Friday 31 December 2010

Goodbye 2010

Hari ni hari terakhir 2010. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah nak menjejak tahun baru. Berlainan dengan tahun lepas,aku memasuki tahun baru 2010 dengan perasaan bercelaru, untuk tahun 2011 ni aku dapat rasa perasaan yang positif. Tambah-tambah bila the one thing yang mengambil masa bertahun untuk aku resolve dah selesai, which buat aku rasa amat amat lega.

Lots of things happened in 2010.. In Life..work.. Dengan berakhirnya hari ni, maka rasmilah aku telah berjaya melalui satu tahun dengan jayanya. Azam untuk tahun 2011 rasanya belum ada. Aku cuma harap hidup aku simple dan aku masih aku, cuma lebih baik dari versi sebelum. InsyaAllah...

As of today, hari yang indah indeed.. Mula la nak melodrama ;) blame KBS sebab siarkan 2010 song festival semalam & drama awards malam ni. Especially now ni adik geun suk standing on the stage winning something i am unable to figure out due to tak de translation. Daaa?!!

Thursday 30 December 2010

Ibu.. mummmii.. nenekkk.. daaddii.. aku mengantukkkk!!!

Apa hal la dengan aku ni. Makan aper la agaknya sampai ngantuk je memanjang. Nasib ngantuk, kalau lapar jek memanjang lagi naya. Kang banyak lak kerusi opis patah gara-gara aku over weight. So.. misuk cuti.. yeaaayyy. Apa lagi... layan hobi la ni.

Tadi g Sushi Zanmae.. wah! sedapppp! Memang berbaloi-baloi & jaoh lagi best dari Sushi King. Alkisahnya.. Aku baru nak belek drawing, tetiba dapat call suh turun tuk discussion. Naik2 opis je nampak ada post-it note kat screen komputer. Note tu tulis "Jung oppa.... Aku tak yah baca habis. 2 patah perkataan tu je da cukup wat aku taw saper la pengirim post-it tu. Wahaha..

Layan KBS song festival.. Daaa

Wednesday 29 December 2010

Tak faham kenapa aku asyik mengantuk jek dua tiga hari ni.. aishhh!!

Claim si kawan tu aku da berjaya settle. Yeayyy.. Tadi aku lepak miting. Yer... miting tu pun di kira lepak gak. Ada la one of this doctor, pompuan.. a pengarah which is a Datuk. Tapi kalao tengok muka, nampak muda lagi. Wah! Jeles I dengan kemudaan beliau. Hahaha.

Besok aku nak wat aper ye? Cheee.. macam tak de kerja jek padahal drawing banyak je aku tak belek lagi & SKT aku pon tak settle gara-gara aku punya status kat Hrmizz now is PUTUS SANDANG! Unbelievable kan. Sapo la yang kejam kat aku ni. Now tengah layan Bandage.. kalo aku buleh ader pet macam Sumire Chan dalam kimi wa petto, aku tamow adik Geun Suk kali ni. Aku nak wat budak Akanishi Jin ni pet aku. Wahaha.. Even though dia tak le masuk kategori emsem di mata aku tapi his face look 'expensive' dow! So wanna have!

Tuesday 28 December 2010

Marah!

Seumur hidup aku, aku belum pernah benci orang walau macamana pun orang tu buat pada aku. Walaupun aku pemarah, aku tak mampu pun untuk simpan rasa marah apa lagi mendendami seseorang. Bila aku menolak untuk berada disekeliling orang yang menyakiti aku, aku cuma menjaga hati aku agar tidak dipengaruhi oleh perasaan negatif. Pada aku, aku cuma anggap semua yang berlaku tak pernah berlaku, dan aku tak pernah langsung kenal orang tu.

Pemikiran aku memang semudah itu.

Tapi bila ada orang yang tak faham bahasa, memang membencikan! Apalah susahnya sekadar untuk menghormati perasaan seseorang? Apalah sukarnya sekadar memenuhi permintaan kecil berbanding layanan buruk kamu pada seseorang yang tak layak pun untuk kamu sakiti?

Monday 27 December 2010

Pagi tadi aku jaga kol 6.19 am.. so tak jadik lah tak cuti. Aku da berjaya akhirnya abiskan Hi My Sweetheart. Now tengan layan Yukan Club. Tetiba jek aku bekenan kat Akanishi Jin ni.. dari ari tu lagi aku raser dia cam cumil. Thanks la to line tenet yang behave hari ni.

And at the end.. claim si kawan yang aku konon-konon nak proses tu tak bersentuh jugak le jawabnya. Besok je lah aku tengok ye. Memandangkan KPI korang pun da tercapai kan.. so..kita sama-sama rilek la yek. Stat besok aku kerja sungguh-sungguh balik. Woops! SKT aku tak settle lagi. Mati lerr..
Ari ni lepak dekat rumah. Tengah fikir2.. besok nak guna ke tak cuti yang aku da apply last week, since my sis pon da balik. Betuah adik aku ni, aku apply cuti nak bawak dia jalan..dia balik U plak. Then, bila toleh claim kuntraktur setebal 1/2 inci kat sebla ni, aku tetiba jek cemas. Ari tu time aku bawak balik, berkobar-kobar nak semak konon during weekend. Sudahnya.. duk jadi perhiasan jek kat atas meja tu.

Ada orang brain-damaged cari aku dari last week lagi. Dia ni memang dari dulu otak dia ada short sikit..emm. bukan sikit, banyak kot! Aku pun tak paham. Malas nak layan.

Nak keluar jalan-jalan dekat luar tu rasa malas sebab panas amat. Jemur kasut, 2 jam je dah kering. Tu laa.. ingat budak skola je ke yang kena basuh kasut. Aku yang tua-tua ni pun kena basuh kasut oke! Saper suh aku beli kasut kanvas. Orang suh pakai kasut pvc or kulit g kerja, aku g pakai kasut kanvas & getah. This type of kasut, sport shoe tapi tumit tinggi.. aku memang gemar gila kasut cengini. Aku rasa ader la 5 pasang kot kat rak tu. Takder ke servis basuh kasut eak??

Saturday 25 December 2010

Lepak kat rumah je hari ni. Semalam my sis sungguh2 masak spaghetti. So ari ni kitaorang makan tido jek la. Heavenn...

Actually plan nak g umah my aunt dekat Klang tapi macam malas plak. Taw la time2 monthly cycle ni kan. Badan pun rasa macam tak sehat. Rasa macam nak demam pun ada.

Seingat aku ari ni krismas..tapi rancangan dekat tv malam ni semuanya tak menarik. Tak faham le aku. Now tengok tv3, pasal korea. Wah! Negara adik Geun Suk. Jeles sebab negara dia ada salji. Takpe, one day insya-Allah aku sampai gak.

Hari ni gak aku rasa lega gila! Macam ada satu beban terlepas.. Woooshhhh

Friday 24 December 2010


Ari ni aku cuti..yeayyyy.. Nak tercabut gak la kaki aku ni sebab letih bejalan cari pokok krismas. Ronda-ronda dekat pavillion tadi. Saja nak pegi tengok krismas deco. Last year ada white deers yang memang chantek. This year takder. Tak best ah!

Thursday 23 December 2010

1st, aku tensi sebab badan naik.
2nd, aku tensi sebab badan naik gak.
3rd, aku tensi sebab, still, badan naik!

Tensi! Tensi! Tensi!
Aku nak blame adik2 aku nih.

Tensi gak sebab nak kena proses claim orang. Aku rasa benda yang paling kritikal dalam job aku ni yekla evaluate dan bayar claim. Dengar cam senang, takat proses & propose je berapa nak bayar. Cakappp, memang le senang.

Tadi result pmr kuar. Takat dapat full A pun kecohs. Aku dulu dapat full gak, rilek je. Mak aku lagi sempoi. Aku bagitau dia aku dapat 9A, dia bagitau aku suh call skolah tuk reconfirm betul ke idak. Tak de pun sesi tuntut adiah & drama air mata bagai. Kecozs!!

Wednesday 22 December 2010

Tengahari tadi daus ajak aku ngan ZH g makan tempat mahal..tanak makan kat dbkl katanya. Lepas aku dah sungguh2 suggest banyak tempat makan, alih2 dia kater kita p oasis jek la. Cheh! Ok la..Kira mahal la sket dari kat dbkl tu. Lepas makan, kitaorang bertenggek dekat centre court tengok santa klaus kat bawah tu.

Sebab badan daus besar, kitaorang buat lawak santa. Ramai orang nak tangkap gambar ngan santa tu, siap ada yang peluk. Daus pun apa lagi.. Dia kater dia pun nak jugak kena peluk macam santa tu, so, ZH suggest dia request kat santa tu tukar shift. Kitaorang boleh bertenggek kat situ lama sambil mengekek.

Dua mamat ni sporting..jenis yang kalo buat lawak kenakan dorang, dorang join skali gelakkan diri sendiri..& aku memang suka kenakan dorang..hahaha.

Friday 17 December 2010

Ah tertekannn... Aku cam tensih pla hari ni. Awat ntah. Baru ingat nak cuti lama sket next week, ader plak orang kejar2 bontotz. Menyampah sunggoh.

Now tengah layan citer jipung.. Tumbling. Siyukkkssss!!

Monday 13 December 2010

I am almost unable to recognize my own car this morning. Thanks to 'long time no wash!" Hahaha. When it came to car wash, I am the laziest. Why can't just the rain do the washing eh?.  Rain only made all the dust stick on the car's body instead of cleaning. Wae????

And I felt so sleepy all day long! Wae? Did I eat something wrong, or did anything out of usual eh? Mmmm.. think! think! Not that i can remember. Wae tto????!!!

Sunday 12 December 2010

This week, I disobey the 'avoid fast foods' sign. Two times KFC! Almost 3 actually. Adik la ni punya pasal. Lapar kak.. KFC jum kak! Dia kurus tak pe lah.. aku ni lemak jek dah lebih bepuluh kilo.

Dia sebok nak ngorat amoi kononnya. Skali ader minah tu usha dia, dia pi lari sembunyi belakang aku. Ko ape halll dik! Tapi sejambu2 dia, tak lawan adik aku lagi sorang. Jalan ngan aku, dia sibuk ngorat awek. Yang ni 'ko aper hal kuasa 2'. Sah-sah awek2 tu ingat dia jantan gatai, padahal, aku ni tak bersalah pon.

Since kawan aku mostly lelaki since zaman kanak-kanak ribena, aku memang tak heran dah la kalo dorang ni perangai semua pelik2. Sampai buat aku ngeri dan terlalu hati-hati memilih. Mungkin sebab ni jugak ler aku pernah 2 kali jek bechenta & ended up makan ati bila putus chenta. Hehehe.. Past is past. Walopun gitu, sok kalo ada anak, aku nak anak lelaki satu padang bola + satu je keeper pompuan ;p

Saturday 11 December 2010

Moto Show 2010 yang secara overallnya..

A disappointment!

Today aku gelakkan adik. Aku tanya dia, apakah perasaan dia naik lrt since ini first time dia naik lrt. Sakit kaki kak! Hahaha.. memang ler. Selalu nek keta kan. And, for the first time dalam sejarah hidup aku menjejakkan kaki ker The Mall. Wahahaha.. keciannn.

Before tu adik dengan semangat berkobar2 plan nak singgah kat banyak tempat. Pas PWTC, konon nak p the mall, Berjaya Times Square.. Pavillion.. ntah maner lagi dah. Last destination kat BTS.. pas tu dia dah tak mampu nak jalan. Hahaha.. tau susah!

Wednesday 8 December 2010

30 is a a great number tapi bila tengok orang yang berusia above 30, aku rasa dorang dah macam makin kureng hot! Seriously! Haha.. Sama jek perempuan or lelaki. Still, there are women yang umor the above 30 still nampak younger tapi aku tak nampak la pulak pada lelaki. They will look different.

Next year aku da 30. Yeay.. Tak sangka dah bulan 12..rasa macam sekejap jek masa berlalu. Bakal menjejak umor 30 taon, da 2 kali plan nak kawen and now still single-but-not-available! Walobagaimanapun, malang sekali sebab kerja pun bukanlah priority dalam hidup aku. Even tersenarai dalam top list, to have a simple life adalah perkara yang paling penting pada aku. All i ever wanted is a simple and uncomplicated life. I wish to stay happy on my own way, just like now. Kalau tuhan bagi aku peluang redo semula hidup ni, I still choose to be me =)

Tuesday 7 December 2010

Today is Sunday-alike.. What i do? Layan citer Rookies lagi untuk kesekian kalinya. Wahahah.. Walopun banyak lagi citer lain yang aku suka, aku rasa Rookies is still no 1. Maybe sebab sport drama, aku rasa joyous dan bersemangat jek. Everytime tengok pun still dapat goosebumps. Kali ni da masuk kali ke berapa puluh ntah aku tengok citer ni.

Baru pas bekfast.. Kalau kol 2 petang kira bekfast lagi ke eak? Heh. Bukan sebab aku baru bangun laa.. Awal lagi dah bangun tadi. Bukak2 mata terus on RMVP player yang baru jek dibeli ngan rega 65 hengget. Murah giler sebab offer. Cinoet jek, 2 inch.sq.. Tapi berbaloi2 sebab ble direct tengok movie dari external drive. Gambor pun chantek.. Ble play subtitle, view gambar..dokumen & dengar lagu. Kebetulan plak aku baru pas donlod bersungguh-sungguh semalam kann.. Lagi la seronot.

Aku rasalah.. Antara citer jipun ngan korea.. Senang lagi nak paham orang jipun cakap sebab lidah orang korea bebelit. Gila susah nak cakap sampai aku tak dapat detect the easiest words like kata ganti untuk "aku & kamu"!

Monday 6 December 2010

Semalammm yang hangat! Pinjam fevret quotation Paly jap. Kol 7.30 aku da gerak dari umah menuju ke tempat bekumpul, somewher kat ulu yam. Luckyly gps aku behave, so aku sampai exactly at the promised time and place tanpa sesat. Aku membontot le mana2 keta yang slow & drive dengan speed 50 km sejam sebab takot sampai awal sangat.

Gila seronok.. Tapi rugi sebab aku tak join dorang mandi gara-gara malas nak panjat tangga yang tingginya ala2 kuil batu caves tuk p amek baju dalam kereta. Takat p tempat yang cetek jek la. Cedeyyy! Tapi enjoyy. Usaha aku tuk mempertahankan kekeringan baju hampir tercabar dek gara2 dengki nak join dorang main air kat tempat air yang deras. Hampir gak aku jatuh dalam air. Konon nak melompat atas batu, skali tepijak tempat belumut. Saket gila kaki. Sengalnya terasa sampai ke hari ni.




Ari ni aku tak keje. Mari merehatkan badan dan kaki yang saket. Sambil2 tu, aku dah khatam donlod 16 episode of you're beautiful & 10 of kimi wa petto. Internet connection aku pun behave lately. Dia macam taw2 jek aku plan nak tukar plan tu hari.

Tengok kimi wa petto nih.. Dengki plak sebab dia ada a cute boy as her pet. Nak pet cam Matsumoto Jun!! Marah ibu nanti.. Heh. Korea pon nak buat citer ni, kononnya adik geun suk da kompem jadik pet. MatsuJun ni memang one cute pet, so, aku harap adik geun suk buat yang the best. Gila comey mamat ni sampai muat dalam kotak.. Haha. Adik geun suk aku rasanya lebey tinggi dari Jun.. Macamana agaknya dorang nak masukkan dia dalam kotak. Wonder nih! Tapi aku sapspen gak nak tengok adik geun suk nari sebab dia nari tak comey..hahaha..

Sunday 5 December 2010

Aku layan cerita Mary Stayed Out All Nights currently, which is still airing at Korea. Hero dia of course la adik Geun Suk aku. Aku nak kata suka sangat cerita nih, biasa-biasa je lah. Even though hero ngan heroin dia best, sound track and jalan cerita dia tak ler sehebat mana. 

Mula-mula aku terfikir gak, apalah mengarut jek rambut hero ngan heroin nih. Sekali inchik GooGle bagitaw, cerita ni is an adaption from comic book which is still on going. Itulah alkisahnya gambar katun Mary ngan Mu Gyul kat bawah tu yang diadaptasi ke drama.

Kalao cerita korea, aku cuma layan drama jek sebab most of filem dorang mengecewakan due to jalan cerita dia cam ntah apa-apa & cam semua pun tiba-tiba je. Sepanjang aku tengok filem dorang, aku cuma berkenan kat Itaewon Murder Case je. Bukanlah sebab adik Geun Suk berlakon dalam citer tu tapi it really is a good film.

Aku minat this two sisters Hong Jung Eun & Hong Mi Ran, which is a screenwriter. 3 top Korean drama yang aku suka amat which is Sassy Girl Chunhyang, My Girl & You're Beautiful written by them. The first thing yang aku suka about these three is jalan cerita dia yang entertaining, a scene yang sangat romantic which perempuan jek yang ble imagine and translate to an act, hero ngan heroin, pastu soundtrack yang memang dibom!  

Now ni geram.. maner la pegi kabel kamera aku nih. Camaner la aku nak upload gambar bekelah tadi nih. Rasa-rasa bule pasang gps tak kat barang-barang sepaya kita dapat track bila ilang???

Saturday 4 December 2010

Kinda tensih at the moment sebab mata tamaw tutup. Sok pagi nak kena bangun awal g bertoghether-gather kat ulu nih. Silap-silap kang, orang sebok picnic.. aku bizi tido. Wah! tensih!

Tadi layan adik Geun Suk lagi. Aku baru perasan that he kinda remind me of my puppy love, especially his smile and eyes. Yer.. tahu la anjeng tu haram. Heheh.. time tu he is the one and only creature yang boleh buat aku gegar and berdebar. Pinjam kata-kata bos aku "rasa kaki cam tak jejak bumi". Toksah bagi dia senyum, nampak kelibat dia dari jauh pon aku dah cemas. Rasa macam nak tercabut jantung aku kalau dia ada. Time tu budak skola lagi.. innocent! so, since aku sedar diri aku budak itu time.. takat admire jek la. Takder pon terfikir lebih. Apsal aku tak fikir lebih eak waktu tu? hehehe..

So, drama korea tu sebenarnya tak tipu pun bila hero or heroin like Minam dalam You're Beautiful tu rasa jantung dia cam nak explode disebabkan oleh Tae Kyung memandangkan jantung aku ni pon pernah gak experienced rasa macam nak terkeluar tu.

So, kesimpulan dia, walaupon kita minat hero yang emsom, come, putih, tinggi & dahi licin.. tak semestinya dalam real life kita akan pilih orang yang seangkatan dengan creature yang emsom, come, putih, tinggi & dahi licin macam aktor tu sebab soal hati tiada sapa pon taw. Ya.. macam takder kiatan kan dengan entry aku kesimpulan ni. Hesh! Ni semua mata la ni punya pasal. & senyuman Geun Suk.. and kerut dahi Dong Wook.

Kesimpulan dari kesimpulan.. bila aku nak tido?!!!!!!

Friday 3 December 2010

Abes merengsa muka aku gara-gara mandi steam tadi. Cop. Merengsa tu apa eak? Hahah.. Tadi aku g buat verifikasi stok kat cawangan orang. Cam ntah apa2 jek p kira stok kat stor. Yelah, kira da membazir kepakaran dua engineer mekanikal &elektrik yang tak ler berapa nak pakar pon. Tapi. Still. Bazir.

So, officially.. Dua hari aku hidup tanpa line phone. Kompem berbulu member2, esp kontraktor yang nak kejar claim sebab aku as kaunter pertanyaan tak ble dihubungi. Nasiblah dorang sebab aku takder piagam pelanggan. Kalo tepon tu company bayar, aku tadak hal kome nak komplen. Tapi since tepon tu aku beli dan bayar sendirik, suka ati aku le kan. Apahal kome nak hangen, kome ke yang bayar? Hahaha.. Tadi micro sim adapter aku da sampai. So, phone aku da ble function la. Tu pon kalo aku tak insert kat ipad ni. Muhuhahaha..

Thursday 2 December 2010

iPad is the best! Walaupun rega dia ni agar boleh tahan mahalnya.. Tapi memang berbaloi-baloi.

The best part yang aku suka tentang iPad ni?
1st - Senang nak power up and shut off, tak macam laptop, and even lagi senang dari handphone.
2nd - walaupon speed line tenet aku cuma takat 3G je, aku rasa aku macam guna highspeed connection sebab memang sangat la pantas sampai aku pon macam tak perchaiya.
3rd - nengok movie? Superb! Stream dari site like drama crazy, daily motion ker.. Kejap je. YouTube toksah cakap lah. Tak yah donlod pun tak pe. Aku baru jek pas nengok citer itaewon murder case. Rasa-rasa kalo guna laptop, it took twice the time or more tuk loading each movie.
4th - touch screen! Keyboard dia lagi besar dari keyboard laptop, and, tak yah pon susah-susah nak tekan bersungguh2 time tulis entry kat blog ni. Touch manja sudah.
5th - pas ni aku tak yah da susah2 p melancong tuk tangkap gambar.. Buka jek wiki travel. Dengan screen ipad yang clear amat nih.. Tak dapek nak explain sebab aku seronok giler.
6th - nak dengar lagu? Anytime! Stream online for free.. Tak yah da donlod.
7th - nak dengar radio? Play lagu dengan lirik? Baca pdf? Buka power point? function macam laptop? Beres!
8th - takyah dah ler aku nak p mph pasni. Baca jek ebook yang menarik tertarik lagi dibom & bawak ipad lagi ringan & nipis dari buku.
9th - application free yang menarik tertarik ko nimang dibom! contoh? piano! sebijik cam main piano betui.
10th - tulisan kat screen kecik sangat? kurang jelas? nak map? Kalo nak zoom in & out, bak kater adik geun suk - just touch and drag and drop it!

Kesimpulan entry kali ni? Belilah buah apple! Hidup buah apple!

Wednesday 1 December 2010

Thanx to adik Geun Suk yang dah buat hari-hari aku over ceria. Wahahaha..

Sebab plan nak p melenchong tak jadi, so, aku divert la cash flow untuk kegunaan membeli seswatu yaktu seswatu yang tak der dalam plan pun.. yaktu iPad! Tak de hujan tak de ribut aku terbeli benda alah tu. Ingat nak beli iphone.. tapi cam tak berbaloi plak bila compare dengan skrin ipad yang besar tu.