Sunday, 27 August 2017

Autumn In KL

Sebelum2 ni kalau melancong esp ke Jepun atau Korea, aku akan pilih musim autumn. Warna dedaunan di musim luruh tahan lebih lama dari kembangan sakura semasa musim bunga memberi lebih masa untuk memilih waktu ke sana. Tiket flight juga masih boleh dapat yang murah, tak seperti tiket musim bunga yang lebih mahal. Tapi nampaknya di KL pun ada musim luruhnya sendiri. Ini gambar yang aku ambil semalam, masa on the way dari rumah ke MRT Taman Midah..