Sunday, 13 August 2017

Toy Clothing Designer

Tadi masa kemas-kemas, terjumpa la jaket lama aku semasa body masih nan nipis. Cuba la terai sarung.. kot boleh stretch memuati tubuh saiz xxxxl ku ini. Hampeh! Koyak sana sini oke!

Masa nak campak lam tong sampah.. terkenang plak patung si Hannah yang 2 ekor ni yang sokmo kehilangan baju. Selalunya tak sampai 5 minit aku sarungkan baju deme.. si Hannah da cabut2. So ini kali aku buatkan dorang baju. Berbekalkan jarum dan benang.. tadaaaaa.. amacam? Bergaya tak depa sekarang? Rare collection ni.. mana tak bergaya. Tapi abaikanlah muka si 'adik tu yang dah kena conteng si Hannah.