Thursday, 20 June 2019

My Story Of Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu

Sempena malam ke dua kami di sini, kita oder room servis. Buli tahan juga la food di Hotel TH KK ni. RM170 semalam untuk triple bed. Hotelnya terletak di Sembulan. Aku saja pilih hotel ni sebab dekat dengan tempat mesyuarat di JKR KK, dalam 1 KM. Naik grab pun baru RM5 cam tu.  Bilik hotel masih terjaga cumanya bilik kami tu aircondnya kurang sejuk.

Hotel ni sangat seswai untuk yang drive. Kalau yang tiada kereta tu not recommended la unless you use Grab. For those yang bawa kereta, x payah susah fikir mo parking sebab memang banyak open parking since hotel ni juga connected tu Pejabat Tabung Haji KK. Dari sini ke Imago cuma 2KM.

Lepas mesyuarat, apa lagi.. balik hotel then terus ke Imago tuk lunch. Esok la baru pulang kampung. Huntung la ada kerja di Sabah, buli la balik kampung tiket free ;P