Sunday 31 January 2021

Dragon In The House

Bukan.. ini bukan keturunan si Goku.. haha. Kiutkan baju tidur adik ni.. op kos la beli dekat Shopee je dengan harga RM20+ selai. Kain pun ok, tak nipis tak tebal.. jahitan agak kemas.

Saturday 30 January 2021

Barang Free

Apakah? Ini yeklah collection pen free yang kami dapat bila pegi hotel. Siapa yangs tak suka barang free kan! Muhuhahaha.. antara banyak2 ni pen dari Pullman paling best sebab boleh guna untuk screen phone. Mostly pen murah je.. paling dekut hotel yang bagi pensel je macam LH πŸ˜‚

Monday 25 January 2021

Mula Hidup Baru

Tadi aku berkobar-kobar menelaah laporan-laporan yang dah lama aku tak sentuh since mula bercuti panjang hari tu. Maklumlah, tak lama lagi dah nak masuk kerja semula. Petang masa buka emel aku terima notification emel tentang pemberitahuan pertukaran. Berdebar juga nak buka.. mana la agaknya aku kena tukar kali ni. Skali tengok, it is like my worst dream coma true! Aku kena pindah ke pejabat yang aku doa moga aku tak payah masuk sepanjang servis. Nampaknya kali ni doa menolak aku tak makbul dan cadangan asal aku untuk extend cuti tak dapat diteruskan. Walau macamana pun aku bersyukur la sebab perpindahan kali ini datang dengan naik pangkat.

Friday 22 January 2021

Kentang Garing



Since petang tadi hujan perut pun berbunyi minta diisi. So aku pun melawat le dapur tengok makanan apa yang boleh aku isi dalam perut. Nampak kentang 4 bijik.. teringat pula kentang rangup kegemaran aku dekat Namsan Tower. Maka aku potong la kentang tu kecik-kecik, salut minyak dan masuk air fryer. Da agak-agak masak aku simbah dengan chili powder, serbuk cukup rasa dan gula.. terus tak cukup kami makan sebab aku masak sebijik je tuk percubaan. So aku buat lagi 2nd time.. kali ni 3 biji kentang.. pun tak cukupppp.. hahahaha.. layanzzz. Lagi garing lagi sedap.. aku play around dengan suhu supaya tak terbakar hujunh kentang tu. Mula-mula pakai suhu rendah dalam 120.. agak-agak dah masak kat dalam tu baru aku pakai suhu 180 sampai garing kentang.

Thursday 21 January 2021

Officially Habis Pantang


Semalam genap 90 hari lepas melahirkan. Maka hari ni aku da mula bekerja dan kerja pertama aku, meeting yaww! Since sekarang ni PKP haruslah aku set home office untuk BDR. Inilah opis aku.. sanggihkan?! πŸ‘»πŸ‘» siap ada android tv dan musim autumn oke

Sunday 17 January 2021

Sun Day For Food

Since hari ni Sunday.. kita masak je lah. Letih dah oder grab food. Menu sarapan nasi goreng dan asam podeh for lunch. Ini kali kedua aku masak asam podeh ni. Tapi kalau aku masak op kos la resepi suka hati. Aku blend je semua jenis bawang, halia dengan serai sikit.. pastu goreng dengan cili giling dan tomato puree.. next masuk air asam jawa dengan secukup rasa.. adjust sampai sedap baru masukkan ikan siakap, tomato dan bendi. Aku tak buh bunga kantan sebab tadak kat umah. Memang terbaikkkk! Aku suka kuah pekat baru feeeeellll..

Saturday 16 January 2021

Teng Teng Teng

Akhirnya sampai sudaaa karpet yang anak aku tunggu-tunggu. Mampus kena maki dengan jiran bawah ni anak aku dok melompat malam- malam. Adoiii.. satu hal pula. Member tu dah la tengah eksaited dapat kapet baru. 

Asalnya aku oder dekat Shoppe dengan harga RM77 tapi seller kata takde stok so aku cancel. Cari-cari lagi, saiz 160x200mm semua habis stok. Ada satu seller ni jual mahal sket, RM99 dan ada stok tapi mahal la pulak. Aku godek-godek, seller asal tu up lagi iklan baru. Laju-laju aku tekan oder lagi. Alih-alih dia mesej lagi bagitau takde stok. Eiii! Seller ni nak niaga main-main. Tulis la pre-oder kalau xde stok. Terussss aku blacklist kedai dia. Aku memang bengkek seller yang tak update stok. "PM before oder" ini yang paling aku menyampah. Pemalas nau nak buat sistem update stok. Last-last aku beli yang RM99 tu. Oder semalam hari ni sampai hoi! Puas hati aku. Memang cantik gilos.

Friday 15 January 2021

Ibu Fashion

Hari tu anak aku buat hal. Selalu kalau nak buat apa dia pandai je minta izin tapi part gunting baju Barbie tetiba pandai pulak dia buat senyap-senyap. Aku punya mengamuk bila tau dia gunting yang pakai baju pink 2 ekor tu. Itu da la mahal.. eiiii! Kalau yang 3 lagi tu tak pe la.. aku redho. Aku punya amuk dah macam hantu gamaknya.. anak aku punya takut sampai di gamnya la balik baju tu dekat patung guna gam kertas. Lagi la aku mengamuk.. melekit pulak dibuatnya.. adoiii..

Dari menyakitkan mata aku tengok patung bogel, terpaksa la aku meng'kreatifkan diri yang tak kreatif ni. Godek baju lama si kecik yang dah tak pakai.. akhirnya berbaju la semula yang 2 ekor pink tu. Yang baju biru dengan kelabu tu memang dari last PKP tukar baju baru.. aku modified sket kasi lawa baju dorang. Yang baju merah tu pun dapat baju baru jugak sebab kesian pulak dia sorang je pakai baju lama πŸ‘»πŸ‘» Nasib la aku ni cuma beli Barbie time sale je dekat ToysRUs. RM29 pada aku berbaloi sangat sebab memang berkualiti. Baju dorang tu mau dekat RM30 selai kalau beli dekat kedai. Nasib skill menjahit aku masih ada.. takde la melayang RM RM 

Thursday 14 January 2021

Semua air fried

Nampak sedap kan.. mestilaaa sedappp. Ini semua hasil air fried. Paling best yang ala pizza tu. Sebelum letak inti aku basahkan roti dan penyek-penyek bagi nipis. Kemudian masuk kejap dalam air fryer tuk bakar bahagian yang tak dibasahkan. Nak lagi kaww guna roti yang paling hujung.. basahkan part putih. Dah agak-agak garing, keluarkan dan buh la inti apa yang korang suka dan air fry semula. 

Untuk roti ala pizza tu guna sos tomato dengan sos cili je buat base sauce, pastu letak la bawang, lada ijau dengan tomato yang dah dipotong dadu. Bubuh pula sosej yang potong nipis.. pastu gunting sliced cheese panjang-panjang buh atas roti. Last sekali glazed sket dengan base sos tadi. Kalau nak buat roti cheese meleleh tu, aku bubuh cheese in between roti. Pastu air fry dua-dua belah roti tadi. Next, bubuh telur goreng, sos, bawang, tomato dan salad. Done roti cheese leleh! Cheese tu juga boleh goreng dengan telur instead of masuk dalam air fryer. Yang tu lagi leleh 🀘🏻

Kegilaan aku meng'air fry actually tak stop dekat roti je. Aku ni memang benci sungguh nak kena tunggu lauk dari peti deforst sebelum boleh memasak tapi sejak ada air fryer ni dah tak de masalah. Keluar peti terus masuk fryer je. Settle! Kalau ayam dan ikan, aku air fry sampai kulit agak garing sebelum buat sup or masak merah or masak kicap. Kalau ikan tu air fry sebelum buat sup, langsi ikan tu kurengg la. Dan ini semua output dari penggunaan air fryer. 

Tuesday 12 January 2021

Scarlet Heart ❤️

Tetiba la pulak aku mengidam nak tengok balik drama ni, Scarlet Heart Ryeo. Since dalam iQIYI dan Netflix takde, terpaksala aku subscribe Viu semula demi nak menonton dengan grafik cantek. Nasib baik tv dekat bilik tu Android tv.. senang nak install macam-macam. 

The best thing about drama ni is lagu dia semua best-best oi!!!

Sunday 10 January 2021

Goodbye Watches

Kalau last Sunday aku ucap goodbye dekat Samsung Galaxy Note 9, hari ni aku goodbye dekat 2 lagi device Samsung. Kali ni Samsung Galaxy Watch Active dan Samsung Gear Fit2 Pro. Kenapa aku jual? Sebab aku dah pakai Apple watch to match dengan iphong aku. Sayang oii 2 jam ni masih cantik terjaga dan pakai pun kejap je.. huhu.

Saturday 9 January 2021

Penjarakan Sosial Di Rumah Gue

Sekarang ni kes cobit dah makin menggila. Ura-ura nak PKP semula katanya maka kami pun menyahut la saranan penjarakan sosial dengan install divider dekat meja makan πŸ‘»πŸ‘»

Friday 8 January 2021

Tudung Burung

Yeayyy.. tudung burung sampai sudaaaa selepas setahun aku intai nak beli. Gigih kan mengintai tudung.. muhuhahaha. Aku manada nak beli tudung kalau takde sale. Yang ini brand Arzu macam tudung kucing tu. Bezanya yang ini harga asal pun mahal nak manfus sampai RM422. Tapi justify la kot sebab material 100% silk kannnn. At least mahal ke kain instead of mahal ke brand cam tudung-tudung pemes yang seangkatan. Masa aku beli tudung kucing, less untuk tudung burung ni sikit je. Masa tu harga dekat RM400 juga lagi.. tapi ada la pulak Boxing Day Sale sampai 40% less. Apa lagi.. oder jalan terusssss!!

Thursday 7 January 2021

Cobit Menggila

Seram ke tidak tengok kes cobit dekat apartment kami ni? Dah ada 10 kes hoii.. banyak tuuuu. Yang dalam status menunggu pun ramai juga. Bertambah seram kalau semua positif. Sekarang ni kat lift da kena install sanitising equipment. Aku pula kalau keluar ke bawah tu ambik barang rupa da ala game among us πŸ‘»

Wednesday 6 January 2021

Adidas Pemakan Duitku



Apakah ini? Ini yekla hasil tuaian masa kami singgah ke Mitsui Outlet sebelum balik KL semalam. Konon nak singgah lunch skali habis duit ke kedai Adidas je. Hasil tuaian aku ni harga asal dekat RM700 tapi cuba ko tengok gambar paling jahat kat atas tu. Kalau beli lebih 5 item dapat less 51% on top of less sedia ada. Cam kasut tu harga asal RM330, less sedia ada RM289 pastu sebab aku beli lebih dari 5 item dapat lagi less 51% hoiii! Berbaloi-baloi. Aku beli semua tuk budak-budak ni dan kasut tu je la hadiah tuk diri sendiri. Set baju dengan seluar tu harga asalnya RM220 dan less sedia ada RM109.. lepas off lagi 51% harga seluar dan baju tu jatuh dalam RM26+ je selai. Gelak la beli Adidas harga RM26. Kalau beli harga normal stokin pun silap-silap tak lepas RM26 tu. Baju baby lagi mahal dari baju si Chemba oke!

Tuesday 5 January 2021

Goodbye Sepang

Dalam jam 7.50 kami keluar breakfast naik buggy ke restoran Bila-bila yang terletak dekat centre daun palma nun. Untuk kami 2 dewasa free breakfast dah siap included dalam booking price while si kakak since ketinggian dia between 90-120cm kena cas 50% dari harga dewasa which is RM26 after less. Hidangan yang ada secara buffet dan quite meriah cuma tak lalu nak makan sangat sebab tak selesa since ada baby. Lagi pulak orang ramai gilos tambah la hilang mood. So aku makan laju-laju dan terus bawak si kecik bersiar-siar menengok pemandangan chalet orang. Kami pilih path yang takde orang. Yelah time cobit kann..

Restoran tu betul-betul sebla pool. Ada juga bercadang nak bawak si kakak mandi tapi si Chemba malas pula. Pool dewasa dan kanak-kanak both pun kecik ajer. Since cobit ni cuma 10 orang dibenarkan mandi dalam satu-satu masa. Habis meronda aku ngan si adik terus balik ke bilik sebab aku lupa pula nak bawak botol susu dia. Dalam jam 12 lebih kami cek out. Cek out jam 12 tapi hotel boleh bagi sampai jam 12.30 paling lewat. Sebelum balik KL kami ronda kejap sekitar area hotel tu dan singgah tapau makan. Aku lebih rela makan dalam kereta dari duduk kat kedai oi sekarang ni. Seramm!

Monday 4 January 2021

Staycation @Avani Sepang

Yes.. seperti di gambar tu di sini lah kami hari ni. This is an unplanned vacation sebenarnya. Tadi aku ngan si kakak kira-kira duit tabung. Alapak cukup la pulak nak g vacay so since almost semua bucket list hotel di KL aku dah pangkah maka aku intai mana lagi hotel best yang dekat so sampailah kami di sini pula. Tengok harga bawah RM400 jadi apa lagi.. on saja la. Kebetulan si Chemba WFH hari ni dan esok dia cuti so ngam sungguh laaa. Habis je keje 4.30 tu terusss kami bertolak.
Dekat jam 6 jugak baru kami sampai. Jalan clear thank god cumanya nak sampai sini waze tunjuk jalan dalam  so macam scary juga sebab siap lalu jalan sempit lagi. Sampai hotel, kami park depan main hotel lobby sekejap sementara si Chemba check in. Yang tak best about hotel ni is kalau ko nak parking dekat compound hotel ko kena bayar valet parking RM25 per entry dan RM10 every entry kalau ko ada nak keluar sepanjang tempoh ko menginap di hotel tu. But not to worry free parking ada disediakan cuma jauh sket so hotel sediakan van for free tuk ke parking. Since pada aku leceh pula nak kena punggah barang dan tunggu van bagai kami amik sajalah valet parking tu. 

Kalau dekat hotel ni gelang kuning tu wajib ko kena pakai all the time. Not sure the reason. Check in was a breeze.. hantar keta ke valet parking, amik barang then tunggu buggy. Kalau bilik-bilik hotel di Lexis Hibiscus Hotel located at the sea macam bentuk bunga raya if tengok dari atas, this hotel pula bentuk palm tree yang ala-ala kat Dubai nun. Kalau di LHH lagi jauh chalet tu dari pantai lagi mahal kos menginapnya dan takde block view, kat sini pun lebih kurang. Malangnya unless chalet ko yang paling hujung, view ko inshaAllah akan menghadap chalet orang sebab bentuk daun tu. Thank god chalet kami dekat je dengan reception dan takde block view langsung sebab kami dekat area batang, di bilik 017. Cuma ko still tak boleh mengelak kena menutup orat sebab jiran sebla-sebla chalet tu boleh nampak ko kalau keluar melepak dekat beranda. 

Chalet kat sini mostly 2 tingkat dan kami dapat level bawah. Ada beberapa jenis bilik range dari bilik superior macam bilik kami @52sqm, family villa, 2 bedroom dan 3 bedroom villa. Thank god lagi sekali sebab tak payah naik tangga dengan baby kecik dan stroller πŸ€ͺ Biliknya kecik dengan option 1 katil king.. yang twin pun ada rasanya. Untuk RM400++ berbaloi ke hotel ni? Personally aku rasa dari pegi sini baik la ko tambah seratus dua lagi tuk menginap di Grand Lexis Hotel or tambah sket lagi ke Lexis Hibiscus Hotel di PD since both hotel offer 2 katil king, bilik yang besar @71sqm (executive GLH) @76sqm (executive LHH), private pool op kos dan free parking. Apart from that, PD also lebih happening, tempat makan banyak dan pantai banyak dan lebih cantik compare to Sepang. But for once in a life time experience ok la. 

Dinner malam ni kami makan dekat verandah bilio je sambil menikmati angin laut. Since bekal ayam masak merah yang aku nak bawak ke hotel dah kena baham masa lunch, dah tak banyak baki nak baham tuk dinner so kami order room servis. Nak oder room servis dari tv je. Pilihan makanan tak banyak dan harga lebih pricey dari LHH. Kami oder mee goreng mamak, wedges dengan nasi goreng. In term of rasa oke la cuma mee goreng mamak tu masin gila.

Malam tu si Chemba dan si kakak pegi meronda. Gelap katanya dan tak meriah. Maybe bukan weekend kot. For those yang suka memancing boleh la memancing dari verandah bilik kalau korang tinggal di gf sebab waktu malam ada banyak ikan besar-besar. Jelas nampak hoii ikan-ikan tu. Si kakak paling happy nampak ikan. Nasib tak bawak roti, kalau tak ada pula sesi fish feeding dek si kakak. While si kakak sibuk dengan ikan, si adik dari maghrib dah tidur lena tak sedar-sedar. Selesa sangat agaknya si adik. Kalau tak bukan main payah nak tidur dan senang pula terjaga.