea ngan Kaison. Macam ni la kalau kau tak kaya.. kena jadi innovatif demi tuk menikmati keindahan dan ketenangan pikiran.. phuiii!!! Hahaha

Sunday, 30 July 2017

Back To Karpet Finally

Tadaaaa...

Inilah yang aku dapat kat Spotlight semalam. Sekeping lagi kapet idaman dengan rega RM84 tu la. Last piece oke! Last piece! nasib baik ada. Kitaorang pun apa lagi.. sampai rumah je teruss operasi pasang kapet. Kalau masa 2 keping tak ble nak cover penuh.. now da ada 3 keping just nice je saiz dia untuk ruang tamu. Amacam.. cun ke? cun ke?

Tak cun pun bukan umah kome, umah aku! Hahahaha

Saturday, 22 July 2017

Cari Karpet

   
Tadaaa.. inilah rumah aku as of hari ni selepas aktivit menukar karpet malam jumaat tu. Tahu tak berapa rega kapet aku ni? satu RM84 je oi! ketawa guling2 aku!

Alkisahnya khamis tu aku g Tesco, tersinggah la dekat abam bangla jual kapet yang ala2 kapet ikea. Saiz dan thickness yang sama ngan kapet aku ni reganya RM400 oke! Ampat ratusss!!! Kurang punya kurang dia bagi aku RM270. Masa tu nasib baik ada satu je, so aku tak jadi nak beli sebab aku nak 2 or 3. Pastu ari jumaat petang, gatei plak nak g My Town, Cheras. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai Spotlight. Terjumpa plak kapet ni. Masa gulung tu cam tak lawa, tapi bila dah orak nampak cam ok plak.. ada 2 keping. Tengok rega asal RM299, offer jadi RM140. Sekali time bayar kat kaunter jadi RM84 je.. mana tak gumbira guling2.

Aku bajet nak tukar kapet kompom2 la minimum RM600.. mana tau less than RM200 ble dapat kapet dengan good quality & lawa lagi. Pastu try la google pasal kedai tu, kot2 ada outlet lain berdekatan sebab pasang 2 cam tak lawa. Rupanya ada online store.. malangnya online stock pun dah habis. Tak pe, takpe.. 2 ni pun still ok juga. Kalau dapat beli lagi satu, op kos la lagi cunn!!




Thursday, 13 July 2017

Tudung Designer


Masa ke Kenanga aku borong bunga2 tudung sebab kalau beli 3 barang ble diskaun sampai 59%. Makanya kos tudung lip lap aku bawah RM13 je sebab selai shawl baru RM10 max.. pastu bunga tu dalam RM1 sebijik. Tali blink2 tu je yang mahal sket kot.. ahaks. Pueh hati woi!

Friday, 2 June 2017

Cara Pakai Shawl

Sekarang ni macam2 cara pakai shawl. Ada yang sopan, cantik, gojes... yang mengarut pun ada. Aku pakai shawl gak tapi tak de la pandai nak lilit2. Yang penting bila pakai tu senang nak amik air semayang dan pakai balik lepas tu. Yang balik bagus bila tak yah tanggal langsung tudung.. ahaks

Tuesday, 30 May 2017

Around The House : Lego Idea

Antara cara-cara nak simpan lego, ko tepek je kat dinding.. ahaks! Hari tu kitaorang g Toys'r'Us... bukan main leka lagi si Hannah main lego tampal2 kat base ni. Konon nak la belikan satu base lego ni, umang aiii.. sekeping mau 70 hengget oke! Tak pe! Tak pe! Lelong kan ada. So aku pun carik la kat lelong.. yang 50 x 50 stud ni baru RM29 hengget je. Ingatkan kualiti cikai sebab Lego compatible je.. bukan ori. Tapi kualiti dia pun boleh tahan juga.

AKu beli dua, tepek gam & hempuk kat dinding. Dinding bukan sebarang dinding, dinding kabinet pun jadik oke!

Monday, 29 May 2017

Around The House : Pendekkan Langsir

Apakah?

Oke, ini adalah gambar langsir rumah aku yang asalnya pendek kini dah ngam-ngam. Memula ingat nak potong je bagi pendek tapi cam tak fond dengan idea tu so aku guna alternatif idea.. p Mr Diy beli anting2 yang 10 set RM1.50, then aku anting-anting kan kaki langsir aku cam kat atas tu. Tadaaaaa... siap! Lawa lagi cam ada hiasan lak.

Thursday, 11 May 2017

Gila Jam

Mula-mula beli satu.......

Sekarang ada6 oke!!

Habis dah aku ronda almost semua kedai DIY yang aku senang akses. Berkenan sangat dengan jam ni & bila tepek lagi dengan tulisan gold tu makin lawa plak. So dari DIY Pemaisuri dapat sebijik, DIY Sunway Putra dapat sebijik, DIY Viva mall dapat 4 bijik. Puas ati!!!

Sunday, 16 April 2017

Lampu Lip Lap

Lama dah teringin nak beli lampu lip lap ni tapi tak pernah jumpa yang berkenan. Masa jalan2 dekat Kaison hari tu, macam2 pattern yang ada dan salah satunya yang berjaya ikut aku balik rumah yang diatas nun. Kini bercahaya la laundry room aku.. weeee