“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts
Thursday, 10 September 2020
Hari Makan
Hari ni kami ada meeting dengan big boss.. maka hari kami meriah dengan makanan. Kat Bahagian aku ni ramai gegel so bab makan memang tak berkira. Mahal ke murah ke, kalau mau makan kita makannnnn. Ada je yang rajin sponsor makanan walau tak diminta dan tak perlu dibayar. Moga semakin murah la rezeki dorang ni. Aaaminn..
Thursday, 20 June 2019
My Story Of Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu
Sempena malam ke dua kami di sini, kita oder room servis. Buli tahan juga la food di Hotel TH KK ni. RM170 semalam untuk triple bed. Hotelnya terletak di Sembulan. Aku saja pilih hotel ni sebab dekat dengan tempat mesyuarat di JKR KK, dalam 1 KM. Naik grab pun baru RM5 cam tu. Bilik hotel masih terjaga cumanya bilik kami tu aircondnya kurang sejuk.
Hotel ni sangat seswai untuk yang drive. Kalau yang tiada kereta tu not recommended la unless you use Grab. For those yang bawa kereta, x payah susah fikir mo parking sebab memang banyak open parking since hotel ni juga connected tu Pejabat Tabung Haji KK. Dari sini ke Imago cuma 2KM.
Lepas mesyuarat, apa lagi.. balik hotel then terus ke Imago tuk lunch. Esok la baru pulang kampung. Huntung la ada kerja di Sabah, buli la balik kampung tiket free ;P
Hotel ni sangat seswai untuk yang drive. Kalau yang tiada kereta tu not recommended la unless you use Grab. For those yang bawa kereta, x payah susah fikir mo parking sebab memang banyak open parking since hotel ni juga connected tu Pejabat Tabung Haji KK. Dari sini ke Imago cuma 2KM.
Lepas mesyuarat, apa lagi.. balik hotel then terus ke Imago tuk lunch. Esok la baru pulang kampung. Huntung la ada kerja di Sabah, buli la balik kampung tiket free ;P
Tuesday, 27 March 2018
Kursus
Hari ni aku g Melaka, kursus sampai esok. Kalau la tak kerana kursus 5 hari setahun tu wajib, memang malas sangat la nak p kursus. Tambah lagi pusat latihan kitaorang jauh nun dekat area Afamosa resort nun. Kali ni penginapan ada disediakan tapi aku tak rela nak duduk dekat asrama tu sebab tadak tv. Ada ke patut tadak tv! Bukan nak tengok sangat pun tv tu tapi entah le labu.. rasa weird plak tak de tv. Hahahah
Thursday, 8 March 2018
Mood Kerja Tadak Mari
Thursday, 8 February 2018
Ke Muadzam Kitaaa
Tuesday, 19 December 2017
Fire ! Fire
Hari ni ada fire drill dekat opis. Tak suspen sebab ada yang bocor rahsia ada scheduled fire drill. Kalau tak mau ada yang kelam kabut terjun bangunan sebab ingat betul-betul kebakaran. Hoho! Udah le api pun tadak.. nasib ada abang bomba bikin cemas sikit2.
Monday, 13 November 2017
Mengidam Ayam Dubuyo
Monday, 6 November 2017
EKSA ke sIKSA?
Monday, 23 October 2017
Sushi Pujuk
Tadi bos aku bagi duit.. suh sambut birthday kawan aku. Kau ada bos macam tu? Ahahahaha.. since takde ramai orang dekat office.. makanya 3 orang pun jadi la juga. Hari ni sesi menyushi dekat Sushi King.. ahakssss.
So far Hannah dah nampak sihat hari ni walaupun belum 100%. Alhamdulillah.. moga sembuh la kamu ye nak..
Thursday, 12 October 2017
Neves Interview
Hari ni hari interview aku. Kalau dulu orang naik pangkat g exam je tapi sekarang exam dah tak de dan been replaced dengan interview. Kalau aku la, aku prefer g exam lgi dari g interview.. stress ok interview. Ko baca banyak tapi masa interview ko kejap je dan ko tak ble expect apa soklan interviewers.. yang tu yang aku lemah tu.
Alhamdulillah sesi interview aku berjalan lancar. Interviewer tu balik2 remind interview je tau.. belum tentu dapat lagi ye. Paling tak ble blah, last sekali dia cakap kat aku.. awak senyum2 ni belum tentu ble dapat tau. Pastu aku jawab, saya memang kena senyum supaya ada aura positif.. gelak dorang. Agaknya dia perasan kot aku asyik senyum je dari stat interview sampai sudah.. cam kompiden2 sangat ble dapat kot. Hahahaha
Interview aku ni tuk J48. Kalau kengkawan aku yg PTD, now maybe dah ada yg 52 kot tapi kalau kat jikiar ni.. 10 - 15 tahun servis belum tentu lagi ada pergerakan pangkat hatta sekali pun dari 1st grade ko, J41. Pastu interview ni plak, kalaupun ko berjaya kena pnggil interview belum tentu gak ble dapat sebab bergantung pada kekosongan. Kalau tak ramai yang pencen, ko tunggu je la sampai berjanggut nak merasa naik pangkat.
Panel aku ada 3 orang, 2 wakil disiplin dan sorang dari Kementerian. Untuk naik J48, soklan lebih kepada apa daily task ko. Dia nak tengok juga leadership ko, macamana kawal orang bawah.. macamana nak handle isu2 integriti terutamanya lewat atau ponteng kerja dan apa masalah2 yang kau hadapai while performing your job. Dan last soklan yang aku kena, apa imrovement or perubahan yang aku akan buat if i were approved for kenaikan pangkat. Aku jawab, i would like to start with myself. I’ll start small and begin with my team first. That will be my priority. I’ll try to improve dari segi kesedaran towards our vision and mission. I’ll try to guide, work together and moral boost them so that the department will have a strong anchor, starting from us down below to top.
Wednesday, 11 October 2017
Kopok Lekor In The House
Sebelum interbiew esok, kita melantak kopok lekorrr dulu. Kopok lekor ni member aku jual.. katanya tak de MSG, kurang gula dan garam. Kiranya healthy la.
Dah ready ke nak interview? hantam je la labu.
Dah ready ke nak interview? hantam je la labu.
Thursday, 5 October 2017
My Name Is Bond
Cun pula no pass aku, 007 owh!
Since semalam aku hadir seminar SOSH. Kat mana? Kat dewan opis je pun. Kalau program dekat training center kitaorg dekat Melaka nun memang tidak la aku nak pegi. SOSH tu apa? Macam yang tertulis kat pass tu la, seminar on occupational safety and health towards sustainability agenda. Frankly speaking, aku rasa cam topik yang disampaikan oleh para penceramah cam tak kena langsung dengan tajuk seminar. Dalam ramai2 penceramah, yang menarik minat aku cuma ceramah dari doktor pakar orthopedik sebab dia citer pasal slip disc, epidural dan perut buncit.. ahaksss
Thursday, 28 September 2017
Hantu Penumpang?
Wednesday, 27 September 2017
My Oh My Blue Corporate Shirt
Amacam, biru tak mak ngah?!
Haaa.. tu la pasai. Sejak2 jabatan aku tukar baju g biru ni, haru aku rasa. Pasaiapa? Pasai blue is not my color, except a very dark blue. Nampak macam ok je? Mata kau, bukan mata aku!
Tuesday, 19 September 2017
KL View From Office
Inilah view dari bangunan baru Jabatan aku. Superb kan! Ini view dari jamban ye. Kalau la aku yang koje kat opis ni silap2 kat jamban saja melepak sebab aku kan memang suka view from tempat tinggi. Ahaksss!
So hari ni aku sambung audit lagi. Malangnya dalam banyak2 penemuan, penemuan aku je yang memang tak boleh elak dari bagi non conformance.. aka NCR. Pastu penemuan aku juga antara yang banyak dalam observation. Apakah? Masa nak closing tadi semua auditor bagi la ucapan masing-masing. Bila sampai turn aku, aku kata tak de apa. Sekali pengarah yang chair meeting tu kata, ha, takde? Ke nak mintak masuk cawangan. Berdekah2 semua orang gelak.. adoiiii.. dah la semua bos2 dan yang urus penempatan pun ada dekat situ.. harapnya tak berlaku begitu le.. hohoiiiii
Monday, 18 September 2017
Audit
Hari ni macam tahun-tahun sudah aku dok terlibat dalam audit kualiti.. kali ni aku audit 'parent cawangan aku, mekanikal. Strategi nya jangan cakap banyak nanti kang tak pasal-pasal kena masuk cawangan. Aku ni since day first dalam servis tak pernah masuk cawangan dan bekerja disekeiling para jurutera mekanikal. 2 cawangan yang aku ditempatkan dari 1st jejak kaki dalam perkhidmatan merupakan cawangan multi disiplin which aku rasa lebih mudah nak bergaul. Ye ke? Ke aku yang ada confident issue sebenarnya?
Thursday, 14 September 2017
Hari Pasar
Apakah?
Saja je aku tangkap gambar ni. Ini yekla gambar hari pasar kat opis aku. Tiap hari selasa dan khamis yeklah hari pasar opis. Cam pasar tani la kiranya cumanya kat pasar ni tak jual hasil tani as major product. Yang banyak tudung, baju dan makanan.
Wednesday, 13 September 2017
Tuesday, 12 September 2017
Ceramah Integriti
Hari ni ada ceramah integriti anjuran opis aku. Antara yang menarik dalam isi cermah orang tu is part bila mana dia kongsi kes2 yang berlaku yang pernah dia handle. Dan salah satu kes tu is tindakan tatatertib atas sebab mengganggu rumah tangga orang. Kecoh terus dewan.. hahaha. Jangan main-main oke.. kes jenayah oke kalau jadi orang ketiga.. haru!
Wednesday, 6 September 2017
Ke site kita
Pepagi tadi bos ketuk bilin tanya aku free ke tak. Aku kata aku tadak apa2 hari ni makanya ke Putrajaya la aku di bawanya. Yang geram tu tanak pula dia roger awa2.. makanya berbaju kurung dan kasut tinggi la aku ke site
First time dapat tengok how tangki HDPE been erected. Aku belanja some picture of the inside of the tank.
First time dapat tengok how tangki HDPE been erected. Aku belanja some picture of the inside of the tank.
Subscribe to:
Posts (Atom)