Sunday, 20 August 2017

Hannah demam

Hari ni berweekend dua orang je dengan Hannah sebab si Chemba p taklimat saham. Nak kaya katanya.. amin. So aku tinggal la dengan si Hannah yang demam since jumaat malam tu. Panas on off.. basib baik dia masih nak menyusu. Since semalam dia tak nak makan apa2, aku bawa la dia jalan pegi makan dekat SVM. Aku tanya dia nak makan roti kegemaran dia dekat Family Mart tu tak, taknak katanya. Dah tu nak makan apa apa, pizza katanya. Well.. pizza at is.
Alhamdulillah memang dia makan la juga pizza tu. Walaupun sikit janji ada yang masuk dalam perut. Kalau bibir aku merah sebab lipstik, bibir si Hannah tu pula merah sebab sakit. Aku rasa tonsil dia bengkak kot ni. Nasib baik dia masih nak minum air, kalau tak mesti perit dan lagi teruk. 

Bagi ibu bekerja macam aku ni, op kos la dilema kalau kau kena outstation time anak kau demam. So aku sampai hari ni masih tak check in sebab tak sure boleh ke tak ke aku fly esok ni. Bergantung la pada keadaan si Hannah malam ni. Si Chemba pula esok ada mesyuarat.. huhu. Aku minta si Chemba bawa juga Hannah p klinik esok pagi, by hook or by crook sebab dia nampak macam letih dan sakit sangat malam ni. Ikut hati nak je aku bawa p emergency Hukm tapi si Chemba kata esok je la. Dia bagi ubat bontot, tampal cool fever & kitaorang monitor dia sepanjang malam.