Thursday 29 May 2014

Kronologi Seorang Bayi

7pm - after dinner
7.15pm - bored already
7:25pm - yoga time
7:40pm - bored tahap gaban
7:43pm
7:44pm
7:45pm
7:46pm
7:47pm
7:47pm
7:50pm - i am sorry mamme
8:15pm - happy finally

Tuesday 27 May 2014

Kitchen, Renovated!

Sebelum
Selepas
Amacam, beza tak? Muhuhahahahaww. Alkisahnya si Hannah la ni, suka sangat masuk bawah sinki yang op kos la very de derty. Jenuh bertengkar dengan budak kecik yang masih tak faham apa2 so kebetulan ada la pulak kotak walker dia yang tak terbuang dek ayahnya. Ahkak pom letak la bawah sinki tu. Makanya dapat la cover area tu tapi op kos la huduh. Since the box dah already the right size, ahkak pom pikio la apa yang boleh ahkak buat nak mencantikkan kotak tu.

Tetengah bersiar2 kat kedai pevret ahkak, Mr DIY.. terjumpla la sticker tiles plastik. Yeayyy!! Seterusnya bermulala projek menghias dapur yang huduh. Memula ahkak masukkan kain2 baju yang dah tanak pakai, then selotap the whole box to avoid kotak tu rosak terkena air as this is a wet area. Next ahkak pom tepek2 la sticker. Ini le jadiknya dapur ahkak.

Idok le hebat or cantik mana pun kalau compare dengan umah kome yang buat home renovation & pasang built in bagai. Macam ahkak yang tak mampu nak buat renovation ni, being innovative is the way to go. I bought my kitchen-not-so-cabinet dari Jusco, baru RM39.90 hengget sebijik. Beli dalam 7 bijik baru kos dalam RM279.30. Tepek plastik merah dari Daiso baru RM5 selai.. & tiles ijau itam tu baru dalam 25 hengget.

Sunday 25 May 2014

Burger Night In For Thomas Cup

Kalau orang lain tgk Thomas Cup.. kami anak beranak sibuk melantak malam ni. Dari nasi ayam terlampau sampai le ke burger terlampau! Ahkak rasa ahkak ni eloj bukak restoran kot.. sebab telampau rajin memasak... muhuhahahahah.. rajin la sangattttt

Friday 23 May 2014

Oh! Kome.. doghyan da berbungo

Alkisah lalu kat kodai di petang jemaat..
Si penjual : Kak, beli la. Satu packet 20 je.. doghyan musang king ni kak.
Ahkak : Ok, satu..
Si penjual : Kalau akak beli 2 baru 35 hengget
Ahkak : Ok, 2
Si penjual : Kalau ambil 3 saya bagi 50 je kak, murah2
Ahkak : Ok, taknak.. 2 je
Si penjual : Ok akak, saya bagi 3 untuk 45 ringgit je
Ahkak : Ok, 3

Then... dapek la merasa doghyan hari ni. Nama jek glemer doghyan ni tapi tak berapa sedap T_T Tertipah ahkak!

Thursday 22 May 2014

Syyyy!! Confession Of A Mother


As a new mother, as recent as 11 month and most of the time it was just the two of us I can not help but wonder am I a good mother. I strongly believe most mothers share this same question about themselves. Though I always believe that I definitely am a good one, sometimes the thought of being not god enough crossed my mind especially when I lost it and scold my 11 month daughter for opening the cabinet doors or doing something that I considered dangerous whilst I am the mother here. I am the one with the ability to think and care for her. It is my responsibility, not hers.

So, yes.. I wonder sometimes but, I believe in myself. I am a mother. When you are a mother, you know there is nothing that you cannot do in this world.. except murdering someone I guess! Mother got pregnant, she stand on her swollen feet and aching back for 9 months. She have to endure all the pain from top to toe. In her attempt to bring her child to this world, she have to endure unimaginable pain. She was torn and cut here and there. So,yes.. mothers are the toughest and strongest human being. And I am the toughest and strongest because I am a mother!


Wednesday 21 May 2014

Rilexing....

Hari ni ahkak ada bengkel kat Equatorial Hotel Bangi.. Patutnya bengkel ni stat senin sampai jemaat ni tapi ahkak g hari ni sebab senin dan selasa ahkak ada kursus perolehan. Makanya heaven la hari ni sebab ahkak dapat bangun lewat. Kol 7 kot ahkak jaga.. Siap ble peluk2 ngan si kecik lagi. Kol 8.23 pagi ahkak gerak, kol 9.30 baru sampai hotel. Gila apa jarak takat 23km tapi ahkak amek masa sejam nak sampai.. Ala2 akak drive 20km sejam oke! Semua ni gara2 gps ahkak tetiba gila. Asal sampai jek kat area hoapital serdang, dan2 la dia tak gerak. 4 kali kot pusing2 area sama, siap masuk dalam perkarangan shepital lagi. Itu pun nasib baik la sampai.

Time tengahari ahkak dapat bilik.. Yeayyyy.. Siap mandi berendam bagai.. Heaven tol! Kalau kat rumah jangan harap le nak mandi dengan aman. Nak kencheng pon payah2han.. Apakan lagi nak mandi. Rasanya paling lama ahkak dalam toilet, seminit dua je kot before ahkak terdengar tangisan or ketukan kat pintu toilet. Bayangkan macamana pengotor idup ahkak.. Muhuhahaha. Basuh muka n berus gigi sah2 kena buat kat luar.. Basuh badan half then kuar.. And so on. Kalau nasib baik dapatlah mandi dengan aman.. Biasanya memang tidak la. So.. This is the room tuk ahkak. Bosa!

Tuesday 20 May 2014

Next --> Hongkong

Klik klik klik website Air Asia.. eh! Hong Kong murah laaaa...

So, next year berwinter di Hong Kong la ahkak yer! Tapi Hong Kong idak le macam Seoul.. musim sojuk dia idak le membeku kot macam time ahkak g Seoul duluk, somewhere dalam bulan Februari. Ayeeee!!!

Next.. roger ibu!

Monday 19 May 2014

Nasik Ayam Telampau

Berbekalkan beras terakhir kat gobok dapur... Ahkak pon memasak la nasik ayem. Nasik oke.. Skalik ayam dia telampau la suweet. Ahkak tak tau la camana orang masak nasik ayam tapi kalau ahkak yang beraksi kat dapur.. Memang resepi suka suki hati ahkak le jawabnya. Apa jek yang ada kat dapur, itu la yang kena campak lam periuk.

Ayam tu pas rebus.. Ahkak lumur ngan sos cili + sos tiram + air asem & madu.. Then ahkak simbah ngan minyak bijan. Rupa dah lawa.. Skalik manis ya ampun sebab ahkak terover letak madu. Kuang kuang kuang....

Sunday 18 May 2014

Antara Tokyo, Seoul, Paris dan London

Trip ahkak ke London Paris dan selesai.. kalau ikutkan memang trip kali ni lah yang paling mahal sebab 1st, matawang mahal.. 2nd.. ahkak shopping sampai pitam! Hohoho..

I’ve been to Seoul, Tokyo, London, Paris.. so how do I rank these cities as a moslem traveller yang bawak baby berumur less than a year. I am someone yang suka bandar, suka something yang modern and a fan of building, especially tall one. So, bagi ahkak secara keseluruhan yang paling best adalah

1st Tokyo,Japan
2nd Seoul, Korea
3rd Paris.. yang last skali
4th London.

I rank Tokyo 1st sebab Tokyo adalah besar dan ahkak boleh buat bermacam-macam haktiviti yang seswai dengan ahkak especially bersiar-siar dekat pulau buatan kat Odaiba, then g tengok kesibukan junction kat Shibuya.. pastu ble panjat bangunan tinggi cam Tokyo Sky Tree or Tokyo Tower.. kalau nak naik observation tower yang free boleh g Tokyo Government Building kat Shinjuku.. pastu ble g bersiar-siar kat garden yang banyak gilak.. or p berhimpit sambil bergesel2 dengan muda mudi jipun kat area Harajuk-Omotesando.. or p Disneyland.. or p tengok Cosplay di Harajuku.. or singgah maid-café.. or p melawat Gundam.. or cuba shinkasen..or garden hopping dan sebagainya.. Bawak baby? No hal. Tolak je stroller tu merata. Tokyo boleh la dikatakan baby/ child friendly, eksep subway/ train depa kureng sikit. Toilet depa bukan takat ada tempat letak beg, tempat letak baby pun ada! Bukan semua la.. dalam satu toilet tu ada la kot 1 or 2 baby friendly.

Kalau Seoul.. bagi seorang penjejak K-Pop, seswai!! I went to Seoul for the 1st time sebab Super Junior oke! I’ve been to KBS semata2 nak melawat konti si Heechul though dia tadak lam tu.. Kat Seoul boley p beli kosmetik kat Myeongdong.. or shopping sampai pitam kat 24hr gerai kat Dongdaemun.. or naik cable car untuk beromantika di Namsan Seoul Tower or lepak dekat park kat luar COEX mall or shopping dalam mall tu. Or nak berbasikal sampai pitam ronda2 park sepanjang Hangang River.. or beromantika di Nami Island fefiling winterk sonatas.. or p menari Opp! Gangnam Style kat Gangnam.. or or or tapi Seoul belum pernah la bawak baby lagi so akan diterai next trip la kot.

Paris, 1st op kos la Eiffel Tower. Bukan la nak kata Eiffel to amazing sangat tapi if you went there memang rasa, oh! Bestnya tempat ini sebab they provide space yang besar gila babas from hujung ke hujung for the sake of lawatan ke tower tu. Kalau nak compare dengan Tokyo Tower, Tokyo Sky Tree, Namsan Seoul Tower, The Shard London.. Eiffel is the best sebab yang lelain tu the only attraction is the tower itself tapi area keliling tak umh sangat unlike Eiffel. Paris on the ground level adalah cantik sebab bangunan dia lawa2, tapi kat underground hancus! Kalau nak beromantika.. memang Paris ni seswai sebab since bangunan depa lawa2 so you wont notice how far dah jalan sebab asyik sangat dengan pemandangan. One thing I notice, depa ni suka membazir ruang I mean in a positive way. Try la p singgah Paris so you’ll know what I mean but don't be surprise sebab Paris ni hebat on the ground tapi underground dia.. hanching!

London.. very close to my heart since kecik- kecik dulu pernah menetap di tanah England ikut my dad study. Best for shopping dan easier to find halal food. Now dah ada new attraction like London Eye, ada The Shard. Kalau peminat muzium dan art boleh la p London dan Paris, kalau spesis2 yang suka modernization cam ahkak.. tak seswai sangat. The best part of London yeklah shopping especially kat Oxford Road. Go to Primark.. kat situn memang murah gilos.. kodai lan2 tu kat mesia pon hado.

Overall, rasanya hanya Tokyo will always be my in-the-list for yearly vacation. Seoul, a maybe. As for Paris, also maybe but for London, NO! Never again! Unless somebody pay for my flight ticket and hotel and shopping and food!!

Saturday 17 May 2014

Friday 16 May 2014

London : Ronda-Ronda Naik Big Bus London

Kalau ikut senang je pun kalau nak naik bas untuk ke destinasi2 pelancongan di kota London tapi aku saja nak naik bas double decker. Bukan London bus tapi London Big Bus yang aku panggil LBB, a company yang serve laluan untuk ke tempat2 pelancongan seperi London Eye, London Dungeoun, Trafalgar Square, Oxford Street etc. For a price of 29 pound sorang + river thames cruise, makanya kitaorang pun ronda2 London naik BBL. Bus depa jenis yang double deck, yang kat atas tu open air. Saja nak naik bas sebab nak tengok pemandangan London.You can buy the ticket here : http://eng.bigbustours.com/london/top-landmarks.html

Masa naik bas tu adalah tour guide yang akan story pasal tempat2 menarik di London yang kitaorang lalu. Kalau malas nak dengar tour guide membebel, bole la ambil ear phone yang depa sediakan (free) sebab the bus juga equipped dengan alat dengar yang juga explain tentang tempat2 menarik yang bus tu lalu. Tapi ahkak opt nak dengar tour guide depa membebel sepa mamat tu hensom gila! Hihihi

The company offer 3 jenis tour yang akan stop di 52 hentian ;  Red or Blue tour, Green tour dan  Blue tour. Bezanya adalah pada laluan yang bas tu akan lalu. Kalau beli day ticket, mana2 tour pun kita boleh naik sesuka hati. Red or Blue tour cover 27 stops, Blue oour cover 15 stops dan Green tour cover 8 stops. Selain bus, the BBL also offer river cruise sepanjang River Thames. River cruise depa stop dekat 3 hentian jek, which is Westminster pier or Waterloo pier, Tower Pier dan Greenwich depending on tiket yang kome beli.

Stop la mana2 kome suka
Penumpang2 yang eksaited!
Lalu bawah Tower Bridge
Di River Thames
London Eye from River Thames
Bas rosak!
Company lain pun ada jugak buat tour
Masa nak ke bangunan The Shard, bas kitaorang rosak la pulak ngam2 dekat hentain No.15, Covent Garden stop. Tunggu dalam 10 minutes ada la bas lain yang lalu. Fuh!! nasib tak rugi tiket The Shard.

Will I use the bus again? Hmm.. maybe no sebab bukan bas ni tak best. Infact, best! tapi rasanya the bus sesuai untuk yang 1st timer jek kot or for those yang dont mind waiting for the bus. Worth jugak sebab the bus stop dekat banyak hentian. For those yang suka always on the go & tak mau tunggu or ada any restriction sebab kena naik the baje, lebih sesuai naik bas London or naik tube jek. Bas-bas di London pun banyak, efficient & cheaper cuma kena study la sket nak turun naik di hentian mana.

Thursday 15 May 2014

Wednesday 14 May 2014

Skill Menyusu Tahap Hannah

Anak manja mamme.. Sambil2 susu sambil2 pegang tangan mamme kunun..

Tuesday 13 May 2014

Bapa Borek Anak Borek

Antara bakat yang diwarisi si kecik ni dari dadde dia... tidur duduk! Dadde dia memang mahir part ni. Tetiba jek da belayar zzZZzz ntah ke mana..

Monday 12 May 2014

Bila Ada Baby Dalam Rumah

Kalau masa takde anak dulu duit siling kat rumah tu memang merata-rata. Kalau kumpul sebulan ada kota dalam 4 5 ringgit duit siling semata. Some kat bawah kusyen, kat lemari tapi yang paling banyak kat lantai... muhuhahaha. Now bila da ada anak yang pandai mengutip macam2, hatta sebesar manik pun ditakuti. Apa tidaknya, kang si kecik ahkak tu telan kang.. naya! So sekarang da ada habit baru.. asal ada jek duit siling terus sedekah kat dalam tabung si Hannah.

Now my doter pun dah start pandai nak membuka lemari bagai.. habis dihangkutnya pinggan kaca n seramik ahkak. Nasib baik takat ni belum ada yang pecah. Ahkak ni dah la dekut membeli pinggan manggkuk. Pinggan mangkuk kat umah ahkak tu memang le sedikit sebab ahkak ni bukan penggemar pinggan. Ahkak beli cukup2 jek tuk pemakainan harian... muhuhahahahaha. So kalau sapa datang umah ahkak sila bawak pinggan sendirik yer!!

Sunday 11 May 2014

London : A Story Of Tune Hotel Westminster, London

Masa mula2 nak select hotel di London,pening jugak kepala. Bukan sebab tadak hotel, tapi sebab hotel depa mahal belaka. Kalau dapat pun yang affordable, lokasi jauh dari centre London or jauh dari tube station. Boleh dikatakan hari2 la aku meronda dalam google map, dalam Booking.com dan Agoda.com mencari hotel yang berkenan di hati.

Akhirnya ahkak putuskan nak duduk di Tune Hotel, Westminster. Aku buat booking through Agoda.com rather then guna website tune hotel. Kalau book guna agoda, all ini. Ko tak yah la nak select tv nak berapa hari, nak akon berapa jam bagai. Berbekalkan booking price berharga RM1,966.54 untuk 4 malam which is dekat RM500 semalam dari 26 hingga 30 April 2014, maka duduklah kami di Tune Hotel, Westminster, London.


The best selling point hotel ni yeklah the location. Boleh kata hari2 la kitaorang berjalan kaki ke area London Eye sebab distance yang dekat. Takat nak jalan kaki ke attaraction seperti London Eye, The London Dungeon, London Sealife Aquarium, Big Ben/ House Of Parliament, Golden Jubilee Bridge, Westminster Bridge & St James Park.. memang tak sempat berpeluh la.


Antara yang buat aku select the hotel juga sebab hampir banget dengan tube station. See the building kat bawah nun, aah.. itu station Lambeth North on Bakerloo subway line... takat menyeberang jalan jek dari THW. Kalau nak jalan jauh sikit boleh gak ke station Waterloo St untuk interchange dengan Bakerloo, Jubilee dan Nothern line atau ke Westminster St untuk interchange ke Jubilee, District & Circle line or ke Southwark St untuk Jubilee line or ke Embankmanet st untuk interchange dengan District/ Circle line, Nothern dan Bakerloo line. Selain tu, kalau nak naik bas kiri kanan depan belakang ko boleh amek bas ke mana2 destinasi yang kome suka.

Layanan staff, superb. Bilik agak selesa walaupun agak sempit. Cuma yang tak best depa tak sediakan kettle so ko kena la beli air panas dari vending machine with a price of 1 pound kot kalau x silap. Mahal tu!!!!

Antara yang best jugak, depan ada  kedai serbaneka Cost Cutter dan kat belakang ada Tesco Express yang buka 24 jam. Kot2 ko lapar jam 2 pagi, g jek la menapak ke Cost Cutter esp sebab depa ada jual roti halal. Yes. Di label HALAL. Will I stay there kalau ada next trip? yes!! 100% yes

Saturday 10 May 2014

London: A Story Of Harrods Souvenier Shop

Amacam.. poyo tak beg ahkak. Banyak kan maria.. cam nak niaga gitue.. muhuhahahaha. Pakai Harrods konon London sangattttt laa!! Buekkkkk.. Let me share, ahkak spent 110 GBP jek kot tuk dapat bag transparent, bag pinky, handbag kecik ngan purse di atas kat Harrods hari tu. Kalau convert to duit kita baru dalam 550 hengget. Rasa2 ahkak kalau kat mesia ni xdapek kot. Harrods is for luxury shopping oke, we know that & takat hanbag dan barang brand in-house Harrods ni they categorized as souvenir jek. So, tak yah la Harrods sangat aih!

Ahkak beli banyak sebab ahkak sooka the design. Ahkak ni bukanlah hantu handbag, kalau beg kain tu lain la ceta.. almost every month ahkak beli. Rege baru doplo tigaplo hengget. Kalau handbag kompom2 ahkak beli tapi sangat kompom kuasa 5 ahkak tak pakai pun sudahnya.. cumanya design kat Harrods ahkak agak berkenan la pulop. Makanya masa pegi hari tu ahkak beli yang transparent ngan pinky tuk ahkak & 2 lagi bagi my mom dan in-law. Gara2 takut taktaw macamana nak bawak balik, so ahkak tangguhkan hasrat tuk beli yang itam besar nun.

Tapi semalam ahkak gagahkan diri tuk kuarkan uwang beli kat Harrods KLCC. Kalau kat London hari tu baru 45GBP,lebey kurang 250 hengget tapi ahkak beli smalam dalam RM338 hengget. Rugi la dalam 87 hengget.. oke la, janji dapek gak beg tu. yeyyyyyyy!!!! si Hannah dapat beg susu baru.

Friday 9 May 2014

Pecah Kaca Pecah Gelas, Pecah Henpon Sakit Hati

Apa la malang nasib ahkak hari ni. Last week baru gelakkan phone si Chemba yang pecah screen gara2 si Hannah.. this week plak my turn. Bukan takat manusia jek bole sehidup semati.. ghopa2nya phone pun ada ye pasangan sehidup se mati ni. Heran tol!

Semua ni gara2 ahkak ngular la ni. Yela, kalau da opis kat KL then miting kat Putra Jaya.. kompom2 sampai opis dah waktu rehat makanya ahkak pun ngular la rehat awal so nanti balik opis xyah dah melilau carik makan & ble la buat apa yang patut. Skalik tah macamana, dalam banyak2 kali jatuh kali ni la pulak hape ahkak terus arwah. Cipan tol! Touch screen terus tak function. Kiranya si Chemba bertuah lagi le sebab walaupun pecah tapi the screen still responsive. Tapi ahkak punya gone!! Makanya petang tu jugak ahkak melawat Samsung & beli model yang sama. Kali ni kaler putih plak. Nak beli phone lain ahkak tak minat, hp Galaxy Mega ni adalah satu2 phone yang menepati semua citarasa ahkak so.. terpaksala kuar duit T_T kalau nak repair mau2 900++ ke atas kot. Rega pone ni baru RM1500++ kot, kesimpulannya elok beli baru je le T_T

Sunday 4 May 2014

It's My Bediy

I was born yesterday.... on 3rd of May, not really 'yesterday' actually but 33 years ago. Hahahahaha. Since niat nak sambut befday on op of Eiffel Tower half jek berjaya due to Hannah meragam, makanya half lagi sambung kat mesia. Lagipom kat Paris mana nak dapat kek secret recipe yang halal ni dek non.

So, happy befdiy to me!! Yeayyy.. dah 33. Dah tuha la pulop tapi ati masih muda.. muhuhahahaha

Tepek jugok gambo nih!!!

Saturday 3 May 2014

Baby & Us : Day 9 Paris KL

Itinerary
Porte De Clichy to St Micheal Notre Damme
St Micheal Notre Damme to CDG Airport terminal 2
Terminal 2 to terminal 1 via CDGVAL
13hr flying
Home finally