Tuesday, 15 August 2017

Ke Hulu Langat Kitaa

Hari ni aku ada koje dekat Hulu Langat.. makanya seawal pukul 6.30 pagi aku tercongok dekat Terminal Bandar Tasik Selatan sebab aku nak tumpang my bos. So inilah keadaan dekat TBS seawal jam 6.30 pagi..

Agak lengang. Parking pun banyak yang kosong. Tadi aku dapat parking dekat tingkat 4. Kalau tingkat 4 ni takyah naik lift nak masuk dalam sebab ada akses terus. Kol 6.50 bos kolek aku, dalam 8 lebih kitaorg sampai Banting. Bos ajak singgah sarapan dekat kedai fevret dia, kedai Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa. Nasi lemak dia boleh tahan tapi aku plak pelahap benda alah ni.. 
Aah.. tempe. Sampai 3 kepinh gak aku sebat sebab sedap. Since kitaorg sampai awal sangat, bos ajak aku ronda2 dulu. Walaupun takat lalu je & tak dapt turun sebab hujan sepanjang hari, sampai la juga aku ke pantai morib & lalu depan Gold Coast Resort. Selalu la terjumpa promo GCR kat tenet.. tapi bila lalu tadi nampak macam buruk je dari luar. Jalan punya jalan sambil melayan bos yang duk mengimbau kenangan lalu masa dia bertugas dekat sini, dah nak dekat kol 10. Nasib baik sampai bilik mesyuarat ngam2 je. Pas miting kitaorang g makan nasi ayam penyet. Sedap ooo! Pastu baru  la kitaorang gerak lawat skolah yang berhampiran situ. Kol 5 sampai TBS balik.. nasib la TBS to my house tu dekat je & ble lalu jalan dalam so takde la kena menempuh jem yang mencabar.